You are on page 1of 30

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR DAN MENYELESAIKAN MASALAH

DALAM KURSUS ASAS REKACIPTA DI UTM

NOR FARHANA BINTI HASSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


i

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR DAN MENYELESAIKAN MASALAH DALAM


KURSUS ASAS REKACIPTA DI UTM

NOR FARHANA BINTI HASSAN

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi


Syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2011
ii
iii
 

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdullilah, dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menghasilkan


Projek Sarjana Muda (PSM) sebagai syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) yang telah ditetapkan. Penghargaan
istimewa khas kepada kedua ibu bapa, adik beradik dan tunang tersayang kerana menjadi
pendorong yang kuat dalam memberikan nasihat membina dan iringan doa yang tidak
putus-putus sehingga menjadikan saya mempunyai keazaman dan ketabahan diri yang
lebih kuat sepanjang menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM).

Sekalung penghargaan tulus ikhlas khasnya kepada pensyarah penyelia Projek


Sarjana Muda, Cik Sarimah Binti Ismail. Terima kasih di atas komitmen tinggi dalam
membimbing saya bagi menghasilkan sebuah kajian yang bermutu. Jutaan terima kasih
yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan beliau kerana bersengkang mata
memeriksa setiap penulisan anak didiknya. Berkat kesungguhan beliau telah mendidik
saya supaya sentiasa berilmu, berhati kental dan bersemangat waja dalam menempuh
dugaan dari awal penulisan sehinggalah di akhir proses penulisan kajian ini.

Ribuan terima kasih kepada kakitangan Jabatan Pendidikan Teknikal dan


Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana telah
meluluskan permohonan maklumat yang diperlukan bagi memadatkan kandungan isi
kajian. Ingatan tulus ikhlas kepada pensyarah-pensyarah JPTK yang turut menyumbang
idea dan pendapat. Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi
tunjuk ajar serta memberi sokongan emosi supaya dapat menyesuaikan diri dalam
mengharungi cabaran sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
iv

DEDIKASI

Teristimewa kepada umi dan abah,


Hajah Rohani Binti Seman dan Haji Hassan Bin Daud,
Pengorbanan dan nasihatmu sentiasa dihargai,
Segala dorongan dan iringan doa yang diberikan mengiringi kejayaan anakmu di sini,
Menjadikan diri ini lebih tabah dan membina keazaman yang lebih kuat
Untuk anakmu ini mencapai sebuah kejayaan dan menggenggam segulung ijazah,
Hanya iringan doa yang yang berterusan buat umi dan abah yang tersayang.
Buat Kak Long, Kak Ngah dan Cik Su yang tercinta,
Segala galakan dan sokongan moral menjadikan diri ini lebih bersemangat kental,
Dalam mengejar erti seorang insan yang bergelar pendidik.
Istimewa juga buat tunang tersayang,
Walaupun dari kejauhan, segala dorongan dan pengorbananmu tidak luput dari ingatan,
Semoga kesejahteraan sentiasa mengiringi dirimu.
Buat Cik Sarimah Binti Ismail yang dikasihi,
Segala jasa dan tunjuk ajar yang dicurahkan kepada anak didikmu,
Menjadi perangsang untuk diri ini menggapai kejayaan,
Didikan darimu sentiasa kekal di sanubari ini buat selama-lamanya.
Buat pensyarah-pensyarah JPTK serta rakan-rakan seperjuangan,
Semoga tunjuk ajar dan perkongsian pendapat yang diberikan,
Menjadi perangsang dalam menyiapkan sebuah kajian ini,
Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmatimu.

 
v

ABSTRAK

Kursus Asas Rekacipta melibatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan


