You are on page 1of 2

PENGENALAN

Pendidikan merupakan suatu usaha memberikan pengetahuan atau ilmu yang dilakukan oleh

mereka yang berpengetahuan yakni pengajar atau guru kepada seseorang seperti anak muridya

untuk memperkembangkan potensi dan kemahiran yang ada dalam anak murid tersebut.

Dijalankan sejak bermulanya perkembangan tamadun manusia, pendidikan merupakan suatu

aktiviti penting yang dilakukan oleh sekelompok masyarakat untuk memastikan perkembangan

tamadunnya dari segi intelek dan kemahiran. Dengan adanya ilmu pengetahuan, sesuatu

masyarakat boleh menguasai dunia seperti mana tamadun Islam sewaktu abad ke-9 yang telah

berjaya mencapai zaman keemasannya ekoran sistem pendidikan yang mantap. Kelahiran

tokoh-tokoh penting seperti Ibnu Sina pada ketika itu tidak akan berlaku sekiranya tiada sistem

pendidikan yang sistematik. Malah, sistem pendidikan yang cekap juga merupakan salah satu

faktor berlakunya zaman ‘Renaisans’ di Eropah yang akhirnya membawa kepada kemajuan

orang Eropah. Aktiviti pendidikan di Malaysia telah dijalankan sejak zaman Kesultanan

Melayu Melaka lagi melalui sekolah-sekolah pondok dan madrasah. Sistem pendidikan pada

ketika ini lebih menekankan aspek keagamaan. Setelah kedatangan British di Tanah Melayu,

sistem pendidikan telah direvolusikan hingga membawa kepada kemunculan pendidikan

formal yang diajar di sekolah-sekolah Melayu dan juga sekolah-sekolah aliran Inggeris.

Terdapat juga sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh imigran yang datang ke Tanah Melayu

seperti orang Cina, orang India dan mubaligh Kristian. Pendidikan tinggi juga mula ditekankan

dengan pembinaan beberapa universiti dan maktab perguruan seperti Universiti Malaya (UM)

dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan

Sultan Idris (UPSI). Setelah kemerdekaan, sekolah-sekolah Melayu bertukar nama kepada

sekolah kebangsaan (SK) bagi pendidikan rendah dan sekolah menengah kebangsaan (SMK)

bagi pendidikan menengah. Menjelang tahun 1980-an, sekolah-sekolah kebangsaan mula

tumbuh seperti cendawan selepas hujan ekoran pembangunan yang rancak di negara ini pada

1
ketika itu termasuk di Seremban. Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan.

Terkenal sebagai pusat perlombongan bijih timah pada abad ke-19, Seremban yang dahulunya

dikenali sebagai Sungai Ujong berkembang menjadi sebuah bandar yang sibuk kerana

kedudukannya yang strategik kerana terletak kira-kira 60km daripada Kuala Lumpur. Pada

tahun 2020, Seremban telah diiktiraf sebagai bandar raya dan kini diuruskan oleh Majlis

Bandaraya Seremban menggantikan Majlis Perbandaran Seremban. Terdapat pelbagai institusi

pendidikan yang popular di Seremban atau berdekatan Seremban seperti SMK King George V,

SMK Puteri, SMK Bukit Mewah, Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dan Sekolah Dato’ Abdul

Razak (SDAR). Namun, fokus kajian kali ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi

(SMKSP) yang terletak di Senawang iaitu kira-kira 7km dari pusat bandar.

You might also like