You are on page 1of 71

i

PENGGUNAAN KAEDAH PERSEKITARAN MAYA FROG (FROG VLE)


DALAM OPERASI BERGABUNG YANG MELIBATKAN
“DARAB” DAN “BAHAGI”

TING LEE MING

FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2014
ii

PENGGUNAAN KAEDAH PERSEKITARAN MAYA FROG (FROG VLE)


DALAM OPERASI BERGABUNG YANG MELIBATKAN
“DARAB” DAN “BAHAGI”

TING LEE MING

TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK


MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2014
iii

PENGAKUAN

Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tarikh: 18 November 2014 Tandatangan: …………………………


Nama Pelajar : TING LEE MING
No. Matrik : D20102040434
iv

PENGHARGAAN

Kejayaan tidak akan tercapai tanpa bantuan dan bimbingan dari pelbagai pihak yang telah
memberikan bantuan yang tidak ternilai kepada saya secara langsung dan secara tidak
langsung di sepanjang tesis saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap
individu yang telah menyumbang kepada tesis ini.

Pertama, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah saya, Dr.
Mohd Faizal Nizam Lee Bin Adullah kerana memberi dorongan dan nasihat yang berterusan,
walaupun beliau sentiasa mempunyai agenda yang sibuk.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya
terutamanya Puan Yee Chin Tien, seorang guru yang mahir menggunakan sistem SPSS.
Beliau telah banyak membantu saya dari segi penggunaan aplikasi SPSS. Seterusnya, Pn.
Lim Lay Lee , salah seorang guru matematik yang banyak memberikan saya input dan
membantu saya secara langsung atau tidak langsung untuk menyiapkan tesis ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua
yang terlibat secara langsung ataupun tidak lansung. Sekian, terima kasih.

Ting Lee Ming


D20102040434
November, 2014
v

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan Kaedah Persekitaran Maya Frog (Frog
VLE) dalam operasi bergabung yang melibatkan “darab” dan “bahagi”. Kajian ini
membandingkan pengaplikasian pembelajaran persekitaran maya dengan kaedah
pembelajaran tradisional. Kajian ini melibatkan 52 orang murid Tahun 5 di sekolah SJK(C)
Uk Dih. Instrument yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set ujian, temubual dan
pemerhatian. Data yang telah diperolehi telah dianalisis menggunakan Statistical Package for
the Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan analisis ujian-t tidak bersandar.Ujian- t
sampel tak bersandar yang dilakkukan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara
kedua-dua kaedah. Min bagi ujian kaedah tradisional adalah 5.96 (SP= 2.506) dan kaedah
persekitaran Frog adalah 9.19 (SP= 1.327). Dapatan ujian statistik menunjukkan terdapat
perbezaan signifikan di antara kedua-dua kumpulan (t= -5.810, p= 0.00, (p< 0.05)). Sela aras
keyakinan 95% untuk perbezaan min adalah di antara -4.348 hingga -2.114. Keputusan ini
menunjukkan bahawa murid yang menggunakan persekitaran maya frog telah mencapai tahap
kefahaman yang tinggi. Kesimpulannya, penggunaan Kaedah Persekitaran Maya Frog ini
berjaya meningkatkan pencapaian murid dan dapat meningkatkan minat murid terhadap
soalan operasi bergabung yang melibatkan “darab” dan “bahagi”.
vi

Abstract

This study was conducted to investigate the use of Virtual Environments Frog (Frog VLE) in
operations involving the combination of "multiplication" and "division". This study was
compared the application of virtual learning environments with traditional learning methods.
This study was involved 52 students from Year 5 in school SJK (C) Uk Dih. Instruments
were used in this study was a set of tests, interviews and observations. The data collected
were analyzed by using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) for
independent t-test. The analysis of the independent showed that there was no significant
difference between the two methods. The mean for the test of traditional method was 5.96
(SD = 2.506) and the Virtual Environments Frog was M = 9.19 (SD = 1.327). The finding of
the statistic test shows that there was significant different between both groups (t = -5,810, p
= 0.00, (p <0.05)). 95% confidence interval for the mean difference was between -4.348 and -
2.114. These results indicates that students using the virtual environment frog has reached a
high level of understanding. In conclusion, the method of Virtual Environments Frog has
successfully increase the achievement of students and improve their interest in solving
questions operations involving the combination of "multiplication" and "division".
vii

SENARAI KANDUNGAN

Kandungan Muka surat

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

SENARAI KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1-3

1.2 Latar Belakang Kajian 3-4

1.3 Kerangka Konseptual Kajian 5

1.4 Penyataan Masalah 5-6

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Persoalan Kajian 7

1.7 Hipotesis Kajian 7

1.8 Signifikan kajian 8

1.9 Batasan kajian 9

1.10 Definisi operasional


viii

1.10.1 Masalah 10

1.10.2 Penyelesaian 10

1.10.3 Minat 10

1.10.4 Kaedah Tradisional 10

1.10.5 Penggunaan Persekitaran Maya FROG VLE 11

1.11 Kesimpulan 11

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 12

2.2 Penyelesaian Masalah 12-15

2.3 Aplikasi FROG VLE 15-19

2.4 Kesimpulan 19

BAB 3 Metodologi kajian

3.1 Pengenalan 19

3.2 Reka Bentuk Kajian 20

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 20-22

3.4 Instrument Kajian

3.4.1 Temubual 22

3.4.2 Ujian 22-23

3.5 Prosedur Analisis Data 23

3.6 Kesimpulan 24-25


ix

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 26

4.2 Analisis Keputusan Ujian 27-29

4.3 Analisis Penggunaan Frog 30

4.4 Dapatan Temubual 31-34

4.5 Rumusan 35

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan 36

5.2 Ringkasan Kajian 36-37

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

5.3.1 Perbandingan Keputusan ujian bagi kelas A 38

dan kelas B

5.3.2 Kekerapan murid menggunkan aplikasi Frog VLE 39

5.3.3 Keminatan murid terhadap penggunaan 39-41

Aplikasi Frog VLE

5.4 Refleksi Profesional 41-42

5.5 Cadangan untuk kajian akan datang 42

5.6 Penutup 43

RUJUKAN 44-45

LAMPIRAN 46

LAMPIRAN A Gambar murid kelas B yang menggunakan aplikasi FROG

LAMPIRAN B Maklumat penggunaan Frog bagi Tahun 2013

LAMPIRAN C Maklumat penggunaan Frog bagi Tahun 2014


x

LAMPIRAN D Kertas ujian bagi murid kelas A

LAMPIRAN E Soalan ujian bagi murid kelas B

LAMPIRAN F Skema jawapan bagi ujian

LAMPIRAN G Analisa Ujian-t ke atas min pencapaian murid dalam ujian bagi

Kaedah Tradisional dan Kaedah Persekitaran Maya FROG dalam

menyelesaikan operasi bergabung yang melibatkan “darab” dan

“bahagi”

LAMPIRAN H Senarai nama murid Kelas A

LAMPIRAN I Senarai nama murid Kelas B


xi

SENARAI JADUAL

Jadual Tajuk Muka Surat

4.1 Analisa ujian mengikut kategori gred 27

4.2 Analisa ujian-t ke atas min pencapaian murid dalam ujian 28

bagi kelas Tradisional dan kelas Persekitaran Maya Frog

dalam menyelesaikan operasi bergabung yang melibatkan

“darab” dan “bahagi”

4.3 Peratus penggunaan Frog 30

4.4 Kekerapan murid kelas B menggunakan aplikasi FROG 31


xii

SENARAI RAJAH

Rajah Tajuk Muka Surat

1.1 Kerangka Konseptual Kajian 4

4.1 Keputusan Ujian bagi Kelas A dan Kelas B 27


xiii

SENARAI SINGKATAN

Singkatan

FROG VLE Persekitaran Maya Frog

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

YTL Yeoh Tiong Lay

PDF Portable Document Format

MP4/MPEG4 Movie Picture Experted Group 4


BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk menyediakan


tenaga mahir generasi yang akan menjawab cabaran masa akan datang. Sebenarnya
pendidikan dihubungkan dengan usaha berterusan dan melihat kedudukan pada hari muka.
Jika kita tidak bersedia untuk melengkapkan diri anak-anak kita menghadapi masa depan
mereka, maka sistem pendidikan kita akan menemui kegagalan. Justeru itu pelbagai
persediaan yang harus dibuat bagi menyediakan mereka menghadapi masa depan untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah dalam sistem ekonomi baru dan
dalam lapangan industri.

Dunia sekarang begitu canggih dalam era siber dan teknologi. Masyarakat dunia
termasuk masyarakat di Malaysia yang semakin berlumba-lumba mengejar kemajuan
bidang teknologi dengan mengaplikasikan setiap peralatan canggih yang terdapat di
persekitaran mereka. Kita perlu akur bahawa penguasaan dan kecemerlangan dalam
matematik adalah prasyarat bagi negara kita mencapai kemajuan khususnya dalam dunia
yang mengarah kepada orientasi teknologi maklumat. Generasi bijak matematik akan

1
menjadi generasi penentu dalam arus pembangunan negara. Melalui ilmu matematik
pelbagai bidang ilmu lain dapat digarap dan diterjemahkan untuk faedah semua.

Persekitaran Pembelajaran Maya (FROG VLE) merupakan aplikasi yang mudah


digunakan dan mudah membina kandungan yang sesuai untuk pengajaran dan
pembelajaran.Sebagai generasi yang yakni dan akrab dengan teknologi, anda perlu tahu
bahawa internet merupakan satu portal pengetahuan yang menyeronokkan serta penuh
dengan daya tarikan yang tersendiri. Namun, sehingga kini, Persekitaran Pembelajaran
Maya masih dalam tahap percubaan semua sekolah di Malaysia.

Kebanyakan generasi muda hari ini amat arif dalam penggunaan internet dan
banyak masa diluangkan dengan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter,
Myspace dan youtube. Budaya dan cara mereka memproses maklumat sering berubah dan
guru perlu mengambil langkah seiring dengan perubahan ini. Inilah masanya untuk kita
sebagai guru membabitkan diri dalam dunia murid melalui Frog VLE. Melalui projek
1Bestarinet ini, cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran pasti akan berubah,
sekaligus meningkatkan minat belajar dalam kalangan generasi muda ini.

Dalam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak
lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kehadiran Frog VLE
dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan murid dengan lebih
berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka berada. Apa yang
diperlukan hanyalah sebuah komputer, pelayar (browser), dan sambungan internet.

