Professional Documents
Culture Documents
Ar en Ishak 2016 Pakoboga
Ar en Ishak 2016 Pakoboga
0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sukan merupakan satu jenis sukan yang semakin diminati. Sepak takraw dimainkan
di dalam gelanggang secara berkumpulan yang terdiri daripada enam orang pemain
iaitu tiga orang sepasukan yang dipisahkan oleh jaring yang direntang dan diikat di
antara dua tiang yang kukuh di sebelah kiri dan kanan. Terdapat tiga posisi pemain di
dalam sukan ini iaitu, tekong (server), apit kanan (killer) dan apit kiri (fidder).
Ketiga-tiga posisi ini mempunyai peranan yang berbeza antara satu sama lain.
2
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Melalui refleksi awal ini, saya berkayakinan satu latihan perlu diperkenalkan
untuk mengubah situasi ini. Aktiviti latihan “PAKOBOGA” perlu diaplikasikan
dalam melakukan servis mula atas. Khususnya dalam membantu perlakuan servis
atas dalam kalangan pemain tekong. Satu latihan yang digabung jalin yang dibentuk
melalui proses-proses intervensi iaitu memperbaiki teknik lakuan servis dan
pengamalan servis atas dalam kalangan tekong. Perkataan atau istilah
“PAKOBOGA” yang digunakan adalah merupakan singkatan yang memberi maksud
“Palang Kotak Bola Gantung” yang boleh menghasilkan satu teknik lakuan servis
mula atas yang berkesan dan seterusnya menghasilkan bukaan kaki untuk servis mula
atas.
3
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
2.1 Pengenalan
Dalam kajian yang akan dijalankan, guru cuba mengetengahkan satu isu kajian iaitu
kemahiran servis dalam permainan sepak takraw. Kajian ini memberi fokus kepada
teknik lakuan dan pergerakan yang betul dalam melakukan kemahiran servis. Servis
merupakan salah satu kemahiran penting bagi setiap permainan. Guru mendapati
murid yang melakukan aktiviti servis dalam permainan sepak takraw tidak
menguasai teknik dan pergerakan yang betul.
2.3 Tinjauan Literatur dan Kajian Lalu Berkaitan Dengan Isu Kajian
Bahagian ini merangkumi sorotan kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan
kaedah dan pendekatan mengajar kemahiran dan keperluan utama yang berkaitan
dengan pelakuan servis kaki di dalan permainan sukan sepak takraw. Kajian-kajian
ini disokong dengan pendapat, pandangan dan juga teori yang dikemukakan oleh
tokoh-tokoh yang mempunyai pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.
Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran yang
memperkembangkan murid secara menyeluruh selaras dengan matlamat yang
digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Wee Eng Hoe (1995),
5
Pendidikan Jasmani adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk
membangun pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahaman sukan serta untuk
menggalakkan kecekapan fizikal. Walau bagaimanapun fokus tersebut adalah ke atas
kanak-kanak dan pembangunan kecekapan fizikal, bukan ke atas aktiviti fizikal.
Tinjauan ini juga akan menyentuh dan melihat dua alternatif gaya pengajaran
daripada Mosston dan Ashworth (1994) Spectrum of Teaching Styles: practice and
reciprocal. Kedua-dua gaya tersebut boleh digunakan oleh guru-guru Pendidikan
Jasmani di sekolah untuk menggalakkan pembelajaran dan memenuhi keperluan
objektif secara afektif, kognitif dan psikomotor. Memandangkan tiada terdapat satu
pun gaya arahan yang sempurna, seseorang guru perlu mempunyai repertoire dalam
gaya pengajarannya demi mencapai sesuatu objektif.
Dalam sorotan ini, pengajaran kemahiran sukan seperti sepak takraw akan
berkaitan terus dengan konsep kejurulatihan. Menurut model kejurulatihan
(Worthington 1980 & Pyke 1991) memberi definisi kejurulatihan boleh dibahagikan
kepada empat elemen penting iaitu mengetahui, mengelola, memerhati, dan melatih
seperti pada rajah yang di tunjukkan di bawah ;
MENGETAHUI
MELATIH
JURULATIH MENGELOLA
MEMERHATI
3.1 Pengenalan
Dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan objektif dan persoalan kajian yang
mana setiap persoalan kajian ini dibina adalah berdasarkan kepada objektif kajian.
Setiap jawapan kepada persoalan akan membantu pengkaji untuk mencapai objektif
kajian yang ditetapkan.
8
3.2 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kelemahan melalui refleksi awal.
Berdasarkan refleksi yang telah dijalankan, kelemahan dan punca masalah telah
dikenal pasti. Oleh sebab itu, perancangan membina intervensi untuk memperbaiki
kelemahan dilakukan bagi mengatasi kelemahan sedia ada.
Objektif yang digariskan bagi mencapai tujuan kajian ini adalah untuk membaiki
teknik dan kemahiran lakuan servis mula atas dalam permainan sepak takraw. Antara
objektif kajian iaitu:
i. Membaiki lakuan servis mula atas dengan mengapilkasikan latihan latih tubi
“PAKOBOGA” kepada murid tahun lima dalam permainan sepak takraw.
ii. Membaiki dan meningkatkan kemahiran teknik lakuan servis atas dengan
mengaplikasikan latihan latih tubi “PAKOBOGA” kepada murid tahun lima.
