You are on page 1of 12

Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Aktiviti Pembelajaran Bersepadu Di

Kelas Prasekolah

Siti Saleha Samsuri, PhD.


Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKTHO
sitisaleha@iptho.edu.my

Abstrak
Pembelajaran berasaskan projek di prasekolah dalam kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) Semakan 2017 dilaksanakan dalam slot aktiviti pembelajaran bersepadu selain daripada
pendekatan bertema dan berpusat pembelajaran. Peruntukan masa selama 500 minit seminggu
dijalankan secara merentas tunjang pembelajaran dan berorientasikan pembelajaran abad ke-21.
Namun penataran kurikulum baharu KSPK ini kurang menjelaskan konsep pelaksanaan pendekatan
pembelajaran berasaskan projek di prasekolah dengan terperinci. Justeru penulisan kertas konsep
ini menjelaskan tentang kepentingan, isu dan cadangan konsep melaksanakan aktiviti pembelajaran
berasaskan projek yang sesuai di kelas prasekolah. Pelaksanaan aktiviti pembelajaran berasaskan
projek yang dicadangkan memfokuskan kepada kelestarian konsep amalan bersesuaian
perkembangan dan amalan pembelajaran abad ke-21 iaitu penerapan elemen Communication,
Critical thinking, Creativity, Collaboration, Character dan Citizenship (6C) dalam setiap fasa atau
proses menghasilkan sesuatu projek. Penekanan juga kepada pelibatan ibu bapa dan komuniti
dalam menjayakan projek tersebut. Diharapkan hasil daripada pembelajaran berasaskan projek ini
dapat merealisasikan aspirasi yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 yang mementingkan kemenjadian murid ke arah modal insan yang unggul.

Kata kunci : Murid Prasekolah, Pembelajaran Berasaskan Projek, Pembelajaran Abad Ke-21

1.0 PENGENALAN

Transformasi sekolah yang berlaku dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 berorientasikan pembelajaran abad ke-21. Konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)
yang berpusatkan murid menggalakkan pembelajaran secara kendiri aktif dan interaktif.
Perubahan penyampaian kurikulum juga berubah kepada proses Pembelajaran dan Pemudah cara
(PdPc) yang dilaksanakan dengan memberi penekanan kemenjadian murid dari aspek kompetensi
pembelajaran Communication, Critical thinking, Creativity, Collaboration, Character dan
Citizenship (6C). Ia dapat diterapkan secara tidak langsung melalui strategi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) menggunakan pendekatan projek, pendekatan inkuiri, penyelesaian masalah
dan sebagainya. Oleh kerana itu, dalam kurikulum prasekolah iaitu Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017 telah menyarankan pembelajaran secara projek
dijalankan dalam aktiviti pembelajaran bersepadu yang memperuntukkan 500 minit seminggu
bergabung dengan pendekatan bertema dan berpusat pembelajaran (KPM, 2016).

Pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) merupakan kaedah instruktional yang


membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu dalam menghasilkan hasil projek
akhir secara koperatif dengan teknik ‘hands-on’ dan ‘minds- on’ (Kaldi et al., 2011). Pembelajaran
secara tidak langsung ini disokong oleh pelibatan ibu bapa dan komuniti supaya dapat membantu
murid prasekolah lebih yakin, mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, sentiasa bekerjasama,
saling bantu membantu dan berinisiatif. Hal ini kerana pembelajaran berlaku mengikut amalan

1
bersesuaian perkembangan murid, lebih konstekstual dapat meningkatkan pembelajaran yang
lebih bermakna, autentik serta bersifat holistik. Selain itu melalui PBP, murid berfikiran secara
kritis dan mendalam dengan mencambahkan rasa ingin tahu mengikut konteks dunia sebenar
mereka (Kamaruzaman & Khairul, 2010).

Bersesuaian dengan itu, KSPK Semakan 2017 membuat perubahan masa aktiviti
pembelajaran bersepadu di mana PBP dijalankan secara merentas tunjang pembelajaran dan
mengikut fokus tugasan yang terancang dalam jangka masa yang lebih luwes bersesuaian denagn
tahap perkembangan murid yang sebenar. Dengan cara ini, murid didorong dengan rangsangan
pembelajaran yang sepatutnya lebih bermotivasi dan sentiasa terdorong dengan sifat ingin tahu
apabila menjalankan aktiviti PBP dalam mempelajari sesuatu perkara (Mioduser dan Betzer,
2003). Persoalan-persoalan yang berkaitan dengan sesuatu prinsip atau teori juga dapat dijawab
oleh murid dengan bersunguh-sunguh selepas penerokaan maklumat dilakukan semasa
menentukan hasil projek (Thomas 2000).

