You are on page 1of 2

Ruj.

Kami :
Tarikh : 22 FEBRUARI 2019
Kepada :

Ahli Qariah Masjid Kg Slow Temiang,


18050 Kuala Krai,
KELANTAN

Tuan / Puan

MAKLUMAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2019

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Slow Temiang akan mengadakan


Kejohanan Sukan Tahunan peringkat sekolah sebagaimana ketetapan berikut:-

Tarikh : 27 FEBRUARI 2019


Hari : Rabu
Masa : 8.00 hingga 1.30 tengah hari
Tempat : Padang terbuka SK Slow Temiang

3. Sehubungan dengan itu pihak sekolah ingin menjemput semua penduduk bagi
memeriahkan lagi acara kejohanan tersebut. Pelbagai aktiviti disediakan khusus kepada
jemputan yang hadir, antaranya ialah:
i) Tarik tali – lelaki dan perempuan
ii) Rebut kerusi
iii) Cari harta karun
iv) Motosikal lambat
v) Kupas kelapa
vi) Dan lain-lain

4. Keprihatinan dan kesudian pihak tuan / puan hadir dalam memeriahkan lagi Kejohanan
Sukan Tahunan tersebut amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

……………………………………
(MOHD HAKIMI BIN MD SETAPA)
Setiausaha Sukan,
SK Slow Temiang.

You might also like