You are on page 1of 3

4 Keperluan Asas Tumbuhan”

Berkebun jadi mudah dan seronok bila kita tahu apa keperluan asas yang diperlukan oleh pokok.
Untuk dapatkan pokok yang sihat dan subur bagaikan sang juara, 4 keperluan asas ini perlu di
dipenuhi iaitu :-

Air

Cahaya

Udara

Nutrien

1. Air

Air merupakan keperluan yang paling utama diperlukan oleh pokok. Secara purata, 80 – 90 %
dari berat tanaman adalah air.

Air berperanan sebagai medium pengangkutan nutrient di dalam tumbuhan. Ia juga diperlukan
dalam proses fotosintesis.

Jika tanaman kita tak cukup air, kita boleh nampak dengan jelas kesannya iatu pokok akan jadi
layu dan boleh mati selepas beberapa hari tanpa air.

Air juga membekalkan unsur hydrogen kepada pokok.

2. Cahaya

Cahaya sangat diperlukan oleh pokok untuk proses fotosintesis. Kekurangan cahaya boleh
menyebabkan daun kurang hijau dan pokok akan terbantut tumbesarannya. Kesannya, hasil yang
diperolehi nanti akan berkurangan antara 30% - 50%.

Secara umumnya, kebanyakan tanaman memerlukan antara 15,000 – 45,000 lux cahaya untuk
pertumbuhan yang baik dan normal.

3. Udara

Di dalam udara, ada dua komponen utama yang diperlukan oleh pokok iaitu karbon dioksida
(CO2) dan oksigen (O2).

Karbon dioksida diperlukan untuk menghasilkan makanan. Oksigen pula diperlukan untuk
proses respirasi iaitu proses menukar makanan kepada tenaga.
Pengudaraan yang cukup dan sempurna sangat penting bagi memastikan tanaman dapat hidup
subur dan sihat. Jika pengudaraan tidak baik, risiko pokok kita untuk diserang penyakit yang
disebabkan kulat adalah tinggi.

Selain itu, akar juga memerlukan pengudaraan yang baik. Adalah sangat penting untuk kita
memastikan media yang digunakan adalah poros kerana ia sangat baik kepada pengudaraan akar.

4. Nutrient

Dua sumber nutrient yang pokok boleh dapat iaitu nutrient yang telah tersedia di dalam media @
tanah dan nutrient yang dibekalkan melalui pembajaan. Sebahagian nutrient ini diperolehi
melalui akar dan ada juga melalui daun.

Sekurang – kurangnya 13 jenis nutrient yang boleh dibekalkan kepada pokok melalui pembajaan.
Ianya dipecahkan kepada tiha kategori iaitu :

> Unsur makro utama iaitu Nitrogen (N), Fosforus (P) dan Kalium (K).

> Unsur makro sekunder iaitu Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan Sulfur (S).

> Unsur mikro @ surih iaitu Boron (B), Zink (Zn), Ferum (Fe), Cuprum (Cu), Mangan (Mn),
Molibdenum (Mo) dan Clorin (Cl).

Bila sahabat dah tahu 4 keperluan asas ini, proses berkebun akan jadi lebih mudah dan seronok.
Tanam pokok apa pun nanti, insyaAllah akan hidup subur dengan izin Yang Maha Esa.

Tolong kongsikan ilmu ni pada yang lain SEBAB mungkin ianya akan sangat berguna untuk
mereka juga.
Baja bermaksud apa – apa bahan yang digunakan pada tanah atau tanaman untuk membekalkan
satu atau lebih unsur yang perlu.

Ianya boleh dalam bentuk pepejal atau cecair. Organik atau bukan organic. Tunggal atau
campuran.

Tujuannya adalah untuk menambahbaik tanaman dari segi pemakanan, tumbesaran, hasil atau
kualiti.

Baja juga bertujuan untuk menghasilkan perubahan kepada sifat – sifat tanah yang akan
menyumbang dalam penambahbaikan pertumbuhan dan pemakanan tanaman.

Jenis - jenis baja kimia :-

1. Baja tunggal

2. Baja campuran

3. Baja sebatian

4. Baja kimiabio

Baja organik ada 2 jenis sahaja iaitu baja kompos


dan baja bio (bio fertilizer)

Jenis - jenis baja kompos :-

1. Baja kompos aerob

2. Baja bokashi

3. Baja vermikompos

4. Baja organik cecair

You might also like