You are on page 1of 17

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 2014 SK SUNGAI MENUAN, KAPIT SARAWAK

Sebelum majlis bermula

 Ketibaan murid
 Ketibaan guru-guru
 Ketibaan Guru Besar

Mengumumkan ketibaan Yang Bebahagia Tuan Guru Besar SK Sungai Menuan, James Anak
Ali diiringi oleh Yang berusaha YDP PIBG SK Sungai Menuan, En. Padang Anak Engol masuk
ke dalam dewan.

BIL PERKARA UPACARA MC


1. UCAPAN ALU-ALUAN

Assalamualaikum wrt wbkth, salam sejahtera, salam menjulang


Sarawak dan salam 1 Malaysia.

En.James Anak Ali, Guru Besar SK Sungai


( ) Yang Berbahagia Menuan, Kapit.

( ) Yang Berusaha, En.Padang anak Ingol, YDP PIBG SK Sungai


Menuan. Cikgu Haris
( ) Yang Berusaha, Tuai Rumah Ujak Anak Kendawang, Pengerusi
Lembaga Pengurusan Sekolah.

( ) Yang Berusaha, En. Philip Ajok, Penolong kanan kurikulum

( ) Yang Berusaha En. Davit Anak Kuan , Penolong kanan hem

En.Alexius Allang AK Sayun, Penolong kana


( ) Yang Berusaha kokurikulum

Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, Tuai-tuai rumah, Rakan-rakan guru dan


AKS, Para Ibu bapa serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

1
Malam yang damai penuh tenang,
Hari yang berbahagia penuh bermakna,
Kami bawakan kepada anda Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah serta
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah SK Sungai Menuan bagi tahun 2014.
Pertamanya, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kasih sayang
dan izinNya kita dapat berhimpun bersama-sama bagi meraikan dan
memeriahkan lagi Majlis pada malam ini.
Kami mengalukan-alukan kehadiran para ibu bapa dan mengucapkan
jutaan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan untuk
hadir dan memeriahkan lagi majlis ini.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
2. NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN IBU PERTIWIKU
Hadirin dan hadirat Sekalian,
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Kebangsaan, Lagu Negaraku Cikgu Lela
dan diikuti dengan Lagu kebesaran Negeri Sarawak, lagu ibu pertiwiku.

Diminta semua Hadirin dan hadirat sekalian berdiri bagi menyanyikan


lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku.

Iringan muzik
(Nyanyian Negaraku & Ibu Pertiwiku)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas nyanyian sebentar
tadi. Semua hadirin dan hadirat di minta duduk.

2
3. ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Untuk makluman semua, Majlis penyampaian sijil dan hadiah ini


dijalankan dua kali setahun bagi memberi penganugerahan dan
Cikgu Haris
pengiktirafan kepada murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
manakala majlis konvokesyen pra sekolah diadakan bagi menandakan
tamat sesi pra sekolah bagi tahun 2014. Majlis seperti ini dapat
memupuk serta membina keyakinan dalam diri murid serta warga
sekolah bahawa setiap usaha yang gigih pasti akan memberi
keberhasilan nyata jika dilakukan dengan penuh komitmen dan
kerjasama semua. Bak kata pepatah “Yang Berat sama dijunjung, yang
ringan sama dijinjing” kerana “usaha itu tangga kejayaan”.
4. UCAPAN

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Majlis mempersilakan YDP PIBG yang berusaha En Padang Anak Egol


bagi memberikan ucapan sempena majlis penyampaian hadiah dan Cikgu Lela
hari konvokesyen pra sekolah tahun 2014. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
(Ucapan YDP PIBG)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En.
Padang Anak Egol atas ucapan sebentar tadi.
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi tuan rasa nak junjung.