Namun begitu, masalah yang dihadapi guru ialah pengetahuan dan kemahiran yang terhad
dalam melaksanakan kaedah projek di prasekolah (Romarzila, 2016). Mereka tidak diberi panduan
secara standard dalam melaksanakan aktiviti PBP di prasekolah. Asasnya ia bergantung kepada
kreativiti guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti PBP dalam slot pembelajaran
bersepadu di prasekolah. Ia bergantung kepada gaya pembelajaran murid, kesesuaian sumber
bahan di persekitaran, tahap perkembangan murid dan tahap pelibatan ibu bapa serta komuniti
dalam aktiviti PdP. Faktor-faktor tersebut perlu diteliti dan ini menuntut kreativiti guru untuk
membantu murid belajar dengan cara dan gaya yang sesuai serta memenuhi minat dan kemampuan
murid (Salhah, 2009).
Pemahaman dan kemahiran guru dalam perancangan PBP perlu ditingkatkan. Jika tidak
kemenjadian murid terutamanya dalam meningkatkan kompetensi pembelajaran 6C tidak tercapai
apatah lagi mengubah pembelajaran supaya selari dengan PAK21 di mana murid abad ke-21
membolehkan mereka bersaing di peringkat antarabangsa. Justeru itu, penulisan artikel ini
bertujuan untuk mencadangkan konsep PBP di prasekolah yang sesuai dilaksanakan mengikut
acuan PAK21 iaitu bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam aktiviti PdPc,
kemahiran berkomunikasi, daya kreativiti, kolaboratif ibu bapa dan komuniti, pembinaan karekter
dan jati diri anak Malaysia. Pentaksiran dan penilaian aktiviti PdP perlu dilakukan secara lebih
menyeluruh. Perkembangan murid ditaksir dan dinilai melalui beberapa cara sebelum, semasa dan
selepas PdP dijalankan bagi memacu kecemerlangan peribadi serta nilai kemenjadian murid secara
holistik terutama bagi persediaan diri dan kejayaan hidup mereka pada masa hadapan.

2.0 KEPENTINGAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DI


PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia pendidikan awal
kanak-kanak. Pengalaman awal persekolahan dan pembelajaran berkesan, bermakna dan
menyeronokkan dapat memberikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan seterusnya nilai dan sikap
diri yang positif pada masa hadapan. Pengalaman pembelajaran mereka seharusnya bersifat

2
futuristik dan boleh digunakan untuk mereka berjaya apabila mereka dewasa. Justeru itu, KSPK
Semakan 2017 digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak dan
amalan pembelajaran yang terkini iaitu berkonsepkan PAK21 (BPK KPM, 2016). Perubahan
pelaksanaan kurikulum KSPK Semakan 2017 ini berkesinambungan dan saling berhubung kait
dengan kurikulum standard sekolah rendah dan menengah. Impak kepada pembelajaran murid
abad ke-21 seperti yang dinyatakan oleh Mioduser dan Betzer (2003) adalah murid menjadi lebih
bermotivasi dan sentiasa bersifat ingin tahu semasa aktiviti PBP dijalankan. Selain itu, persoalan-
persoalan yang berkaitan dengan sesuatu prinsip atau teori dapat diterokai oleh murid dengan
bersunguh-sunguh melalui aktiviti PBP(Thomas 2000).

PBP bersifat terbuka dan pembelajaran berlaku secara tidak langsung. Ia melalui proses
menghasilkan satu hasil projek yang bermakna dalam kehidupan sebenar murid itu sendiri.
Contohnya tajuk projek yang dipilih adalah berdasarkan minat dan sumber sedia ada dari
persekitaran murid itu sendiri. Dalam proses menghasilkan hasil projek ini, murid biasanya
berhadapan dengan masalah. Oleh yang demikian, PBP mempersiapkan kendiri murid supaya
sentiasa bersedia mendepani masalah berkaitan dunia sebenar mereka. Mereka perlu menyelidik,
menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mereka cipta. Elemen-elemen ini akan
melahirkan modal insan yang seimbang dari semua aspek perkembangan. Pendidikan mereka
dijana supaya pembelajaran bersifat terbuka, boleh memotivasi dan mereka sentiasa terdorong
dengan sifat ingin tahu (Mioduser & Betzer, 2003). Dengan ini, mereka dapat melakukan dan
menghasilkan hasil kerja projek mengikut minat, kebolehan serta sumber bahan di persekitaran
mereka.

