You are on page 1of 3

PANDUAN SOALAN SPONTAN DAN BORANG RASMI PENGHAKIMAN

BERCERITA KISAH DARIPADA AL-QURAN MTQSS PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

1.0 Pendahuluan

Usaha-usaha penambahbaikan bagi acara ‘Bercerita Kisah Daripada Al-Quran’ telah dimulakan pada
akhir 2009 lagi, apabila panel penggubal soalan pada tahun tersebut telah mencadangkan agar
format pemarkahan sedia ada iaitu isi (40 markah), penyampaian (30 markah) dan bahasa (30
markah) ditukar kepada format yang baru iaitu isi (40 markah), penyampaian (40 markah) dan
bahasa (20 markah). Borang-borang penghakiman dan syarat peraturan yang baru telah siap
digubal pada tahun 2010 untuk digunapakai dalam Majlis Tadarrus Al-Quran Sekolah-sekolah pada
tahun tersebut. Namun disebabkan oleh permasalahan teknikal, borang-borang penghakiman dan
syarat peraturan yang baru itu tidak dapat digunapakai di dalam MTQSS.

Pada tahun 2011, Bahagian Pendidikan Islam di bawah kepimpinan yang baharu, sekali lagi
meminta cadangan daripada panel penggubal soalan MTQSS tentang penambahbaikan bagi acara
bercerita ini. Justeru panel penggubal 2011 telah mencadangkan agar tajuk bercerita dikurangkan
daripada 5 tajuk kepada 3 tajuk dan penambahan soalan spontan dengan wajaran markah isi (30
markah), penyampaian (40 markah), bahasa (20 markah) dan soalan spontan (10 markah.

2.0 Objektif

 Meningkatkan mutu dan kualiti acara ‘Bercerita Kisah Daripada Al-Qur’an


 Menyuntik pembaharuan dalam acara bercerita agar selari dengan tuntutan semasa
 Melahirkan murid yang lebih berketrampilan dan menghayati tuntutan dakwah
 Membugar strategi dan pendekatan baharu dalam kalangan GPI selaku mursyid
 Menambah nilai acara bercerita dalam membentuk kemenjadian murid

3.0 Format Baru Pertandingan Mulai 2013

Bermula MTQSS kali ke-39 pada tahun 2013, Bahagian Pendidikan Islam telah menerima cadangan
untuk memperkenalkan format baru iaitu penambahan soalan spontan kepada setiap peserta.
Format baru ini akan dilaksanakan dengan wajaran markah isi (30 markah), penyampaian (40
markah), bahasa (20 markah) dan soalan spontan (10 markah).

3.1 ISI (30 markah)


Isi : 1 markah x 4 = 4 markah
Huraian : 4 markah x 4 = 16 markah
Nas / Dalil : 2 markah x 4 = 8 markah
Markah Bonus: 2 markah

3.2 PENYAMPAIAN (40 markah)


Kelancaran : 9 markah
Kesesuaian Nada dan Gaya : 9 markah
Kesopanan : 9 markah
Meyakinkan : 9 markah
Markah Bonus : 4 markah

1
3.3 BAHASA (20 markah)
Bahasa yang baik : 18 markah
Markah Bonus : 2 markah

3.4 SOALAN SPONTAN (10 markah)*


Isi : 4 markah
Penyampaian : 4 markah
Bahasa : 2 markah

*Penghakiman Soalan Spontan akan dibuat oleh Hakim Isi, Hakim


Penyampaian dan Hakim Bahasa.

3.5 Sekiranya berlaku persamaan markah, maka hendaklah dirujuk kepada Bahagian
Soalan Spontan. Sekiranya berlaku persamaan juga, maka hendaklah dirujuk kepada
Bahagian Penyampaian dan sekiranya berlaku persamaan juga, maka hendaklah
dirujuk kepada Bahagian Isi. Sekiranya tetap berlaku persamaan, maka keputusan
akan ditentukan melalui muzakarah hakim.