9
4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pengenalan
Dalam bab ini perbincangan difokuskan tentang metodologi kajian yang dijalankan
sebagai rujukan utama dalam melaksanakan kajian dan melalui penggunaan
intervensi bagi meningkatkan teknik lakuan servis mula atas dalam permainan sepak
takraw. Bab ini juga akan merangkumi aspek-aspek lain seperti reka bentuk kajian,
kumpulan sasaran kajian, instrumen kajian, intervensi kajian, pelaksanaan tindakan,
postur pengumpulan dan menganalisis data.
Kajian ini dijalankan oleh pengkaji ke atas empat orang murid tahun lima iaitu
kategori umur sebelas tahun di sekitar daerah Semporna. Pemilihan kemahiran dalam
permainan sukan ini adalah berdasarkan kemahiran servis kaki yang diajar dalam
Standard Kandungan Pendidikan Jasmani KSSR Tahun Lima. Melalui pemerhatian
yang dilakukan sewaktu mengendali kelas Pendidikan Jasmani. Kumpulan ini
seramai empat orang murid yang dipilih berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan
dan terdapat beberapa kelemahan murid dalam melakukan servis mula atas. Penilaian
ujian permainan bagi pemain di posisi tekong (servis). Data kebolehan lakuan
kemahiran digunakan untuk melihat kriteria yang sesuai pada seseorang individu
untuk menjadi tekong (servis) dalam sukan sepak takraw.
Pelaksanaan kajian tindakan ini menggunakan reka bentuk kajian yang diperkenalkan
oleh Kemmis dan McTaggart (1988). Namun, proses perlaksanaannya masih
berteraskan kepada penambahbaikan pada aspek amalan. Bagi pengkaji model ini
relevan digunakan dalam pengendalian kajian tindakan ini kerana terdapat empat
langkah yang sesuai digunakan berdasarkan gelungan seperti yang ditunjukkan pada
Rajah 4.1 di bawah.
10
Rajah 4.1 : Model Kemmis & Mc Taggart (1988)
Model ini banyak melibatkan pemerhatian terhadap setiap aktiviti atau kaedah
yang digunakan. Sepanjang kajian yang akan dijalankan, segala keputusan yang
diperoleh dicatat dan direkodkan sebagai laporan dan digunakan untuk mengetahui
keberkesanan kaedah yang digunakan. Reka bentuk kajian adalah berpandukan
proses-proses kitaran seperti berikut :
i. Menjalankan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran.
ii. Menyediakan satu plan rancangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
iii. Melaksanakan plan rancangan yang dihasilkan.
iv. Melalui data yang dianalisis dan uji keberkesanan tindakan yang dijalankan
terhadap responden serta membuat rumusan dan cadangan penambahbaikan.
v. Kenal pasti semula masalah dengan mereflek semula proses-proses yang berlaku.
vi.Perancangan susulan yang lebih mantap setelah mengambil kira cadangan-
cadangan penambahbaikan.
vii. Analisis dan rumus secara keseluruhan hasil kajian menerusi dua peringkat
latihan.
Proses dalam kajian ini melibatkan refleksi ke atas punca utama mengapakah
kemahiran dan teknik lakuan servis mula tidak dapat dilakukan dengan sempurna?
Satu pelan atau latihan yang sesuai disediakan bagi mengatasi dan memperbaiki
masalah menghasilkan servis mula atas yang baik. Pelaksanaan plan ini disifatkan
sebagai latih tubi dan ansur maju ketinggian aras pinggang, aras dada dan aras muka
dengan palang. Seterusnya proses berlanjutan dengan latih tubi dan ansur maju
ketinggian aras pinggang, aras dada dan aras muka dengan palang dan bola gantung.
11
Semua pemerhatian kemajuan dijalankan secara berterusan dan penambahbaikan
dilakukan terhadap masalah yang dihadapi oleh responden.
Terdapat tiga proses tindakan yang akan pengkaji lakukan dalam melaksanakan
kajian ini iaitu proses tindakan sebelum, semasa dan selepas kajian. Hal ini
diterangkan secara terperinci seperti dalam jadual 4.1.
Jadual 4.1 secara keseluruhan pelaksanaan pelan ini disifatkan sebagai proses
yang berterusan. Sebelum proses dimulakan satu ujian awal akan dilakukan bagi
mengenalpasti masalah yang dihadapi. Selesai sahaja proses dijalankan, pemerhatian
dan refleksi dijalankan berdasarkan lakuan yang dipamerkan. Bagi menghurai hasil
12
latihan, pengkaji akan menilai keberkesanan dengan membuat reflek dengan tujuan
menstruktur tatacara dan penambahbaikan pada setiap fasa latihan.
4.4.1 Latihan Servis Mula Atas Aras Pinggang, Dada dan Muka dengan
Latihan “PAKO”
Penekanan utama yang dijalankan dalam pendekatan latihan ini dilakukan kaki utama
(dominan) iaitu layangan kaki berlaku di atas palang kotak yang mempunyai aras
ketinggian yang berbeza-beza mengikut ketinggian tubuh responden iaitu pada aras
pinggang, dada dan muka. Kaki utama dilayangkan didorong oleh halangan palang
kotak yang disediakan. Sebelum latihan ini dijalankan responden akan mengenalpasti
kaki utama yang akan digunakan untuk melakukan servis mula atas.