Dalam KSPK Semakan 2017, ciri-ciri PBP di prasekolah seharusnya dijalankan secara
individu atau berkumpulan iaitu dari proses mengumpul bahan, maklumat, data, memproses
maklumat dan data, dan pelaporan hasil serta refleksi kendiri. Interaksi guru dengan murid adalah
berbentuk bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses dan guru bertindak sebagai
fasilitator. Penilaian dan pentaksiran dijalankan dalam setiap tahap proses sehinggalah ke tahap
hasil yang telah siap (BPK KPM, 2016). Strategi PBP seperti dinyatakan dapat
memperkembangkan minda dan kemahiran mereka mengikut keunikan minat dan kebolehan
mereka sendiri. Agihan tugasan dalam menyiapkan hasil projek dijalankan secara rundingan. Jika
murid prasekolah memerlukan bantuan dari ibu bapa, guru perlu mengalu-alukan. Kesediaan guru
dalam menerima pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam penyediaan sumber di bilik darjah sangat
diharapkan. Hal ini kerana kerjasama sebegini boleh membantu meningkatkan kepercayaan dan
keyakinan murid mereka. Kajian Van Voorhis (2001) mendapati pelibatan ibu bapa melalui
perbincangan pembelajaran di sekolah memberi kebaikan kepada murid, meningkatkan kadar
penyempurnaan kerja dan pencapaian akademik yang lebih tinggi. Hubungan yang baik antara
sekolah dengan ibu bapa juga dapat memberi pengalaman pembelajaran bermakna dan memberi
kesan positif terhadap pembelajaran murid (BPK KPM, 2016).

Elemen merentas kurikulum dalam PBP meningkatkan pemahaman murid dengan lebih
mendalam tentang isi kandungan dan standard pembelajaran yang diharapkan dalam tunjang
pembelajaran secara menyeluruh dan bermakna. Pemahaman yang diterapkan secara tidak
langsung semasa proses PdPc dapat mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang

3
dihasratkan dalam PPPM 2013-2025. Selain itu, aktiviti PBP juga dapat menerapkan nilai
patriotisme, kreativiti inovasi, keushawanan, teknologi maklumat dan komunikasi, kelestarian
global dan pendidikan kewangan (BPK KPM, 2016). Ini membuktikan yang PBP sesuai
dilaksanakan di peringkat prasekolah kerana pendekatan ini bersifat dinamik (Gultekin, 2005).
Murid dapat meneroka cabaran dalam dunia sebenar mereka dan berupaya menyelesaikan masalah
bagi menghasilkan sesuatu projek.

3.0 ISU PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DI


PRASEKOLAH

PBP menjadi lebih bermakna jika guru bertindak sebagai rakan pembimbing dan menjadi sumber
rujukan pakar murid dalam menentukan hasil produk yang yang dikehendaki. Rashidah (2014)
menyatakan pengupayaan guru sangat penting dalam membentuk dan melaksanakan ‘emergent
curriculum’ dalam pendekatan pedagogi mereka menggunakan PBP. Namun begitu, keperluan
asas bagi guru adalah menggerakkan perancangan PdP yang lebih sistematik supaya pembelajaran
murid mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan. Kajian Saemah, Ruhizan & Siti Fatimah
(2012) menunjukkan skor kemahiran guru dalam melaksanakan KSPK dan mempraktikannya
dalam PdP adalah di peringkat sederhana. Ini menunjukkan masih ada sebahagian guru yang
kurang mahir dalam melaksanakan kurikulum KSPK dengan cekap dan cemerlang. Hasil dapatan
kajian tersebut juga menyatakan 90% pelaksanaan kurikulum baharu gagal dilaksanakan kerana
kemahiran guru yang terhad.

Kemahiran guru yang terhad dalam melaksanakan PBP di prasekolah disebabkan oleh
pelbagai aspek seperti guru yang mempunyai pelbagai latar belakang latihan yang berbeza. Ini
dijelaskan oleh Rohaty (2003) iaitu pelbagai latar belakang dan jenis kelayakan guru dalam bidang
pendidikan prasekolah memberi kesan negatif kepada pelaksanaan kurikulum yang tidak selaras.
Oleh yang demikian, kesan terhadap pelaksanaan PBP juga terjejas. Ini dibuktikan dengan dapatan
kajian Romarzila (2016) yang mendapati sesetengah guru kurang kemahiran melaksanakan kaedah
projek kerana mereka kurang yakin dan akhirnya pengajaran mereka dijalankan secara langsung.
Hal ini berlaku kemungkinan kerana guru kurang penghayatan dalam mentaksir kurikulum serta
kurang pengetahuan dalam mengendalikan kaedah ini disebabkan kurangnya panduan yang jelas
dalam dokumen KSPK itu sendiri.

Guru perlu diberi panduan konsep asas pelaksanaan PBP supaya ia dapat dijalankan secara
terancang dan dapat mencapai matlamat pendidikan prasekolah itu sendiri. Isunya di sini adalah
sejak dari pelaksanaan Buku Panduan Prasekolah Malaysia 1986 sehingga KSPK 2010, hasil
kajian mendapati guru-guru masih mengajar secara langsung berpandukan buku kerja dan
pembelajaran berpusat guru ( Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2008; Sharifah Nor, Manisah
Norshidah & Aliza, 2009 dan Aliza & Zamri, 2015). Cabaran utama yang dihadapi oleh guru
adalah mereka belum cukup berpengalaman untuk mengajar di dalam bilik darjah yang
berpusatkan murid. Mereka masih memerlukan sumber, panduan, bimbingan dan latihan bagi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran (Aliza & Zamri, 2015).