3
Bukan keris tanpa hulunya,
Bukan Majlis tanpa ucapannya,
Cikgu Haris
Kini tibalah masa yang dinantikan iaitu Ucapan Perasmian Majlis
Penyampaian Sijil dan Hadiah, Majlis Konvokesyen Pra Sekolah dan
Majlis Hujung Tahun PIBG yang akan disampaikan oleh yang
berbahagia Tuan Guru Besar SK Sungai Menuan, En. James Anak Ali.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(ucapan Guru Besar)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia En.
James Anak Ali atas ucapan sebentar tadi.
Pohon seroja dilindung awan,
Bunganya mekar kembang kini,
Terima kasih buatmu tuan
Rasmilah sudah Majlis hari ini.
5. MAJLIS KONVOKESYEN PRA SEKOLAH
Hadrin dan hadirat sekalian,
Majlis diteruskan dengan konvokesyen pra sekolah bagi tahun 2014.
Selain memberi sijil tamat pra sekolah, pihak sekolah juga akan Cikgu Lela
memberi 3 Anugerah kepada mereka yang layak menerimanya.
Anugerah terdiri daripada kedudukan terbaik dalam kelas, anugerah
tulisan tercantik dan anugerah kehadiran terbaik. Untuk
menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah, dengan segala
hormatnya majlis menjemput En. Khairul bin Puasa, guru pra sekolah
untuk mengiringi yang berbahagia tuan guru besar, En. James Anak Ali
untuk naik ke atas pentas. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(baca nama penerima sijil dan anugerah )
Ribuan terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia En James
Anak Ali atas kesudiaan menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.

4
Dengan penyampaian sijil sebentar tadi maka berakhirlah sesi pra
sekolah bagi tahun 2014.
6. Cabutan tiket bertuah
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sebelum meneruskan majlis pada malam ini, kita redakan dahulu
dengan mengadakan cabutan tiket bertuah. Cabutan tiket bertuah ini
diadakan bagi mengumpul dana tabung PIBG. Terima kasih kepada
semua guru-guru dan ibu bapa yang telah memberi sumbangan
hadiah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah
memberi sumbangan dana kepada tabung PIBG sekolah. Cikgu Haris
Dengan ini majlis menjemput yang berusaha Encik Philip Ajok, Guru
Penolong Kanan Kurikulum untuk membuat ______ cabutan bertuah.
Dipersilakan.
Tuan-tuan dan puan-puan boleh bersedia melihat nombor di tiket
masing-masing.
(Cabutan di buat)
Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Encik Philip Ajok atas
kesudian membuat cabutan nombor bertuah sebentar tadi.
7. PERSEMBAHAN
Hadirin sekalian,
Andai rezeki dihantar ke Sabah,
Jangan lupa membawa bekalan,
Tiba masa bakat dipersembah,
Agar hadirin terhibur menyaksikan.
Majlis berhenti berehat seketika dengan persembahan tarian ‘Menuan Cikgu Lela
Twist’ yang terdiri daripada murid tahap 1 dan tahap 2. Dipersilakan
penari-penari untuk mempersembahkan tarian ‘menuan twist’.
(Tarian)

5
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan tarian ‘Menuan Twist’ atas
persembahan yang amat menarik dan menghiburkan sebentar tadi.
Buat pengetahuan semua Tarian ini adalah di bawah bimbingan Cikgu
Francesca Anak Stanley Kawi.
8. PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH KATEGORI AKADEMIK
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan
Akademik SK Sungai Menuan bagi tahun 2014. Terdapat tiga kategori
dalam anugerah akademik iaitu Anugerah kedudukan terbaik dalam
kelas, Anugerah Murid Berdaya Maju dan Anugerah Markah Tertinggi
Mata pelajaran Teras.
Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah Kedudukan
Terbaik dalam kelas dan Anugerah Murid Berdaya Maju. Dengan ini, Cikgu Haris
majlis dengan segala hormatnya menjemput setiausaha kurikulum, En
Mohd Asyraf bin Mohd Agus untuk mengiringi yang berusaha Encik
Philip Ajok, Penolong Kanan Kurikulum untuk menyampaikan sijil dan
hadiah kepada penerima. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(baca nama untuk penerima anugerah)
Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha En. Philip Ajok atas
kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.
9. MARKAH TERTINGGI DI DALAM KELAS
Majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik diteruskan
dengan kategori markah tertinggi bagi matapelajaran teras. Murid
yang mendapat markah tertinggi dalam setiap mata pelajaran dikira
sebagai penerima anugerah. Dengan ini majlis menjemput Yang Cikgu Lela
Berusaha Penolong Kanan Kurikulum, En Philip Ajok untuk mengiringi
Yang Berusaha Naib Pengerusi YDP PIBG, En. Gana anak ……… untuk
menyempurnakan penyampaian anugerah. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
(baca nama mengikut tahun dan mengikut subjek)

