Professional Documents
Culture Documents
Teori Dan Model Kreativiti PDF
Teori Dan Model Kreativiti PDF
1. TUGASAN 1
RIS 2. TUGASAN 2
JUMLAH
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KAE 3013
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN
KUMPULAN
GROUP EL-ST01(A122PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
DARMIN BIN LADIRO D20112053772 013-8803681
1.0 PENGENALAN 3
1
6.3 SENI KRAFTANGAN 17
7.0 PENUTUP 19
2
1.0 PENGENALAN
Menjelang abad ke-21, pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami
perubahan dan pembaharuan seiring dengan tuntukan lokal dan global. Perubahan dan
pembaharuan yang sedang dan akan berlaku bermatlamat untuk membangunkan kapasiti
modal insan secara terancang dan berkesan seperti yang diharapkan. Pendidikan
menjelang wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang
kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi
penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif
bagi membangunkan negara.
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kakan dilahirkan kreatif.
Pernyataan ini disokong dengan sikap semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan
penuh dengan perasaan ingin tahu. Guilford (1964) pula menerangkan bahawa kebolehan
intelektual yang diproses oleh minda manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu
kognitif yang libatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemperosesan maklumat,
memori merujuk kepada kaedah mengingat dan menyimpan data, pemikiran korvergen
merujuk kepada satu bentuk kupayaan pemikiran yang memusatkan pemerhatian kepada
penyelesaiaan masalah secara khusus, pemikiran divergen yang dapat dilihat sebagai
kobolehan pemikiran yang besifat pelbagai dan becapah dan akhirnya penilaian merujuk
kepada penilaian dan pertimbangan bagi sesuatu tindakan. Pemikiran kreatif dapat di
klafisikasiakan dalam kumpulan pemikiran divergen kerana sifat dan fitrah pemikiran
kreatif itu pelbagai.
Kanak-kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan. Kanak- kanak
dilahirkan dengan kebolehandan keupayaan yang berbeza.kreativiti yang terdapat di
dalam diri kanak-kanak adalah bersifat semulajadi. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak
diberi galakan dan bimbinganyang sewajarnya dapat dilupuskan dengan begitu sahaja.
Berdasarkan faktor inilah maka sangat penting penerapan pengetahuan asas mengenai
lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak didedahkan dengan
pelbagai aktiviti.
3
2.0 DEFINISI KREATIVITI
Definisi kreativiti mengikut Kamus Dewan,(2002) ialah satu kemampuan
(kebolehan)mencipta daya kreativiti,kekreatifan manakala kreatif pula sebagai
mempunyai kebolehanmencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang
baru dan asli. Terminologi kreatif berasal dari perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud
“membuat/ mencipta/ mereka cipta”. Manakala Greek “creare” bermaksud “memenuhi”.
“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be
first to portray and give character to a role or part creation: An original product of
human invention or imagination.”
Konsep kreativiti boleh dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang
seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli
politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal
mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif.
Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan
pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan
bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik.
Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan
pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya,
seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan
dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya
dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh
Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up
possibilities.”
4
Sehubungan itu dapat dirumuskan bahawa kreativiti melibatkan daya berfikir dan
kemahiran berfikir yang menerbitkan idea manakala pemikiran kritis adalah pemikiran
yang menilai ke atas sesuatu idea. Oleh itu pemikiran kreatif mestilah berasaskan
manipulasi dari pengalaman serta pengetahuan yang sedia ada bagi membolehkan
seseorang itu dapat mencetuskan idea atau hasil ciptaan yang baru dan lebih baik
daripada yang sebelumnya.
Manakala menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait
dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang
membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir diluar kotak).
Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir seseorang ,
maka itu ia dapat dibentuk, dilatih menerusi ransangan tertentu.
Victor Lowenfeld (1975) menyatakan bahawa, kreativiti sebagai suatu naluri
semula jadi dimiliki oleh setiap insan sejak ia dilahirkan. Naluri itu merupakan faktor
pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah
kehidupan. Gilchrist disebut oleh Yong (1994) yang memetik kreativiti sebagai
keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan bernilai sama ada maujud ataupun tidak.
Jauharah (1995) melihat kreativiti sebagai penglahiran sesuatu yang baru dan mempunyai
nilai yang bermutu.
Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan
dipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan
merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu
kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan
kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama
dan lakonan.
Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara
berikut;
Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang
tidak mudah mengalah.
Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau
bidang yang diceburi.
5
Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada
pada tahap kecemerlangan. Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela
diuji dan tidak takut gagal.
Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan
hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.
Secara kesimpulannya kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea
baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga
merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea
baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh dilihat
kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini. Manakala inovasi adalah hasil
pemikiran kritis dan kritif yang member makna baru kepada sesuatu yang bersifat kreatif.
6
4.0 TEORI KREATIVITI
Kanak-kanak mempunayi kecenderungan yang tinggi terhadap aktiviti-aktiviti
seni visual dan seni persembahan yang mampu meningkatkan kreativiti mereka. terdapat
banyak teori berkaitan kreativiti antaranya ialah Teori Belahan Dua Otak, Teori Six
Thingking Hats, Teori Kreativiti Paul Torrence, Teori Multiple Creative Talent, Teori
Lowenfeld Stages of Aritistics Development dan Teori Perkembangan Kreativiti Fisher.
TEORI KREATIVITI
Teori
Teori Belahan Perkembangan
Dua Otak
Kreativiti Fisher.
Teori
Teori Six Teori Teori Lowenfeld
Thingking Kreativiti Multiple Stages of
Hats Paul Creative Aritistics
Torrence Talent Development
Rajah 1
7
kiri untuk aktiviti membuat eksperimen dan aktiviti yang berkaitan dengan
numerasi.Ilusrtari pada Rajah 2 menunjukkan peranan otak kiri dan kanak.
Rajah 2
8
Rajah 3
9
Pemerhatian
Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai
deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang
pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di
dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu
pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah
deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar.
Percubaan
Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang
terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di
kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari
bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang
terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas
hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu
pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.
Penerokaan
Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan
menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita.
Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk
membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di
sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak
langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan
sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Memanipulasi
Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui
bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang
sempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan
dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka
proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran
seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di
10
samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa
menghasilkan karya.
Aktiviti
Aktiviti juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak
aktiviti bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan
dan cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui
aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak
langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan
kreativiti yang sihat.
11
Kreativiti bersifat emergen
Merupakan bentuk kreativiti yang tertinggi. Keseluruhan prinsip formal
diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak. Contohnya lukisan figura
manusia digambarkan tanpa menitik beratkan bentuk asalnya.
12
4.6 TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER
Fisher(1943) menerangkan terdapat lima tahap dalam pemikiran kreatif iaitu;
Peringkat Rangsangan
Beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu.
Peringkat Penerokaan
Pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan / pelajar
kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik.
Peringkat Perancangan
Melalui perancangan melalui proses perbincangan, pemerhatian, interaksi dan
sebagainya.
Peringkat aktiviti
Lakukan tindakan berdasarkan persoalan bagaimana harus kita mengambil
tindakan ke atas cadangan tersebut.
Kajian Semula
Membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakkan yang telah
dijalankan untuk tujuan penambahbaikan.
13
diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada
kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan
yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum ini
belum pernah dilihat.
Mempunyai Tujuan.
Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya
berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang
dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya
tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau
bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru,
objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini
menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan
tujuan. Contohnya, basikal Kamal rosak dalam perjalanan pulang, Kamal
memikirkan cara lain untuk pulang dengan basikalnya.
Bersifat Asli.
Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini
bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh
individu atau pun berkumpulan.Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:
1. Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan
dengan hasil kerjanya sendiri yang terdahulu.
2. Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil
kerja rakan-rakannya.
3. Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan
sebelum ini oleh mana-mana pihak dalam mana-mana bidang.
Kategori keaslian pertama dan kedua lebih memfokuskan kepada perkembangan
individu manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan masyarakat
secara global.
Bernilai.
Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada
tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat
untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana
14
sesuatu idea menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai
sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria
penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti
berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan,
kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.
Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003) mengketogerikan pembelajaran yang
bersandarkan aktiviti permainan kepada empat jenis. Keseimbangan diantara aktiviti
15
bermain dan belajar merupakan rangka kerja yang penting dalam membentuk kurikulum
dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Terdapat empat jenis permainan yang
dikenal pasti iaitu:
Permainan 'solitary'
Permainan 'parallel'
Permainan 'associative'
Permainan 'cooperative'
Rajah 4
Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria
kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain
itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya
mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada
16
kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi
penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang
unik dan kreatif.