masalah. Keputusan peperiksaan akhir bagi kursus Asas Rekacipta menunjukkan peratus
yang rendah bagi gred A+ dan A walaupun sepanjang proses pembelajaran tersebut,
pelajar telah diajar dengan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. Kajian ini
telah dijalankan untuk mengenalpasti aplikasi kemahiran berfikir dan menyelesaikan
masalah dalam kursus Asas Rekacipta di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia (UTM), Skudai. Pembolehubah yang dikaji adalah kemahiran berfikir dalam
pencetusan idea, menghasilkan hasil projek kreatif dan kemahiran menyelesaikan masalah
dalam menghasilkan projek kursus Asas Rekacipta. Kajian ini melibatkan 248 orang
pelajar tahun dua dan tahun empat Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK)
di Fakulti Pendidikan yang mengikuti program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
Kejuruteraan Mekanikal (SPJ), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan
Elektrik (SPE) dan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH)
yang terdiri daripada tahun dua dan tahun empat. Kajian kuantitatif tinjauan ini
menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dalam bentuk frekuensi
dan peratus diperolehi hasil dari penganalisaan menggunakan perisian komputer
‘Statistical Packages for Social Science (SPSS)’ for Windows’ Version 15.0 Nilai Alpha
bagi item instrumen kajian ialah 0.745. Dapatan kajian menunjukkan semua
pembolehubah yang dikaji iaitu kemahiran berfikir bagi pencetusan idea, menghasilkan
projek kreatif dan menyelesaikan masalah diaplikasikan dalam menghasilkan projek
kursus Asas Rekacipta pada tahap sederhana. Ini menunjukkan aplikasi kemahiran
berfikir dan menyelesaikan masalah dalam kursus Asas Rekacipta adalah pada tahap
sederhana. Adalah dicadangkan pelajar menggunakan kaedah pengurusan grafik,teknik
penyoalan, bentuk pemikiran dan dibimbing melalui sesi mentor dan mentee. Pengajaran
pensyarah memperbanyakkan latih tubi dan pihak Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan(JPTK) perlu menyusun atur pengurusan akademik ke tahap yang lebih baik
supaya pelajar dapat mencetuskan idea dengan mengaplikasikan daya pemikiran kritis
dan kreatif untuk menghasilkan projek yang lebih kreatif dengan menggunakan konsep
kemahiran menyelesaikan masalah.
 
vi

ABSTRACT

The Basic Invention course is a course that involves creative thinking and
problem solving. Final examination result for the Basic Invention course showed low
percentage for grade A+ and A even though students were taught creative thinking and
problem solving along the period studying the course. This study was conducted to
identify the application of creative thinking and problem solving in the course of Basic
Invention at the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.
Research variables were creative thinking in generating idea, creative final project
development, and problem solving skill in producing the Basic Invention course project.
This study involved 248 second year and final year students of the department of
Technical and Engineering Education at the Faculty who enrolled the program of Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal (SPJ), Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Elektrik (SPE) dan Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH). This quantitative survey research used
questionnaire as a research instrument. Data in a form of frequency and percentage were
analyzed using computer software ‘Statistical Packages for Social Science (SPSS)’ for
Windows’ Version 15.0. Alpha value for items of the questionnaire was 0.745. Findings
of the study indicated that all variables, which are creative thinking in generating idea,
creative final project development, and problem solving skill in producing the Basic
Invention course project were applied at medium level. This showed that the application
of creative thinking and problem solving in the course of Basic Invention were at medium
level. Suggestion were came out to overcome the problem by students should use the
method of graphic management, questions of technique, style of thinking and guided with
the mentor and mentee session. The lectures should increase practical practice and the
Department of Technical and Engineering Education (JPTK) also should arrange the
academic management to be good level. So, the students can initiate the idea to apply
creative and critical thinking to produce a more creative product with problem solving
skills.

 
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS


PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
DEDIKASI iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN NAMA xiv
SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
viii

1.5 Persoalan Kajian 10


1.6 Kepentingan Kajian 11
1.6.1 Pelajar-Pelajar JPTK 11
1.6.2 Pensyarah Kursus Asas Rekacipta 12
1.6.3 Jabatan Pendidikan Teknikal Dan 12
Kejuruteraan
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 13
1.7.1 Skop Kajian 13
1.7.2 Batasan Kajian 13
1.8 Definisi Operasional 14
1.8.1 Aplikasi 14
1.8.2 Kemahiran Berfikir 15
1.8.3 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 15
1.8.4 Kursus Asas Rekacipta 16

2 SOROTAN KAJIAN 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Konsep Pemikiran 19
2.3 Definisi Berfikir 20
2.4 Gaya Berfikir 21
2.5 Pencetusan Idea 22
2.6 Kemahiran Pemikiran Kritis Dan Kreatif Dalam 24
Pencetusan Idea
2.6.1 Kemahiran Pemikiran Kritis 24
2.6.2 Kemahiran Pemikiran Kreatif 26
2.7 Penyelesaian Masalah 28
2.7.1 Definisi Penyelesaian Masalah 28
2.7.2 Proses Penyelesaian Masalah 29
ix