Semua responden akan diberikan tunjuk cara teknik lakuan servis mula atas
yang betul dan setiap responden akan membuat percubaan sebanyak lima kali
ulangan. Teknik lakuan yang betul seperti yang terkandung dalam senarai semak
akan diambil dan direkodkan sebagai catatan dalam rekod pribadi responden. Dalam
fasa ini, responden diperkenalkan dengan alatan latihan yang berbentuk palang kotak
yang boleh ditingkatkan ketinggiannya kepada tiga tahap iaitu aras pinggang, aras
dada dan aras muka. Menurut Haji Gapor Ahmad (2007), semua usaha menambah
beban kerja dan kemahiran mesti berlaku secara beransur-ansur. Ia tidak boleh dibuat
dengan secara mendadak atau drastik. Ini dibuat apabila penyesuaian dengan beban
yang lalu telah berlaku dan beban itu sudah menjadi mudah, barulah diberikan beban
baru dengan tambahan rendah, mungkin dengan kadar lima atau sepuluh peratus.
Latihan servis mula atas aras pinggang dengan palang kotak (pako) proses
pertama ini disediakan dalam tiga bentuk latihan iaitu Aras Pinggang Ketinggian 90˚,
Aras Dada Ketinggian 110˚ dan Aras Dada Ketinggian 130˚ mengikut tahap atau aras
ketinggian badan yang mewakili sudut jangkauan kaki utama yang dilakukan di atas
13
palang kotak di mana titik ‘X’, titik ‘Y’ dan titik ‘Z’ serta arah-arah pergerakan
digunakan sebagai panduan lakuan.
Teknik lakuan dalam latihan servis mula atas palang kotak ini dimulakan
dengan gaya lakuan badan hendaklah berada dalam keadaan selesa dan bersedia, kaki
utama pelaku akan berada pada titik ‘X’ untuk melakukan lonjakan dan layangan
kaki utama ke arah titik ‘Y’ di atas palang kotak dan seterusnya akan berakhir di zon
pendaratan iaitu pada titik’Z’. Di kitaran ini juga, semua lakuan latihan dibuat
sebanyak lima kali ulangan mengikut fasa dan teknik lakuan servis mula atas.
Titik ‘Y’
120cm
90cm
Titik ‘Z’
Titik ‘X’
70cm
Jatuha
n kaki
uta
i) Rajah 4.2 : Palang Kotak (PAKO)- Aras pinggang (Tahap Rendah)
Titik ‘Y’
120cm
Jatuha
n kaki
uta
110cm
Titik ‘Z’
Titik ‘X’ 70cm
Jatuha
n kaki
uta
ii) Rajah 4.3 : Palang Kotak (PAKO) - Aras Dada (Tahap Sederhana)
14
Titik ‘Y’
120cm
130cm
Titik ‘Z’
Titik ‘X’ 70cm
Jatuha
n kaki
uta
ii) Rajah 4.4 : Palang Kotak (PAKO) - Aras Muka (Tahap Tinggi)
4.4.2 Latihan Sepak Mula Atas Aras Dada dan Aras Muka dengan
Latihan “PAKOBOGA”
Responden diperkenalkan dengan alatan latihan servis mula atas palang kotak dan
bola gantung iaitu bola takraw yang diikat dengan tali dan digantung pada tiang
ataupun dipegang oleh pasangan. Responden akan membuat latihan ini seperti lakuan
dan teknik di proses latihan pertama. Cuma yang berbeza ialah alat latihan yang
digunakan iaitu mengikut apa yang ditetapkan oleh pengkaji iaitu “PAKOBOGA”.
90cm
i) Rajah 4.5 : Palang Kotak dan Bola Gantung (PAKOBOGA) - Aras pinggang
15
tiang
110cm
Titik ‘Y’
tiang
120cm
180cm
130cm
16
4.5 Kaedah Pengumpulan Data Kajian
Untuk maklumat lanjut tentang borang senarai semak kriteria teknik lakuan
rujuk pada lampiran jadual 4.2. Jadual 4.2 menjelaskan tentang pencapaian
responden dalam Ujian Teknik Lakuan. Pengkaji hanya menanda (X) bagi tidak
menguasai dan (/) bagi menguasai teknik lakuan servis yang betul dan pencapai ujian
aras ketinggian. Manakala borang Ujian Servis Mula Atas Bola Gantung adalah
menggunakan angka sebagai data mentah dan rujuk pada lampiran jadual 4.3.
Seterusnya sebagai rujukan norma skor mata ujian tersebut rujuk jadual 4.4 yang
dilampirkan.
Segala data yang diperoleh adalah melalui pemerhatian dan rakaman video akan
direkod dan memberi fokus kepada teknik lakuan dan aras ketinggian yang berkaitan
dengan kajian yang dijalankan. Semua data ini akan dianalisis. Pengkaji mengambil
data keputusan daripada data yang diperolehi berdasarkan ujian pra dan pasca yang
difokuskan kepada teknik lakuan dan aras ketinggian berdasarkan borang penilaian.