6
Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha En. Gana
Anak………atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Buat
pengetahuan semua pemilihan anugerah ini dilihat melalui keputusan
Peperiksaan Akhir Tahun yang dijalankan pada 27 hingga 30 Oktober
2014 yang lalu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima
anugerah.
10. PENYAMPAIAN SIJIL PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS ASRAMA
Dalam membantu pihak sekolah dalam pengurusan disiplin, organisasi
pengawas perlu diwujudkan. Pengawas sekolah dan pengawas asrama
telah banyak membantu pihak sekolah dalam kelancaran dalam
pengurusan disiplin. Sebagai tanda penghargaan, pihak sekolah akan Cikgu Haris
memberi sijil kepada semua pengawas sekolah dan pengawas asrama.
Dengan ini majlis menjemput Encik Mohd. Hafiq bin Yakub, Ketua
Warden SK Sungai Menuan untuk menyampaikan sijil kepada
penerima. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(baca nama penerima)
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Hafiq bin Yakub atas
kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.
11. PENYAMPAIAN SIJIL KETUA DAN PENOLONG KELAS 2014
Selain pengawas, ketua dan penolong ketua kelas juga banyak
membantu dalam pengurusan di sekolah. Mereka telah dilantik oleh
guru kelas pada awal sesi persekolahan yang lalu. Sebagai tanda
penghargaan pihak sekolah akan memberi sijil kepada mereka.
Dengan ini, majlis menjemput wakil guru kelas En. Mohd Asyraf bin Cikgu Lela
Mohd Agus untuk menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(Nama dibaca mengikut Tahun)
Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Asyraf bin Mohd Agus atas
kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

7
12. PENYAMPAIAN SIJIL PUSTAKAWAN
Hadirin dan hadirat sekalian,
Dalam pengurusan pusat sumber sekolah, pihak sekolah telah
melantik pustakawan. Mereka membantu sekolah dalam pengurusan
Pusat Sumber Sekolah bagi memastikan PSS sentiasa berada dalam
keadaan kemas dan teratur serta bersama-sama dalam usaha
memartabatkan PSS SK Sungai Menuan. Pihak sekolah akan
menyampaikan sijil kepada mereka sebagai tanda penghargaan. Cikgu Haris
Dengan ini, majlis menjemput Guru Perpustakaan dan Media Pn. Mary
Anak Linting untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada
Pustakawan SK Sungai Menuan bagi sesi 2014. Dipersilakan.
Pustakawan sesi 2014, dijemput ………………………………………
(baca nama pustakawan)
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Mary Anak Linting di atas
penyampaian sijil penghargaan sebentar tadi.
13. PENGIKTIRAFAN NILAM 2014
Majlis diteruskan dengan penyampaian pengiktirafan NILAM Bagi
tahun 2014. Buat pengetahuan semua Program NILAM ini wajib
dijalankan di setiap sekolah bagi mewujudkan budaya membaca di
kalangan murid di sekolah. Program ini bermula dari tahun 1 sehingga
tamat sesi persekolahan. Buku yang dibaca akan dikumpul daripada Cikgu Lela
tahun 1 sehingga tahun semasa dan akan diberi pengiktirafan.
Bagi menyempurnakan majlis penyampaian pengiktirafan NILAM,
majlis menjemput Pn. Mary Anak Linting, Guru Perpustakaan dan
Media bagi mengiringi Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Tuai
Rumah Ujak Anak Kendawang untuk naik ke atas pentas. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Bagi pengiktirafan EMAS, bacaan buku 270 buah hingga 359 buah
buku, dijemput……………………(baca nama dan jumlah buku dibaca).

