Professional Documents
Culture Documents
Perkara Perbincangan Dalam Mesyuarat Panitia Kali - 1
Perkara Perbincangan Dalam Mesyuarat Panitia Kali - 1
Mesyuarat yang akan dibuat biasanya mesyuarat setiap unit, Pentadbiran, Hal Ehwal Murid,
Kokurikulum, Panitia dan beberapa unit lain yang penting.
Di sini dikongsikan hasil tulisan Sisc Azura beberapa perkara penting yang boleh dibincangkan
dalam mesyuarat panitia.
Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia, penyelaras mata
pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik.
Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu membincangkan
barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama di samping pemakluman tempat penyimpanan
peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk pengetahuan dan kegunaan semua ahli
panitia.
Analisis peperiksaan akhir tahun, PT3/UPSR perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama untuk
makluman dan tindakan semua ahli.
Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR yang dibuat
berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program perlu ada perancangan
untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan skop latihan/program.
5. PENGGUBALAN RPT
Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir sukatan pelajaran perlu
dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah. Tarikh
semakan dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek.
Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran perlu dibincangkan dalam
Panitia.
7. PENULISAN RPH
Panitia perlu memberi atau membincangkan format penulisan RPH yang telah diputuskan dalam
mesyuarat kurikulum yang pertama pada tahun semasa.
Jumlah buku latihan perlu ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan setiap kelas bagi
tingkatan/tahun yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan buku yang sama.
9. AGIHAN LATIHAN
Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu menetapkan jumlah latihan
minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai contoh, tiga bulan pertama, murid perlu mempunyai 12
latihan penulisan.
– Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan latihan
murid. Contohnya, indeks yang perlu disediakan oleh setiap murid pada muka surat pertama dan kedua
setiap buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya.
– Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa
kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan dalam mesyuarat panitia.
Mengikut takwim persekolahan. Perbincangan mesti meliputi tarikh serahan JSU, soalan dan skop soalan
serta nama penggubal bagi setiap peperiksaan atau ujian yang telah diputuskan dalam mesyuarat
jawatankuasa kurikulum yang pertama.
12. PENCERAPAN
Bulan pencerapan berserta senarai nama pencerap dibincangkan untuk makluman semua ahli panitia.
13. ULBS/PBS
Gerak kerja (prosedur) untuk ULBS dan PBS mesti dibincangkan untuk makluman semua ahli. Borang
yang digunakan perlu dibincangkan untuk makluman semua.
Perancangan pelaksanaan PLC/LADAP perlu dibincangkan berdasarkan keperluan setiap ahli panitia.
* Perkara lain yang dirasakan sesuai boleh dibincangkan dalam mesyuarat panitia pertama.