Menurut Rosinah Edinin (2011), analisis data deskritif digunakan untuk
mendapatkan data responden keseluruhan. Data mentah responden yang dikutip
melalui Ujian Teknik Lakuan dan Ujian Servis Mula Atas Bola Gantung akan
dianalisis menggunakan peratusan.
17
4.7 Refleksi Terjemahan Pengalaman Semasa Dalam Penyediaan Kertas
Cadangan Penyelidikan
Dalan menentukan kesan kaedah ini, pengkaji telah menyiapkan satu langkah awal
agar dapat memudahkan pengkaji melihat kesan kaedah ini terhadap responden.
Pengkaji melihat masalah lakuan yang sering dilakukan oleh murid dalam proses
pengajaran kemahiran servis kaki. Jadi, pengkaji telah menyediakan kriteria teknik
lakuan untuk melihat sejauh manakah murid dapat menguasai kemahiran ini melalui
kaedah penyelesaian masalah. Pengkaji mencari penyelesaian terhadap masalah yang
dihadapi murid. Kesemua ini berlaku semasa proses latihan pertama tidak berjaya,
maka pengkaji akan mencari penyelesaian yang lain untuk mencari jalan membantu
penguasaan responden terhadap kemahiran servis mula atas dalam permainan sepak
takraw.
18
5.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
5.1 Pengenalan
Dalam bab ini, data-data yang diambil melalui pemerhatian dan borang analisis akan
dikumpul dan dianalisis. Data yang diperolehi ini akan dianilisis menggunakan
borang dan juga gambar lakuan pergerakan servis mula atas. Dalam kajian ini
seramai empat orang murid dijadikan responden.
Ujian Pra dan Pasca merupakan salah satu instrument yang digunakan dalam
pengumpulan data. Analisis deskriptif digunakan untuk melihat jumlah kiraan
mata dan peratus pencapaian responden dalam ujian yang dijalankan. Analisis
dapatan kajian adalah berdasarkan norma skor mata seperti yang ditunjukkan
dalam jadual 5.1 di bawah.
Jadual 5.1: Norma Skor Ujian Servis Mula Atas Bola Gantung
12 – 15 80 – 100 Cemerlang
8 – 11 50 – 79 Baik
4–7 20 – 49 Sederhana
1–3 1 – 19 Lemah
Sumber : Baumgartner, T.A., Jakson, A.S., Mahar, M.T. dan Rowe, D.A. (2003),
Measurement for Evalution in Physical Eduction and Exercise Science.
Halaman 128
19
5.2.2 Analisis Ujian Pra Servis Atas Bola Gantung
Hasil daripada ujian pra dalam jadual 5.3, didapati data mentah responden 1 dalam
pencapaian ketinggian lakuan servis mula atas hanya mencapai 5 mata daripada 15
mata tertinggi, data mentah responden 2 hanya mencapai 4 mata daripada 15 mata
tertinggi, data mentah responden 3 hanya mencapai 7 mata daripada 15 mata tertinggi
dan data mentah responden 4 dalam penguasaan lakuan servis mula atas hanya
mencapai 4 mata daripada 15 mata tertinggi. Apa yang dilihat bahawa mata yang
paling tinggi adalah 7 mata. Semua data mentah ini akan dianalisis dengan
menggunakan peratusan dalam carta graf seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5.1.
Apa yang boleh disimpulkan dalam ujian ini rata-rata responden tidak dapat
mencapai separuh mata tertinggi iaitu 15 mata.
20
Jadual 5.3 : Pencapaian Ujian Pra
PENCAPAIAN PERATUSAN
50%
40%
30%
Ujian Pra
20%
10%
0%
Responden 1 Respponden 2 Responden 3 Responden 4
Rajah 5.1 : Carta graf analisis pencapaian ujian servis atas bola gantung
Pencapaian ujian pra servis mula atas bola gantung seperti yang terdapat dalam
carta graf rajah 5.1 menunjukkan bahawa responden 1 hanya mencapai servis pada
ketinggian 36%, responden 2 hanya mencapai 26%, responden 3 hanya mencapai
46% dan responden 4 hanya mencapai 26%. Pencapaian semua responden dalam
ujian ini merujuk jadual 5.2: Norma Skor Ujian Servis Mula Atas Bola Gantung skor
adalah ditahap lemah dan sederhana sahaja.
21
5.2.5 Data Ujian Pra Teknik Lakuan Servis
Hasil daripada ujian dalam jadual 5.4 didapati semua responden tidak dapat
melakukan teknik lakuan servis mula dengan betul. Untuk pencapaian prestasi servis
yang baik seseorang tekong dalam permainan sepak takraw mestilah menguasai
keseluruhan teknik lakuan servis iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas lakuan
servis. Pelaporan Ujian Teknik Lakuan Servis dianalisis dengan menggunakan tanda
(/) bagi responden yang menguasai dan tanda (X) bagi responden yang belum
menguasai. Ujian teknik lakuan servis mula atas ini adalah digunakan untuk rujukan
tahap penguasaan dikalangan responden. Ini kerana untuk menjadi pelaku servis
mula atas hendaklah menguasai keseluruhan kriteria teknik lakuan.
22
5.3 Analisis Ujian Pasca
Sumber daripada ujian spesifik bola sepak mencari bakat sekolah rendah yang
diubahsuai oleh pengkaji.
