You are on page 1of 5

Assalamu alaikum w.w.

Salam sejahtera dan selamat pagi


Yang Berusaha, Puan Guru Besar SK Kuang Puan Siti Fatimah Binti Mat Hassan,
Yang dihormati Puan Norhawati bt Harun, GPK, Encik NorAzam bin Ismial
pengerusi Permuafakatan PPKI ,barisan Penolong-penolong Kanan dan
penceramah kita pada hari ini, Puan Hasmiada Bt Mustafa dari SK Sg Buloh.
Seterusnya Yang dikasihi guru-guru, PPM, dan ibu bapa sekalian.

Tetak buluh panjang sepuluh


Mari jolok sarang tebuan
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta biar selamat
Dengan ini, majlis mempersilakan En Mohd Amin Bin Arsani untuk
membacakan doa.

Majlis dengan hormatnya, mempersilakan…..

Amin ya rabaal alamin..Saya, bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih


kepada En Mohd Amin Bin Arsani diatas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Indah Berbalam Si Awan Petang


Berarak Di Celah Pepohon Ara
Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara

Alhamdullilah dan selamat datang saya ucapkan kepada semua hadirin kerana
sudi meluangkan masa bagi program kita pada hari yang berbahagia ini.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi taklimat khas oleh GPK , Puan Norhawati
Bt Harun. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada puan Norhawati atas


Ucapan Itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Puteri Bongsu Cantik Mejelis,


Dari Kayangan Turun Ke Pekan,
Untuk Menambahkan Keserian Majlis,
Ucapan puan Kita Dengarkan.

Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan & Menjemput Pn.


Siti Fatimah Bt Mat Hasan GB s sk Kuang Untuk Menyampaikan Sepatah
Dua Kata. Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan .
---------Ucapan---------------

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada puan Siti Fatimah di atas
Ucapan Itu tadi.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pengerusi


permuafakatan PPKI 2018 IAITU eNCIK Azam Bin Ismail. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

--------Ucapan---------------

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Encik NorAzam di atas


Ucapan Itu tadi.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan penceramah kita. Beliau yang


saya maksudkan ialah Puan Hasmiada Bt Mustafa. Beliau adalah pengasas
Hy Herbs dan juga merupakan seorang guru pendidikan khas bermula Di Sk
Sg buloh. Begitulah serba sedikit berkenaan latar belakang penceramah kita
pada hari ini.

Sedikit info mengenai Terapi Mandian Herba ini pula. Terapi ini adalah terapi
yang menggunakan herba-herba tradisional yang mempunyai keistimewaan
tersendiri untyk merangsang saraf dan minda anak -anak bermasalah dalam
pembelajaran agar fizikal dan minda mereka lebih sihat dan cergas. Objektif
program ini adalah untuk membentuk tingkah laku positif, merangsang saraf
dan minda murid, meningkatkan keupayaan berfikir secara rasional,
mempertingkatkan kekuatan motor kasar dan motor halus murid dan juga
untuk menenangkan fikiran murid-murid.

Hadirin yang dihormati,

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput Puan Hasmiada untuk


memberikan ceramah.

Majlis dengan takzimnya….mempersilakan


Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada Puan Hasmiada diatas
ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Sejambak bakti segugus budi,

Untuk generasi bangsa sendiri

Ganjaran terbaik hanya dari Ilahi

Dari kami, terimalah cenderamata ini

Dipersilakan Yang Berusaha Puan Siti Fatimah Binti mat Hassan, Guru Besar
SK kuang , diiringi oleh Pn Norhawati Bt Harun GPK PK untuk
menyampaikan cenderahati kepada penceramah kita pada hari ini, iaitu
______________________________.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan…..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Puan Siti
Fatimah Binti mat Hassan, Guru Besar SK kuang diatas penyampaian
cenderahati l itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan sesi perlantikan AJK Kecemerlangan ibu bapa
PPKI.

Hadirin yang dihormati,

Kini tibalah masa untuk sesi penyampaian sijil kepada AJK PermuafakataN
ppki 2018.

Dipersilakan Yang Berusaha Puan Siti Fatimah Binti mat Hassan, Guru Besar
SK kuang , diiringi oleh Puan Norhawati Bt Harun , Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas untuk menyampaikan sijil . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Majlis dengan ini menjemput ahli jawatanakuasa permufakatan ppki skk 2018
untuk menerima sijil. Majlis menjemput :

Pengerusi Permuafakatan : en Nor azam Bin Ismail

N. Pengerusi : En Fauzee Bin Mohadin.

Ahli jawatankuasa permufakatan ppki 2018

-Pn norhayati bt Zamudin

-Pn Susi nurani bt razif

-pn normasitah bt Mohamad

-En Yussawal Bin Yusof

-En . Kamaruddin Bin Mohd Noor

-En Shamsuddin Bin Muhammad

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Puan Siti
Fatimah Binti mat Hassan, Guru Besar SK kuang diatas penyampaian dan sijil
kepada ahli jawatankuasa permuafakatan PPKI 2018 itu tadi. Pihak ppki skk
juga merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli
jawatankuasa yang telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang 2018
demi kecemerlangan anak syurga kita. Moga jasa dan budi yang ditaburkan
mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t…InshaALLAH amin.

Hadiri hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan sesi yang terakhir iaitu sesi perbincangan
permasalahan murid-murid PPKI antara ibu bapa/penjaga dan guru-guru.

Denganselesainya sesi perbincangan itu tadi maka majlis kita sudah sampai
ke penghujungnya. Majlis sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada penceramah kita pada hari ini, Puan Hasmiada Bt Mustafa kerana
sudi hadir memberikan ilmu yang amat bermanfaat buat kita semua. Jutaan
Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang sudi hadir bagi
program kita pada hari ini. Diminta semua ibu bapa dan guru tampil ke
hadapan untuk sesi bergambar bagi tahun 2019.

Majlis disudahi dengan tasbih kifarah dan suraatul as.

Majlis bersurai.

You might also like