2.7.3 Ciri Kejayaan Penyelesaian Masalah 31


2.7.4 Kebuntuan Penyelesaian Masalah 32
2.7.5 Pengukuhan Kemahiran Penyelesaian 33
Masalah
2.8 Konsep Dan Proses Reka Cipta 34

3 METODOLOGI KAJIAN 36
3.1 Pengenalan 36
3.2 Rekabentuk Kajian 37
3.3 Tempat Kajian 37
3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian 38
3.5 Instrumen Kajian 39
3.6 Kesahan 40
3.7 Kajian Rintis 41
3.8 Kebolehpercayaan 41
3.9 Proses Kajian 43
3.10 Prosedur Kajian 45
3.11 Analisis Data 47

4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 49


4.1 Pengenalan 49
4.2 Bahagian A: Analisis Responden 50
4.2.1 Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut 50
Jantina
4.2.2 Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan 51
Kelulusan Akademik
4.2.3 Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut 52
Program
x

4.3 Bahagian B: Analisis Item Soal Selidik 52


4.3.1 Dapatan Aplikasi Kemahiran Berfikir 54
Dalam Pencetusan Idea Bagi Kursus
Asas Rekacipta
4.3.2 Dapatan Aplikasi Kemahiran Berfikir Dalam 57
Menghasilkan Hasil Projek Kreatif Bagi
Kursus Asas Rekacipta
4.3.3 Dapatan Aplikasi Kemahiran Menyelesaikan 59
Masalah Dalam Menghasilkan Projek Kursus
Asas Rekacipta
4.4 Rumusan 61

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 63


5.1 Pengenalan 63
5.2 Rumusan 64
5.3 Perbincangan Demografi Responden 65
5.4 Perbincangan Aplikasi Kemahiran Berfikir 65
Dalam Pencetusan Idea Bagi Kursus
Asas Rekacipta
5.5 Perbincangan Aplikasi Kemahiran Berfikir Dalam 68
Menghasilkan Hasil Projek Kreatif Bagi Kursus
Asas Rekacipta
5.6 Perbincangan Aplikasi Kemahiran Menyelesaikan 70
Masalah Dalam Menghasilkan Projek Kursus
Asas Rekacipta
5.7 Cadangan Kepada Pihak Yang Berkenaan 72
5.8 Cadangan Kajian Akan Datang 74
5.9 Kesimpulan 75
xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Hasil Pembelajaran Program JPTK 2


1.2 Penerapan Kemahiran Pengetahuan Teknikal Dan 3
Keterampilan Serta Kemahiran-Kemahiran Generik
Dalam Pemetaan Hasil Pembelajaran Kursus
Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (PTV) Bagi
Program SPJ, SPE Dan SPH
1.3 Agihan Kursus Mengikut Semester Bagi Program 5
SPJ, SPE Dan SPH
1.4 Jadual Perancangan Topik Isi Pelajaran Bagi Kursus 7
Asas Rekacipta
1.5 Statistik Keputusan Peperiksaan Asas Rekacipta 8
Dari Tahun 2005-2009
2.1 Definisi Berfikir 20
3.1 Sampel Kajian Mengikut Program Pengajian 38
3.2 Skala Likert 39
3.3 Pengkelasan Bilangan Item Mengikut 40
Pembolehubah
3.4 Pekali Alpha Cronbach 42
3.5 Nilai α, Kedudukan Tahap α Dan Tindakan Ke 42
xii

Atas Item Bagi Setiap Pembolehubah


3.6 Maklumbalas dan Skor Skala Likert Terhadap Item 47
3.7 Peratus dan Kategori Tahap Terhadap Item 48
4.1 Maklumbalas dan Skor Skala Likert Terhadap Item 53
4.2 Peratus dan Kategori Tahap Terhadap Item 53
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut 54
Aplikasi Kemahiran Berfikir Dalam Pencetusan
Idea Bagi Kursus Asas Rekacipta
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut 57
Aplikasi Kemahiran Berfikir Dalam Menghasilkan
Hasil Projek Kreatif Bagi Kursus Asas Rekacipta
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan 59
Aplikasi Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dalam
Menghasilkan Projek Kursus Asas Rekacipta
4.6 Ringkasan Dapatan Kajian 62

 
xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Komponen Berfikir 19


2.2 Proses Penyelesaian Masalah 30
2.3 Langkah-Langkah Penyelesaian Masalah 30
3.1 Langkah Proses Kajian 44
3.2 Peringkat Prosedur Kajian 48
4.1 Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut 50
Jantina
4.2 Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut 51
Kelulusan Akademik
4.3 Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut 52
Program
xiv