Hasil daripada ujian pra dalam jadual 5.5, didapati data mentah responden 1 dalam
pencapaian ketinggian lakuan servis mula atas telah mencapai 13 mata daripada 15
mata tertinggi, data mentah responden 2 telah mencapai 10 mata daripada 15 mata
tertinggi, data mentah responden 3 telah mencapai 15 mata daripada 15 mata
tertinggi dan data mentah responden 4 dalam penguasaan lakuan servis mula atas
telah mencapai 14 mata daripada 15 mata tertinggi. Apa yang dilihat didapati semua
responden telah mendapat peningkatan mata berbanding ujian pra. Semua data
mentah ini akan dianalisis dengan menggunakan peratusan dalam carta graf seperti
yang ditunjukkan dalam rajah 5.7.
23
5.3.2 Pencapaian Ujian Pasca
PENCAPAIAN PERATUSAN
120%
100%
80%
60%
Ujian Pasca
40%
20%
0%
Responden 1 Respponden 2 Responden 3 Responden 4
Pencapaian Ujian Pasca Servis Mula Atas Bola Gantung seperti yang terdapat dalam
carta graf rajah 5.2 menunjukkan bahawa responden 1 telah mencapai servis pada
ketinggian 86%, responden 2 telah mencapai 66%, responden 3 telah mencapai 100%
dan responden 4 telah mencapai 93%. Pencapaian semua responden dalam ujian ini
merujuk jadual 5.2, Norma Skor Ujian Servis Mula Atas Bola Gantung skor adalah
ditahap baik dan cemerlang.
24
5.3.4 Data Ujian Pasca Teknik Lakuan Servis
Hasil daripada ujian dalam jadual 5.7 didapati semua responden dapat melakukan
teknik lakuan servis mula dengan betul. Untuk pencapaian prestasi servis yang baik
seseorang tekong dalam permainan sepak takraw mestilah menguasai keseluruhan
teknik lakuan servis iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas lakuan servis. Pelaporan
Ujian Teknik Lakuan Servis di atas yang ditanda menggunakan (/) bagi responden
yang menguasai. Ujian teknik lakuan servis mula atas ini telah diadakan melalui
pemerhatian kepada setiap responden sepanjang intervensi dijalankan. Ini kerana
untuk menjadi pelaku servis mula atas yang baik dan cemerlang hendaklah
menguasai keseluruhan kriteria teknik lakuan servis mula atas.
25
5.4 Perbandingan Analisis Ujian Pra dan Pasca
5.4.1 Analisis Ujian Pra dan Pasca Servis Atas Bola Gantung
Jadual 5.8 Skor Data Mentah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Sumber daripada ujian spesifik bola sepak mencari bakat sekolah rendah yang
diubahsuai oleh pengkaji.
Hasil daripada ujian pra dalam jadual 5.8, didapati data mentah responden 1 dalam
pencapaian ketinggian lakuan servis mula atas telah meningkat 8 mata. Data mentah
responden 2 telah meningkat 6 mata. Data mentah responden 3 telah meningkat 8
mata dan data mentah responden 4 dalam meningkat 10 mata. Apa yang dilihat
didapati pencapaian ujian pasca semua responden telah mendapat peningkatan mata
berbanding ujian pra. Semua data mentah ini akan dianalisis dengan menggunakan
peratusan dalam carta graf seperti yang ditunjukkan dalam jadual 5.9 dan rajah 5.3.
26
5.4.2 Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca
R1 5 36 13 86 +8 +50 Meningkat
R2 4 26 10 66 +6 +40 Meningkat
5.5.3 Carta Graf Perbandingan Peratusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
PENCAPAIAN PERATUSAN
120%
100%
80%
20%
0%
Responden 1 Respponden 2 Responden 3 Responden 4
Rajah 5.3 Pencapaian Perbandingan Ujian Pra dan Pasca Servis Mula Atas
Pencapaian Ujian Pasca Servis Mula Atas Bola Gantung seperti yang terdapat dalam
carta graf rajah 5.3 menunjukkan bahawa responden 1 telah mencapai peningkatan
50%, responden 2 telah mencapai peningkatan 40%, responden 3 telah mencapai
27
peningkatan 54% dan responden 4 telah mencapai peningkatan 67%. Pencapaian
semua responden selepas intervensi telah meningkat ditahap baik dan cemerlang.
Jadual 5.10 : Perbandingan Data Ujian Teknik Asas Lakuan Kemahiran Servis
Hasil daripada ujian dalam jadual 5.10, pencapaian prestasi responden dalam teknik
28
lakuan servis mula atas pada tahap-tahap ketinggian 110˚, 120̊ dan 130˚. Prestasi
responden mencapai 100%. Apa yang boleh disimpulkan dalam ujian ini rata-rata
responden telah menguasai teknik lakuan servis mula atas dengan baik. Hasil
daripada ujian dalam jadual 5.10 juga didapati semua responden dapat melakukan
teknik lakuan servis mula dengan betul. Untuk pencapaian prestasi servis yang baik
seseorang tekong dalam permainan sepak takraw mestilah menguasai keseluruhan
teknik lakuan servis iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas lakuan servis.