8
(terima sijil)
Bagi pengiktirafan PERAK, bacaan buku 180 buah hingga 269 buah
buku, dijemput………………..(baca nama dan jumlah buku).
(terima sijil)
Bagi pengiktirafan GANGSA, bacaan buku 90 buah hingga 179 buah
buku, dijemput……………………….(baca nama dan jumlah buku)
(terima sijil)
Terima kasih diucapkan kepada Tuai Rumah Ujak Anak Kendawang atas
kesudian menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.
14. ANUGERAH MURID CONTOH SESI 2014 DAN ANUGERAH KHAS HEM
Hadirin Dan hadirat sekalian,
Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah murid contoh sesi
2014 dan Anugerah Khas HEM 2014.
Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah Murid contoh
bagi tahun 2014. Anugerah ini dibahagikan kepada dua kategori iatu
kategori lelaki dan kategori perempuan. Buat pengetahuan semua, Cikgu Haris
Murid contoh dinilai dari segi kecemerlangan dalam akademik dan
kokurikulum bagi sesi 2014.

Penerima Anugerah Murid Contoh sesi 2014 kategori Lelaki :


(baca biodata)
Penerima Anugerah Murid Contoh sesi 2014 Kategori Perempuan:
(baca biodata)
Untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada penerima, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan yang berusaha guru penolong kanan
kurikulum En. Philip Ajok untuk mengiringi yang berusaha YDP PIBG,
En. Padang Anak Ingol untuk naik ke atas pentas. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

9
Dengan ini majlis menjemput adik Moriession Mawar anak Panau
Selaku penerima anugerah murid contoh kategori lelaki tahun 2014.
Seterusnya Majlis menjemput adik Nancy Anak Nanggai selaku
penerima anugerah murid contoh kategori perempuan bagi tahun
2014.
Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia Encik Padang Anak
Ingol atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Tahniah
dan syabas diucapkan kepada penerima anugerah.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Khas HEM 2014.


Anugerah ini dibahagikan kepada dua kategori iatu kategori lelaki dan
kategori perempuan. Anugerah Khas HEM dinilai dari segi disiplin dan
tingkahlaku murid yang cemerlang sepanjang tahun 2014.

Penerima Anugerah Khas HEM kategori lelaki 2014 ialah:


(bacaan biodata) Cikgu Lela

Penerima Anugerah Khas HEM kategori perempuan 2014 ialah :


(bacaan biodata)
Untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada penerima, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan sekali lagi yang berusaha guru
penolong kanan kurikulum En. Philip Ajok untuk mengiringi yang
berbahagia tuan guru besar, En. James anak Ali untuk naik ke atas
pentas. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis menjemput adik Federick Sigan Ak Ajai selaku penerima


anugerah khas HEM 2014 kategori lelaki.
Majlis menjemput adik Mila ak bau selaku penerima anugerah khas
HEM 2014 kategori perempuan.

10
Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia Encik James Anak Ali
atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Tahniah dan
syabas diucapkan kepada penerima anugerah.
Diharapkan anugerah ini dapat memberi rangsangan kepada murid
yang lain untuk berusaha mendapatkan anugerah ini pada tahun
hadapan.
15. CABUTAN TIKET BERTUAH
Majlis berhenti seketika bagi memberi ruang untuk acara cabutan
tiket bertuah. Majlis menjemput Yang berusaha YDP PIBG, En. Padang
anak Ingol untuk membuat................cabutan tiket bertuah.
Dipersilakan. Cikgu Lela
Tuan-tuan dan puan-puan boleh bersedia melihat nombor di tiket
masing-masing.
(Cabutan bertuah)