Untuk makluman, Projek 1Bestarinet tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia


(KPM) telah pun sampai di sekolah kita. Di bawah projek 1Bestarinet, semua sekolah di
Malaysia akan dilengkapi dengan perkhidmatan internet jalur lebar tanpa wayar (wireless
broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Maya iaitu Frog
VLE (virtual learning environment) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan.

2
Projek ini adalah inisiatif kerajaan dalam menerajui transformasi pendidikan dengan
menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.

Frog VLE ialah sebuah platform yang dibina untuk mewujudkan pembelajaran
yang lebih interaktif dan menyeronokkan. Murid boleh menggunakannya menyiapkan
tugasan dan projek, serta berkomunikasi dengan guru-guru dan rakan-rakan sekelas.
Sekolah juga akan mempunyai sebuah laman Dashboard yang mengandungi berita dan
informasi terkini berkenaan sekolah supaya warga sekolah sentiasa mendapat maklumat
terkini mengenai aktiviti dan acara yang berlangsung di sekolah. Sesudah laman dibina
untuk kelas dan kumpulan kokurikulum, warga sekolah boleh mula bergiat secara aktif
bersama-sama ahli kumpulan yang lain.

1.2 Latar Belakang Kajian

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama Yeoh Tiong Lay (YTL) Communications. Di
bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan
dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran
maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada
Pembelajaran Bersepadu bertaraf dunia. Visi 1BestariNet adalah mengubah platform
pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar
dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada
semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama
di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua
sekolah seluruh Malaysia.

Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan


penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan
pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (FROG VLE) yang

3
berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya
sambungan Internet (Internet Yes 4G). Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog
(FROG VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah,
semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan
laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep
pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan
markah secara maya, sementara para murid boleh menghantar kerja rumah mereka dan
menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi
dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan
memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila
masa dengan adanya sambungan Internet.

Pembelajaran maya seharusnya berlaku seperti pembelajaran biasa, di mana


berlaku komunikasi dua hala di antara guru dengan murid dan di antara murid dengan
murid yang lain. Namun yang membezakan ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka
tetapi bertemu di ruang maya. Seterusnya, di dalam pembelajaran maya juga ada proses
pemantauan dan penilaian.

Pembelajaran seharusnya tidak berlaku hanya sehala sahaja iaitu pengajar


memberikan bahan-bahan pengajaran dan pelajar menerima serta meluahkan semula
melalui peperiksaan. Pembelajaran maya seharusnya lebih berfokuskan murid, di mana
murid secara aktif menyelesaikan segala permasalahan yang diberikan melalui penerokaan,
perbincangan dan berfikir pada tahap tinggi.

4
1.3 Kerangka Konseptual Kajian

Kelas A
Pembelajaran menggunakan
Pencapaian murid dalam
kaedah tradisional.
menyelesaikan masalah
Tahap minat operasi bergabung yang
Kelas B melibatkan “ darab ” dan
Pembelajaran menggunakan “ bahagi ”.
Persekitaran Maya Frog VLE.

Rajah 1 .1
Kerangka Konseptual Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan persekitaran


maya Frog VLE dalam penyelesaian masalah operasi bergabung yang melibatkan “darab”
dan “bahagi”. Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual kajian bagi kajian yang
dijalankan.

Di dalam kajian ini, saya akan melaksanakan penggunaan tradisional dan juga
penggunaan persekitaran maya Frog VLE dalam penyelesaian masalah operasi bergabung
yang melibatkan “darab” dan “bahagi”. Di akhir kajian, tahap minat terhadap
pembelajaran menggunakan persekitaran maya Frog VLE dapat dilihat melalui tahap
pencapaian murid dalam ujian yang disediakan.

1.4 Penyataan Masalah

Kebanyakan guru di seluruh Malaysia menggunakan kaedah tradisional dalam sesi


pengajaran dan pembelajaran.Kaedah tradisional ini menyebabkan murid belajar secara
pasif. Mereka hanya tahu menghafal dan mengingat semua maklumat yang disampaikan
oleh gurunya secara pasif. Dalam kaedah ini, guru memainkan peranan penting dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna pembelajaran berlaku berpusat kepada guru.

5
Jadi, kita perlu mewujudkan satu sistem pembelajaran yang baik untuk
menggantikan kaedah tradisional supaya murid dapat belajar secara aktif. Persekitaran
Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang
menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan
konvensional dengan kaedah maya. Dengan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE),
pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh
dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

1.5 Objektif kajian

Berikut merupakan beberapa objektif kajian yang telah dirangka sebagai garis panduan
terhadap kajian yang dijalankan. Objektif ini perlu supaya matlamat dalam kajian yang
dirancang dapat dicapai sepenuhnya. Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengkaji keberkesanan persekitaran pembelajaran maya dalam meningkatkan


minat murid terhadap mata pelajaran matematik.
ii. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang aktif dapat merangsang murid dengan
mengaktifkan pengetahuan yang sedia ada dan dihubungkaitkan dengan
pengetahuan baru.
iii. Mewujudkan minat di kalangan guru dalam bidang ICT melalui penyampaian
dalam laman sesawang antara sekolah dan ibu bapa.
iv. Meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dua hala di luar dan di dalam waktu
persekolahan antara guru, murid dan ibu bapa.

6
1.6 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif kajian yang dinyatakan, persoalan-persoalan kajian berikut


dinyatakan untuk menjawab aspek-aspek kajian dengan lebih spesifik.

i. Adakah terdapat peningkatan pencapaian murid bagi kumpulan yang didedahkan


dengan persekitaran maya Frog VLE dalam menyelesaikan soalan operasi bergabung
yang melibatkan yang melibatkan “darab” dan “bahagi”?

ii. Adakah penggunaan Persekitaran Maya Frog VLE mempengaruhi minat murid
terhadap soalan operasi bergabung yang melibatkan yang melibatkan “darab” dan
“bahagi”?

1.7 Hipotesis Kajian

Dalam kajian ini, dua hipotesis kajian telah dibentuk bagi menjawab kesemua
persoalan kajian.

Hipotesis Pertama
H0: Tidak terdapat perbezaan pencapaian murid bagi kumpulan yang didedahkan dengan
penggunaan persekitaran maya Frog VLE dalam menyelesaikan soalan operasi bergabung
yang melibatkan yang melibatkan “darab” dan “bahagi”.

Hipotesis Kedua
H0: Tidak terdapat hubungan di antara penggunaan persekitaran maya Frog VLE dengan
minat murid terhadap soalan operasi bergabung yang melibatkan “darab” dan “bahagi”.

7
1.8 Signifikan Kajian

Kajian ini berkaitan dengan minat murid terhadap soalan operasi bergabung yang
melibatkan yang melibatkan “darab” dan “bahagi” semasa penggunaan persekitaran maya
Frog VLE. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh pengkaji, kajian mengenai
keberkesanan penggunaan persekitaran maya Frog diterap dalam kelab Frog. Pengkaji
berpendapat bahawa kajian ini adalah amat penting untuk dijalankan untuk membuktikan
bahawa pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional dan pembelajaran
boleh dilakukan di mana jua serta pada bila-bila masa.

Pengkaji juga berharap kajian yang telah dijalankan ini dapat memberi manfaat
yang berguna kepada murid-murid, guru-guru dan juga ibu bapa. Di samping itu, kajian
ini diharap dapat membantu murid meningkatkan minat terhadap pembelajaran misalnya
matematik. Selain itu, kajian ini diharap dapat membantu guru-guru di sekolah. Guru-guru
pada hari ini menyedari bahawa terdapat pelbagai masalah yang telah timbul di sekolah
dan salah satunya ialah kelemahan murid dalam memahami isi pengajaran yang
disampaikan oleh guru. Oleh itu, kajian ini dapat membantu guru-guru membina
kandungan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid
memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru terutama dalam mata pelajaran
matematik. Kajian ini diharap dapat memberikan gambaran dan pandangan kepada warga
guru tentang kaedah-kaedah yang sesuai yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi
membantu murid dalam pembelajarannya.

Akhir sekali, kajian ini diharap dapat membantu warga guru menghasilkan bahan
pengajaran yang lebih menarik untuk murid di samping menjalinkan budaya yang
menitikberatkan ciri-ciri fleksibel dan pendidikan kendiri yang nyata menyumbang kepada
kemahiran dan pengetahuan murid-murid berkenaan.

8
1.9 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas murid Tahun 5 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Uk Dih di
Daerah Manjung, Perak. Seramai 52 orang murid yang dipilih di dalam kajian ini. 26
orang murid dari kelas A menggunakan kaedah traditional dan 26 orang murid dari kelas
B menggunakan kaedah Frog VLE dalam menjalankan proses pembelajaran dan
pengajaran dalam operasi bergabung yang melibatkan “darab” dan “bahagi”. Keputusan
yang diperoleh menggambarkan keadaan semasa sekolah itu sahaja. Hal ini kerana
pengkaji tidak mengajar subjek matematik di sekolah berkenaan dan pengkaji cuba
melakukan kajian di sekolah pada waktu petang iaitu masa menjalankan kelab Frog VLE.

Proses pengajaran dalam sebarang kajian sistematik adalah amat susah tanpa
memahami kekangan dan peluang yang membatasi proses pengajaran. Faktor-faktor
yang mempengaruhi kesahan dalaman dan kesahan luaran dalam kajian ini sentiasa
membatasi tindakan pengkaji. Contoh bagi kesahan dalaman adalah seperti faktor
kemahiran menggunakan chrome book untuk mengakses ke Frog. Jika murid tidak
mempunyai ilmu dalam penggunaan internet maka proses pengajaran tidak akan terjadi.
Sebelum memulakan kajian, pengkaji perlu mengenalpasti bahawa setiap murid
mempunyai ID dan pass untuk mengakses ke Frog. Seterusnya, membimbing murid
menguasai kemahiran menggunakan chrome book untuk mengakses ke Frog.

Kesahan luaran pula adalah seperti bekalan elektrik terputus akan menjelaskan
kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran, alatan ICT perlu sentiasa berada dalam
keadaan yang baik jika tidak sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan.
Selain itu, guru perlu menguasai segala aplikasi komputer untuk dimuatkan dalam
menghasilkan sesuatu proses pengajaran.

9
1.10 Definisi Operasional
Istilah-istilah operasional yang digunakan dalam kajian ini boleh ditakrifkan seperti
berikut:

1.10.1 Masalah

Di dalam kajian tindakan, maksud masalah kenyataan yang ingin dicari jalan
penyelesaiannya. Masalah ini merupakan sesuatu yang didapati tidak sempurna,
sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan.