Pelaporan Ujian Teknik Lakuan Servis di atas yang ditanda menggunakan (/) bagi
responden yang menguasai. Ujian teknik lakuan servis mula atas ini telah diadakan
melalui pemerhatian kepada setiap responden sepanjang intervensi dijalankan. Ini
kerana untuk menjadi pelaku servis mula atas yang baik dan cemerlang hendaklah
menguasai keseluruhan kriteria teknik lakuan servis mula atas.
Berdasarkan analisis rakaman video dan gambar pegun, didapati beberapa lakuan
servis yang salah dilakukan oleh responden melalui ujian servis mula yang
dijalankan. Perincian yang dibincangkan adalah seperti di bawah.
i) Fasa sebelum lakuan servis tekong
Pemerhatian Responden 1
29
Rajah 5.2 : Fasa sebelum lakuan servis mula responden 1
Pemerhatian Responden 2
Pemerhatian Responden 3
30
Pemerhatian Responden 4
Pemerhatian Responden 1
31
Pemerhatian Responden 2
Pemerhatian Responden 3
32
Pemerhatian Responden 4
Pemerhatian Responden 1
33
Pemerhatian Responden 2
Pemerhatian Responden 3
34
Pemerhatian Responden 4
Kajian ini memperkenalkan dua aktiviti latihan iaitu latihan yang menggunakan
palang kotak (pako) dan latihan menggunakan bola gantung (boga) yang digantung
dengan tali. Perincinan dalam kajian ini adalah seperti berikut;
36
Kajian ini adalah bersifat kualitatif, untuk itu angka-angka yang dimasukkan
dalam jadual hanyalah digunakan sebagai rujukan untuk membantu pemetaan latihan
semasa kajian saya. Antara aspek-aspek yang dinilai selepas latihan ialah;
i) Perlaksanaan teknik lakuan asas yang betul (sebelum, semasa, dan selepas) dalam
melakukan servis mula tekong dengan merujuk jadual 5.5.
ii) Pencapaian bukaan kaki berdasarkan aras-aras ketinggian yang ditetapkan dengan
merujuk jadual 5.4.
37
Rajah 5.15 : Regangan untuk membantu fleksibiliti bukaan kaki responden
Berikut ditunjukkan latihan ‘pako’ yang dilaksanakan oleh setiap responden dalam
minggu pertama aktiviti latihan sesudah menjalani ujian pra yang tidak menampakan
lakuan servis yang tidak betul. Saya memperkenalkan satu aktiviti latihan yang
menggunakan palang kotak (pako). Aktiviti ini disediakan mengikut tahap-tahap
yang ditetapkan pada jadual 5.4 dan 5.5. Aktiviti ini adalah merupakan proses-proses
latihan untuk bukaan kaki dan proses untuk membetulkan teknik lakuan servis mula
atas.
38
FASA SEBELUM FASA SEMASA FASA SELEPAS
Persediaan lonjakan Atasi halangan Ikut lajak
Rajah 5.17 : Fasa-fasa lakuan teknik servis mula atas dalam latihan pako aras
ketinggian 90̊.
Latihan tahap pertama iaitu ‘pako’ pada aras pinggang dijalankan pada
minggu pertama di mana latihan ini merupakan satu permulaan iaitu memberikan
asas-asas bukaan kaki utama di samping memberi pengetahuan dan penekanan
tentang teknik-teknik asas lakuan servis mula.
39
5.7.2 Latihan ‘PAKO’ Aras Ketinggian Dada (sudut 110˚)
Berikut ditunjukkan latihan ‘pako’ yang dilaksanakan oleh setiap responden dalam
minggu kedua aktiviti latihan aras ketinggian 110̊. Aktiviti dalam latihan ini
dilaksanakan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Rajah didapati teknik lakuan servis
yang ditunjukkan ada peningkatan berbanding pada latihan minggu pertama.
Berikut ditunjukkan latihan ‘pako’ yang dilaksanakan oleh setiap responden dalam
minggu ketiga aktiviti latihan aras ketinggian 130̊. Aktiviti dalam latihan ini
dilaksanakan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Rajah didapati teknik lakuan servis
yang ditunjukkan ada peningkatan berbanding pada latihan minggu kedua.
40
FASA SEBELUM FASA SEMASA FASA SELEPAS
Persediaan lonjakan Atasi halangan Ikut lajak
Setelah selesai aktiviti latihan pako pada tahap tiga ini, sebagai kesimpulan
dan dapatan refleksi saya. Keupayaan responden pada tahap ini memberikan satu
perkembangan yang baik telah berlaku pada setiap responden di mana setiap
responden rata-rata telah menguasai semua teknik lakuan servis atas dengan betul. Ini
telah memberi motovasi kepada semua responden.
42
penguasaan teknik-teknik asas lakuan servis yang telah dikuasai didapati semua
responden dapat melakukannya tanpa sebarang masalah malah semua responden
melakukan servis atas mula dengan penuh yakin. Setelah selesai aktiviti latihan
pakoboga pada minggu yang ke lima, sebagai kesimpulan dan dapatan refleksi saya.
Keupayaan responden pada tahap ini menampakkan perkembangan yang baik telah
berlaku pada setiap responden di mana setiap responden dapat melakukan servis atas
dengan bukaan kaki yang mencapai tahap maksimum iaitu ketinggian melebihi
kepala responden iaitu lebih kurang sudut 130˚.