Kajian Siti Saleha dan Saedah (2017) mendapati beberapa perkara perlu diambil perhatian
terutama keutamaan bimbingan yang lebih jelas tentang cara pelaksanaan PBP yang sesuai
dijalankan di prasekolah. Ini disebabkan keupayaan guru dalam merangsang murid seperti

4
memberi soalan-soalan penting KBAT kurang dijalankan semasa proses PBP dijalankan. Maka
dengan itu, impak yang sama juga berlaku pada murid. Murid kurang aras KBAT apabila penilaian
hasil projek akhir dijalankan. Ini mengukuhkan dapatan kajian Sharifah et al. (2009) yang
menyatakan kesedaran guru tentang KBAT masih rendah dimana mereka kurang kesediaan
pengetahuan dan kemahiran mengaplikasikan KBAT dalam PdP. Oleh yang demikian, penulisan
berbentuk cadangan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam menjalankan PBP
yang berorientasikan PAK21 di prasekolah perlu diperbanyakkan supaya boleh dijadikan rujukan
dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan mereka dalam melaksanakan PBP di kelas
prasekolah.

4.0 CADANGAN DAN KONSEP PELAKSANAAN PBP DI KELAS PRASEKOLAH

Perkembangan pendidikan ke arah pembelajaran yang bersifat global dan penekanan


pembelajaran kendiri memerlukan guru-guru yang menguasai pelbagai kemahiran (multi-tasking)
dalam pelbagai bidang pembelajaran. Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) menjadi landasan ke
arah itu di mana guru-guru perlu kreatif dan kritis dalam merangsang pembelajaran murid mereka.
Guru perlu menjadi pembelajar aktif supaya boleh bergerak mengikut zaman. Keupayaan
pembelajaran murid yang lebih berteraskan kemajuan teknologi maklumat dan ledakan era
globalisasi memerlukan mereka sentiasa dapat mengatasi pelbagai rintangan dan cabaran. Aktiviti
PBP juga harus berteraskan amalan aplikasi alatan digital semasa perancangan, proses pelaksanaan
dan penilaian.

Cadangan pelaksanaan PBP di kelas prasekolah dalam kertas konsep ini adalah berkenaan
huraian pelaksanaan PBP yang berkonsepkan pembelajaran PAK21. Konsep PAK21 dijelaskan
sebagai pembelajaran yang berpusat kepada murid yang mementingkan pelbagai gaya
pembelajaran, KBAT, penggunaan alatan atas talian, pembelajaran secara koperatif, dan
peningkatan kompetensi pembelajaran 6C serta kepentingan pelibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak mereka. Huraian meliputi fasa sebelum (perancangan), semasa (pengelolaan)
dan selepas (refleksi dan impak PBP).

4.1 Perancangan Aktiviti PBP di prasekolah

Perancangan PBP melibatkan penulisan rancangan pengajaran harian iaitu idea utama projek,
jangkaan hasil projek, jangka masa, standard pembelajaran yang disepadukan dari beberapa
tunjang pembelajaran, objektif pembelajaran, kriteria kejayaan, bahan bantu belajar, aktiviti PdP,
instrumen pentaksiran dan akhirnya menyediakan ruang persekitaran yang sesuai mengikut
jangkaan hasil projek akhir. Dalam menimbulkan jangkaan hasil projek akhir yang akan
dihasilkan, guru boleh berbincang dengan ibu bapa dan murid melalui talian whatsapp atau
telegram. Proses kolaboratif ini penting bagi membincangkan tahap penguasaan kemahiran anak
dalam menentukan hasil projek yang menjadi minat, kebolehan, pelbagai kecerdasan, dan
perbezaan individu anak mereka. Ini bagi mewujudkan PBP yang bermakna dan mengikut amalan
bersesuaian perkembangan anak mereka.

Perbincangan meliputi sumber bahan bantu belajar yang diperlukan dan jenis pelibatan ibu
bapa yang diperlukan oleh pihak prasekolah. Dalam PAK21, konsep kolaboratif ini penting supaya
guru dan ibu bapa saling bekerjasama dan sokongan aktiviti dapat dilakukan di rumah.

5
Kesinambungan pendidikan prasekolah di sekolah dan di rumah ini seperti aktiviti mencari
maklumat projek melalui internet atau aktiviti yang boleh dibimbing oleh ibu bapa di rumah
sekiranya masa aktiviti di sekolah tidak mencukupi. Sokongan dan perkongsian antara guru, ibu
bapa dan murid dapat meningkatkan keyakinan anak dalam menerima pembelajaran baharu secara
mendalam.