1.10.2 Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan satu proses dimana seseorang itu sedang memikir
jalan atau idea yang boleh diterima akal bagi mengendalikan sesuatu situasi yang
sukar bagi memastikan sesuatu matlamat dapat dicapai.

1.10.3 Minat

Minat adalah merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk mendekati sesuatu


objek atau keinginannya untuk melihat objek berkenaan. Selain itu, minat juga boleh
dikatakan sebagai tarikan terhadap sesuatu perkara atau objek.

1.10.4 Kaedah tradisional

Kaedah tradisional merupakan cara menyampaikan isi pelajaran kepada murid secara
pasif. Proses pengajaran dan pembelajaran ini berfokus lebih kepada guru. Keadaan ini
menyebabkan murid tidak memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran guru kerana murid hanya belajar menghafal dan mengingat maklumat
sahaja.

10
1.10.5 Persekitaran Maya Frog VLE

Frog VLE adalah satu kaedah penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran,
pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran yang boleh diakses di sekolah,
atau di mana-mana sahaja melalui capaian Internet. Ia juga boleh dikatakan sebagai
School Community Environment disebabkan ibu bapa boleh mengakses apa jua hal-hal
berkaitan pendidikan di sekolah. Frog VLE merupakan satu projek transformasi sistem
pendidikan yang telah dilaksanakan oleh KPM di bawah Projek 1BestariNet mulai
tahun 2011. Di dalam projek ini, sekolah-sekolah dilengkapi dengan penyelesaian
bersepadu mengenai urusan pentadbiran sekolah, kaedah maya pengajaran dan
pembelajaran dan maklumat-maklumat terkini persekolahan murid-murid menerusi
capaian Internet.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog VLE bagaikan sebuah bilik darjah


online dan ruang sosial di sekolah dan juga sebagai adalah sistem pembelajaran
berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan
konsep maya dalam pendidikan konvensional. Ia mempunyai kalendar, laman
sembang atau ruang forum, ruang kerja dan ruang penilaian. Sebagai contoh, guru-
guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara maya
manakala murid boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui Frog
VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh
mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog
VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

1.11 Kesimpulan

Kajian ini dijalankan khusus untuk memperkenalkan kaedah baru iaitu Frog VLE dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kajian ini, kita dapat menilai sama ada
pengunaan Frog VLE dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran atau tidak.

11
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana penggunaan persekitaran maya
Frog VLE mempengaruhi pencapaian dan minat murid dalam menyelesaikan soalan
operasi bergabung yang melibatkan “ darab” dan “ bahagi” . Oleh itu, bab ini akan
membincangkan cara mengakses Frog VLE. Selain itu, bab ini juga akan membandingkan
penggunaan persekitaran maya Frog VLE dengan kaedah tradisional.

2.2 Penyelesaian Masalah

Phillips (2000) mengatakan dalam proses pembelajaran, pelbagai kaedah serta teori telah
diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran akan lebih berkesan kepada para murid.
Pembelajaran dan pengajaran berdasarkan teori ini menyeimbangkan peranan guru dengan
murid untuk saling bersandar antara satu sama lain. Peranan guru dilihat sebagai
pembimbing dan fasilitator yang menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-
ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini ia dapat membuka ruang serta peluang

12
kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan
pengetahuan untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran secara maya ini akan mengubah secara keseluruhannya


pengkaedahan pengajaran di sekolah. Pengajaran dan pembelajaran bagi setiap subjek di
sekolah dapat dipraktikkan secara interaktif dan koloboratif, bentuk pengajaran akan
dapat menghasilkan murid yang sentiasa melakukan eksperimen, mengaplikasi
pengetahuan dan pengalaman serta dapat membuka fikiran secara kreatif dan kritis.

Faktor-faktor yang mengalami perubahan apabila pengajaran maya ini


diaplikasikan di dalam pengajaran di sekolah adalah seperti berikut:

i. Bentuk interaksi.

Pengajaran secara maya akan dapat membantu interaksi murid lebih interaktif dan
spontan. Soalan-soalan yang terkandung di dalam perisian-perisian kursus dan
melalui talian internet mempunyai maklum balas yang tepat dan cepat. Ini kerana,
murid boleh membuat perbincangan dengan guru dan rakan tanpa perlu menunggu
keesokan harinya untuk bertanya.

ii. Bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran boleh diprogramkan di


dalam bentuk multimedia.

Bahan maklumat disampaikan secara data, teks, imej, video, animasi, bunyi, dan
suara. Kemudahan multimedia ini membuatkan teks yang dibaca lebih
menghiburkan dan seronok kerana ianya disampaikan dengan animasi dan bunyi.
Kaedah ini membantu situasi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan
hidup. Penerangan sesuatu konsep, prinsip, dan fakta dapat dilakukan dengan lebih
mudah, berkesan, dan menarik dengan kemudahan multimedia. Penggunaan
teknologi maklumat dapat membantu membawa alam kehidupan ke dalam bilik
darjah dan menjadikan proses pembelajaran lebih realistik. Guru-guru dan murid
juga didedahkan kepada satu himpunan ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk
pendidikan.

13
iii. Aktiviti kelas lebih berpusatkan kepada murid.

Setiap murid dapat mengimbangi pembelajaran masing-masing dari kecepatan,


kemahiran, tahap eksperimen dan tahap latihan. Dari segi kecepatan, murid boleh
melambatkan atau mempercepatkan pelajaran sesuai dengan tahap kefahaman dan
kelajuan pembelajaran masing-masing. Dari segi kemahiran, murid boleh
memilih pelajaran sesuai dengan tahap kemahiran mereka iaitu asas, pertengahan
atau pengukuhan dan pengkayaan (mahir). Murid yang mahir mungkin tidak perlu
melaku latihan peringkat asas dan terus melakukan latihan di peringkat
pengukuhan dan pengkayaan. Begitu juga sebaliknya murid yang lemah perlu
menumpukan latihan di peringkat asas. Dari segi latihan pula, murid boleh
membuat latihan berulang kali atau membuat cubaan menjawab berulang-ulang
tanpa merasa malu dan rendah diri jika membuat kesilapan. Pelajaran yang
diulang-ulang juga tidak berubah dari segi mutu penyampaiannya.

iv. Cara pembelajaran boleh dijalankan di dalam bentuk pembelajaran


kendiri.

Pembelajaran yang menggunakan kaedah teknologi maklumat akan menjadikan


sesi pembelajaran boleh dijalankan di mana-mana sahaja dan tidak tertumpu di
dalam kelas yang formal atau di dalam makmal komputer. Murid boleh mengikuti
pelajaran di rumah, di perpustakaan atau di tempat-tempat lain yang menyediakan
perkakasan yang sesuai dan talian internet di dalam suasana yang kondusif untuk
pembelajran mereka. Waktu pembelajaran juga tidak terbatas. Dominasi guru
dapat dikurangkan dan ini akan membantu pelajar-pelajar yang malu untuk
berinteraksi dan memberi maklum balas di dalam kelas akan merasa lebih selesa
berbuat demikian dengan komputer.

14
v. Faktor kelima ialah dari segi pengurusan kelas.

Penggunaan teknologi maklumat membolehkan interaksi murid dan guru berlaku


samada di luar bilik darjah dan di luar waktu pengajaran. Murid, guru, dan
pentadbir sekolah boleh berinteraksi dengan mudah dan selesa melalui penggunaan
internet di waktu sekolah dan di luar sekolah. Di bidang pentadbiran, pentadbiran
sekolah boleh mengendalikan maklumat dan aktiviti guru serta murid melalui
komputer dengan lebih cekap untuk membantu pengajaran dan pembelajaran.

Jadi, guru-guru adalah perlu lebih peka dan sentiasa bersedia untuk menggunakan
teknologi maklumat ini supaya tidak ketinggalan dengan era baru pendidikan ini. Guru-
guru juga harus berani dalam menggunakan aplikasi pembelajaran maya ini yang
sedang diperkenalkan ini agar pengajaran dan pembelajaran dapat berkembang dan
bergerak searah dengan perkembangan teknologi maklumat ini.

2.3 Aplikasi Frog VLE Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Rendah

Frog VLE yang merupakan satu teknologi pembelajaran maya dipercayai amat berpotensi
untuk digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi yang ada
dalam Frog adalah seperti berikut:

Aplikasi Assignments membenarkan guru memberi, menyemak, mengulas, dan


mengubah tugasan telah sediakan kepada murid. Setelah satu Site untuk tugasan telah
dihasilkan, ia dapat dihantar kepada murid sebagai tugasan melalui proses yang mudah.
Guru boleh memberi kerja rumah kepada murid secara individu ataupun berkumpulan dan
mengikut tahap murid tersebut. Ini memberikan murid bantuan yang berterusan yang
dapat memastikan kualiti tugasan yang lebih baik. Apabila murid sudah menyiapkan dan
menghantar tugasan, ia akan dipulangkan ke kawasan Assignments supaya guru boleh
menyemak dan memberi komen serta markah. Murid tidak perlu untuk menunggu pada
keesokan harinya untuk menghantar tugasan kepada guru. Sebagai contoh, jika guru

15
Bahasa Inggeris telah mengajar grammar di sekolah dan memberi tugasan untuk
disiapkan, murid boleh mengulangkaji topik tersebut dan menyiapkan tugasan apabila
sekembalinya mereka ke rumah.

Walaupun murid tersebut berada di luar kawasan rumah, murid tetap akan dapat
mengulangkaji topik tersebut tanpa perlu bersusah payah untuk membawa buku rujukan
mereka ke mana-mana. Jika terdapat permasalahan bagi topik tersebut, murid boleh
berbincang dengan guru mahupun rakan-rakan secara maya. Selain daripada itu, murid
juga dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan dengan hanya melalui Frog VLE
sahaja. Perhubungan ini boleh membantu murid menyelesaikan masalah dengan mudah
dan pantas yang secara tidak langsung akan meningkatkan gred bagi subjek Bahasa
Inggeris. Mengikut kajian di United Kingdom, Frog VLE ini dapat meningkatkan gred
kerana murid boleh belajar mengikut jadual mereka sendiri di rumah.