43
prestasi yang memberangsangkan dan kajian saya telah berjaya mengubah teknik
lakuan servis mula bawah kepada teknik lakuan servis mula atas. Berikut
ditunjukkan perbandingan dalam rajah 5.23.
X /
44
Bukaan layangan kaki utama
berpindah dari titik sentuh ke titik ‘Z’
(titik pendaratan) untuk pendaratan.
Pendaratan kaki utama menggunakan
bebola tapak kaki bagi menyerap
hentakan.
Kaki sokongan bersedia keluar dari
tapak dirian/bulatan servis setelah
kaki utama mendarat pada titik ‘Z’
Berat badan dipindahkan mengikut
lajak lakuan dan kembali pada asal
X /
6.1 Pengenalan
Refleksi merupakan satu fasa yang penting dalam satu-satu kajian. Melalui refleksi
ini pengkaji dapat merenung kembali dan menganalisis semula kajian yang dibuat
dan membuat keberkesanan sesuatu tindakan dari aspek yang kurang baik kepada
yang baik. Melalui refleksi ini, implikasi terhadap pendidikan jasmani turut
diperbincangkan. Refleksi terhadap setiap perlaksanaan kajian dilakukan untuk
tujuan penambahbaikan terhadap perlakuan. Begitu juga cadangan kajian susulan
sebagai kajian masa depan turut dibincangkan bagi membolehkan kajian terus
berkembang dilaksanakan pada masa akan datang.
45
6.2 Refleksi dan Implikasi Dapatan Kajian
6.2.1 Latihan Servis Mula Atas Aras Pinggang, Dada dan Muka
dengan Menggunakan Kaedah “PAKO”
Penekanan utama yang dijalankan dalam pendekatan latihan ini dilakukan kaki utama
(dominan) iaitu layangan kaki berlaku di atas palang kotak yang mempunyai aras
ketinggian yang berbeza-beza mengikut ketinggian tubuh responden iaitu pada aras
pinggang, dada dan muka. Kaki utama dilayangkan didorong oleh halangan palang
kotak yang disediakan. Sebelum latihan ini dijalankan responden akan mengenalpasti
kaki utama yang akan digunakan untuk melakukan servis atas sepak sila.
Hasil daripada latihan dengan menggunakan palang kotak pada tiga aras
ketinggian ini telah dapat dijalankan dengan baik. Semua lakuan latihan dibuat
sebanyak lima kali ulangan mengikut fasa dan teknik lakuan servis atas mula.
46
Refleksi telah dibuat pada aktiviti latihan ini setiap kali selesai intervensi dan
didapati semua responden dapat menunjukkan prestasi baik dalam menguasai
kemahiran servis dan teknik lakuan servis mula atas.
6.2.2 Latihan Sepak Mula Atas Sepak Sila Aras Pinggang dan Dada dengan
Menggunakan Kaedah “PAKOBOGA”
Hasil daripada kajian yang dijalankan ini, saya dapati bagi mengubah lakuan yang
sudah biasa iaitu servis mula bawah kepada servis mula atas yang melibatkan pelaku
(tekong) dalam permainan sepak takraw memerlukan satu proses pembelajaran yang
pelbagai dan bukan hanya melakukan aktiviti-aktiviti latihan yang berfokus kepada
teknik lakuan sahaja. Ini adalah kerana pelakuan memerlukan keberanian untuk
melakukan tindakan yang boleh mengakibatkan kecederaan. Sebagai contoh,
pelakuan membuka kaki sambil melayang dan pada masa yang sama untuk
menambahkan lagi bukaan kaki yang tinggi kaki dirian sebelah kaki hendaklah
mengimbang dalam keadaan badan berdiri pada bebola kaki.
Sebagai rumusan dari kajian saya, penggunaan intervensi yang inovasi dapat
meransang murid untuk berminat mencuba dan seterusnya melakukan aktiviti. Ini
juga sudah tentu dapat memberikan kepuasan kepada murid lebih-lebih lagi
sekiranya digunakan secara terancang dan sistematik berserta aktiviti-aktiviti yang
menarik. Kesimpulanya, dapatan kajian “PAKOBOGA” adalah satu kaedah
pembelajaran yang menarik yang boleh murid menguasai teknik lakuan dan
kemahiran servis mula atas. Semoga hasil kajian ini dapat dimanafaatkan dan boleh
dijadikan panduan oleh guru-guru pendidikan jasmani di sekolah dan juga jurulatih-
jurulatih sukan khususnya permainan sepak takraw di sekolah prestasi tinggi sukan
(SPTS) dan program kementerian satu murid satu sukan (1M1S).
48
Berikut adalah merupakan cadangan pengkaji untuk kajian pada masa akan datang;
i) Menggunakan tempoh latihan yang lebih panjang dua hingga tiga bulan dan
menggunakan jadual latihan yang diatur secara sistematik.
ii) Guru boleh mengubah dan menambah lebih banyak variasi latihan seperti servis
pada bola yang berbuai.
iii) Guru boleh mencuba supaya murid belajar posisi lain contoh perejam. Ini kerana
murid sudah menguasai kemahiran servis mula atas yang sesungguhnya bukaan kaki
pun perlu kepada perejam untuk memukul bola di atas (suaian akrobatik).