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha YDP PIBG, En. Padang
anak Ingol atas cabutan tiket bertuah sebentar tadi.
16. PERSEMBAHAN MURID TAHAP 1
Sebelum meneruskan majlis, kita meriahkan lagi malam ini dengan
persembahan daripada murid tahap 1. Mereka akan menyampaikan
English song dengan tajuk lagu twinkle-twinkle little star, jack and jill
went up a hill & baa, baaa, black sheep dan Nursery Ryhme yang
bertajuk teddy bear, tedy bear. Dipersilakan murid-murid tahap satu
untuk membuat persembahan.
(persembahan) Cikgu Haris
Terima kasih diucapkan kepada murid tahap 1 atas persembahan yang
menarik dan bertenaga sebentar tadi. Untuk makluman semua
persembahan sebentar tadi di bawah bimbingan En. Philip Ajok.

11
17. SIJIL SUKAN ZOLORENG & SIJIL SUKAN PRIBUMI
Hadirin dan Hadirat Sekalian,
Seterusnya kita beralih kepada majlis penyampaian sijil dan hadiah
dalam bidang Kokurikulum. Bidang Kokurikulum amat penting kepada
murid sebagai pelengkap dalam menentukan prestasi murid. Oleh
yang demikian, penghargaan perlu diberikan kepada mereka yang
bergerak aktif dalam kokurikulum.
Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil sukan zoloreng dan sijil Cikgu Lela
sukan pribumi. Buat pengetahuan semua sukan zoloreng telah
diadakan pada 10 hingga 11 April 2014 di SK Nanga Ibau, Kapit.
Manakala Sukan Sekolah Pribumi Sarawak 2014 telah diadakan pada
29 september hingga 2 0ktober 2014 bertempat di Bintulu, Sarawak.
Dengan ini dijemput Cik Francesca Anak Stanley Kawi, Setiausaha
Sukan untuk mengiringi yang berusaha En. Alexius Allang Anak Sayun
guru penolong kanan kokurikulum naik ke atas pentas bagi
menyampaikan sijil kepada penerima.
i) Penerima Sijil Sukan ZOLORENG, dijemput……..(baca nama)
ii) Penerima Sijil Sukan Sekolah Pribumi, dijemput(baca nama)
Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha En. Alexius Allang Anak
Sayun atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

12
18. CSIJIL PENYERTAAN PERTANDINGAN BERCERITA
iBuat Pengetahuan semua, pihak sekolah telah menghantar seorang
wakil bercerita bagi kategori tahap dua yang diadakan di SK Lepong
Balleh. Terima kasih diucapkan kepada en. Mohd Asyraf B Mohd Agus
kerana telah melatih murid. Dengan ini majlis menjemput guru
penasihat Kelab Bahasa Melayu Pn. Mary Anak Linting, untuk Cikgu Haris
menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta. Dipersilakan.
Dijemput adik Linie Anak Daniel untuk naik ke pentas bagi menerima
sijil penyertaan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Mary Anak Linting kerana sudi
menyampaikan sijil sebentar tadi.
19. PENYAMPAIAN SIJIL OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI 2014
Hadirin dan hadirat sekalian,
Pihak sekolah amat memberi penghargaan kepada atlet yang telah
mengharumkan nama sekolah. Segala usaha dan kegigihan atlet dalam
memastikan kejayaan diperolehi didahulukan dengan ucapan terima
kasih. Sebagai tanda penghargaan, pihak sekolah sebulat suara telah
memilih olahragawan dan olahragawati SK Sungai Menuan bagi tahun
2014.
Cikgu Lela
Olahragawan bagi tahun 2014 ialah:
(bacaaan biodata)
Olahragawati bagi tahun 2014 ialah
(bacaaan biodata)
Bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil olahragawan dan
olahragawati majlis menjemput yang berusaha guru penolong kanan
kokurikulum En. Alexius Allang Anak Sayun untuk mengiringi yang
berusaha YDP PIBG En Padang Anak Egol untuk naik ke atas pentas.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

