You are on page 1of 7

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/313565119

Minat Pelajar dalam Subjek Matematik Sekolah Rendah Daerah Pontian

Article · September 2016

CITATIONS READS
0 5,243

2 authors, including:

Ismail Affero
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
52 PUBLICATIONS   192 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

The lecturers perception the application of frog vle system in teaching and learning (PdPC) in vocational colleges View project

Public Private Partnership View project

All content following this page was uploaded by Ismail Affero on 11 February 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Minat Pelajar dalam Subjek Matematik Sekolah Rendah Daerah Pontian

Amat Ujali Lan dan Affero Ismail


Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor.
E-mail: amatujali@yahoo.com

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap minat pelajar dan faktor-faktor yang
mempengaruhi minat pelajar terhadap subjek Matematik di dua buah sekolah rendah luar
bandar di daerah Pontian. Kajian ini melibatkan 60 responden yang terdiri daripada murid
darjah enam di dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sanglang dan Sekolah
Kebangsaan Seri Al-Ulum di daerah Pontian. Pencapaian akademik dalam UPSR di kedua
buah sekolah ini kurang memuaskan malahan berlaku penurunan. Satu set soal selidik
dibahagikan kepada 3 bahagian yang terdiri daripada 25 item telah diedarkan. Bahagian
A dijawab menggunakan skala bebas dan jenis Thurston. Ia berkenaan demografi
responden iaitu jantina, bangsa, institusi, taraf pendidikan bapa dan ibu, pendapatan bapa
dan ibu. Manakala bahagian B dan C menggunakan Skala Likert. Bahagian B mengenai
tahap minat pelajar dan bahagian C mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi minat
pelajar. Data dikumpul melalui soal-selidik dan dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Sosial Science) dengan
memberi tumpuan kekerapan, min dan peratusan. Hasil kajian ini juga menunjukkan
bahawa tahap minat murid dan faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap
subjek Matematik pada tahap tinggi. Selain itu taraf pendidikan dan pendapatan ibubapa
responden mempengaruhi dan memberi kesan terhadap minat pelajar terhadap subjek
Matematik.
Katakunci: matematik, sekolah rendah, minat pelajar.

1. PENGENALAN
Minat boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di dalam
matematik. Akibat tidak minat terhadap matematik, sudah tentulah murid tersebut tidak akan
memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Pendidikan merupakan satu proses
dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan satu perubahan yang dikehendaki di dalam diri
seseorang. Kini tugas guru semakin mencabar dan menjadi tanggungjawab membantu menarik
minat pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam subjek matematik. Perancangan yang
baik dan menarik serta pelbagai pendekatan yang sesuai dan digunakan adalah faktor yang penting
untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik minat pelajar di dalam sesebuah sekolah.
Ringkasnya, matematik amat mempengaruhi kehidupan seharian kita dari zaman nenek moyang
kita sampai sekarang dan juga masa depan. Ini hakikatnya. Semua pihak haruslah berusaha untuk
menjadikan dan melahirkan pelajar atau ahli matematik yang mempunyai keupayaan analitikal
yang baik.

2. LATAR BELAKANG MASALAH


Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kini lebih berorientasikan peperiksaan iaitu
memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata menyebabkan minat pelajar
semakin berkurangan. Minat pelajar yang negatif terhadap pengajaran yang digunakan oleh guru
di dalam kelas menjadi salah satu faktor pelajar menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama
mereka dalam melakukan tugasan yang diberikan. Mata pelajaran matematik merupakan mata
pelajaran teras baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Mempelajari matematik
adalah penting dalam kehidupan seharian kita. Kemerosotan dalam matematik sering dikaitkan
dengan dengan sikap pelajar seperti tidak berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematik
dalam peperiksaan UPSR contohnya. Pelajar bersikap sambil lewa dalam memahami objektif
pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Minat pelajar menjadi sebagai alat pengukur untuk
menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penurunan minat pelajar
terhadap matematik adalah satu punca kenapa pencapaian matematik semakin merosot.

