You are on page 1of 1

1.

Penggunaan e-pembelajaran dalam PdP sejarah


- E-pembelajaran/e-learning ialah suatu konsep pembelajaran, latihan atau program
pendidikan yang dilakukan menggunakan media electronik sebagai pengantaraan untuk
keseluruhan pergerakan data dan maklumat pengajaran daripada guru kepada murid
dan sebaliknya.
- Pengajaran berasaskan e-learning akan melibatkan penggunaan komputer dan internet,
selain peralatan elektronik lain yang sesuai dalam PDP.
- Bahan-bahan pengajaran dimuatnaik dalam laman e-learning, mengadakan ujian secara
online, menyediakan video pengajaran adalah antara kaedah yang boleh diterokai bagi
meningkatkan lagi minat mendalami ilmu ketamadunan.
- Bahan-bahan e-learning dapat dicapai dengan mudah melalui telefon pintar, membantu
pelajar mengulangkaji mata pelajaran sejarah dengan lebih berkesan.
- Murid dapat menerima maklumat yang dipaparkan oleh guru atas talian dan mereka
juga boleh melayari internet untuk mencari maklumat yang lanjut dengan usaha sendiri.
- E-learning boleh menarik minat pelajar kerana pada zaman ini, pelajar lebih minat dalam
bahan teknologi.
- Murid dapat belajar sejarah di rumah semasa lapang. Murid dapat belajar dengan selesa
dan gembira kerana boleh tengok video dan penjelasan yang teliti serta berulang video
dengan banyak kali.

You might also like