SENARAI SINGKATAN NAMA

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan


UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PTV - Pendidikan Teknikal dan Vokasional
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Mekanikal
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Elektrik)
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
SPSS - Statistical Package For Social Science For Windows’
Version 15.0
xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Set Borang Soal Selidik 81


B Surat Pemohonan Pengesahan Isi Kandungan 86
Instrumen Kajian
C Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 87
D Surat Pemohonan Pengesahan Isi Kandungan 88
Instrumen Kajian
E Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 89
F Jadual Penerapan Kemahiran Pengetahuan Teknikal 90
Dan Keterampilan Serta Kemahiran-Kemahiran
Generik Dalam Pemetaan Hasil Pembelajaran Kursus
Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (PTV) Bagi
Program SPJ
G Jadual Penerapan Kemahiran Pengetahuan Teknikal 92
Dan Keterampilan Serta Kemahiran-Kemahiran
Generik Dalam Pemetaan Hasil Pembelajaran Kursus
Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (PTV) Bagi
Program SPE
H Jadual Penerapan Kemahiran Pengetahuan Teknikal 94
Dan Keterampilan Serta Kemahiran-Kemahiran
xvi

Generik Dalam Pemetaan Hasil Pembelajaran Kursus


Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (PTV) Bagi
Program SPH

 
1

BAB I

1.1 Pengenalan

Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) merupakan sebuah


jabatan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menawarkan
program pendidikan berbentuk teknikal dan kejuruteraan. Program pengkhususan yang
ditawarkan ialah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal),
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik), Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Binaan Bangunan) dan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Elektrik
dan Elektronik) (Panduan Akademik, 2010/11).

Program-program di JPTK menerapkan pelbagai kemahiran generik melalui


kursus-kursus yang ditawarkan. Jadual 1.1 menunjukkan sepuluh hasil pembelajaran
daripada program yang ditawarkan yang melibatkan dua aspek utama iaitu pengetahuan
teknikal dan keterampilan dan kemahiran-kemahiran generik.
2

Jadual 1.1 : Hasil Pembelajaran Program JPTK


Pecahan Hasil Pembelajaran Program
Pengetahuan teknikal dan LO1 = Pengetahuan teknologi kemahiran hidup
keterampilan LO2 = Pengetahuan pendidikan
LO3 = Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi
maklumat & multimedia
Kemahiran – kemahiran LO4 = Kemahiran komunikasi
generik LO5 = Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
LO6 = Kemahiran kerja berpasukan
LO7 = Pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran
sepanjang hayat
LO8 = Kemahiran keusahawanan
LO9 = Etika dan integriti
L010 = Kemahiran kepimpinan dan bersikap proaktif
Petunjuk : LO = Learning Outcome (Hasil Pembelajaran)
(Sumber : Panduan Akademik UTM sesi 2007/08)

Berdasarkan Jadual 1.1, didapati kemahiran generik lebih banyak diterapkan iaitu
sebanyak tujuh elemen berbanding dengan tiga elemen bagi aspek pengetahuan teknikal
dan keterampilan. Malah, kursus yang ditawarkan dalam program JPTK telah
menyumbang kepada kemahiran pengetahuan teknikal dan keterampilan serta
kemahiran-kemahiran generik seperti yang telah disenaraikan di dalam Jadual 1.1.
Antara kursus-kursus JPTK yang menekankan kemahiran pengetahuan teknikal dan
keterampilan serta kemahiran-kemahiran generik adalah seperti yang telah dilampirkan
pada bahagian lampiran (rujuk Lampiran F, Lampiran G dan Lampiran H).