3. OBJEKTIF
Objektif bagi kajian ini adalah untuk :
1. Mengenal pasti tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik di kalangan
pelajar.
2. Menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap subjek
Matematik di kalangan pelajar.
3. Mengenal pasti faktor dominan pelajar dalam subjek Matematik dikalangan pelajar.

4. KAJIAN LITERATUR

4.1 Minat pelajar

Minat pelajar mempunyai pengaruh yang besar terhadap proses pencapaian hasil pelajar.
Apabila mata pelajaran yang dipelajari tidak sesuai dengan minat pelajar, maka pelajar tersebut
tidak akan tertarik untuk belajar dengan sebaik-baiknya. Tidak ada daya tarik bagi pelajar
mengakibatkan keengganan belajar. Keengganan belajar mengakibatkan tidak adanya kepuasan
dari pelajaran tersebut atau mendapat keputusan yang memuaskan atau cemerlang. Namun
sebaliknya, pelajaran yang menarik pelajar, lebih mudah direncanakan kerana minat akan
menambah aktiviti belajar.

Minat pelajar di pengaruhi oleh perkembangan minat yang terbatas atau terbantut.
Ketidakmampuan fizikal dan mental serta pengalaman sosial yang terbatas membatasi minat
pelajar. Pelajar yang cacat fizikal misalnya tidak mungkin mempunyai minat yang sama pada
olahraga seperti teman sebayanya yang mempunyai perkembangan fizikal yang normal.Pelajar
mendapat kesempatan dari orang tua, guru, dan masyarakat sekeliling untuk belajar mengenai apa
saja yang oleh kelompok budaya mereka di anggap minat yang sesuai dan mereka tidak diberi
kesempatan kelompok budaya mereka.

Minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman. Minat seseorang terhadap sesuatu objek akan
lebih kelihatan apabila objek itu sesuai sasaran dan berkaitan dengan keinginan dan keperluan
seseorang yang bersangkutan [1]. Minat berkaitan dengan perasaan suka atau senang dari seorang
terhadap sesuatu objek atau pekara. Hal ini seperti dikemukakan oleh Slameto [2] yang
menyatakan bahawa minat sebagai suatu rasa lebih suka dan rasa keterikatan pada suatu hal atau
aktiviti, tanpa ada yang menyuruh.
Minat adalah keinginan yang didorong oleh sesuatu keinginan setelah melihat, mengamati,
membandingkan serta mempertimbangkan dengan keperluan yang diinginkan [3]. Minat juga
boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di dalam matematik. Akibat
tidak minat terhadap matematik, sudah tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan
sepenuhnya terhadap pengajaran guru.

4.2 Kajian Tentang Minat

Ramai pengkaji telah mengemukakan teori berkaitan faktor yang mempengaruhi


pencapaian akademik pelajar. Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan pencapaian pelajar ialah
minat, sikap, gaya pembelajaran, kaedah pengajaran dan latar belakang keluarga. Di samping
bahan dan alatan bantuan, aktiviti dan pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka [4].
Woolfolk [5] mendefinisikan minat dan usaha merupakan aspek yang dikatakan telah
mempengaruhi kejayaan pembelajaran seseorang.

Menurut Abdul Halim Mohamad dan Wan Mohamad Wan Sulong [6], dalam kajiannya ke atas
pelajar Sarjana Muda Bahasan Arab di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia mendapati
bahawa sikap dan minat pelajar terhadap pelajaran Bahasa Arab adalah penting dalam menentukan
kejayaan mereka. Noraini Omar [7] dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan antara sikap
pelajar dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Rahmad Sukor Ab Samad dan Gooi Ai Wei [8] di mana beliau mendapati hasil dari kajiannya
ialah bahawa pelajar yang mempunyai minat yang lebih positif terhadap matematik mempunyai
pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang mempunyai minat yang negatif.
Seseorang guru juga harus mahir dalam mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih bahan
bantu mengajar yang paling berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif
pengajaran yang dirancang.

