You are on page 1of 5

Soalan Lazim (FAQ) berkaitan Modul TMK

Bil Soalan Jawapan


1. Apa itu Modul Modul TMK adalah modul yang digunakan dalam
TMK? mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan
amalan serta etika penggunaan TMK dalam
semua mata pelajaran.

2. Adakah Pengintegrasian Modul TMK seharusnya


pengintegrasian dilaksanakan dalam semua mata pelajaran bagi
Modul TMK ini memastikan kemahiran TMK dikuasai oleh murid.
wajib Menguasai kemahiran TMK adalah salah satu
dilaksanakan di hasrat dalam Pembelajaran Abad ke-21.
sekolah?

3. Apakah Modul TMK terbahagi kepada dua iaitu:


kandungan Modul Kemahiran Asas dan Modul Aplikasi.
Modul TMK? Terdapat empat komponen dalam Modul TMK
iaitu:

Komponen 1: Mengemukakan idea dan maklumat


secara kreatif dan inovatif melalui TMK

Komponen 2: Mencari, mengumpul, memproses


dan menggunakan maklumat melalui TMK

Komponen 3: Menggunakan Pemikiran


Komputasional untuk proses penyelesaian
masalah

Komponen 4: Mengamalkan sikap


bertanggungjawab dan beretika dalam TMK

4. Apakah objektif Pada akhir persekolahan di peringkat rendah,


melaksanakan murid akan dapat:
Modul TMK di  Menghasilkan kepelbagaian produk digital
sekolah? melalui perisian secara kreatif dan inovatif
 Menyelesaikan masalah melalui teknik
Leraian (Decomposition), Pengecaman
Corak (Pattern Recognition), Peniskalaan
Bil Soalan Jawapan
(Abstraction), Algoritma (Algorithm), Logik
(Logical Reasoning) dan Penilaian
(Evaluation) dalam menyelesaikan
masalah.
 Menyusun, menganalisis dan
mempersembahkan data atau idea secara
logik dan sistematik melalui algoritma.
 Menginterpretasi data melalui konsep
visualisasi seperti model, simulasi dan carta
alir.
 Mengenal pasti, menganalisis dan
melaksanakan penyelesaian yang mungkin
bagi mencapai matlamat untuk
mendapatkan kombinasi langkah dan
sumber yang paling cekap dan berkesan
dengan menggunakan teknologi komputer.
 Mengamalkan nilai dan etika TMK serta
mematuhi undang-undang siber.

5. Siapakah yang Semua guru mata pelajaran menggunakan Modul


akan TMK bermula dengan tahun 1 pada tahun 2017.
menggunakan
Modul TMK?

6. Bilakah Modul Modul TMK digunakan semasa aktiviti pengajaran


TMK perlu dan pembelajaran semua mata pelajaran
digunakan? mengikut Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang telah dipilih dalam Modul
Aplikasi.

7. Berapakah Tempoh masa penggunaan Modul TMK


tempoh masa bergantung kepada guru mata pelajaran dan
yang tahap kemahiran murid.
diperuntukkan
untuk
menggunakan
Modul TMK?
Bil Soalan Jawapan
8. Di manakah Modul TMK boleh dilaksanakan di makmal
Modul TMK komputer, dalam bilik darjah atau di mana-mana
dilaksanakan? sahaja kawasan yang selamat di sekolah.

9. Bagaimana jika Murid yang belum menguasai kemahiran TMK


murid belum perlu menggunakan Modul Kemahran Asas TMK.
berkemahiran
dalam TMK?

10. Jika guru mata Guru mata pelajaran perlu mencapai objektif
pelajaran mata pelajaran dan objektif kemahiran TMK yang
menggunakan digunakan pada hari tersebut. Jika objektif
Modul TMK, kemahiran TMK tidak dicapai guru perlu
apakah objektif membuat refleksi akan pendekatan atau strategi
pembelajaran yang bersesuaian.
yang perlu
dicapai dalam
pengajaran dan
pembelajaran
pada hari
tersebut?

11. Adakah guru lain Hanya guru mata pelajaran yang perlu mengajar
boleh membantu dan melaksanakan pengintegrasian Modul TMK
melaksanakan dalam mata pelajaran masing-masing.
Modul TMK jika
guru mata
pelajaran tidak
berkemahiran
dalam TMK?

12. Bagaimanakah Pengintegrasian Modul TMK boleh dilaksanakan


Modul TMK melalui aktiviti unplugged.
hendak
dilaksanakan jika
tidak mempunyai
prasarana
komputer di
sekolah?
Bil Soalan Jawapan

13. Bolehkah murid Murid boleh diajar Modul Kemahiran Asas TMK
diajar Modul terlebih dahulu sebelum melaksanakan Modul
Kemahiran Asas Aplikasi bagi memastikan semua murid
TMK terlebih berkemahiran dalam TMK.
dahulu sebelum
melaksanakan
Modul Aplikasi?

14. Adakah Bagi melaksanakan pengintegrasian Modul TMK,


peruntukan Per semua mata pelajaran boleh menggunakan
Kapita Geran peruntukan Per Kapita Geran (PCG) masing-
(PCG) disediakan masing.
untuk
melaksanakan
Modul TMK?

15. Adakah terdapat Surat Pekeliling Ikhtisas akan dikeluarkan dalam


punca kuasa masa terdekat iaitu sebelum tahun 2016
pelaksanaan berakhir.
Modul TMK?

16. Bagaimana jika Guru perlu menggalakan aktiviti kreativiti dan


seseorang murid inovasi jika mendapati terdapat murid yang
itu mempunyai mempunyai kemahiran yang lebih tinggi daripada
kemahiran yang yang ditetapkan dalam Modul TMK. Murid ini
lebih daripada juga boleh dijadikan sebagai pembimbing rakan
yang ditetapkan sebaya dalam melaksanakan pengintegrasian
dalam Modul Modul TMK.
TMK?

17. Adakah guru akan Ya, guru akan diberi kursus khas pelaksanaan
diberi kursus khas pengintegrasian Modul TMK dalam kurikulum
pelaksanaan
pengintegrasian
Modul TMK
dalam kurikulum?

18. Bolehkah saya Modul TMK oleh diubahsuai mengikut keperluan,


Bil Soalan Jawapan
mengubahsuai isi kehendak, tahap kemahiran murid dan prasarana
kandungan yang ada di sekolah.
Modul TMK
(Modul APlikasi)
berdasarkan
kemudahan sedia
ada dan latar
belakang murid di
sekolah?

19. Adakah modul Ya, Modul TMK akan disediakan untuk kegunaan
TMK ini SJKC dan SJKT
disediakan untuk
kegunaan
SJKC/T?

20. Bagaimana saya Modul TMK boleh dimuat turun daripada laman
ingin web Bahagian Pembangunan Kurikulum setelah
mendapatkan rekaletak (design) Modul TMK siap.
modul TMK?

21. Mengapa Pengaturcaraan diperkenalkan diperingkat


pengaturcaraan sekolah rendah bagi menyediakan asas pemikiran
atau coding komputasional dan cara-cara mengekod. Melalui
diperkenalkan di perisian pengaturcaraan yang digunakan murid
peringkat sekolah dapat menjelmakan atau menvisualisasikan
rendah? lakaran idea mereka.

22. Apakah yang Aktiviti unplugged adalah aktiviti yang


dimaksudkan dilaksanakan tanpa menggunakan komputer
dengan aktiviti tetapi ianya berkonsepkan kemahiran dalam
unplugged? TMK.

You might also like