Calendar membolehkan murid dan guru mengurus semua aktiviti mereka. Pihak
pentadbir dan guru serta murid boleh berkongsi kalendar dengan rakan-rakan dan guru-
guru mereka di mana ia boleh dihasil dan dikongsikan secara umum atau tertutup.
Contohnya, sebarang informasi tentang aktiviti persatuan dan kelab boleh dimasukkan ke
dalam kalendar oleh pihak pentadbir dan guru. Sebarang perubahan tentang lokasi
perjumpaan dan nota boleh dimaklumkan dengan segera.

Booking Calendar pula membenarkan guru untuk menempah sebagai contoh


makmal sains, makmal komputer atau pusat sumber sekolah. Sekiranya tempahan makmal
atau pusat sumber telah dibuat, Frog VLE tidak akan membenarkan pengguna lain
menempah tempat tersebut pada masa dan tarikh yang sama. Ini memudahkan guru untuk
merancang pengajaran dan masa mereka ke tempat-tempat tersebut.

Community Site adalah satu portal yang berdasarkan konsep berkumpulan di


mana guru-guru boleh mendapatkan soalan-soalan lazim, dokumentasi dan video

16
berkaitan pendidikan. Community Site ini memudahkan guru mencari maklumat dan
video untuk mengajar topik yang agak sukar dan memerlukan penerangan yang terperinci.
Ia juga mempunyai ruangan forum untuk guru membincangkan isu-isu semasa yang
berkaitan subjek ini. Para guru boleh mencari kumpulan dan menyertai mana-mana
kumpulan di dalam dan luar negara yang menggunakan Frog VLE yang dipaparkan pada
hasil carian. Secara tidak langsung guru boleh berbincang dan melihat bagaimana subjek-
subjek yang diajar guru diajar di sekolah di negara lain.

Department Site memaparkan notis aluan, carta organisasi, markah peperiksaan,


dan notis-notis lain yang berkaitan. Murid juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan
seperti maklumat kurikulum, galeri video, laman profil guru, panduan ulangkaji, soalan
tahun lepas dan lain-lain di dalam Laman Bidang.

Fail-fail dalam Lesson Resources mengandungi semua sumber pengajaran dan


pembelajaran untuk sekolah. Fail yang digunakan guru semasa pengajaran akan dimuat
naik ke dalam Lesson Resources. Ruangan ini juga boleh digunakan untuk memberi akses
kepada sumber-sumber tertentu kepada guru-guru yang lain. Dokumen-dokumen ini
terdiri daripada fail dengan format zip, MS Word, Excel, Portable Document Format
(PDF), video Movie Picture Experted Group 4(MP4) atau fail audio.

Frog Store adalah stor dalam talian yang mengandungi aplikasi dan sumber
untuk digunakan dalam VLE. Pengguna Frog VLE boleh mencari kandungan seperti imej
dan video untuk digunakan dalam Site.

Forums memaparkan forum sekolah atau maklumat tentang hal berkaitan


pendidikan yang dihantar oleh pihak pentadbir kepada para guru dan murid. Setiap
maklumat mempunyai tarikh yang membolehkan guru menyemak topik perbincangan dan
mengetahui individu mana yang memberi sumbangan kepada topik tersebut. Pencipta
forum dapat mengawal semua topik, akses dan tetapan.

17
The Pond yang ditubuhkan khusus untuk murid. The Pond membolehkan murid
berkongsi idea yang hebat bersama dengan pengguna Frog VLE yang lain. Segala tip dan
idea untuk menggunakan Frog VLE dengan berkesan boleh didapati dari The Pond.

Ruangan Documents pula adalah ruangan untuk murid menyimpan segala fail
dan nota bagi subjek Sains dan Teknologi. Ini memudahkan murid untuk mencapai nota
dan sumber pembelajaran mereka terutamanya jika mereka hendak membuat ulangkaji
atau rujukan.

Sites adalah halaman-halaman yang telah dihasilkan di dalam VLE oleh pencipta
laman Frog VLE. Laman-laman ini boleh diberi tag dengan memilih kata kunci untuk
membolehkan pencarian dengan mudah dan untuk memudahkan pembahagian kategori.
Laman yang dihasilkan akan disenaraikan di bahagian My Sites pada Resource Manager.
Laman yang mempunyai tag nama mata pelajaran yang spesifik akan muncul dalam
kategori Subject Sites. Guru dan murid boleh melihat sebarang maklumat tentang subjek
di dalam Subject Sites yang dimasukkan oleh pencipta laman.

Setiap pengguna yang memiliki akaun Frog VLE mempunyai akses ke emel
sendiri. Emel boleh dihantar dan diterima ke pengguna lain, bukan sahaja antara di
sekolah tetapi di mana-mana sahaja. Guru dan murid boleh berkomunikasi dan
menghantar fail secara peribadi melalui e-mail. Sekiranya murid ingin menghubungi guru
mengenai tugasan misalnya, untuk pemahaman lanjut berkenaan dengan tugasan atau
memohon supaya guru memberi lebih masa, mmurid boleh menghantar emel kepada guru.

Aspek rangkaian sosial platform pembelajaran ini membolehkan guru-guru


untuk berkongsi sumber dengan murid mereka dari rumah. Jika murid mempunyai soalan
mengenai kerja rumah mereka, mereka boleh menghantar mesej kepada guru mereka
dalam persekitaran yang selamat dan terjamin. Murid yang tidak sentiasa mempunyai

18
keyakinan untuk bercakap di dalam kelas dan bertanya soalan boleh berbual kepada guru-
guru melalui Frog VLE. Penglibatan aktif dan interaksi adalah merupakan elemen yang
penting dalam pembelajaran berkesan (Heinich et al.,2000).

2.4 Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian menunjukkan persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) tidak


asing lagi bagi murid. Melalui hasil dapatan kajian yang diperoleh, guru dapati murid
jarang menggunakannya, namun ia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun terdapat beberapa kekangan yang merencatkan pelaksanaan persekitaran
pengajaran maya ini di sekolah.

19
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan persekitaran maya Frog VLE dalam
pengajaran dan pembelajaran. Bab ini akan membincangkan tentang kaedah kajian yang
merangkumi rekabentuk kajian, sampel kajian , instrumen kajian, prosedur pengumpulan
data dan prosedur analisis data. Metadologi kajian adalah elemen yang sangat penting bagi
memastikan kajian boleh dilakukan mengikut prosedur yang betul dan dilaksanakan secara
teratur bagi memastikan hasil yang diperolehi adalah berkualiti. Metodologi kajian
menjelaskan bentuk rangka kerja dalam menjalankan sesuatu kajian. Selain itu,
metadologi kajian ini juga dapat membantu pengkaji memperoleh data-data yang
diperlukan dengan mudah.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah satu kaedah yang dibina untuk mendapatkan maklumat bagi
menjawab persoalan kajian yang dibina. Menurut Rodney, L.C (1997) menyatakan

20
bahawa reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari maklumat bagi mencapai
sesuatu matlamat penyelidikan.

Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua
kumpulan kelas Tahun 5. Satu kumpulan akan mewakili kaedah tradisional dan satu
kumpulan lagi akan mewakili kaedah persekitaran maya Frog. Bagi menjalankan kajian
kuasi eksperimen ini, pengkaji memilih dua kelas yang sedia ada di sekolah Uk Dih.
Murid kelas A menerima pembelajaran penyelesaian masalah operasi bergabung yang
melibatkan “darab” dan “bahagi” menggunakan kaedah tradisional sementara murid kelas
B pula didedahkan dengan aplikasi persekitaran maya Frog bagi menyelesaikan masalah
operasi bergabung yang melibatkan “darab” dan “bahagi”.

Reka bentuk kuasi eksperimen ini dipilih untuk mengenalpasti perbezaan


pencapaian dalam operasi bergabung yang melibatkan “darab” dan “bahagi” bagi kedua-
dua kaedah, iaitu kaedah tradisional dan kaedah persekitaran maya Frog. Ujian diberi
untuk melihat perubahan dalam min skor pencapaian bagi kedua-dua kumpulan tersebut.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Menurut Sugiano (2006), populasi adalah wilayah generalisasi yang mempunyai kualiti
dan ciri-ciri tertentu yang ditetapkan oleh pengkaji untuk dipelajari dan kemudian
digunakan untuk membuat kesimpulan. Sampel pula adalah sebahagian daripada jumlah
yang dimiliki oleh populasi tersebut. Seseorang pengkaji tersebut tidak mungkin dapat
mengkaji keseluruhan sesuatu populasi. Oleh itu, sampel kajian diperlukan bagi
membantu pengkaji untuk membuat kesimpulan bagi sesuatu populasi.

Populasi yang diambil dalam kajian ini adalah semua murid Tahun 5 daripada
sekolah SJKC Uk Dih di Daerah Manjung Perak. Bagi pemilihan sampel kajian pula,

21
pengkaji memilih 52 orang murid yang terdiri daripada murid lelaki dan perempuan. 26
orang murid dikelompokkan dalam penggunaan kaedah tradisional (kelas A), manakala 26
orang murid lagi dikelompokkan dalam penggunaan persekitaran maya Frog VLE (kelas
B).

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah secara temubual, pemerhatian dan
satu set ujian. Di dalam kajian ini, kaedah yang digunakan adalah secara temubual dan
pemerhatian. Temubual dibuat dengan 26 orang murid dari kelas B Tahun 5 ( penggunaan
kaedah persekitaran maya Frog) di SJKC Uk Dih Manjung, Perak. Berdasarkan kepada
temubual dan pemerhatian tersebut, kajian ini menumpukan kepada beberapa persoalan.

3.4.1 Soalan Temubual

1. Berapa kali dalam seminggu penggunaan laman aplikasi ini?


2. Adakah ia sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah ini?
3. Apakah faedah atau kebaikan yang diperolehi dengan menggunakan aplikasi ini?
4. Apakah cabaran dan halangan dalam penggunaan aplikasi ini?

3.4.2 Ujian

Pengkaji telah menggunakan satu set ujian yang mengandungi 10 soalan subjektif
yang melibatkan soalan penyelesaian masalah bagi tajuk operasi bergabung yang
melibatkan “darab” dan “bahagi” . Soalan ini dibina berasaskan tahap kognitif aplikasi
murid. Set ujian ini juga dibina berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik.
Tujuan ujian ini diberikan adalah untuk mengukur tahap pencapaian murid dalam
menyelesaikan soalan operasi bergabung yang melibatkan “darab” dan “bahagi”.
Murid diberi masa selama 40 minit untuk menjawab semua soalan tersebut.