5. KEPUTUSAN

5.1 Taraf Pendidikan dan Pendapatan Ibu bapa Murid


Jadual 1. Taraf Pendidikan Ibu bapa Murid

Pendidikan Bapa ( % ) Ibu (%) Jum Peratus ( %)


SK. Rendah 10 (16.7) 6 (10) 16 13.3
SK. Menengah 43 (71.7) 50 (81.3) 93 77.5
Universiti 7 (11.6) 4 (6.7) 11 9.2
JUMLAH 60 (100) 60 (100) 120 100

Berdasarkan Jadual 1 di atas merujuk taraf pendidikan ibu bapa murid iaitu seramai 77.5% (93
orang) mempunyai pendidikan sekolah menengah, 13.3% (16 orang) berpendidikan sekolah
rendah dan 9.2 % (11 orang) mempunyai pendidikan lepasan universiti.

Jadual 2. Jumlah Pendapatan Ibu bapa Murid

Pendapatan Bapa ( % ) Ibu (%) Jum Peratus ( %)


Kurang Rm1000 32 (53.3) 49 (81.7) 81 67.5
Rm1001-Rm1500 16 (26.7) 6 (10.0) 22 18.3
Rm1501-Rm2500 6 (10.0) - 6 5.0
Lebih Rm2500 6 (10.0) 5 (8.3) 11 9.2
JUMLAH 60 (100) 60 (100) 120 100

Berdasarkan Jadual 2 di atas menunjukkan bahawa 67.5% (81 orang) ibu bapa murid mempunyai
pendapatan kurang dari RM1000, 18.3% (22 orang) mempunyai pendapatan di antara RM1001 –
Rm1500, 5% (6 orang) mempunyai pendapatan di antara Rm1501-Rm2500 dan 9.2% (11 orang)
mempunyai pendapatan lebih RM2500.

5.2 Analisis Tahap Minat Terhadap Subjek Matematik Dikalangan Pelajar

Terdapat 17 soalan telah dikemukakan kepada responden untuk tujuan pengumpulan data
dengan menilai skor min, peratus dan kekerapan . Dapatan kajian yang dianalisis di antara 17 item
atau soalan ini, sebanyak 65% responden sangat minat dan 35.7% responden minat dengan
kenyataan “Saya merasa gembira belajar bersama rakan rakan dalam kelas matematik”. Item min
kedua tertinggi bagi (4.63) dengan kenyataan “Saya suka belajar bersama-sama rakan-rakan
dalam kumpulan semasa aktiviti dijalankan”. Sebanyak 25% responden sangat minat, 20%
responden minat, 35% sederhana minat, 10% kurang minat dan 10% tidak minat dengan kenyataan
“Saya lebih suka duduk diperpustakaan berbanding di dalam kelas” diikuti item (3.68) dengan
kenyataan “Saya tidak pernah ponteng kelas matematik” dan ketiga item dengan min (3.88)
dengan kenyataan “Saya dapat mengukuhkan kefahaman dan pengetahuan saya terhadap tajuk
pelajaran matematik”. Secara keseluruhannya, tahap minat pelajar dalam subjek Matematik
adalah tinggi dengan nilai skor min adalah 4.32 .

5.3 Analisis Faktor–faktor Yang Mempengaruhi Minat terhadap subjek matematik


dikalangan Pelajar

Terdapat 8 item telah dikemukakan kepada responden untuk tujuan pengumpulan data dengan
menilai skor min, peratus dan kekerapan. Di antara 8 item atau soalan ini, majoriti responden
seramai 56.7% berpendapat sangat minat, 36.7% berpendapat minat, 5% sederhana minat dan
1.7% kurang minat dengan kenyataan “Guru menerangkan dengan kaedah yang mudah untuk
difahami”. Bagi item yang memperoleh nilai skor min yang terendah ialah skor min 3.88. Majoriti
responden 58.3% berpendapat minat, 20% berpendapat sangat minat, 15% sederhana minat, 3.3%
kurang minat dan 3.3% tidak minat dengan kenyataan “Saya sangat bermotivasi dalam pelajaran
Matematik”. Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang mempengaruhi tahap minat pelajar dalam
subjek Matematik di kalangan pelajar adalah tinggi dengan nilai skor min adalah 4.20 .