Soalan-soalan terbuka yang boleh membuka minda anak semasa proses penghasilan projek
oleh guru dan ibu bapa dapat meningkatkan lagi pemahaman murid. Pencapaian murid ditaksir
dan dinilai secara bersama untuk mendapat impak pembelajaran yang lebih bermakna dalam
kehidupan harian mereka. Penggunaan soalan terbuka dan bermakna merupakan salah satu ciri
PBP (Tal et al., 2006). Ia bertujuan untuk mencungkil pengetahuan dan pemahaman murid
sebelum sesuatu projek dijalankan untuk merangsang mereka mendapat idea besar mereka dalam
penghasilan projek. Maka dengan pemilihan hasil akhir projek yang dekat dengan jiwa serta dunia
persekitaran murid dapat memberi pengetahuan dan pemahaman yang mendalam serta boleh
digunakan dalam kehidupan mereka apabila dewasa kelak.

Bagi memberi pemahaman yang jitu tentang sesuatu projek, projek mega boleh
dilaksanakan contohnya dengan melaksanakan hari usaha niaga selepas beberapa hasil projek
barang jualan dijalankan. Pelibatan komuniti juga penting dalam memberi makna pembelajaran
dengan lebih komprehensif di mana mereka turut sama meraikan hari usaha niaga tersebut menjual
dan membeli. Ini dapat menambah kemeriahan dan cara meraikan pembelajaran PBP murid yang
lebih realisitik dan lebih bermakna. Proses pembelajaran tentang nilai wang diterapkan secara tidak
langsung. Contoh perancangan menggunakan web aktiviti PBP berkenaan hari usaha niaga
tersebut dapat ditunjukkan dalam Rajah 1.

6
Projek 1
Capan pelepah pisang
(hasil digunakn sebagai corak label
pembungkusan)
Projek 6 MA1.4.4 Menghasilkan pola mengikut Projek 2
Membungkus Hasil kreativiti sendiri Membuat kerepek pisang
Produk Pisang KE3.3.3 Membuat corak dan rekaan tanduk
MA 1.2.1 membandingkan mengikut kreativiti sendiri FK 1.1.1 Menjalankan
dua kumpulan objek yang pelbagai aktiviti yang
menyatakan: i) banyak atau melibatkan penggunaan
sedikit, ii) sama banyak motor halus
atau tidak sama banyak, dan Projek Mega
iii) lebih atau kurang SA 3.4.2 membanding
"Hari Usaha Niaga Produk bahagian tumbuhan
KE3.4.1 menceritakan hasil Pisang" berdasarkan ciri i) warna, ii)
kerja sendiri saiz, dan iii) bentuk
MA 4.1.3 Menggunakan wang
PM 11.1.1 Memberi contoh dalam pelbagai aktiviti BM 1.2.4 Mendengar dan
sikap rajin dalam pelbagai emmeberi respons dengan
situasi KD 1.1.4 Menceritakan perasaan
sendiri kepada orang lain mengenai bertatasusila terhadap i)
sesuatu perkara atau peristiwa yang arahan, ii) soalan
Projek 5 berlaku melalui pelbagai cara
Membuat Kek Pisang KD 2.3.3 Berinteraksi dengan yakin
Emas
MA 2.1.4 Membilang objek Projek 3
KM 4.1.4 Memerihalkan
makanan tradisional BM 1.4.4 Berinteraksi Membuat kerepek pisang
menggunakan ayat mudah mengikut nipah bersira
PM 12.1.3 Mengamalkan situasi
kerjasama dengan rakan KD 2.1.1 menunjukkan sikap
dalam melaksanakan sesuatu positif iaitu sabar, berdikari
tugasan PM 11.1.2 mengamalkan
Projek 4 sikap rajin dalam
BM 1.2.4 Mendengar dan
memberi respons dengan Membuat Muffin Pisang melaksanakan tugasan
bertatasusila terhadap:i) Berangan FK 5.3.5 Menunjukcara
arahan, ii) soalan, dan iii) BM 1.4.6 bersoal jawab penggunaan alatan dan bahan
cerita menggunakan ayat mudah yang berbahaya dengan betul
berdasarkan bahan rangsangan dan selamat
MA 1.5.1 menjelaskan ketekalan:
i) jisim, ii) isipadu
KD 3.2.2 berkongsi alat dan bahan
dengan orang lain semasa
melaksanakan aktiviti

Rajah 1 Web Perancangan PBP Mega “Hari Usaha Niaga Produk Pisang”

Perancangan PBP dalam aktiviti projek mega memberi impak yang sangat positif seperti
kajian maklum balas yang telah dijalankan oleh pengkaji dimana peserta kajian lebih mudah
memaknakan pembelajaran murid secara berfokus dan rentas tunjang pembelajaran dapat
ditunjukkan dengan mudah. Perancangan PBP yang berstruktur dan terancang ini bersesuaian
dengan model teori Vygotsky (1978) yang menggalakkan pelibatan aktif murid dalam aktiviti
pembelajaran kendiri iaitu usaha mereka dalam memperoleh pengetahuan baru dengan
mendedahkan mereka kepada situasi sebenar (Schweitzer & Stephenson, 2008).

Perancangan juga melibatkan penyediaan instrumen pentaksiran dan penilaian murid.