22
Ujian ini dilakukan bagi mendapatkan data markah pencapaian murid untuk
dianalisis. Analisis dilakukan dengan cara mencari min pencapaian murid supaya
pengkaji dapat membuat perbandingan di antara min pencapaian dan perbezaan min
peningkatan pencapaian murid yang berada dalam kelas A dan kelas B. Kelas A
adalah kumpulan yang didedahkan dengan kaedah tradisional manakala kelas B adalah
kumpulan yang menggunakan aplikasi Frog VLE. Ujian ini juga bertujuan untuk
memperlihatkan sama ada kaedah persekitaran maya Frog dapat meningkatkan
pencapaian murid dalam tajuk operasi bergabung yang melibatkan “darab” dan
“bahagi” berbanding dengan kaedah tradisional.

3.5 Prosedur Analisis Data

Pengkaji menyemak semua jawapan ujian murid dengan teliti setiap langkah pengiraan
yang ditunjukkan oleh murid. Penilaian telah dibuat ke atas jawapan murid dan disemak
berdasarkan skema jawapan yang telah disediakan. Keputusan ujian telah dianalisis
dengan membandingkan min pencapaian murid bagi kelas A ( kaedah tradisional ) dan
kelas B ( kaedah persekitaran maya frog).

Ujian-t tidak bersandar digunakan untuk melihat wujud atau tidak perbezaan
yang signifikan antara kaedah tradisional dan kaedah persekitaran maya frog . Selang
keyakinan atau „confident interval‟ yang digunakan dalam ujian ini ialah sebanyak 95%,
(α = 0.05). Hipotesis nol ditolak apabila nilai p < 0.05 manakala hipotesis nol tidak ditolak
apabila nilai p > 0.05. Ujian-ujian ini digunakan kerana dapatan suatu sampel boleh
digunakan untuk mewakili suatu populasi. Dalam kajian ini telah melibatkan 52 orang
sampel murid yang akan mewakili tahap pencapaian bagi keseluruhan murid Tahun 5 di
sekolah Uk Dih.

23
3.6 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, Pengajaran Maya dapat menyediakan suasana pembelajaran yang


kaya media, interaktif, menyokong pembelajaran pengalaman dan dapat memautkan murid
dengan konteks pembelajaran. Persekitaran pembelajaran maya menawarkan lebih banyak
kelebihan berbanding teknologi multimedia lain seperti video. Perkembangan teknologi
maklumat yang membolehkan lebih banyak komputer dipasang di sekolah mewujudkan
suasana kondusif untuk mengintegrasikan realiti maya dalam pembelajaran. Penyediaan
kemudahan Internet dan rangkaian tanpa wayar meningkatkan ruang dan peluang
penerapan realiti maya dalam pembelajaran.

Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) menawarkan sekolah beberapa faedah,


seperti akses pada bila-bila masa, di mana-mana, memberi motivasi yang lebih baik, akses
kepada gaya pembelajaran yang lebih tinggi, membentuk peluang untuk pembelajaran
kendiri di kalangan pelajar , konsep integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
yang lebih baik dan meningkatkan penglibatan ibu bapa (Becta 2004). Dengan aplikasi
Frog VLE di sekolah-sekolah di Malaysia akan mampu menjadi contoh untuk sekolah-
sekolah lain.

Penggunaan Frog VLE mampu meningkatkan pencapaian murid lemah dan


meningkatkan kefahaman dalam topik yang sukar dan kompleks. Konsep pembelajaran
maya ini juga diperkenalkan untuk membolehkan seorang murid berbincang dengan
seorang murid yang lain atau melakukan perbincangan berkumpulan berkaitan subjek
Matematik. Mereka boleh berbincang dan memberi pendapat tentang kerja rumah yang
diberikan oleh guru. Sama seperti di dalam kelas, murid-murid akan menerima maklum
balas segera terhadap kemajuan mereka dan cubaan soalan mereka.

VLE ini juga menyediakan ciri-ciri yang sama walaupun murid berada di rumah,
murid akan diberi peluang untuk mencuba soalan yang telah dilakukan di sekolah dan
mencubanya di rumah. Di sini, murid berpeluang untuk belajar dari kesilapan dan
membuat ulangkaji di rumah. Ibu bapa juga berpeluang bersuara dengan melibatkan

24
mereka dengan pembelajaran anak mereka. Mereka akan diberikan akses kepada laporan
kehadiran dan tingkah laku dan memaklumkan kepada mereka dengan makluman dari
pihak sekolah.

Kerjasama antara sekolah-sekolah boleh membantu ke arah meningkatkan lagi


jumlah sekolah yang melaksanakan program perintegrasian ICT yang menyeluruh. Projek
yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini akan mengubah platform
pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar
dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada
semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama
di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua
sekolah seluruh Malaysia.

Pada pendapat saya, persekitaran pembelajaran maya (VLE) akan terus mendapat
tempat kerana pengetahuan dan kebolehan murid menggunakan internet juga semakin
meningkat. Ini kerana, murid boleh mengakses internet melalui komputer di sekolah dan
di rumah mereka.

25
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan secara terperinci tentang dapatan kajian yang diperolehi
daripada analisa data yang telah dibuat berdasarkan ujian. Data-data yang diperoleh
daripada ujian tersebut telah direkodkan dan dianalisis dengan berbantukan komputer
melalui perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 19.0. Dapatan
kajian yang diperolehi dianalisis secara terperinci bagi menjawab segala persoalan dalam
kajian yang dilakukan ini. Perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah penganalisaan
data-data yang dikutip daripada jawapan responden.

Dalam bab ini juga akan mengkaji sama ada Persekitaran Pembelajaran Maya
(FROG VLE) merupakan aplikasi yang mudah digunakan dan mudah membina
kandungan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Dalam bab ini juga akan
mengkaji sama ada Persekitaran Pembelajaran Maya berjaya meningkatkan tahap
kefahaman dan pencapaian murid kelas B.

26
4.2 Analisa Keputusan Ujian

14

12

10

8
Bilangan
Murid Kelas A: Kaedah Tradisional
6
Kelas B: Persekitaran Maya Frog
4

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Soalan

Rajah 4.1
Keputusan ujian bagi kelas A dan B

Keputusan ujian didapati murid yang menggunakan aplikasi frog mendapat keputusan
agak cemerlang. Terdapat 13 daripada 26 orang murid telah mendapat markah penuh, 9
murid hanya salah satu soalan, 2 orang murid mendapat lapan betul, seorang murid
mendapat 7 betul dan seorang murid mendapat 4 betul (Rajah 4.1). Keputusan ini
menunjukkan tiada murid yang salah lebih daripada tiga soalan daripada jumlah 10 soalan.

Jadual 4.1 Analisa ujian mengikut kategori gred yang telah ditetapkan
Kategori Gred Peratus murid Peratus murid
( Tradisional ) ( Frog VLE )
8-10 (Cemerlang) 7 (26.92%) 24 (92.30%)
6-7 (Sederhana) 9 (34.61%) 1 (3.85%)
4-5 (Lulus) 2 (7.69%) 1 (3.85%)
0-3 (Gagal) 11 (42.3%) 0 (0%)

27
Berikut adalah analisa keputusan ujian bagi murid yang menggunakan Kaedah
Tradisional

Bilangan murid yang memperoleh keputusan cemerlang adalah sebanyak 7 orang atau
26.92%. Sementara itu, 9 orang murid atau 34.61% telah mendapat markah sederhana
dalam latihan ini. Seterusnya, 2 orang murid yang mendapat gred lulus atau 7.69% dan 11
orang murid atau 42.3% yang mendapat gred gagal.

Berikut adalah analisa keputusan ujian bagi pelajar yang menggunakan Frog VLE

Bilangan murid yang memperoleh keputusan cemerlang adalah sebanyak 24 orang atau
92.30%. Sementara itu, seorang murid atau 3.85% telah mendapat markah sederhana
dalam latihan ini. Seterusnya, seorang murid yang mendapat gred lulus atau 3.85% dan
tiada seorang murid yang mendapat gred lulus atau gagal.

Jadual 4.2
Analisa ujian-t ke atas min pencapaian murid dalam ujian bagi Kaedah Tradisional
dan Kaedah Persekitaran Maya FROG VLE dalam menyelesaikan operasi bergabung
yang melibatkan “darab” dan “bahagi”

Kaedah N Min Beza Sisihan t Signifikan,


Min Piawai P
Pencapaian Tradisional 26 5.96 -3.231 2.506 -5.810 0.000
Ujian Frog VLE 26 9.19 1.327

Ujian- t sampel tak bersandar telah dilakkukan untuk menentukan sama ada
min adalah berbeza secara signifikan dalam ujian antara kaedah tradisional (M= 5.96, SP=
2.506) dan kaedah persekitaran Frog (M= 9.19, SP= 1.327). Dapatan kajian menunjukkan
terdapat perbezaan signifikan di antara kedua-dua kaedah (t= -5.810, p= 0.00, (p< 0.05)).
Sela aras keyakinan 95% untuk perbezaan min adalah di antara -4.348 hingga -2.114.

28
Terdapat perbezaan pencapaian murid bagi kumpulan yang didedahkan dengan
penggunaan persekitaran maya Frog VLE dalam menyelesaikan soalan operasi bergabung
yang melibatkan yang melibatkan “darab” dan “bahagi”. Maka, hipotesis nol H01 ditolak.

29
4.3 Analisa Penggunaan Frog antara Tahun 2013 dan 2014

Jadual 4.3: Peratus Penggunaan Frog

Tahun Peratus Peratus


Murid Guru
2013 1% 3%

2014 74 % 92 %
(maklumat tahun 2013 adalah hard copy dari KPM dan
maklumat tahun 2014 diambil dari sistem analisis Frog)

Pemerhatian telah dibuat dan didapati peratusan pengunaan Frog VLE pada tahun 2014
adalah amat tinggi berbanding dengan tahun 2013. Pada tahun 2013, penggunaan aplikasi
frog bagi guru di sekolah SJK (C) Uk Dih hanya 3 peratus sahaja dan penggunaan
aplikasi frog bagi murid hanya 1 peratus sahaja. Keputusan ini menunjukkan bahawa pada
tahun 2013, hanya seorang guru sahaja yang menggunakan aplikasi ini manakala bilangan
murid yang menggunakan aplikasi ini adalah seramai 3 orang. Enrolmen murid pada tahun
2013 adalah seramai 307. Maklumat pada tahun 2014 menunjukkan bahawa seramai 24
orang guru telah menggunakan aplikasi Frog. Ini bermakna 92% guru telah menggunakan
aplikasi frog. Enrolmen murid bagi tahun 2014 adalah seramai 301 orang. Penglibatan
murid pada tahun 2014 adalah 74% . Ini bermakna tahun 2014 terdapat 223 orang murid
daripada 301 telah menggunakan aplikasi frog. Maka, keputusan tahun 2014 menunjukkan
peningkatan yang besar dalam penggunaan persekitaran maya frog bagi SJK (C) Uk Dih.

