You are on page 1of 4

Kemahiran MEMBACA

Band 3
Pernyataan Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang
Standard didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.
Deskriptor B3DB1 ( 7.6 Aras 2 (iv) )
Membaca dan menghubungkaitkan fakta dengan pandangan sendiri.
Evidens B3DB1E1
Menyatakan fakta daripada bahan yang dibaca.
Aktiviti Pentaksiran Bahan

 Petikan rencana.

Langkah Pentaksiran

 Murid merujuk petikan rencana yang diedarkan oleh guru.


 Murid membaca petikan edaran.
 Berdasarkan petikan, murid diminta menyatakan fakta
(berdasarkan soalan yang dikemukakan – punca dan lain-lain)

Contoh Item Petikan daripada buku teks mukasurat 130

Tajuk: Mengkomersilkan Hasil Bumi

Perasmian Kompleks Gas Asli Cecair atau Liquid Natural Gas


(LNG) Petronas oleh Perdana Menteri Malaysia di Bintulu, pada 8 Mei
2003, telah menjadi catatan sejarah negara bagi pengeluaran gas asli
cecair . Kompleks bersepadu LNG Petronas itu merupakan yang
terbesar di dunia dengan keupayaan penghasilan 23 juta LNG setahun.
Berkat kegigihan sejak 20 tahun yang lalu, Petronas telah
memanfaatkan hasil bumi ini sebagai sumber kewangan negara.
Pendapatan daripada hasil bumi ini berjumlah AS$36 bilion dalam masa
20 tahun yang lalu. Usaha ini juga turut memperlihatkan pembangunan
sumber manusia dalam kalangan anak tempatan. Hal ini, terbukti
sangat berjaya, dan kini hampir 100 peratus bidang pemprosesan gas
ini dikendalikan oleh anak tempatan. Daripada 879 tenaga kerja di
kompleks LNG ini, hanya 10 orang warga asing yang menjadi tenaga
kerjanya. Hal ini amat membanggakan kerana kita merupakan negara
yang kecil.

Kini,rizab gas asli negara berjumlah 87.48 trilion meter padu.


Pecahannya adalah seperti carta pai yang berikut:

Malaysia telah berada sebaris dengan negara pembekal LNG di


dunia, iaitu tempat ketiga selepas Indonesia dan Algeria. Negara yang
keempat dan kelima ialah Qatar dan Australia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif petronas menyatakan


bahawa kejayaan Petronas bukanlah hasil usaha individu, tetapi
kejayaan ini berasaskan semangat kerja berpasukan dalam kalangan
semua yang terbabit. Beliau menambah bahawa kegigihan dan dedikasi
setiap kakitangan merupakan pemangkin bagi kejayaan yang
cemerlang ini. Hasilnya, Petronas melalui anak syarikatnya, iaitu
Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia atau Malaysia
International Shipping Corporation ( MISC ), juga dikendalikan oleh
anak-anak tempatan. Satu lagi kejayaan ialah pemilikan kapal tangki
LNG yang terbesar di dunia.

(Dipetik dan diubahsuai daripada


“Laporan Tahunan Petronas 2002” dlm Berita Harian, hlm. 13- 14, Julai
2003. )

Berdasarkan petikan, jawab soalan yang berikut :

a) Bilakah perasmian Kompleks LNG Petronas di Bintulu


disempurnakan?

b) Siapakah yang merasmikan kompleks LNG itu?

c) Nyatakan kesan perindustrian LNG terhadap ekonomi negara?