Guru perlu menyesuaikan aktiviti dengan alat instrumen penilaian yang digunakan mengikut fokus
standard pembelajaran dan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Kemungkinan senarai
semak perlu disediakan mengikut peringkat tahap penguasaan kemahiran atau secara rekod

7
anekdot bagi mentaksir perubahan tingkah laku. Perancangan bagi menilai pengajaran guru juga
perlu dibuat supaya guru boleh membuat penambahbaikan. Refleksi guru terhadap elemen PAK21
termasuk elemen 6C, KBAT dan struktur pembelajaran koperatif perlu dijelmakan dalam
penulisan rancangan pengajaran guru di ruang catatan. Impak PdPc dicatat kriteria kejayaan murid
yang telah dapat dihasilkan dalam ruang catatan dalam langkah PdPc.

4.2 Semasa Pelaksanaan PBP (Pengelolaan Aktiviti )

Peranan guru semasa proses PdPc adalah sebagai pemudah cara, pembimbing, motivator dan
pentaksir perkembangan murid. Murid secara individu atau berkumpulan menyiapkan aktiviti
PBP setelah penerangan tugasan diberikan oleh guru. Pelibatan ibu bapa digalakkan tetapi lebih
baik murid berinteraksi dengan rakan sebaya mereka dalam menyiapkan tugasan projek sehingga
selesai. Guru dan ibu bapa menjadi pakar rujuk jika mereka menghadapi masalah terutama dalam
membuat keputusan.

Kemahiran PAK21 iaitu berfikir secara kritis dan aktiviti KBAT melalui PBP ini dapat
membantu murid prasekolah meningkatkan daya kepimpinan dan nilai serta etika mereka.
Kesepaduan ini penting dalam pembangunan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni
berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketrampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta
inovatif (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016). Penilaian terhadap tahap perkembangan
tersebut perlu ditaksir secara bersama guru dan ibu bapa semasa setiap tahap proses aktiviti PBP
dijalankan. Guru boleh membuat pemerhatian dengan mengambil rakaman video atau gambar
yang boleh dimuat naik terus ke dalam whatsapp group ibu bapa dan perbincangan perkembangan
anak-anak boleh dibincangkan seterusnya cadangan tindakan susulan boleh diambil. Tindakan ini
dirasakan lebih positif dan proaktif di mana penyelesaian sesuatu masalah dapat diselesaikan
dengan segera. Sebagai contoh murid yang masih tidak menguasai kemahiran memegang gunting
dengan betul dapat dibantu segera melalui latihan di rumah oleh ibu bapa anak yang terlibat.

Semasa pengelolaan aktiviti PBP, penyediaan ruang persekitaran pembelajaran yang


positif perlu juga diambil perhatian. Aktiviti PBP juga boleh dijalankan secara bertema dan
dijalankan di pusat pembelajaran. Maka cadangan dalam Dokumen KSPK Semakan 2017 supaya
dijalankan mengikut fasa bagi ketiga-tiga aktiviti pembelajaran adalah kurang relevan bagi
sesetengah prasekolah. Guru dengan bantuan ibu bapa boleh menyediakan pusat pembelajaran
berdasarkan tajuk atau hasil projek yang dijangkakan. Pusat pembelajaran yang disediakan perlu
memenuhi kehendak projek supaya murid boleh mengakses kendiri bahan dan peralatan,
bereksplorisasi dan mendapatkan maklumat berkenaan projek yang dilaksanakan dengan baik. Hal
ini dijelaskan dalam dokumen standard KSPK semakan 2017 (Bahagian Pembangunan
Kurikulum, 2016) iaitu kelengkapan pusat pembelajaran mudah diakses, sesuai, mencukupi dan
sentiasa dikemas kini berdasarkan keperluan PdP. Guru yang peka dalam penyediaan pusat
pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan murid akan meningkatkan lagi
perkembangan mereka melalui soalan-soalan yang dikemukakan dan cabaran penghasilan projek
yang lebih kreatif (Lorna Long, 2009).

Peningkatan komunikasi guru-murid, murid-murid, murid-ibu bapa dan guru-ibu bapa


semasa PBP berlangsung terutama dalam proses PdPc adalah berlaku secara tidak langsung.
Penggunaan alat telekomunikasi seperti smartphone dan aplikasi whatsapp serta telegram

8
memudahkan hubungan komunikasi guru dan ibu bapa serta komuniti yang lain. Segala
permasalahan dapat dibincangkan secara terus dan ini memberi manfaat kepada pembelajaran
murid. Mereka saling berinteraksi dan berkomunikasi dalam pencarian maklumat serta sumber
bahan bantu belajar bagi menghasilkan hasil projek yang kreatif dan mempunyai keunikan
tersendiri. Selain itu, aspek kemenjadian murid yang diharapkan melalui penelitian minat, potensi
dan gaya pembelajaran dapat dibincangkan bersama supaya kesinambungan ke peringkat
pendidikan selanjutnya dapat dinilai dan dipantau oleh ibu bapa dengan lebih baik.

