You are on page 1of 4

BANJAR 1

BALONGAN HAYAM

Bahan A (INTI)

50 g kacang hijau

100 g Kelapa parut muda ( ambil bahagian putih sahaja)

100 g gula melaka (dihiris dan dimasak denhan 50ml air sehingga gula

hancur)

100 g gula pasir

10 g tepung gandum

1 helai daun pandan

7g garam

Bahan B (doh)

300 g tepung pulut

200 ml santan

100 ml air daun pandan

10g garam

Sedikit pewarna hijau (kalau suka)

Minyak 200 ml

Bahan lain

Daun Pisang

Persediaan Peralatan

1. Mangkuk adunan

2. Senduk kayu

3. Jag penyukat
BANJAR 2

4. Kukus

5. Periuk

6. gunting

Teknik memasak

Langkah 1

1. Buang bendasing yang terdapat dalam kacang hijau dan bersihkan kacang

hijau. Boleh direndam sebentar.

2. Sediakan periuk, masukan 300 ml air dan rebuskan kacang hijau sehinga
lembut atau empok.

Langkah 2

1. Hiriskan gula melaka

2. Sediakan periuk dan masukkan 50 ml air

3. Masukkan gula melaka ke dalam periuk tersebut.

4. Panaskan periuk dan masak sehingga gula melaka cair.

5. Angkat, tapis dan sejuk

Langkah 3

1. Sediakan kuali.

2. Masukkan air gula melaka dan gula pasir dan daun pandan ke dalam kuali.

3. Panaskan kuali sehingga gula hancur.

4. Masukkan kelapa parut dan kacau rata sehingga kelapa masak.

5. Masukkan kacang hijau yang telah direbus tadi dan kacau rata.

6. Bancuh tepung dengan sedikit air.

7. Masukkan air tepung kedalam inti dan gaul rata.

8. Angkat dan sejukkan inti.


BANJAR 3

Langkah 4

Membuat doh

1. Sediakan mangkuk adunan dan masukkan tepung ke dalam mangkuk


adunan.

2. Masukkan garam ke dalam santan dan kacau rata.

3. Buat lubang ditengah-tengah tepung masukkan air pandan dan gaul


tepung rata.

4. Masukkan sedikit demi sedikit santan sehingga menjadi doh yang


sederhana lembut.

Langkah 5

1. Sediakan daun pisang

2. Lencerkan daun pisang dengan sedikit minyak

3. Ambil sebahagian daripada doh, bulat-bulatkan dan pipihkan doh


menggunakan jari.

4. Ambil inti, letakan ditengah-tengah doh dan tutup inti supaya doh
berbentuk bulat semula.

5. Letakkan doh diatas daun pisang dan bungkus sepertibentuk balongan


ayam.

6. Susun didalam rak pengukus.

Langkah 6

1. Sediakan periuk kukus, masukkan air dan panaskan periuk sehingga air

kukusan mendidih.

2. Letak rak pengukus diatas pengukus dan masak selama 20-25 minit.

3. Apabila telah masak biar sejuk sebentar baru dialih kuih dari rak

pengukus.

Langkah 7

1. Angkat kuih, lapkan daun pisang bungkusan dan hidangkan.


BANJAR 4

Balongan Hayam bahasa banjar yang membawa maksud pial ayam. Nama
kuih ini dikaitkan dengan bentuk kuih seperti pial ayam. Makanan ini
terkenal dalam kalangan orang banjar yang mana pada suatu ketika dahulu
kebanyakan nya bekerja sebagai pesawah dan petani.

Dua bahan utama untuk membuat kuih ini ialah tepung pulut dan kelapa.
Pada masa itu pesawah akan menghasilkan tepong pulut sendiri dengan
cara menumbuk beras pulut setelah musim menuai padi. Selain menanam
padi, kelapa juga didapati banyak ditanam dikawasan kampong. Kelapa yang
digunakan untuk membuat inti ialah kelapa muda yang telah keras isinya. Ini
menjadikan inti kelapa lebih enak. Pada masa itu kelapa di parut atau
dikukur dengan membuang bahagian kulit ari buah kelapa yang berwarna
hitam. Ini makanmenghasilkan inti kelapa yang cantik dan meyelerakan.

Hingga hari ini kuih ini boleh didapati di kawasan yang ramai orang banjar
sahaja.

You might also like