Jawapan:

a) Perasmian Kompleks LNG Petronas di Bintulu disempurnakan pada


8 Mei 2003

b) Kompleks LNG dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ( Tun


Abdullah Ahmad Badawi )

c) Kesan perindustrian LNG terhadap ekonomi negara:

i) hasil bumi dapat dimanfaatkan sebagai sumber kewangan negara

ii) memperlihatkan pembangunan sumber manusia dalam kalangan


anak tempatan

iii) rizab gas asli negara bertambah kepada 87.48 trilion meter padu
Kemahiran MEMBACA
Band 3
Pernyataan Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang
Standard didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.
Deskriptor B3DB1 ( 7.6 Aras 2 (iv) )
Membaca dan menghubungkaitkan fakta dengan pandangan sendiri.
Evidens B3DB1E2
Mengemukakan pandangan sendiri untuk dihubungkaitkan dengan
fakta yang diperoleh.
Aktiviti Pentaksiran Bahan

 Petikan rencana (B3DB1E1).

Langkah Pentaksiran

 Murid merujuk petikan rencana yang diedarkan oleh guru.


 Murid membaca petikan edaran.
 Berdasarkan petikan, murid diminta mengemukakan pandangan
sendiri (berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh guru
yang dihubungkaitkan dengan fakta yang diperoleh)

Contoh Item Perasmian Kompleks Gas Asli Cecair atau Liquid Natural Gas
(LNG) Petronas oleh Perdana Menteri Malaysia di Bintulu, pada 8 Mei
2003, telah menjadi catatan sejarah negara bagi pengeluaran gas asli
cecair . Kompleks bersepadu LNG Petronas itu merupakan yang
terbesar di dunia dengan keupayaan penghasilan 23 juta LNG setahun.
Berkat kegigihan sejak 20 tahun yang lalu, Petronas telah
memanfaatkan hasil bumi ini sebagai sumber kewangan negara.
Pendapatan daripada hasil bumi ini berjumlah AS$36 bilion dalam masa
20 tahun yang lalu. Usaha ini juga turut memperlihatkan pembangunan
sumber manusia dalam kalangan anak tempatan. Hal ini, terbukti
sangat berjaya, dan kini hampir 100 peratus bidang pemprosesan gas
ini dikendalikan oleh anak tempatan. Daripada 879 tenaga kerja di
kompleks LNG ini, hanya 10 orang warga asing yang menjadi tenaga
kerjanya. Hal ini amat membanggakan kerana kita merupakan negara
yang kecil.

Kini,rizab gas asli negara berjumlah 87.48 trilion meter padu.


Pecahannya adalah seperti carta pai yang berikut:

Malaysia telah berada sebaris dengan negara pembekal LNG di


dunia, iaitu tempat ketiga selepas Indonesia dan Algeria. Negara yang
keempat dan kelima ialah Qatar dan Australia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif petronas menyatakan


bahawa kejayaan Petronas bukanlah hasil usaha individu, tetapi
kejayaan ini berasaskan semangat kerja berpasukan dalam kalangan
semua yang terbabit. Beliau menambah bahawa kegigihan dan dedikasi
setiap kakitangan merupakan pemangkin bagi kejayaan yang
cemerlang ini. Hasilnya, Petronas melalui anak syarikatnya, iaitu
Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia atau Malaysia
International Shipping Corporation ( MISC ), juga dikendalikan oleh
anak-anak tempatan. Satu lagi kejayaan ialah pemilikan kapal tangki
LNG yang terbesar di dunia.

(Dipetik dan diubahsuai daripada


“Laporan Tahunan Petronas 2002” dlm Berita Harian, hlm. 13- 14, Julai
2003. )

Soalan yang berkaitan dengan fakta ( Soalan tersirat ) :

a) Nyatakan dua kebaikan yang disumbangkan oleh LNG kepada


ekonomi masyarakat tempatan?

b) Huraikan cara menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan minyak


berjenama Petronas?

JAWAPAN:

i)meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan dari segi pelancongan.

ii)menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan


terutama dalam sektor LNG

b) i) kempen oleh syarikat Petronas menerusi media massa

ii) galakan ibu bapa

iii) kemudahan di stesen petronas

TERIMA SEMUA JAWAPAN YANG SESUAI

You might also like