30
4.4 Dapatan temubual daripada 26 orang murid Kelas B.

Soalan 1: Berapa kali dalam seminggu penggunaan aplikasi FROG?

Jadual 4.4
Kekerapan murid kelas B menggunakan Aplikasi Frog VLE

Bilangan kali Bilangan murid


0 kali 8
1 kali 10
2 kali 5
3 kali 2
4 kali 1

Selepas pendedahan aplikasi FROG, seorang murid melayari 4 kali; 2 orang murid
melayari 3 kali; 5 orang murid melayari sebanyak 2 kali; 10 orang murid melayari sekali
dan 8 orang murid tidak melayari aplikasi ini dalam seminggu.

Soalan 2: Adakah ia sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah?

Kesemua 26 orang murid dari kelas B setuju dengan penggunaan aplikasi ini dalam
proses pembelajaran dan pengajaran kerana ia amat selari dengan perkembangan teknologi
maklumat yang semakin canggih.

“ ....persekitaran maya frog merupakan satu tapak untuk menghantar latihan


walaupun saya tak pergi kelab frog ”
(Vinnie Teh, Wong Sheau Wei)

“.....dapat belajar melalui visual”


(Ah Sek Wee, Ding Jin Yao, Ling Jyn Jie, Charis Paul Ong Eng Ai,
Chooi Yee Wern, Ling Joey)

31
“......boleh kongsi idea masa menjawab soalan”
(Mak Jing Yi, Felicia Cheng You Min, Tan Pin Yan, Anson Ling Jun Wei)

Mereka berharap penggunaan ini dapat diperluaskan dan aplikasi dalam Frog perlu
ditambahbaik agar lebih menarik, efisen dan mudah guna.

“...harap ada kemudahan seperti WeChat, Line...”


(Kong Jing See, Ding Kuan Ying, Koh Xue Ching, Saw Zheng Yu, Ling Li Sing)

“.....setuju, kalau boleh bincang bersemuka macam Skype....”


(Kong Jing See, Saw Zheng Yu, Lee Xin Yue)

Mereka juga amat berharap guru boleh menyediakan bahan pembelajaran dan
pengajaran pada aplikasi ini dan menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan
menggunakan aplikasi ini.
“…bagusnya kalau cikgu bagi latihan dalam frog”
(Kong Jing See, Saw Zheng Yu, Lee Xin Yue, Ling Li Sing,
Felicia Cheng You Min, Tan Pin Yan, Mak Jing Yi)

Soalan 3: Apakah faedah atau kebaikan yang diperolehi dengan menggunakan


aplikasi ini?

Antara kebaikan aplikasi ini ialah murid boleh membuat latihan yang diberikan melalui
online pada bila-bila masa, di mana saja dengan adanya capaian Internet.

“...tak risau tidak dapat menyiapkan kerja rumah jika tak hadir sekolah. ”
(Ah Sek Wee, Mak Jing Yi, Ding Jin Yao, Ling Jyn Jie,
Lee Xin Yue, Kong Jing See, Ling Li Sing)

“....boleh hantar tugasan pada bila-bila masa..”


(Natnitcha Songleksing, Felicia Cheng You Min, Ding Jin Yao)

32
Murid juga dapat meningkatkan kemahiran menggunakan pembelajaran secara
maya serta menjadikan pembelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan.

“....sebahagian aplikasi pada frog serupai dengan telefon samsung ayah... ”


(Felicia Cheng You Min, Saw Zheng Yu, Lee Xin Yue)

“....boleh hantar kerja dalam masa yang singkat..”


(Vinnie Teh, Ah Sek Wee, Mak Jing Yi, Wong Sheau Wei)

Di samping itu, murid dapat mengetahui perkembangan semasa di dalam bahan


pembelajaran yang dimuat naik oleh guru walaupun semasa cuti sekolah.

“ saya boleh tahu berita yang terkini melalui persekitaran maya frog....”
(Saw Zheng Yu, Ting Si Han, Lee Xin Yue)

“....boleh melihat gambar-gambar bagi aktiviti yang dijalankan pada sekolah”


(Natnitcha Songleksing, Felicia Cheng You Min, Ding Jin Yao)

Murid juga boleh menyumbang dan berkongsi idea dan ilmu kepada rakan yang
lain sebagai bentuk komunikasi dua hala melalui perkongsian ilmu ini.

“ ...boleh sembang dalam tapak forum..”


(Lee Xin Yue ,Vinnie Teh, Ah Sek Wee, Mak Jing Yi,
Wong Sheau Wei, Wong Sheng Hock)

33
Soalan 4: Apakah cabaran dan halangan dalam penggunaan aplikasi ini?

Antara cabaran yang dihadapi dalam penggunaan aplikasi ini ialah terdapat sebilangan
besar murid tidak mempunyai kemudahan komputer di rumah. Mereka hanya berpeluang
menggunakan aplikasi ini semasa kelas frog yang dijalankan di sekolah.

“.....saya tak dapat masuk frog ”


(Fong Siew Lin, Ling Li Sing, Ngo Jia Li, Chew Goh Hao)

“.....saya tak ada kemudahan komputer kat rumah ”


(Ding Jin Yao, Fong Siew Lin, Ling Li Sing ,
Ngo Jia Li, Chew Goh Hao,Edvis Soo Guang Zheng)

Kesemua murid kelas B yang ditemu bual berpendapat bahawa mereka sangat suka
ke bilik komputer kerana mereka dapat satu suasana pembelajaran yang baru.

“.....saya rasa seronok untuk belajar jika cikgu menggunakan frog untuk pdp ”
(Lee Xin Yue ,Vinnie Teh, Ah Sek Wee, Mak Jing Yi,
Wong Sheau Wei, Wong Sheng Hock)

“.....saya sangat gembira kerana dapat memahami kandungan pdp secara visual”
(Lee Xin Yue ,Vinnie Teh, Mak Jing Yi, Wong Sheau Wei,
Ah Sek Wee, Saw Zheng Yu, Ting Si Han,)

Kajian ini menunjukkan penggunaan maya Frog VLE dapat meningkatkan minat
murid terhadap soalan operasi bergabung yang melibatkan “darab” dan “bahagi”. Maka,
hipotesis nol H02 ditolak.

34
4.5 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kajian menunjukkan aplikasi frog ini amat disukai oleh murid kelas
B. Peratus penggunaan aplikasi persekitaran maya frog tahun 2014 bagi pelajar telah
mencapai 74 %. Perbezaan peratus penggunaan aplikasi frog bagi pelajar antara tahun
2013 dan tahun 2014 adalah sebanyak 73 %. Maklumat ini telah membuktikan bahawa
aplikasi frog ini amat berjaya menarik minat murid walaupun pengkaji hanya dapat
menjalankan kelas frog pada waktu petang setiap minggu sekali sahaja.

Ujian- t sampel tak bersandar yang dilakkukan menunjukkan terdapat perbezaan


signifikan di antara kedua-dua kaedah. Min bagi ujian antara kaedah tradisional (M= 5.96,
SP= 2.506) dan kaedah persekitaran Frog (M= 9.19, SP= 1.327). Dapatan kajian (t= -
5.810, p= 0.00, (p< 0.05)). Sela aras keyakinan 95% untuk perbezaan min adalah di antara
-4.348 hingga -2.114. Keputusan ini menunjukkan bahawa murid yang menggunakan
persekitaran maya frog telah mencapai tahap kefahaman yang tinggi bagi ujian ini.

35
BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian ini. Pengkaji membuat rumusan dengan
memberikan ulasan tentang keputusan analisa bagi setiap instrumen kajian yang
digunakan.Ianya merangkumi perbincangan tentang pencapaian pelajar hasil daripada
pembelajaran yang menggunakan aplikasi Frog, refleksi profesional dan juga cadangan
untuk kajian yang akan datang.

5.2 Ringkasan kajian

Bahagian ini akan menerangkan secara ringkas tentang kajian yang telah dijalankan.
Rumusan kajian ini meliputi penerangan tentang tujuan kajian, reka bentuk kajian,
instrumen kajian dan kaedah analisis data yang telah digunakan bagi memenuhi kehendak
kajian.

36
Secara amnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan
Kaedah Persekitaran Maya Frog VLE bagi operasi bergabung yang melibatkan “darab”
dan “bahagi”. Manakala secara khususnya pula, objektif kajian ini ialah untuk
mengenalpasti sama ada wujud perbezaan min pencapaian murid dalam operasi bergabung
yang melibatkan “darab” dan “bahagi” bagi murid-murid yang menggunakan Kaedah
Tradisional dengan murid-murid yang menggunakan Kaedah Persekitaran Maya Frog
VLE untuk menyelesaikan soalan matematik yang bertajuk operasi bergabung.
Selanjutnya kajian ini ingin mengenalpasti sama ada penggunaan Kaedah Persekitaran
Maya Frog VLE mempengaruhi minat murid terhadap soalan operasi bergabung yang
melibatkan “darab” dan “bahagi”.

Kajian yang telah dijalankan ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen
dengan pemilihan sampel secara bertujuan bagi dua buah kelas Tahun 5 di sekolah
pengkaji. Seramai 52 orang murid terlibat dalam kajian ini. 26 orang murid
dikelompokkan dalam kelas A dan didedahkan dengan kaedah tradisional untuk
menyelesaikan soalan operasi bergabung yang melibatkan “darab” dan “bahagi” manakala
26 orang murid lagi dikelompokkan dalam kelas B dan didedahkan dengan penggunaan
Kaedah Persekitaran Maya Frog VLE untuk menyelesaikan soalan operasi bergabung
yang melibatkan “darab” dan “bahagi”.

Kajian ini menggunakan set ujian , temubual dan pemerhatian sebagai instrumen
kajian. Set ujian ini terdiri daripada 10 soalan subjektif tentang operasi bergabung yang
melibatkan “darab” dan “bahagi”. Soalan temubual pula terdiri daripada 4 soalan
berkaitan penggunaan Kaedah Persekiataran Maya Frog.

