You are on page 1of 2

Hakisan Tanah Di Malaysia

Hakisan ialah proses pemechan ketulan-ketulan tanah dieprmukaan bumi dan pemindahannya ke tempat
lain ole air atau angin yang bergerak.

Air merupakan agen yang sangat berbahaya berbanding angin. Air bukan ahaja akan melarut dan
melarikan zat makanan tetapi juga mengikis dan menghanyutkan butiran tanah yang dipecahkan.
Kehilangan permukaan tanah yang subur ini akan menimbulkan masalah dalam pertanian.

Tanah di kawasan yang berhutan ternyata masih kekal kesuburannya disebabkan oleh kurangnya
kejadian hakisan. Lindungan yang diberikan oleh daun-daun pokok dapat mengelakkan tanah daripada
ditimpa terus oleh air hujan. Daun yang gugur atau tumbuhan yang mati dapay menambahkan bahan
organan di dalam tanah dan memperbaiki lagi teksturnya. Tanah yang gembur dapat menyerap air dan
mengurangkan larian permukaan serta hakisan.

Bentuk Hakisan

Terdapat dua bentuk hakisan, iaitu hakisan geologi dan hakisan tercepat. Haksian geologi terjadi dengan
sendiri yang disebabkan oleh keadaan semulajadi, prosesnya perlahan dan tanah terhakis adalah sedikit.
Manakala hakisan tercepat berlaku daripada aktiviti pembangunan tanah terutama jika dibuat dikawasan
curam. Walaubagaimana pun pengawalan hakisan adalah sangat perlu.

Jenis Hakisan Tanah

1. Hakian Serata

2. Hakisan Alur

3. Hakisan Gaung

4. Hakisan Tebing Sungai

5. Tanah Runtuh

PANDUAN UNTUK MENGAWAL HAKISAN

Kerja-kerja membangunkan tanah bercerun untuk pertanian boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.
Peringkat pertama ialah mengenai pembukaan kawasan, peringkat kedua ialah mengenai pembinaan
struktur pemuliharaan tanah dan yang ketiga mengenai amalan agronomi yang sesuai untuk mengawal
hakisan.

(i) Pembukaan Kawasan

Kerja-kerja pembukaan tanah melibatkan kerja menebang pokok, memotong kayu, mencabut tunggul,
membaris/ melonggok kayu, membakar kayu dan membersihkan kawasan. Semasa menjalankan aktiviti
ini beberapa peraturan di bawah hendaklah diikuti:

a) Bagi kawasan yang luas, kerja pembukaan tanah hendaklah dijadualkan berperingkat-peringkat
bagi mengelakkan pendedahan tanah terlalu lama kepada proses hakisan.
b) Pembukaan tanah lebih sesuai dilakukan pada musim kering.
c) Penebangan bersih hanya perlu dilakukan bagi tanaman biasa seperti sayur-sayuran, buah-
buahan, getah dan kelapa sawit. Sekiranya tidak perlu menebang bersih, seperti untuk sistem
tanaman agro-forestry, penebangan pokok secara selektif adalah digalakkan. Pokok yang
ditinggalkan akan membantu melindungi tanah daripada hakisan.
d) Tunggul-tunggul kayu hanya perlu dicabut jika sistem penanaman memerlukan. Bagi tanaman
jangka panjang seperti durian, getah dan kelapa sawit, tunggul-tunggul kayu tidak menghalang
kerja operaso ladang dan ia dapat membantu menakan hakisan.
e) Pembakaran sisa kayu hanya dilakukan apabila perlu sahaja. Sisa kayu yang dilonggok atau
dibaris membantu menahan hakisan.
f) Pokok-pokok asal di tepi sungai dan taliair utama hendaklah dibiarkan bagi menahan tebing
daripada terhakis (river buffer zone)
 

(ii) Membina Struktur Pemuliharaan Tanah

Struktur-struktur pemuliharaan tanah boleh mengawal hakisan dengan berkesan. Sistem


perparitan dan struktur yang dibina dapat menyalirkan air dengan selamat. Kebanyakan struktur
dibina dengan menggali tanah dan menggunakan bahan asli yang mudah didapati seperti tanah,
batu dan kayu. Struktur-struktur yang disenaraikan di bawah adalah sesuai dibina dalam ladang-
ladang pertanian

1.      Parit dan laluan air bagi menyalir air hujan yang berlebihan. Dinding parit hendaklah
ditanam dengan rumput.
2.      Perangkap kelodak (silt/pits)
3.      Pentas untuk tapak pokok/tanaman
4.      Teres-teres bagi menyekat larian air
5.      Empangan kecil bagi menampan had laju air parit
6.      Pembentungan di bawah jalan (culvert)
7.      Gabion atau dinding konkrit pada cerun yang sangat curam

(iii) Amalan Agronomi Untuk Mengawal Hakisan

Banyak amalan agronomi bukan sahaja meningkatkan kesuburan tanah dan menambahkan hasil,
tetapi turut juga memulihara tanah daripada ketandusan dan mengawal hakisan. Berikut ialah
amalan agronomi yang dapat mengawal hakisan dengan berkesan

1.      Menanam penutup bumi seperti kekacang


2.      Membuat sungkupan bagi menutup permukaan tanah
3.      Menanam rumput di tebing-tebing
4.      Mengamalkan tanaman padat boleh melindungi permukaan tanah
5.      Membajak secara minimum supaya tidak banyak tanah yang terhakis
6.      Menanam mengikut kontor dapat menahan hakisan
7.      Menanam tanaman selingan antara tanaman jangka pendek dengan tanaman jangka
panjang
Kesimpulan

Kawasam tanah bercerun merupakan sumber untuk pembangunan pertanian yang penting. Pada
masa akan datang tanah yang semakim curam semakin banyak diterokai untuk pertanian. Selain
daripada peningkatan kos, masalah hakisan, ketandusan tanah dan pencemaran anak-anak
sungai akan menjadi lebih ketara. Oleh itu, diharap panduan ini berguna dan dapat dipraktiskan
oleh perancang dan pelaksana projek-projek bagi mengurangkan hakisan tanah

You might also like