Proses PdPc diwujudkan secara persaingan dan pertandingan menggalakkan murid lebih
berinisiatif untuk menjadi juara, mendapat mata ganjaran atau token yang banyak. Justeru itu,
murid akan mencabar diri supaya menghasilkan hasil projek yang lebih baik. Nilai dan elemen 6C
dalam PAK21 terbina secara tidak langsung dalam proses PdPc dimana aktiviti PBP dijalankan
secara pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif menggalakkan komunikasi dan kemahiran
berfikir murid secara kritis terjelma melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan semasa
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Seterusnya hasil kerjsama kumpulan yang baik
serta nilai etika kumpulan yang positif membantu penghasilan hasil projek yang kreatif dan
berinovatif. Perbincangan aktif dalam kalangan mereka akan membentuk juga nilai sahsiah,
karekter dan jati diri bangsa negara yang positif. Kesemua elemen PAK21 ini digarap dan berlaku
secara tidak langsung melalui aktiviti PBP.

4.3 Selepas Pelaksanaan PBP

Dalam anjakan ke-9 PPPM jelas mengharapkan supaya pelibatan ibu bapa dalam pembelajaran
anak ditekankan. Mereka perlu bersama guru dan komuniti lain berusaha bersama-sama
meningkatkan pembelajaran yang bermakna untuk anak mereka melalui sarana ibu bapa. Mereka
juga mengakses kemajuan perkembangan anak mereka secara atas talian. Oleh yang demikian,
konsep pentaksiran dan penilaian murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti PBP perlu
dibincangkan bersama ibu bapa dan pemimpin sekolah. Kemenjadian murid dan kualiti sekolah
seperti aspirasi yang diharapkan dalam PPPM 2013-2025 diharap dapat dicapai sepenuhnya
(KPM, 2013).

Kemenjadian murid ditaksir semasa proses PdPc dimana guru menulis refleksi PdP dari
aspek penggunaan ruang, masa, bahan bantu belajar yang mencukupi dan sesuai serta keluwesan
aktiviti PBP yang dijalankan. Impak melibatkan keberkesanan pembelajaran yang diterima oleh
murid melalui penilaian kriteria kejayaan murid yang dinilai secara perundingan dengan ibu bapa
dan pemimpin sekolah. Pihak pemimpin sekolah berhak untuk menilai semula autonomi atau
kebitaraan sekolah dalam mendorong dan menyediakan prasarana mengikut bentuk kemenjadian
yang diharapkan hasil penilaian dan pentaksiran tersebut. Kepentingan di sini adalah status
pembelajaran murid supaya sentiasa bermotivasi dan aktif dalam pembelajaran serta berupaya
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada (Muhammad Faizal & William, 2014).

Hasil pentaksiran dan penilaian tahap penguasaan kemahiran serta perkembangan murid
dapat dirancang tindakan susulannya iaitu keperluan aktiviti pengukuhan, pemulihan atau
pengayaan yang lebih mencabar. Penilaian perkembangan secara individu lebih tekal melalui
perbincangan dengan ibu bapa sendiri. Mereka merasa dihargai dan mempunyai autonomi untuk
menentukan konsep pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan dan lebih

9
mencabar untuk anak mereka seperti panduan tahap penguasaan dalam standard prestasi yang telah
ditentukan oleh KSPK Semakan 2017.

Kefahaman makna pentaksiran dan penilaian selepas sesuatu PBP perlu dikuasai oleh guru
dan ibu bapa murid prasekolah supaya tiada salah faham. Perbezaan makna objektif pembelajaran
dan kriteria kejayaan murid dalam menghasilkan sesuatu hasil projek perlu difahami dengan jelas.
Murid perlu diberi pemahaman kriteria kejayaan pembelajaran mereka yang boleh diukur dan
dinilai secara eksplisit. Sebagai contoh, objektif pembelajaran supaya murid dapat menghasilkan
objek model kereta yang kreatif. Nilai kreatif perlu jelas ukurannya dalam penilaian kriteria
kejayaan yang sepatutnya dicapai oleh murid. Contohnya, menghasilkan model kereta yang boleh
bergerak dan berwarna-warni. Impak murid dalam penentuan kriteria kejayaan dinyatakan di
papan putih supaya murid merujuk tahap penguasaan mereka. Jika murid belum boleh membaca,
guru, rakan atau ibu bapa boleh membantu memberi peringatan dan membimbing mereka semasa
proses PdPc.