13
Majlis menjemput olahragawan SK Sungai Menuan 2014 Adik Ijau
Anak Asun.
Seterusnya majlis menjemput olahragawati SK Sungai Menuan 2014
Adik Nancy Anak Nanggai.
Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha En Padang Anak Egol
atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada olahragawan dan olahragawati SK Sungai Menuan
2014.
20. PENYAMPAIAN SIJIL ATLET HARAPAN
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil atlet harapan. Bakat dan
kebolehan beliau telah dapat dilihat sebagai pelapis dalam mewakili
sekolah dalam acara-acara sukan pada tahun akan datang. Sebagai
dorongan dan sokongan kepada beliau, pihak sekolah akan
memberikan sijil atlet harapan sekolah. Sebelum diumumkan, lebih
elok sekiranya biodata beliau dibaca terlebih dahulu.
(bacaan biodata)
Cikgu Haris
Bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil atlet harapan sekolah
dijemput sekali lagi yang berusaha guru penolong kanan kokurikulum
En. Alexius Allang Anak Sayun untuk mengiringi yang berbahagia tuan
guru besar, En. James anak Ali untuk naik ke atas pentas. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Dijemput Atlet Harapan sekolah bagi tahun 2014 adik Mila Anak Bau
daripada tahun 4 untuk menerima sijil. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia En. James anak Ali
atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada atlet harapan sekolah SK Sungai Menuan bagi tahun
2014.

14
21. PERSEMBAHAN MURID TAHUN 6
Sebagai penutupan majlis penyampaian hadiah dan majlis
konvokesyen pra sekolah, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan terakhir daripada murid tahun 6. Persembahan ini
merupakan cenderahati kepada semua warga SK Sungai Menuan
Cikgu Lela
sebelum menamatkan sesi persekolahan. Persembahan yang akan
disampaikan ialah “millennium dance” di bawah bimbing en. Mohd
Haris Bin Mat Din. Dengan ini majlis mempersilakan murid-murid
tahun 6 untuk mempersembahkan tarian mereka.
(tarian)
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 6 atas
persembahan yang menarik dan bertenaga sebentar tadi. Pihak
sekolah mendoakan kejayaan kamu semua. Jadikan pengalaman di SK
Sungai Menuan sebagai memori yang terindah.
22. CABUTAN BERTUAH
Sebelum mengakhiri majlis pada malam ini, kita teruskan dengan
acara cabutan tiket bertuah. Dengan ini dijemput Yang berbahagia
Guru Besar, En. James Anak Ali untuk membuat ………………….. cabutan
bertuah. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Tuan-tuan dan puan- Cikgu Haris
puan boleh bersedia melihat nombor di tiket masing-masing.
(cabutan nombor)
Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia En. James Anak Ali
atas cabutan tiket bertuah sebentar tadi.

15
23. PENUTUP
Dgn berakhirnya cabutan tiket itu tadi, maka berakhirlah majlis
penyampaian hadiah dan majlis konvokesyen pra sekolah kita pada
hari ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang
telah menerima sijil dan hadiah sebentar tadi. Murid yang belum
menerima boleh berusaha dengan gigih pada tahun hadapan.
Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas
sokongan, dan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan baik secara Cikgu Lela
langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan majlis
kita pada malam ini. Pihak majlis memohon ribuan kemaafan
sekiranya terdapat kesilapan sepanjang majlis ini dilangsungkan. Kami
sudahi majlis dengan 2 rangkap pantun:
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Kalau ada sumur di ladang


Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

Kami sudahi dengan wabilahitaufiq wahidayah wasalamualaikum


w.b.t, salam menjulang srawak dan salam satu Malaysia.

Kami serahkan majlis kepada en. Tony anak kasol untuk


menpengerusikan majlis hujung tahun PIBG.

24. Pesanan

16
17

You might also like