You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KENANG

31100 SUNGAI SIPUT (U)


PERAK ABA4053 TEL: 05-5940171

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


KALI PERTAMA – TAHUN 2020

TARIKH : 9 JANUARI, 2018


MASA : 1.30p.m.
TEMPAT : BILIK MESYUARAT, SK. KAMPUNG KENANG

Kehadiran:
1. En Mohamad Tamizi Bin Yeob Nordin
2. Encik Mohd Latib Bin Said
3. Puan Rusmawati Binti Diwi
4. Puan Kalaiselvi A/P Velusamy
5. Puan Gunavathy A/P Muniandy
6. Puan Nur Farhana Binti Ahmad Khori
7. Puan Joliati Binti Jalaluddin
8. Puan Siti Norsyakila Bt. Mohd Sarif

1. Ucapan Pengerusi (Ketua Panitia)


1.1 Mengucapkan selamat petang kepada tuan guru besar dan guru-guru.
1.2 Menjemput tuan guru besar untuk menyampaikan ucapan penasihat.

2. Ucapan Penasihat (En. Mohamad Tamizi Bin Yeob Nordin – Guru Besar)
2.1 Mengucapkan selamat petang dan terima kasih di atas kehadiran guru-guru.
2.2 Meminta semua guru Bahasa Inggeris agar bekerjasama untuk menjalankan segala
aktiviti panitia seperti yang telah dirancang dalam Takwim Panitia Bahasa Inggeris
bagi Tahun 2020 untuk meningkatkan penglibatan dan minat murid terhadap subjek
Bahasa Inggeris. Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

2.3 Mengesyorkan supaya guru melatih murid-murid yang bertugas dalam Perhimpunan
Mingguan agar mereka dapat mengendalikan perhimpunan dalam Bahasa Inggeris
pada minggu- minggu tertentu. Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris
3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Pertama
3.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Kali Keempat 2020.
3.2 Puan Siti Norshakila Bt. Mohd Sarif mencadangkan minit mesyuarat disahkan.
Cadangan disokong oleh Puan Joliati Binti Jalaluddin.

4. Perkara Berbangkit
4.1 Tiada perkara berbangkit

5. Bahasa Inggeris UPSR 2020


5.1 Tuan guru besar memaklumkan bahawa Program Kelas Bimbingan perlu dijalankan
bermula bulan Mac. Tindakan : Guru-guru Bahasa Inggeris

5.2 Pembentangan analisis Headcount bagi kedua-dua subjek Bahasa Inggeris Pemahaman
013 dan Bahasa Inggeris Penulisan 014. Seramai 8 orang menjadi target lulus bagi Bahasa
Inggeris Penulisan 014 dan 12 orang murid menjadi target lulus Bahasa Inggeris
Pemahaman 013. Tindakan : Guru Bahasa Inggeris Tahun 6

5.3 Guru besar juga menyatakan bahawa TOV adalah berdasarkan PPT 2019 dan markah
peperiksaan PAT 2019 perlu dimasukkan sebagai AR1 di dalam pengiraan headcount bagi
semua subjek UPSR untuk tahun 5 dan 6. Tindakan : Guru Tahun 6 dan 5

5.4 Ujian Selaras 1 akan diadakan pada bulan Mac dan keputusan akan dimasukkan sebagai
AR2. Tindakan: Guru Tahun 6 dan 5

5.5 Guru perlu menyediakan isu dan intervensi untuk murid-murid Tahun 5 dan 6.
Tindakan: Guru Tahun 6 dan 5

6. Program Minggu Bahasa Inggeris

6.1 Program Bulan Bahasa Inggeris telah ditetapkan pada bulan April. Guru-guru Bahasa
Inggeris dikehendaki menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang
bulan tersebut. Perbincangan akan diadakan pada bulan Mac bagi membingcangkan
aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada bulan tersebut.
Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris
6.2 Speaker’s Corner, murid-murid perlu digalakkan untuk menyertai aktiviti ini. Guru-guru
perlulah menyediakan bahan bacaan mudah dan memberi latihan kepada murid
sebagai galakkan kepada mereka supaya lebih berkeyakinan untuk bercakap di
khalayan ramai. Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

7. Penggunaan Bahan Linus Bahasa Inggeris

7.1 Guru digalakkan untuk menggunakan bahan Linus Bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh
pihak BPK sewaktu pengajaran. Tindakan: Guru Bahasa Inggeris Tahun 1- Tahun3

8. Rekod PBS
7.1 Guru besar menyarankan kepentingan untuk guru-guru mengisikan data dalam
rekod PBS iaitu sebagai Pentaksiran Bilik Darjah.
Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

9. Ucapan Penangguhan
9.1 Tuan guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru.
9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.20p.m.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

…………………………………………………………. …………………………………………………………….
(NUR FARHANA BINTI AHMAD KHORI) EN. MOHD LATIB BIN SAID
KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SK. KAMPUNG KENANG SK. KAMPUNG KENANG

You might also like