Kepentingan PAK21 dalam mencapai aspirasi PPPM 2013- 2025 adalah nilai pentaksiran
secara menyeluruh dan seimbang bagi murid prasekolah sebelum, semasa dan selepas aktiviti
pembelajaran dijalankan. Pentaksiran berbentuk semasa (Assessment for learning) dan formal
(Assessment as Learning) haruslah dijalankan secara berterusan. Manakala pentaksiran berbentuk
sumatif (Assesment of Learning) agak kurang sesuai dijalankan di prasekolah kerana pendidikan
peringkat ini lebih kepada persediaan ke Tahun Satu. Guru dan ibu bapa perlu bekerjasama dalam
mengenal pasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan
perkembangan secara menyeluruh (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016). Dengan ini, dapat
membantu guru membuat perancangan tindakan susulan yang berkesan dalam mengembangkan
potensi murid ke tahap optimum, membantu pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran
guru.

5.0 KESIMPULAN

PBP berkonsepkan PAK21 seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh di semua kelas prasekolah
di Malaysia. Perubahan transformasi sekolah pada gelombang kedua PPPM bermula tahun 2016
sehingga 2025 melalui perubahan kurikulum dan cara pelaksanaannya diharap dapat dihayati oleh
guru dengan baik. Beberapa cadangan konsep pembelajaran berpusat murid seperti melalui PBP,
pendekatan inkuiri, pendekatan penyelesaian masalah dan sebagainya perlu dilaksanakan dengan
pelibatan ibu bapa serta komuniti. Jaringan kolaboratif ini dapat memacu kecemerlangan kendiri
murid prasekolah yang bijak menaakul, menyelesai masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu dalam penghasilan projek. Selain itu, modal insan yang unggul dengan
nilai etika serta budaya nasional dapat meningkatkan jati diri anak didik prasekolah kita supaya
sayangkan bangsa dan negara.

RUJUKAN

Aliza Ali dan Zamri Mahamod (2015). Analisis Keperluan Terhadap Pengguna Sasaran Modul
Pendekatan Berasaskan Bermain Bagi Pengajaran dan Pembelajaran kemahiran Bahasa
Kanak-kanak Prasekolah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Januari 2015, Bil.3
Isu 1.

10
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2008). Kajian Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Pendidikan Prasekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Gultekin, M. (2005). The Effect of Project Based Learning on Learning Outcomes in the 5th Grade
Social Studies Course in Primary Education. Educational Sciences: Theory & Practice 5(2):
548-556.
Kaldi,S., Filipatou, D. & Govaris, C. (2011). Project Based Learning in Primary Schools Effects
on Pupils’ Learning and Studies. Education, 39(1), 35-47.
Kamaruzaman Jusoff & Khairul Azhar Mat Daud (2010). Motivating Students Using Project
Based Learning (PjBL) via e-SOLMS Technology. World Applied Science Journal 8(9),
1086-1092.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.
Lorna Long (2009). Transforming the Early Childhood Environment. Conferen Paper
Developing Human Capital Begins with Chidren. International ECEC Conference. Kuala
Rohaty Mohd Majzub (2003). Pendidikan Prasekolah: Cabaran dan Kualiti. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mioduser, D., & Betzer (2003) The Contribution of Project-Based to High Achievers Auqusition
og Technological Knowledge and Skills. International Jurnal of Technology and Design
Education, 18, 59-77.
Muhammad Faizal A.Ghani & William, J. (2014). Harapan Murid Bermasalah Terhadap
Pengajaran Guru: Satu Kajian Awal di Sebuah Negara Maju. Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik. Januari 2014, Bil.2 Isu 1.
Rohaty Mohd Majzub (2003). Pendidikan Prasekolah: Cabaran dan Kualiti. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Romarzila Omar (2016). Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Pendidikan Sains Awal
Kanak-kanak Prasekolah. Tesis Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.Lumpur.
Saemah Rahman, Ruhizan M.Yasin dan Siti Fatimah Mohd Yassin. (2012). Project- Based
Approach at Preschool Setting Applied Sciences Journal16(1). ISSN 1818- 4952. 206-
112.
Sharifah Nur Puteh, Manisah Mohd Ali, Norshidah Salleh & Aliza Alias (2009). Penggunaan dan
Pengurusan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kurikulum Permainan Pendidikan
Awal Kanak-kanak. Laporan Teknikal Projek Penyelidikan UKM. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Saleha Samsuri dan Saedah Sukiran (2017) Maklum balas Guru Terhadap Pelaksanaan
Aktiviti PekProjek PAK21 di Kelas Tabika Kemas dan Perpaduan. Jurnal Cerana Jurnal
Penyelidikan. Bil 1, 2017. IPG Kampus tun Hussein Onn.

11
Tal, T., Krajcik, J.S. & Blumenfeld, P.G. (2006). Urban Schools’ Teachers Enacting Project-
Based Science. Journal of Research in Science Teaching, 43(7), 722-745.
Thomas, J. W. (2000). A review of PBL. Retrieved March 3, 2010, from http://www.bie.org/
research/study/review_of_project_based_learning_2000/

Van Voorhis, F.L. (2001). Interactive Science Homework: An Experiment In Home And School.
NASSP Buletin 200, 85, 20

12

You might also like