You are on page 1of 1

18.

Refleksi

Melalui pengajaran pada hari ini, kekuatan yang boleh saya perhati ialah
pemahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan adalah agak
tinggi. Hal ini dapat dilihat apabila mereka mampu menjawab soalan yang dikemukakan
dengan baik tidak kira dalam secara lisan ataupun tulisan. Pada masa yang sama, usaha
menyiapkan kerja kumpulan turut dipertingkatkan melalui aktiviti yang dijalankan pada
masa itu. Perkara ini mampu membuktikan bahawa murid mempunyai minat yang tinggi
dan mudah tertarik dengan aktiviti yang berbentuk permainan yang melibatkan pelbagai
deria rangsangan.

Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan juga melalui pengajaran dan


pembelajaran pada hari ini. Antaranya ialah perasaan ingin menang sangat kuat dalam
kalangan murid walaupun saya sudah menerangkan beberapa peraturan yang harus
murid patuhi semasa aktiviti dijalankan. Keadaan ini telah menyebabkan sesetengah
daripada mereka akan bertengkar demi sedikit perkara remeh sahaja.

Untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi, saya perlu sentiasa memberi
amaran kepada murid yang sedang bertengkar semasa permainan dijalankan. Jikalau
keadaan menjadi semakin serius, saya perlu mehentikan mereka daripada terus
menjalankan aktiviti tersebut.

You might also like