3.6 Keputusan hakim adalah muktamad.

4.0 Pelaksanaan Pertandingan

4.1 Peserta akan menyampaikan cerita mengikut tajuk yang telah diundi.
4.2 Selepas selesai bercerita, Pengacara Majlis akan menjemput peserta untuk memilih
sampul soalan spontan.
4.3 Peserta akan menyerahkan sampul soalan yang dipilih kepada urusetia untuk
disampaikan kepada Ketua Hakim.
4.4 Ketua Hakim akan membacakan soalan spontan. Peserta boleh meminta Ketua
Hakim mengulang membacakan soalan sebanyak 1 kali sahaja.
4.5 Peserta akan diberi tempoh persediaan untuk menjawab. Pada waktu persediaan
menjawab, peserta akan berdiri di atas pentas seperti kedudukan bercerita.
4.6 Loceng akan dibunyikan sebagai tanda masa persediaan, masa mula menjawab dan
masa tamat menjawab.

5.0 Masa Bercerita

5.1 Masa bagi setiap peserta untuk menyampaikan ceritanya ialah 8 minit
sahaja.
5.2 Loceng pertama dibunyikan sebagai tanda masa bercerita bermula.
5.3 Loceng kedua akan dibunyikan sekali pada minit keenam dan loceng ketiga akan
dibunyikan sebanyak 2 kali pada minit kelapan menandakan tamat masa bercerita.
5.4 Masa bagi setiap peserta untuk soalan spontan ialah 3 minit iaitu 1 minit masa
persediaan dan 2 minit masa untuk menjawab soalan spontan.

2
5.5 Loceng akan dibunyikan sekali selepas Ketua Hakim membacakan soalan sebagai
tanda bermula masa persediaan. Loceng kedua akan dibunyikan sekali selepas 1
minit sebagai tanda bermula masa menjawab soalan spontan dan loceng ketiga akan
dibunyikan 2 kali pada minit ketiga sebagai tanda berakhirnya masa untuk
menjawab.

6.0 Panduan Soalan Spontan

6.1 Setiap peserta akan diberikan 1 soalan spontan berdasarkan tajuk cerita yang telah
disampaikan.
6.2 Soalan spontan yang diberikan adalah berbentuk soalan terbuka berkisarkan tentang
pengajaran dan nilai daripada kisah yang telah disampaikan.
6.3 Contoh-contoh soalan :

i. Siti Aminah Bonda Rasulullah


Kisah ini menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Cuba adik/anda ceritakan, apakah tanggungjawab seorang anak kepada
ibubapanya?

ii. Qabil dan Habil


Terdapat banyak pengajaran daripada kisah Qabil dan Habil. Boleh adik/anda
ceritakan, apakah pengajaran utama yang boleh diambil daripada kisah ini?

iii. Peristiwa Kewafatan Nabi Muhammad SAW


Kisah ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW amat menyayangi
umatnya. Pada pandangan adik/anda, bagaimanakah caranya untuk kita
menyayangi nabi kita?

6.4 Pemarkahan Soalan Spontan dibuat berdasarkan :

i. Isi : Isi, huraian, contoh dan pengolahan idea


ii. Penyampaian : Kelancaran, keyakinan, kepetahan menjawab dan
kesopanan (ada pendahuluan dan penutup)
iii. Bahasa : Bahasa yang baik, sederhana atau lemah

7.0 Penutup

Semoga usaha ini dapat memberikan suntikan yang baharu kepada acara Bercerita Kisah Daripada
Al-Quran dan menjadi tambah nilai kepada murid-murid yang menyertai pertandingan ini.
Sesungguhnya Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha
untuk meningkatkan mutu dan kualiti aktiviti-aktiviti Pendidikan Islam agar selari dengan
transformasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melalui sembilan bidang keutamaan yang
telah digariskan.

You might also like