6. PERBINCANGAN

Secara keseluruhan, dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa hubungan bagi tahap
minat pelajar dan faktor yang mempengaruhi terhadap subjek matematik pada tahap yang tinggi
di antara dua buah sekolah. Bagaimana latar belakang pendidikan dan pendapatan bapa dan ibu
akan memberi rangsangan secara positif kepada minat dan pembelajaran pelajar. Hal ini demikian
latar belakang pendidikan bapa dan ibu merupakan faktor yang sangat mempengaruhi kepada
minat pelajar. Ibu bapa yang mempunyai pendidikan yang rendah berada dalam kelas sosial yang
rendah dan mempunyai kesedaran intektual yang kurang berbanding dengan ibu bapa yang
mempunyai pendidikan yang tinggi. Oleh itu mereka kurang memberi perhatian dan galakan
kepada anak-anak untuk membantu dan meningkatkan kecemerlangan ilmu melalui pembacaan
buku-buku ilmiah.
Menurut Woolfolk [5], keadaan sosio-ekonomi yang diukur termasuk faktor-faktor seperti sikap
ibu bapa terhadap pendidikan, aspirasi mereka terhadap anak, aktiviti-aktiviti yang merangsang
perkembangan intelek dalam keluarga, akan didapati hubungan antara sosio-ekonomi dengan
minat dan pencapaian pelajar. Sekiranya ibu bapa dapat menunjukkan minat seperti sering
berbincang dan membantu anak-anak mereka tentang pelajaran walaupun secara khusus, harus
memberi rangsangan dan perhatian terhadap pelajarannya, pelajar akan merasapelajarannya
diambil perhatian oleh ibu bapa mereka.

Pendapatan keluarga juga dikaitkan dengan motivasi minat pelajar untuk belajar. Ibu bapa yang
mempunyai pendapatan kukuh kurang mendapat masalah dalam membantu anak-anak mencapai
pelajaran keperingkat lebih tinggi. Amina Noor [9] dalam kajiannya menyatakan terdapat
pengaruh taraf sosio-ekonomi yang berbeza ke atas minat dan pencapaian akademik pelajar di
kalangan kumpulan etnik, kelas sosial dan tempat tinggal mereka di kalangan masyarakat di
Malaysia.

7. KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, tahap minat pelajar dalam subjek matematik adalah pada tahap
yang tinggi. Faktor-faktor yang menyumbang kepada minat pelajar terhadap matematik adalah
guru, persekitaran dan kemudahan yang disediakan. Selain itu, faktor sosio ekonomi dan latar
belakang keluarga juga memainkan peranan dalam meningkatkan minat pelajar. Justeru pihak
yang terlibat perlu mengambil kira semua faktor dala dapatan kajian ini dalam meningkatkan
prestasi pelajar.

RUJUKAN
[1] Sulaiman Masri (1996). Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
[2] Slameto (2003). Belajar dan Faktor-faktor yang Mempengaruhinya. Jakarta: Rineka Cipta.
[3] Belly, Ellya dkk. (2006). Pengaruh Motivasi terhadap Minat Mahasiswa Akuntasi. Simposium
Nasional Akuntasi 9 Padang.
[4] Biggs, J.B., & Moore, P.J., (1993). The Process of Learning (3rd ed.).New York: Prentice
Hall.
[5] Woolfolk, A. (1998). Educational psychology (7th ed.). Boston, MA: Allyn & Bacon.
[6] Ab.Halim Mohamad dan Wan Mohammad Wan Sulong (2006). Antara Minat dan Sikap
Pelajar Terhadap Bahasa Arab: Satu Kajian ke Atas Pelajar Sarjana Bahasa Arab di IPTA
Malaysia. Dlm. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri ke-5.Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia. Hlm. 9-18.
[7] Noraini Omar (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata
Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan Tun Abdul
Razak, Sarawak.
[8] Rahmad Sukor Ab Samad dan Gooi, Ai Wei. (2005). Hubungan Antara Iklim Sekolah dengan
Kepuasan Kerja Guru Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan. Jurnal Pendidikan, 25,
163- 178.
[9] Amina Noor (1994). Merancang Masa Depan Cemerlang. Edisi Pertama. Kuala Lumpur:
Istiramai Enterprise Sdn.Bhd.

View publication stats

You might also like