Jadual 1.2 menunjukkan penerapan kemahiran pengetahuan teknikal dan


keterampilan serta kemahiran generik dalam pemetaan hasil pembelajaran kursus Asas
Rekacipta bagi program SPJ, SPE dan SPH. Elemen kemahiran generik ini sangat perlu
dan dinilai melalui ujian, kuiz, tugasan, pembentangan, persembahan projek-projek di
dalam kursus Asas Rekacipta bagi program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan
Elektrik) dan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
3

Jadual 1.2 : Penerapan Kemahiran Pengetahuan Teknikal dan Keterampilan serta Kemahiran-Kemahiran Generik dalam Pemetaan
Hasil Pembelajaran Kursus Asas Rekacipta bagi Program SPJ, SPE dan SPH
Program Kursus Hasil Pembelajaran
L01 L02 L03 L04 L05 L06 L07 L08 L09 L10
SPJ Asas Rekacipta a a a 1 1 1 2 2 2 2
(Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan(Kejuruteraan Mekanikal)
SPE Asas Rekacipta a a a 1 1 1 2 2 2 2
(Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan(Kejuruteraan Elektrik)
SPH Asas Rekacipta a a a 1 1 1 2 2 2 2
(Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan(Kemahiran Hidup)
(Sumber : Panduan Akademik UTM sesi 2007/08)
Petunjuk : 1 = Kemahiran-kemahiran generik sangat perlu dan dinilai melalui ujian, kuiz, tugasan, persembahan projek
2 = Kemahiran-kemahiran generik hanya diterap
a = Kemahiran pengetahuan teknikal dan keterampilan paling banyak dinilai dan diterap
b = Kemahiran pengetahuan teknikal dan keterampilan sederhana dinilai dan diterap
c = Kemahiran pengetahuan teknikal dan keterampilan paling sedikit dinilai dan diterap

3
4

Pembelajaran dalam setiap program pengkhususan di JPTK melibatkan proses


mengingat dan praktikal. Berbekalkan pengetahuan dan kefahaman yang mencukupi
dapat membantu seseorang pelajar itu mengingat maklumat yang dipelajarinya dengan
baik. Mereka perlu mengenalpasti matlamat pembelajaran dan berusaha untuk
mencapainya bagi mewujudkan keberkesanan yang tinggi dalam pembelajaran (Khalid,
2006).

Keberkesanan yang tinggi dalam proses pembelajaran ini pula melibatkan


keupayaan seseorang pelajar itu berfikir. Keupayaan berfikir melibatkan teori
pembelajaran kognitif. Pada asasnya teori pembelajaran secara kognitif ini
menitikberatkan pencetusan idea daripada maklumat dan pengalaman serta bagaimana
seseorang pelajar dapat mengaplikasikan antara maklumat baru dengan yang telah sedia
ada bagi meningkatkan keberkesanan dalam proses pembelajaran (Krause ,Dawn,K.L,
2007).

Masalah tidak dapat dipisahkan daripada berlaku dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Cara pemikiran yang baik dan cara menghujah yang tersusun serta ilmu
pengetahuan yang lengkap mengenai sesuatu masalah mempengaruhi proses
penyelesaian masalah dalam pembelajaran (Khalid, 2006).

Pelajar yang menghadapi masalah dalam kursus Asas Rekacipta perlu berfikir
dengan teliti dan sistematik bagi mendapatkan jalan penyelesaian ke atas masalah yang
dihadapi di dalam kursus tersebut.
5

1.2 Latar Belakang Masalah

Jadual 1.3 menunjukkan agihan kursus mengikut semester. Pembelajaran kursus


Asas Rekacipta telah ditawarkan kepada program Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik) dan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup). Kursus Asas Rekacipta ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar pada semester IV.
Kursus Asas Rekacipta lebih mendedahkan pelajar kepada proses pengajaran dan
pembelajaran kurikulum rekacipta di peringkat sekolah di mana pelajar mempelajari
perkaitan antara proses merekabentuk dengan merekacipta, prinsip dan langkah-langkah
dalam merekabentuk sesuatu produk yang baru (Panduan Akademik UTM, 2010/2011)

Jadual 1.3 : Agihan Kursus Mengikut Semester bagi Program SPJ, SPE dan SPH

Semester Kursus Program


IV SPE 2032 (Asas Rekacipta) SPJ
SPE
SPH
(Sumber : Panduan Akademik UTM sesi 2007/08)

Petunjuk :
SPJ = Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (KejuruteraanMekanikal)
SPE = Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPH = Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Kursus-kursus lain dalam Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan juga telah


menerapkan elemen inovasi. Elemen inovasi yang diterapkan ini telah disepadukan
dalam kursus Asas Rekacipta. Namun demikian, peratusan bilangan pelajar yang
memperolehi gred A+ dan A adalah kecil walaupun pelajar-pelajar telah diberikan
pendedahan (Pejabat Akademik, Fakulti Pendidikan, UTM).
6