37
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

5.3.1 Perbandingan keputusan ujian bagi Kelas A dan Kelas B

Melalui kajian ini, didapati keputusan ujian antara kelas A dan kelas B adalah amat
berbeza. Min markah bagi Kelas A ialah 5.96, manakala kelas B ialah 9.19. Data ini
menunjukkan bahawa aplikasi Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan tahap kefahaman murid dalam menyelesaikan soalan operasi
bergabung. Mereka menunjukkan minat yang tinggi terhadap persekitaran, di mana
mereka berpeluang menyampaikan dan berkongsi pengetahuan yang sedia ada kepada
kawan-kawan lain. Murid juga lebih mudah menerima dan mengingati maklumat yang
disampaikan oleh rakan-rakannya berbanding dengan guru-guru.

Dari keseluruhan, melalui kaedah Frog VLE, murid kelas B boleh menjawab
soalan yang melibatkan hasil darab dan bahagi sebarang nombor 4 digit dan 1 digit.
Akan tetapi, terdapat juga segelintir murid kurang faham tentang cara menyelesaikan
soalan yang melibatkan hasil darab dan bahagi sebarang nombor 4 digit dan 1 digit.
Perkara ini mungkin berkaitan dengan kekeliruan antara konsep dan kecuaian semasa
menjawab soalan. Kemahiran menggunaakan aplikasi frog juga mungkin
menyebabkan murid melakukan kesilapan teknikal semasa menaip jawapan dengan
tepat. Walaupun begitu, ini tidak menjejaskan min keputusan murid. Berdasarkan
SPSS, min pencapaian murid kelas B dalam ujian ini adalah sebanyak 9.19. Keputusan
ini adalah sangat memuaskan. Adalah dijangka sekiranya kaedah persekitaran maya ini
dilaksanakan secara berterusan prestasi murid akan bertambah baik lagi apabila
mereka dapat menguasai kemahiran menggunaakan aplikasi frog.

Maka, dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa persekitaran maya membolehkan
murid belajar dengan lebih berkesan. Dapatan ini adalah selari dengan matlamat
kepada pendidikan berkualiti dan teknologi yang pesat membentuk dunia hari ini.

38
5.3.2 Kekerapan murid menggunakan aplikasi Frog VLE

Melalui keputusan temu bual, jarang murid menggunakan aplikasi ini samada waktu
persekolahan atau di rumah. Antara sebabnya ialah guru-guru di sekolah ini jarang
mengguna aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

“ guru tidak bawa saya ke bilik komputer”


(Wong Sheng Hock, Tan Pin Yan, Goh En Qin, )

“...tak tau bila sekolah ada Chrome Book?”


(Ding Kuan Ying, Koh Xue Ching, Ling Joey, Natnicha Songleksing)

Sebab kedua ialah terdapat juga murid tidak mempunyai kemudahan komputer atau
sesawang di rumah. Hal ini disebabkan mereka datang dari keluarga yang miskin dan
kurang mampu membeli komputer.

“.....saya tak ada kemudahan komputer kat rumah ”


(Ding Jin Yao, Fong Siew Lin, Ling Li Sing , Ngo Jia Li,
Chew Goh Hao,Edvis Soo Guang Zheng)

5.3.3 Keminatan murid terhadap penggunaan aplikasi Frog VLE

Walaupun murid-murid jarang menggunakan aplikasi Frog VLE, mereka


menunjukkan keminatan yang amat tinggi terhadap semasa menggunakan aplikasi ini.
Melalui pemerhatian, setiap murid telah membuat persediaan yang baik sebelum dan
semasa memulakan persekitaran maya. Hal ini dapat dilihat apabila murid-murid telah
menyediakan ID pengguna, pass frog masing-masing dan menyediakan nota-nota yang
ringkas untuk mengetahui ikon-ikon dalam aplikasi frog serta fungsi-fnugsi bagi setiap
ikon. Kebanyakkan murid juga menunjukkan keyakinan dan semangat yang
sepenuhnya semasa membuat latihan dalam aplikasi frog. Pada masa yang sama, ahli-
ahli dalam kelas frog juga memberi respon yang baik dengan menanya soalan atau

39
berkongsi ilmu pengetahuan. Kelebihan yang dapat dilihat daripada aktiviti ini adalah
ia tidak menyebabkan murid berasa rendah diri dan malu bertanya, tetapi lebih berani
untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang mereka dapat kepada rakan-rakannya.
Keseluruhannya, murid-murid melibatkan diri secara aktif sepanjang aktiviti ini.

Seterusnya, melalui pemerhatian pengkaji, murid berasa gembira semasa


menggunakan aplikasi ini semasa pengajaran dan pembelajaran Matematik. Murid-
murid tahun 5 amat menanti-nantikan kedatangan kelas Frog VLE. Keadaan ini
menunjukkan mereka amat berminat untuk mengakses aplikasi frog. Mereka suka
menjawab latihan yang disediakan dengan aplikasi ini kerana dengan adanya
kemudahan internet, mereka hanya perlu menjawab soalan atas talian. Sebagai contoh,
murid hanya perlu menaipkan jawapan dan tidak perlu risau jika salah menjawab
soalan kerana mereka diberi peluang untuk menjawab sehingga betul. Jika berlaku
kesilapan semasa menaip, murid hanya tekan butang “backspace” untuk memadam
dan menaip semula jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan. Pada masa
yang sama, mereka juga boleh menjalankan sesi perbincangan secara talian dengan
rakan sebaya untuk menyiapkan latihan.

Selain itu, pembelajaran di dalam kelas terikat dengan waktu yang singkat
menyebabkan murid menjalankan proses pembelajaran dengan memahami apa yang
hendak disampaikan oleh guru. Oleh itu penggunaan aplikasi ini dapat memudahkan
murid membuat latihan mereka selepas waktu pembelajaran. Secara tidak langsung,
aplikasi ini akan dijadikan sebagai satu aplikasi rekreasi minda yang berfaedah dalam
pautan dan jaringan aplikasi ilmiah lain. Pelajar juga berpeluang untuk meluahkan
kreativiti mereka dalam membina laman web yang interaktif dan menarik.

Pembinaan dan pemacuan aplikasi ini adalah bertujuan untuk memudahkan


murid dalam merasai suatu pembelajaran yang baru. Akan tetapi sebilangan besar
murid tidak mempunyai kemudahan komputer di rumah dan mereka hanya berpeluang
untuk menggunakan aplikasi ini semasa kelas frog. Sikap ingin mencuba dan sentiasa
bersedia untuk memajukan diri dalam bidang ilmu adalah antara faktor yang penting

40
dalam uasaha menjayakan persekitaran maya frog di sekolah. Kewujudan aplikasi ini
boleh dikatakan sebagai satu pembaharuan pendidikan bagi sesebuah sekolah malah
kemudahan komputer di sekolah ini adalah terhad. Hal ini telah menjejaskan minat
ingin belajar bagi segelintir murid.

5.4 Refleksi Profesional

Dapatan kajian menunjukkan kaedah persekitaran maya frog merupakan satu pendekatan
yang sesuai bagi murid mengambil bahagian secara aktif di dalam pembelajaran mereka.
Pengkaji mendapati bahawa penglibatan aktif murid dalam menjawab soalan pada aplikasi
ini boleh membawa perubahan terhadap peranan guru sebagai wadah ilmu semata-mata
kepada pemudahcara yang berkesan. Pada masa yang akan datang, pengkaji akan
menggalakkan murid belajar secara berkumpulan semasa menggunakan aplikasi frog
kerana sebarang masalah yang dihadapi boleh dibantu oleh rakan-rakan dan maklumat
boleh dikongsi sesama rakan. Menurut Vygotsky (1978 dalam Tham Sook Chan, n.d.)
belajar secara berkumpulan boleh meningkatkan keupayaan murid. Sokongan dan
dorongan guru boleh memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti
perbincangan.

Pengkaji juga mendapati bahawa kaedah persekitaran maya FROG bukan sahaja
dapat meningkatkan penglibatan aktif dan keminatan murid untuk belajar, tetapi juga
dapat meningkatkan kefahaman dalam proses P&P dan pencapaian dalam ujian.
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang susah dan bosan bagi sesetengah murid.
Akan tetapi, jika guru-guru lebih aktif dalam penggunaan kaedah persekitaran maya,
murid akan lebih seronok dan mendapat pembelajaran yang maksimum dari semasa ke
semasa. Maka, guru-guru Matematik perlu mengambil peranan yang lebih proaktif dalam
menjalankan sebarang perubahan pengajaran kerana ia memberi kesan yang positif kepada
pembelajaran Matematik.

41
Maka, dapatan kajian ini amat mengalakkan penyelidik untuk mengguna kaedah
persekitaran maya Frog VLE dalam P&P pada masa yang akan datang. Hal ini kerana
penyelidik percaya bahawa kegunaan kaedah persekitaran maya Frog VLE dapat
menyampaikan isi kandungan pengajaran dengan lebih berkesan dan seterusnya sukatan
pelajaran dapat dihabiskan dengan mengambil kira tahap kefahaman murid.

5.5 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang

Dalam setiap kajian yang dijalankan, batasan atau kekangan yang di luar kawalan adalah
tidak dielakkan. Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji menghadapi masalah dalam
pencapaian internet. Semasa menjalankan kelas Frog, pencapaian internet pada waktu itu
adalah sangat lemah. Hal ini telah menyebabkan murid lewat 15 minit untuk mendaftar
masuk persekitaran maya Frog. Kelewatan untuk memulakan latihan menyebabkan
kekangan masa untuk menjawab soalan. Selain itu, pengkaji juga dapati bahawa
segenlintir murid perlu menggunakan masa yang lebih lama untuk menjalankan sesi
perbincangan antara rakan. Akhirnya, pengkaji terpaksa memberi masa tambahan untuk
murid berkenaan untuk menyiapkan ujian. Untuk kajian yang seterusnya, guru boleh
merancangkan aktiviti dengan menggunakan persekitaran maya pada waktu persekolahan.

Cadangan seterusnya ialah guru boleh menambahbaik kaedah persekitaran maya


dengan kemudahan yang ada pada aplikasi ini contohnya, sites, quizzes, scrom, forms dan
polls supaya murid tidak akan berasa bosan dan dapat memahami sesuatu topik dengan
cara yang lebih mudah dan seronok. Guru juga perlu membuat tinjauan literasi yang lebih
banyak untuk melihat perlaksanaan pembelajaran koperatif yang semakin popular sejak
kebelakangan ini. Hasil daripada kajian ini, pengkaji dapati perubahan yang positif ini
sedikit sebanyak menyumbang kepada proses P&P yang lebih sempurna. Semoga kajian
ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru Matematik yang terlibat dalam silibus yang sama.

