You are on page 1of 11

Ramai yang ingin menjadi peniaga.

Tapi ramai yang fikir untuk menjadi peniaga ni kena


buat sepenuh masa.

Tak semestinya. Kita masih boleh berniaga walaupun


mempunyai kerja hakiki 8 pagi ke 5 petang.

Dahtu bila nak berniaga? Balik rumah dah


kepenatan. Nak layan suami dan anak lagi, nak juga
lepak dengan kawan-kawan sekali sekala.

Sebenarnya kita boleh berniaga di tempat kerja kita


sendiri tanpa mengganggu kerja kita. Yelah..kita pun
tak nak lah kurang keberkatan kalau menjejaskan
kerja hakiki pulak kan?

Nak tahu macam mana cara dia? Di sini kita nak


cadangkan beberapa cara yang boleh anda
prektiskan.
2 8 Cara Menjual Di tempat Kerja
Paling mudah dan paling simple. Selalunya tempat
duduk di tempat kerja kita tidak lah terlalu tertutup.

Ada sahaja rakan sepejabat yang selalu lalu lalang di


meja anda.

Oleh itu gunakan peluang ini sebaiknya kerana


mereka semua perpotensi untuk membeli. Kalau
produk tu menarik perhatian mereka, mesti mereka
berhenti dan mula bertanya.

Sebagai contoh, jika anda menjual tudung, letakkan


1-2 sample tudung. Bagi mereka “try” pakai.

Jika anda menjual makanan letakkan “sample”.


Pelawa mereka untuk berhenti makan.

Jika anda menjual “essential oil”, pasang “diffuser”.


Bau wangi itu mesti menarik perhatian mereka yang
lalu lalang
8 Cara Menjual Di tempat Kerja 3
Mungkin produk anda tak sesuai untuk di letakkan di
atas meja kerja sebab risau kotor dan sebagainya.

Pantry adalah lebih sesuai dan tidak mengganggu


kawasan bekerja.

Anda mungkin menjual “kudap-kudap”. Letakkan


sahaja produk di situ berserta harga dan tabung
untuk mereka membuat bayaran.

Anda mungkin menjual makanan atau apa sahaja


produk yang perlu di order lebih awal. Letakkan notis
yang beserta gambar dan info dan ruang untuk
mereka letakkan details mereka untuk tempahan.

8 Cara Menjual Di tempat Kerja 4


Di pejabat pasti ada notice board di kawasan-
kawasan awam seperti di luar surau, di luar kedai
serbaneka, di luar pintu masuk jabatan dan
sebagainya.

Jika ia tidak menyalahi undang-undang dan ia boleh


digunakan oleh semua orang, apa kata anda
tampalkan poster/flyers produk anda di situ.

Jangan lupa letakkan no telefon untuk mereka yang


berminat untuk contact anda.

8 Cara Menjual Di tempat Kerja 5


Ajak rakan anda dari department yang lain untuk
menjadi agen/tukang ambil order di bawah anda.

Kongsi komisyen anda dengan mereka. Beri mereka


lebih pun tak apa.

Walaupun komisyen anda berkurangan tetapi anda


dapat kelebihan dari segi kuantiti jualan kerana
mereka dapat membantu memasarkan produk anda
di bahagian yang anda tak dapat tembusi.

8 Cara Menjual Di tempat Kerja 6


Adakalanya produk anda agak mahal untuk rakan
sekerja anda untuk beli terus.

Anda boleh bantu mereka dapatkan produk dengan


wujudkan group kutu untuk mereka yang berminat.

Sebagai contoh handbag berjenama, barang kemas


mahupun suplemen kesihatan.

Cabut undian untuk menetapkan cycle siapa yang


akan dapat dahulu.

Dengan group “Kutu” memudahkan mereka untuk


mendapatkan juga produk anda tanpa rasa
terbeban.

8 Cara Menjual Di tempat Kerja 7


Selalunya di lobi ofis anda akan dibuka slot untuk
tempahan booth.

Adakalanya mengikut musim perayaan, musim gaji


dan ada juga slot booth tetap setiap minggu.

Disebabkan anda adalah staff sudah pasti anda


dapat tahu lebih awal dari orang lain.

Grab peluang ini sebaiknya dan dapatkan kenalan


atau saudara mara yang mempunyai masa yang
lebih fleksibel untuk menjaga booth ketika waktu
kerja.

Tiba waktu rehat, anda boleh join menjual dan


keuntungan boleh berbincang dan dibahagikan
bersama kawan atau saudara kita tersebut.

8 Cara Menjual Di tempat Kerja 8


Selalunya di ofis akan ada kedai koperasi, runcit atau
pun kedai serbaneka.

Jika produk anda bersesuaian untuk diletakkan di


kedai-kedai terbabit, boleh tanyakan kepada pemilik
kedai jika anda boleh letakkan produk anda di kedai
mereka.

Setiap jualan dari kedai itu anda akan berikan


komisyen kepada pemilik kedai.

Selalunya mereka ingin bekerjasama kerana jika


produk anda bagus, dia boleh menambahkan
pendapatan kedainya.

8 Cara Menjual Di tempat Kerja 9


Sudah pasti anda ada tidak kurang dari satu group
whatsapp yang dianggotai oleh kawan-kawan di
tempat kerja.

Gunakan group ini sebaiknya kerana mereka ini anda


jumpa hampir setiap hari.

Oleh itu pasti anda sudah rapat dan lebih mudah


untuk menjual dengan mereka tanpa rasa kekok.

Sentiasa buat pengumuman di dalam group jika


anda ada bawa stok baru, design baru mahupun
produk baru yang ingin diperkenalkan.

Dan juga jangan lupa minta kawan kerja anda di


dalam group itu untuk hebahkan pada kawan
mereka di jabatan yang lain terutamanya kepada
mereka yang anda tidak kenal.

8 Cara Menjual Di tempat Kerja 10


Semoga apa sahaja yang
dikongsikan dapat memberi
manfaat pada anda.

Jangan lupa follow saya


di Facebook untuk lebih
tips tentang bisnes online.
Link ada di bawah.

https://www.facebook.com
/maisarahhas

Maisarah Has

8 Cara Menjual Di tempat Kerja 11

You might also like