Terdapat lima langkah penting yang terlibat dalam proses menyelesaikan sesuatu
masalah iaitu mengenalpasti masalah yang dihadapi, alternatif pilihan yang diambil,
kebaikan dan keburukan alternatif pilihan, penyelesaiannya dan penilaian terhadap
proses menyelesaikan masalah yang dihadapi itu (Chafee,J, 2006). Dapatan kajian
Khalid (2006) menunjukkan manusia menyelesaikan masalah dengan ciri berikut:

(a) ciri permulaan untuk meninjau pentakrifan masalah diambil supaya lebih
jelas.
(b) cara yang lebih menarik dipilih dan diutamakan manakala penyelesaian
secara percubaan dan kesilapan digunakan sekiranya kaedah yang dilakukan
tidak berjaya.

(c) pengetahuan komponen penyelesaian digabungkan ke dalam cara yang


dikehendaki oleh masalah.

(d) rumusan yang tepat dibuat setelah proses penyelesaian diperolehi bertujuan
supaya ianya mudah difahami dengan sepenuhnya.

Pengaplikasian kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah dalam diri


seseorang pelajar seharusnya dapat dipraktikkan kerana kursus Asas Rekacipta tersebut
telah diajar pada semester empat. Pelbagai topik isi pelajaran yang dipelajari dalam
kursus ini mengikut turutan mingguan dalam satu semester. (rujuk Jadual 1.4).
7

Jadual 1.4 : Jadual Perancangan Topik Isi Pelajaran bagi Kursus Asas Rekacipta
Minggu Topik
1 Pengenalan Asas Rekacipta
2 Metodologi & Proses Rekacipta
- Mengenalpasti keperluan
- Mengkaji masalah
- Mengeluarkan idea untuk menyelesaikan masalah
- Mengumpulkan maklumat
3 Metodologi & Proses Rekacipta
- Kepekaan rekabentuk
- Elemen rekabentuk
- Prinsip rekabentuk
4 Metodologi & Proses Rekacipta
- Ergonomik
- Estetika
5 Metodologi & Proses Rekacipta
- Lukisan kerja
6 Metodologi & Proses Rekacipta
- Bahan yang digunakan
- Penulisan buku idea
7-8 Metodologi & Proses Rekacipta
- Pembinaan model
9 Strategi pemasaran dan promosi
10 Kemahiran persembahan projek
11-12 Persediaan persembahan akhir
(Sumber : Perancangan Pengajaran Asas Rekacipta, Fakulti Pendidikan, UTM)

Jadual 1.4 pula menunjukkan kepelbagaian topik perancangan mengikut turutan


mingguan dalam satu semester yang telah dipelajari oleh pelajar JPTK UTM. Topik
yang telah dirancangkan bagi kursus ini telah membantu seseorang pelajar menggunakan
idea fikiran yang bernas dalam menghasilkan model rekacipta untuk dipersembahkan
pada akhir semester. Sebanyak 12 minggu diperuntukkan untuk topik-topik yang
dirancangkan kepada pelajar dan ianya sangat berkaitan. Pelajar mempelajari
pengenalan Asas Rekacipta, metodologi dan proses Rekacipta terlebih dahulu sebelum
menterjemahkan kefahaman yang telah dipelajari dalam bentuk lukisan kerja, buku idea
dan pembinaan projek. Malah, keberkesanan perancangan topik-topik yang telah
dipelajari dalam proses pembelajaran kursus Asas Rekacipta ini dapat diukur melalui
keputusan peperiksaan para pelajar. Ini dibuktikan dengan tahap pencapaian peperiksaan
pelajar-pelajar kursus Asas Rekacipta yang kurang memberangsangkan.
8

Namun demikian, statistik keputusan peperiksaan kursus Asas Rekacipta bagi


pelajar JPTK dari tahun 2005 hingga 2009 (rujuk Jadual 1.5) telah menunjukkan
peratusan pelajar yang mendapat gred A dengan mata nilai 4.00 dalam kursus tersebut
adalah lebih rendah berbanding dengan gred-gred lain. Gred A+ dan A membawa mata
nilai yang sama iaitu 4.00. Berdasarkan Jadual 1.5 pula menunjukkan statistik jumlah
pelajar yang mendapat gred A+ dan A pada sesi 2005/2006 ialah seramai 14 orang, sesi
2006/2007 seramai 96 orang, sesi 2007/2008 pula ialah 33 orang, sesi 2008/2009
seramai 47 orang dan pada sesi 2009/2010 ialah 14 orang. Bilangan pelajar yang
mendapat gred A- pula adalah lebih ramai iaitu 52 orang pada sesi 2005/2006, 134 orang
pada sesi 2006/2007, 67 orang pada sesi 2007/2008, 37 orang pada sesi 2008/2009 dan
40 orang pada sesi 2009/2010.

