You are on page 1of 1

Syarat-Syarat Pertandingan:

1.1 Penyertaan

1.1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua siswa pendidik IPGKPT.

1.1.2 Setiap penyertaan mestilah berdaftar melalui borang Google yang telah disediakan oleh pihak

JPP. Pendaftaran bermula pada 18 Februari 2020.

1.1.3 Pelajar boleh menghantar hanya satu hasil rekaan baju bagi setiap satu baju berkolar, baju

muslimah dan baju lengan panjang dalam tempoh dua minggu tersebut. Juri akan menyaring

10 rekaan yang terbaik dan akan diundi oleh siswa pendidik melalui borang Google.

1.1.4 Tarikh tutup penyertaan adalah 1 Mac 2020.

2.1 Tempoh pertandingan

2.1.1 Tempoh yang diperuntukkan adalah dua minggu iaitu bermula dari Tarikh 18 Februari 2020

sehingga 1 Mac 2020.

2.2 Format Pertandingan

2.2.1 Setiap reka cipta hendaklah disertakan logo rasmi IPGM (di sebelah kiri) dan perlu memberi

contoh lakaran bagi baju-T berkolar, baju-T lengan Panjang dan baju Muslimah.

2.2.2 Semua ciptaan hendaklah asli dan tidak akan dikembalikan serta menjadi hak milik IPGKPT.

2.2.3 Hasil rekaan mestilah dihantar dalam format Adobe Illustration melalui emel rasmi JPP

(jpp_ipgkpt@pendidikguru.edu.my)

2.2.4 Rekaan baju-T pemenang akan dijadikan sebagai rekaan rasmi bajuT IPGKPT.

You might also like