49
SENARAI RUJUKAN
Rujukan Buku :
Abdul Halim Kader, Mohd. Salim Abd. Bari (2010). Sepak takraw satu
cabaran global. Selangor Darul Ehsan. Siri Pendidikan Sukan Utusan.
Baumgartner, T.A., A.S., Mahar, M.T. dan Rowe, D.A. (2003) Measurement for
Evalution in Physical Education and Exercise Science, 7,128.
Haji Gapor Ahmad (2007). Kejurulatihan dan sains sukan. Kuala Lumpur:
Siri Pendidikan Sukan Utusan.
50
Kemmis, S., & Mc Taggart, R. (Eds.). (1998). The action research.
Geelong, Victoria: Deakin University Press.
Mohd Anizu Bin Mohd Noor & Ismail Bin Ibrahim (2013). Tahap kecergasan
atlet sepak takraw berdasarkan VO2 max. Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.
Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan (Edisi Kedua).
Kuala Lumpur: Freemaid Horizons.
Wee Eng Hoe (2007). Siri sains sukan sains kejurulatihan. Shah Alam, Selangor:
Oxford Fajar.
51
LAMPIRAN A
JADUAL INTERVENSI (Program Latihan)
52
-Bukaan kaki duduk berpasangan.
-Latih tubi sepak mula atas aras
pinggang dengan palang kotak. (5 kali
ulangan)
-Cooling down.
Minggu ke 2 Isnin -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras dada
dengan palang kotak. (5 ulangan)
-Cooling down.
Rabu -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras dada
dengan palang kotak (5 kali ulangan)
-Cooling down.
Jumaat -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berpasangan
- Latih tubi sepak mula atas aras dada
dengan palang kotak. (5 ulangan)
-Cooling down.
Minggu ke 3 Isnin -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras muka
dengan palang kotak. (5 ulangan)
-Cooling down.
Rabu -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
53
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras muka
dengan palang kotak. (5 ulangan)
-Cooling down.
Jumaat -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras muka
dengan palang kotak. (5 ulangan)
-Cooling down.
Minggu ke 4 Isnin -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras
pinggang dengan palang kotak dan bola
gantung. (5 ulangan)
-Cooling down.
Rabu -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras
pinggang dengan palang kotak dan bola
gantung. (5 ulangan)
-Cooling down.
54
-Cooling down.
Isnin -Pemanasan badan, regangan dan
FEBRUARI kelonggaran otot.
2015 -Bukaan kaki pada dinding.
Minggu ke 5 - Latih tubi sepak mula atas aras dada
dengan palang kotak dan bola gantung.
(5 ulangan)
-Cooling down.
Rabu -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki pada dinding.
- Latih tubi sepak mula atas aras dada
dengan palang kotak dan bola gantung.
(5 ulangan)
-Cooling down.
Jumaat -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki pada dinding.
- Latih tubi sepak mula atas aras dada
dengan palang kotak dan bola gantung.
(5 ulangan)
-Cooling down.
Minggu ke 6 Isnin -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki pada dinding.
- Latih tubi sepak mula atas aras muka
dengan palang kotak dan bola gantung.
(5 ulangan)
-Cooling down.
Rabu Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
55
-Bukaan kaki pada dinding.
- Latih tubi sepak mula atas aras muka
dengan palang kotak dan bola gantung.
(5 ulangan)
-Cooling down.
Jumaat Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki pada dinding.
- Latih tubi sepak mula atas aras muka
dengan palang kotak dan bola gantung.
(5 ulangan)
-Cooling down.
Ahad Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berpasangan dan pada
dinding.
-Ujian Pasca
-Rekod data
-Rakam vedio
56
LAMPIRAN B
BATERI UJIAN SERVIS SEPAK TAKRAW
Semua responden akan diberi penerangan yang jelas tentang prosedur-prosedur setiap
ujian yang akan diambil. Sekiranya responden tidak memahami prosedur sesuatu
ujian dengan jelas, maka hasil keputusannya tidak akan tepat. Demonstarasi juga
dilakukan agar responden lebih memahami perlakuan yang betul dalam ujian-ujian
tersebut.
Kebolehpercayaan : -
Alatan : 1 set palang besi dan bola gantung, wisel 1 unit, manila
57
Protokol Ujian
1) Kedudukan Responden
servis.
dalam borang.
2) Penguji
ujian.
130
129
128
127
126
125
124
123
122
121
120
119
118
117
116
115
114
113
112
111
110
Titik ‘Z’
Titik ‘X’
Titik ‘Y’
Jatuha
n kaki
Gambarajah utaUjian
Bateri Servis Mula Atas Bola Gantung
58
LAMPIRAN C
Sumber dari Buku Siri Pendidikan Jasmani Dan Sukan. Amran Lee Abdullah.
Muka surat 5 dan 6.
59
LAMPIRAN D1
BORANG-BORANG UJIAN
60
LAMPIRAN D2
Borang Ujian Servis Mula Atas Bola Gantung
P1 P2 P3 Jumlah P1 P2 P3 Jumlah
(mata) (mata) (mata) Mata (mata) (mata) (mata) Mata
S1
S2
S3
S4
Sumber daripada ujian spesifik bola sepak mencari bakat sekolah rendah yang
diubahsuai oleh pengkaji.
12 – 15 Cemerlang
8 – 11 Baik
4–7 Sederhana
1–3 Lemah
61