You are on page 1of 2

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI SEMASA / JANGKA PENDEK

1. Meningkatkan promosi jualan dengan cara turut menjual kasut secara online ataupun
pemberian diskaun kepada pelanggan.
2. Mengawal perbelanjaan agar tidak melebihi daripada yang telah dibelanjawankan.
3. Menyertai pameran dan Karnival jualan kasut untuk mencari pelanggan baru.
4. Peragaan kasut yang menarik minat pelanggan.
5. Mempelbagaikan jenis kasut yang dijual.

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI JANGKA PANJANG

1. Sebahagian daripada wang yang ada akan dilaburkan misalnya simpanan dalam Akaun
Simpanan Tetap atau dilaburkan dalam mana - mana saham yang dijangka akan dapat menjana
penambahan hasil dalam bentuk faedah simpanan tetap atau dividen.
2. Menaik taraf bangunan atau mengubahsuai premis agar lebih menarik. Ini akan membuka
peluang kepada perniagaan untuk menyewakan lebihan ruang niaga kepada penyewa.
3. Membuka cawangan baru di tempat penduduk berkepadatan tinggi atau di bandar-bandar.
4. Membeli aset bukan semasa seperti tanah dan bangunan atau peralatan pengeluaran yang
berteknologi tinggi.
RUMUSAN

Saya dapat melihat bahawa perniagaan membuat kasut iaitu Kilang Kasut Lee Wan Chin

boleh berkembang dan mempunyai pasaran yang luas di masa depan. Hal ini berikutan semakin

ramai kaum wanita memilih untuk bekerja di luar rumah dan perlu sentiasa bergaya dan mengikut

arah aliran trend terkini. Kasut pula merupakan satu keperluan dan kasut yang cantik dan selesa di

lihat sebagai pelengkap gaya. Ditambah pula dengan masayarakat Malaysia yang sudah

mempunyai citarasa yang tinggi terhadap kasut yang berkualiti dan tahan lasak. Kuasa beli

pengguna di Malaysia juga semakin tinggi. Dalam memastikan aliran tunai kilang kasut,

perniagaan juga akan menggunakan lebihan tunai ke tempat yang boleh memberi keuntungan

kepada perniagaan seperti membuat pelaburan dalam pasaran saham dan simpanan tetap.

Sepanjang merekod juga kami telah menggunakan konsep-konsep, andaian-andaian dan

prinsip yang digunapakai dalam perakaunan seperti catatan bergu, wang sebagai ukuran, asas

perakaunan, kos sejarah dan materialiti. Peghasilan kerja kursus ini telah banyak membantu saya

menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan belajar menghargai dan

menggunakan masa dengan sebaik-baiknya agar saya dapat menyiakan tugasan dalam masa yang

ditetapkan.

You might also like