You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA


09700 KARANGAN, KEDAH DARUL AMAN.
Tel: 04 -4032270 / No. Faks : 04 -4032271

Ruj.Kami : PIBGSMKTM 60/002/4 JLD 1 ( )


Tarikh : 02/02/2020
Kepada:
Semua Ibu Bapa / Waris Murid/ Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara

Tuan/Puan

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK TAMAN MUTIARA KALI KE-7
TAHUN 2020

Dengan segala hormatmya perkara di atas dirujuk.

2. Berhubung perkara di atas, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menjemput tuan / puan
untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Mutiara Kali Ke-7 yang akan diadakan seperti
ketetapan berikut:

Tarikh : 23 Februari 2020 (Ahad)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan An Najah SMKTM

3. Bersama-sama ini disertakan keratan jawapan kehadiran dan usul untuk dibincangkan dalam
mesyuarat agung tersebut. Semua usul hendaklah dikembalikan semula kepada Pn Nur Farhana binti
Mohamad Mokhtar (S/U PIBG) selewat-lewatnya 11 Februari 2020 (Rabu). Sukacita dimaklumkan bahawa
usul dan cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan jika tuan/puan hadir dalam mesyuarat
tersebut. Usul yang berkaitan untuk meningkatkan kecemerlangan para murid amat digalakkan.

4. Kerjasama daripada pihak tuan/ puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR – HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”
“KBB SMART 2016-2020”

Saya yang menjalankan amanah,

.......................................................
(NUR FARHANA BINTI MOHAMAD MOKHTAR )
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara
09700 Karangan, Kedah Darul Aman.
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA
09700 KARANGAN, KEDAH DARUL AMAN.
Tel: 04 -4032270 / No. Fax : 04 -4032271

BORANG USUL / CADANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-7

Tuan/Puan,

1. Semua usul / cadangan mestilah diserahkan kepada Setiausaha PIBG


selewat-lewatnya pada 11 FEBRUARI 2020.
2. Setiap usul /cadangan yang dikemukakan akan dibincangkan dengan
kehadiran pengusul / pencadang sendiri dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
3. Setiap usul /cadangan yang diserahkan mestilah dilengkapi dengan butiran
yang disediakan.

Sekian , terima kasih.


……………………………………………………………………………………………………………….
Kepada:
Setiausaha PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara
09700 Karangan, Kedah Darul Aman. Tarikh:

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK. TAMAN MUTIARA KALI KE-7

Saya……………………………………………………………………………………..waris kepada
………………………………………………………………………dari kelas……………………..…..
*akan hadir / tidak hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK. Taman Mutiara Kali Ke-7.

2. Usul / cadangan saya adalah seperti berikut:

………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

........................................................................................
( )
*potong mana yang tidak berkenaan

You might also like