You are on page 1of 8

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

November 27, 2012

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan


(SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang
diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK
merupakan transformasi daripada sistem yang
menumpukan kepada ujian pencapaian dan
peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem
yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan
satu set indikator untuk menilai potensi
muriddan kesediaan untuk belajar, selain menguji
penguasaan dan pencapaian.

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi


maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri.
Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu


berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember
2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan
sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik
melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual,
pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi
seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan
Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di
peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid
sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014
pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

1 APAKAH PBS?
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS
memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran
formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan
sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan
sekolah .

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:


 Pentaksiran Sekolah
 Pentaksiran Pusat
 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
 Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor
oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan
ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak,laporan tugasan, tugasan
rumah dan ujian.

Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat
sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan
oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di


peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan,
penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan
permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan
sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal
dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk


mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid,
kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap
dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

2. APAKAH OBJEKTIF PBS?


Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:
 mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu
 memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu
 membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu

Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui sistem pendidikan negara
mencapai taraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan
kecekapan.
.
3 SUBJEK APAKAH YANG DINILAI MELALUI PBS?

Semua subjek yang diajar di sekolah rendah dan menengah akan dinilai melalui PBS.

4 BAGAIMANAKAH GURU MELAKSANAKAN PBS?

Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan


Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut
dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan
mengukur penguasaan murid.

Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara


formatif semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit
pembelajaran atau pun di akhir tahun.

Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap
kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi
melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan
juga kerja rumah. PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih
mengenali murid mereka.

5 APAKAH KELEBIHAN PBS?

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran


Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk
melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi
seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana
murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap
pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid


dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan
menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam
pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa
dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas
yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala
aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung
jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik
sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang
kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan
masing-masing.

6 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAND?

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai
skor mentah seperti 81% atau pun gred A,B,C,D.

BAND STANDARD
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
2 Tahu dan Faham
1 Tahu

Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid
di Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3 ....

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau


menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan
faham nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48
kg.

Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu


kemahiran pada suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah
menguasai operasi mudah tambah, tolak, darab dan bahagi.

Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam
subjek tersebut.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib


atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti
menyelesaikan operasi tolak dengan mendahulukan rumah ’sa’.

Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi


baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap
positif. Bagi matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah
seperti Berapa biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji
telur berharga 20 sen?

Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan
inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan
serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan
dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila
dan menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam
masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga RM30.00 tetapi
diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan
harga RM20.00.

Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti
pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3.

PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan


kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan
dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut
keperluan murid.
Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain.
Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di
sesuatu tahap pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas
murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan
yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai
sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan
dengan baik dan terancang PBS bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis
dalam kelas untuk untuk perkembangan individu.

7 ADAKAH PBS AKAN MENAMBAH BEBAN TUGAS GURU?

Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan bijak, guru akan mendapati bahawa PBS
memberi banyak manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru.

Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT telah dibangunkan untuk
memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. SPPBS (Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasakan Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan
melapor perkembangan murid. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai laporan
apabila diperlukan.

8 BOLEHKAH GURU DIPERCAYAI UNTUK MENILAI MURID SENDIRI?

Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui


penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan
sebagai bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:


a. Pementoran
b. Penyelarasan
c. Pemantauan
d. Pengesanan

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk
melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan boleh
dilaksanakan secara formal dan tidak formal.
Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard
Prestasi yang disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah
dan boleh dipercayai.

Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan
garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi
dan mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman yang
dilantik di peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai
PPD, JPN dan KPM terlibat dalam proses ini.

Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen


pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan
kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan
pegawai KPM.

Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua
Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri
dan Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan PBS dilaksanakan dengan baik
seperti dirancang. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau
pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin
kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan
utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.

9 ADAKAH PBS SATU KONSEP BARU?

PBS bukan konsep baru. Soalan, kuiz, latihan dalam kelas, kerja rumah dan projek
adalah kaedah yang sering diguna pakai oleh guru untuk mengukur penguasaan
murid dalam setiap kemahiran yang diajar.

10 PENUTUP

Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat tentang


prestasi murid bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai
modal insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran
menerusi PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti
UPSR dan PMR bukan lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian
murid menguasai pembelajaran. Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid
yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya dilakukan daripada
peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga
merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa
dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas
yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala
aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung
jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik
sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang .

You might also like