Jadual 1.5 : Statistik Keputusan Peperiksaan Kursus Asas Rekacipta dari Tahun 2005-
2009
Gred Sesi Akademik/Bilangan Pelajar
2005/20062 2006/20072 2007/20082 2008/20092 2009/20102
A+ 0 0 1 7 0
A 14 96 32 40 14
A- 52 134 67 37 40
B+ 72 89 29 24 28
B 37 16 19 14 8
B- 28 0 6 11 4
C+ 21 0 0 3 1
C 3 0 0 1 0
C- 0 0 0 0 0
D+ 0 1 0 0 0
D 0 0 0 0 0
D- 0 0 0 0 0
TD 0 1 0 0 0
Jumlah 227 337 154 137 95
(Sumber : Pejabat Akademik, Fakulti Pendidikan, UTM)
9

Sekiranya pengaplikasian kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan


masalah di kalangan pelajar tidak boleh diterapkan dalam kursus Asas Rekacipta, maka
pelajar-pelajar ini tidak dapat melangkah jauh dalam aspek kemahiran tersebut di mana
ianya dapat menjejaskan proses pembelajaran pelajar.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan kepada statistik keputusan peperiksaan bagi kursus Asas Rekacipta


daripada tahun 2005 hingga 2009 (rujuk Jadual 1.5) telah menunjukkan pencapaian gred
A+ dan A dengan mata nilai 4.00 dalam kalangan pelajar JPTK di UTM masih rendah
walaupun kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah telah diajar dalam
pembelajaran kursus tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti
hubungan pembolehubah yang dikaji iaitu kemahiran berfikir dalam pencetusan idea,
kemahiran berfikir dalam menghasilkan projek kreatif dan juga kemahiran
menyelesaikan masalah dalam menghasilkan projek kursus Asas Rekacipta dalam
kalangan pelajar JPTK di UTM.  Kajian ini dijalankan di UTM, Skudai, Johor Bharu dan
ianya tertumpu kepada pelajar-pelajar JPTK di Fakulti Pendidikan sahaja. Sampel kajian
ini melibatkan pelajar tahun dua dan tahun empat yang telah mempelajari kursus Asas
Rekacipta.

 
10

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti aplikasi kemahiran


berfikir dan menyelesaikan masalah dalam kursus Asas Rekacipta di UTM. Berikut
merupakan objektif dalam kajian ini iaitu :

a) mengenalpasti aplikasi kemahiran berfikir dalam pencetusan idea bagi


kursus Asas Rekacipta dalam kalangan pelajar-pelajar JPTK di UTM

b) mengenalpasti aplikasi kemahiran berfikir dalam menghasilkan hasil


projek kreatif bagi kursus Asas Rekacipta dalam kalangan pelajar-pelajar
JPTK di UTM

c) mengenalpasti aplikasi kemahiran menyelesaikan masalah dalam


menghasilkan projek kursus Asas Rekacipta dalam kalangan pelajar-
pelajar JPTK di UTM

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian bagi kajian ini telah dikenalpasti dan dibahagikan kepada
beberapa aspek iaitu :

a) apakah tahap aplikasi kemahiran berfikir dalam pencetusan idea bagi


kursus Asas Rekacipta dalam kalangan pelajar-pelajar JPTK di UTM?
b) apakah tahap aplikasi kemahiran berfikir dalam menghasilkan hasil
projek kreatif bagi kursus Asas Rekacipta dalam kalangan pelajar-pelajar
JPTK di UTM?
11

c) apakah tahap aplikasi kemahiran menyelesaikan masalah dalam


menghasilkan projek kursus Asas Rekacipta dalam kalangan pelajar-
pelajar JPTK di UTM?

You might also like