42
5. 6 Penutup

Kaedah persekitaran maya Frog VLE yang digunakan untuk mata pelajaran Matematik
membolehkan murid mencapai prestasi yang baik. Hal ini disebabkan persediaan murid
yang dilakukan sebelum persembahan dan interaksi sesama murid semasa persekitaran
maya frog dijalankan membolehkan murid lebih selesa untuk bertukar-tukar pendapat dan
kefahaman. Di samping itu, pendidikan pada zaman sekarang tidak lagi bergantung
semata-mata kepada guru. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator bagi memantau
perkembangan murid. Guru harus mempelbagaikan kaedah dan strategi dalam proses
pengajaran supaya dapat menarik minat mereka. Justerunya, dapatan kajian ini juga
membuktikan keberkesanan kaedah penggunaan Frog VLE lebih tinggi berbanding
dengan kaedah tradisional di mana ia dapat meningkatkan pencapaian murid dalam
pembelajaran operasi bergabung yang melibatkan hasil darab dan bahagi. Maka, inovasi
melalui kajian tindakan yang dijalankan secara signifikannya berjaya menghasilkan
pencapaian yang lebih baik.

43
RUJUKAN
Mahizer, C., Talib, H., Noraini, N., & Norazilawati,A. (2014). Modul KRL 3033. UPSI.

FrogAsia (2012). Gambaran Keseluruhan Frog VLE, Manual Pengguna (Guru, Frog
VLE Overview (User: Staff), Malaysia: FrogAsia Training

1BestariNet, YTL Communications Sdn. Bhd. (2012). Frog VLE. Dicapai pada 4 Nov,
2013, dari http://www.frogasia.com/v2/

FrogTrade Ltd, Dean Clough, Halifax. (2011). Frog Learning Platform, The UKs Most
Advanced Learning Platform. Dicapai pada 10 Nov, 2013, dari
http://www.frogteacher.com/

Rheingold, H. (2004), Virtual Learning Enviroment (VLE). Dicapai pada 10 Nov, 2013,
dari http://www.thefeature.com/articleid=100499&ref=2337881

FrogAsia. (2012). Video Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk Pelajar: Dicapai pada
14 Nov, 2013, dari http://www.youtube.com/watch?v=DB_sX17LGuI

Peg Saragina (1999), Creating a Virtual Learning, Dicapai pada 23 Nov, 2013, dari
http://leahi.kcc.hawaii.edu/org/tcon99/papers/saragina.html

Aplin, N & J. Saunders. (1996). Values and value priorities of singaporean and
australian swimmers. Astralian Association for Research in Education. Diperoleh Feb 20,
2012 dari http://www.swim.edu.au/aare/conf96/APLIN96.422

Mohammad Azmi bin Muda.(2013). Pelaksanaan VLE SK. Selayang. Daripada


http://www.iab.edu.my/kict2013/.

Baroody, A.J. (1993). Problem solving, reasoning, and communicating: helping children
think mathematically. New York: Macmillan Publishing Company.

Mohd Aizuddin (2013). Peningkatan profesionalisma dalam penggunaan frog vle.


Daripada http://www.slideshare.net/aizuddinbakar/.

Fran, M.(2001). Using number line. London: BEAM Education, Maze Workshops.

Patton, M. Q. (1980). Qualitative research methods. Dlm. Creswell, J. W. Research


Design: qualitative and quantitative approaches, hlm. 173-191. London:Sage Publication.
33(4):393-406.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala


Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mok Soon Sang. (2010). Siri pengajian professional penyelidikan dalam pendidikan
perancangan dan pelaksanaan penyelidikan tindakan. Cipta Printing & Publishing (M)
Sdn. Bhd.

Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran pendidikan. (2th ed.). Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

44
Mohd. Sharani Ahmad. (2004). Siri prasekolah: mengurus kanak-kanak yang susah
belajar. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.

Nik Azis, Nik Pa (1999). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan


matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Tandi Clausen-May. (2005). Teaching maths to pupils with different learning styles.
London: Paul Chapman Publishing

Yew. K. K. (2001). You Are Creative And Constructive Mathematics Teaching. Kuala
Lumpur: Mindbloom

Siti Aminah Khasiman (2013). Tinjauan awal penggunaan frog vle di sekolah. Daripada
http://sekolahpenandaaras.wordpress.com.

45
LAMPIRAN

LAMPIRAN A
Keadaan murid menggunakan aplikasi Frog VLE

46
LAMPIRAN B
Maklumat penggunaan Frog Bagi Tahun 2013

47
LAMPIRAN C
Maklumat penggunaan Frog Bagi Tahun 2014

48
LAMPIRAN D
Ujian
Nama: kelas: 5A
Selesaikan soalan berikut.
1. 3 x 40 ÷ 8 = 6. 2 800 ÷ 56 x 37 =

2. 84 ÷ 4 x 5 = 7. 7 300 x 8 ÷ 5 =

3. 21 x 6 ÷ 7 = 8. 1680 ÷ 35 x 64 =

4. 100 ÷ 4 x 9 = 9. 23 460 x 4 ÷ 23 =

5. 300 x 5 ÷ 3 = 10. 4 698 x 13 ÷ 9 =

49
LAMPIRAN E
Soalan ujian dalam aplikasi Frog

50
51
52
53
54
LAMPIRAN F
Skema jawapan bagi ujian
1. 3 x 40 ÷ 8 = 6. 2 800 ÷ 56 x 37 =

15 50 50
3 8) 120 56 ) 2 800 X 37
X 40 8 2 50 350
120 40 300 + 1500
40 300 1850

2. 84 ÷ 4 x 5 = 7. 7 300 x 8 ÷ 5 =
11 680
21 21 7 300 5 ) 58 400
4 ) 84 X 5 X 8 5
8 105 58 400 8
4 5
4 34
30
40
40
0
0
3. 21 x 6 ÷ 7 = 8. 1680 ÷ 35 x 64 =
18 48 48
21 7 ) 126 35 ) 1680 x 64
X 6 7 140 192
126 56 280 2880
56 280 3072

4. 100 ÷ 4 x 9 = 9. 23 460 x 4 ÷ 23 =
4 080
25 25 23 460 23 ) 93 840
4 ) 100 X 9 X 4 92
8 225 93 840 18
20 0
20 1 84
1 84
0
0
5. 300 x 5 ÷ 3 = 10. 4 698 x 13 ÷ 9 =
500 6786
300 3 ) 1 500 4 698 9 ) 61074
X 5 15 X 13 54
1500 0 14094 70
0 46980 63
0 61074 77
0 72
54
54

55
LAMPIRAN G

Analisa Ujian-t ke atas min pencapaian murid dalam ujian bagi Kaedah Tradisional dan
Kaedah Persekitaran Maya FROG dalam menyelesaikan operasi bergabung yang melibatkan
“darab” dan “bahagi”

Group Statistics

STUDENT N Mean Std. Deviation Std. Error Mean


ujian Murid traditional 26 5.96 2.506 .491
Murid Frog 26 9.19 1.327 .260

Independent Samples Test


Levene's
Test for
Equality of
Variances t-test for Equality of Means
95% Confidence Interval of
Sig. (2- Mean Std. Error the Difference
F Sig. t df tailed) Difference Difference Lower Upper
ujian Equal variances 15. .000 -5.810 50 .000 -3.231 .556 -4.348 -2.114
assumed 981
Equal variances -5.810 38.00 .000 -3.231 .556 -4.357 -2.105
not assumed 5

56
LAMPIRAN H

Senarai nama murid Kelas A

No NAMA 姓名 JANTINA

1 CHIN JIN HE 钱进和 L


2 DING JIN XIANG 陈俊祥 L
3 FONG JUNG WUI 房仲伟 L
4 HOONG SOON JIE 洪顺杰 L
5 IAN DING ZHEN FENG 陈贞峰 L
6 LEE QING FONG 李庆锋 L
7 LING SING HAO 林心豪 L
8 LING WEI DONG 林为东 L
9 LING TZONG SHEN 林宗盛 L
10 NGAI MAO JIAN 魏茂健 L
11 SHU MEE ANG 徐美安 L
12 SOO JIM SIANG 苏俊祥 L
13 SWEE CHUN SIANG 徐俊祥 L
14 TAN JUN HAO 郑俊豪 L
15 DENG YOU QI 郑友琪 P
16 DIONG XUE JENG 张雪贞 P
17 HO ZHI XIN 胡芷欣 P
18 JOYCE DING JIA YING 陈佳莹 P
19 KONG LE YI 江乐颐 P
20 LEE YI LING 李依琳 P
21 SIOW SU JIA 萧素佳 P
22 TEOH YAN QING 张燕青 P
23 TONG LI EN 董溧恩 P
24 YUE JIN LING 余金玲 P
25 NEOH SEE YEE 梁思仪 P
26 YEK YON YI 叶咏怡 P

57
LAMPIRAN I
Senarai nama murid Kelas B

No NAMA 姓名 JANTINA

1 AH SEK WEE 夏世卫 L


2 ANSON LING JUN WEI 林俊威 L
3 CHEW GOH HAO 周宇豪 L
4 DING JIN YAO 陈进要 L
5 EDVIS SOO GUANG ZHENG 苏广政 L
6 LING JYN JIE 林俊杰 L
7 LING LI SING 林立丞 L
8 SAW ZHENG YU 苏政宇 L
9 TAN PIN YAN 陈品严 L
10 TING SI HAN 陈思翰 L
11 WONG SHENG HOCK 王圣福 L
12 CHARIS PAUL ONG ENG AI 王永爱 P
13 CHOOI YEE WERN 徐亿雯 P
14 DING KUAN YING 陈广盈 P
15 FELICIA CHENG YOU MIN 陈悠慜 P
16 GOH EN QIN 高恩琹 P
17 FONG SIEW LIN 冯秀玲 P
18 KOH XUE CHING 高雪琴 P
19 KONG JING SEE 邝静思 P
20 LEE XIN YUE 李心钥 P
21 LING JOEY 林祖怡 P
22 MAK JING YI 麦静仪 P
23 NATNICHA SONGLEKSING 苏诗萍 P
24 NGO JIA LI 吴嘉丽 P
25 VINNIE TEH 郑芷莹 P
26 WONG SHEAU WEI 王筱薇 P

58

You might also like