6.3 SENI KRAFTANGAN
Kraf mudah uintuk kanak-kanak mengaplikasikan teknik aktiviti menggambar,
membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan.Aktiviti menggambar untuk kanak-kanak
terdiri daripada aktiviti seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan resis, gosokan,
stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek. Aktiviti membuat corak dan rekaan untuk
kanak-kanak pula adalah seperti ikatan, ceupan, tiupan, titisan, renjisan, percikan,
lukisan, catan, cetakan, capan, resis,kolaj, pualaman, lipatan dan guntingan. Manakala
aktiviti binaan pula adalah seperti membuat topeng, boneka, origami, mobail, model dan
diorama.Aktiviti tersebut seperti yang terdapat dalam Rajah 5 di bawah ini.
Rajah 5
Kraf mudah ini dapat membantu perkembangan motor kasar dan halus murid.
Aktiviti kraf mudah menggalakkan penggunaaan dan kawalan otot secara
berkesan.Aktiviti seperti mengunting, melipat, membentuk dan mengubah suai dapat
mengembangkan daya imaginasi kanak-kanak sekaligus dapat meningkatkan daya
kreativiti kanak-kanak
Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978)
menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir
17
sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik. Menurut beliau,
proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik
yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-
ulang.
6.4 MUZIK, LAGU, DAN NYANYIAN SERTA PANTUN DAN SAJAK.
Muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun dapat mempertingkatkan
kemahiran muzikal dan juga kreativiti kanak-kanak. Tokoh-tokoh seni muzik seperti
Emile Jacques Dalcroze, Carl Offf, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon
memfokuskan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap
pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada
mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang
tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan
kemaahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat.Rajah 6 di bawah ini
menunjukkan aktiviti lagu dan nyanyian
Rajah 6
Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk mengambil perlu dalam aktiviti menyanyi dan juga berbalas
dan mendeklamasi sajak.Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun yang
dilaksanakan untuk kanak-kanak memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif.
Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan
pantun menggalakkan kreativiti mereka. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam
aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun melibatkan imaginasi atau
khayalan. Secara tidak langsung, nilai estetika kanak-kanak juga dapat dipupuk.
18
6.5 TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF
Kehendak untuk bergerak mengikut irama muzik merupakan kreativiti semula
jadi bagi kanak-kanak. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik. Aktiviti-aktiviti gerakan
yang dilaksanakan oleh guru mewujudkan bentuk pengalaman yang kreatif kepada
kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika gerak dalam persembahan tarian
dan pergerakan kreatif.
Melalui tarian dan pergerakan kreatif, kanak-kanak dapat membina kreativiti
tersendiri. Setiap penari mempunyai keistimewaan dan apa yang mereka tonjolkan itu
merupakan satu kreativiti. Melalui tarian dapat meningkatkan keupayaan pemikiran
kanak-kanak. Kanak-kanak perlu membuat perbandingan, perbezaan menganalisa dan
menilai karya. Tarian dan pergerakan kreatif seperti Rajah 7 di bawah ini membantu
murid menggerakkan daya pemikiran mereka.
Rajah 7
7.0 PENUTUP
Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina
minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal
dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena
antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa
kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh
persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak
19
dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah
semula jadi proses tumbesaran mereka.
Kreativiti memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam banyak cara. Mereka
lebih banyak menggunakan imaginasi mereka, bersedia untuk mencuba perkara yang
berlainan, dan berani memperlihatkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Di samping
itu, mereka dapat membina ketabahan, keyakinan diri, keupayaan untuk berdikari,
toleransi terhadap kekaburan, dan mungkin juga, suka berjenaka.
20
RUJUKAN
Ainin Mohd,Abdullah Hassan.(1997).Seni Berfikir Kreatif.Kuala Lumpur:PTS
Consultans Sdn Bhd.
Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim.(2011).HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak
Kanak. Selangor Darul Ehsan: Open Universiti Malaysia.
Ekspresi Kreatifviti Kanak-Kanak. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Hamidah Sulaiman, Farrah Dina Yusop.(2006). Mendidik Anak Genius. Shah Alam
Selangor: PTS Millennia Sdn Bhd
Tony Windura.(2011).Melatih Anak Berfikir.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing
Sdn Bhd.
SUMBER DARI INTERNET
http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html
http://zulprasekolah.blogspot.com/2012_03_05_archive.html
http://ummisalsabila.blogspot.com/2013/02/kreativiti-kanak-kanak-bermula-dengan.html
21