You are on page 1of 5

PERMAINAN LUAR/PADANG

Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. Menyediakan alat permainan yang diperlukan dan memastikan
alatan mencukupi untuk aktiviti yang dirancangkan.
2. Memastikan kanak-kanak beratur dan bersedia sebelum keluar
dari bangunan.
3. Kanak-kanak memakai kasut/selipar masing-masing setiap kali
bermain di luar bangunan.
4. Menunjukkan cara bermain dan menggunakan peralatan
permainan dengan betul.
5. Perlu terlibat dan bermain sama setiap kali kanak-kanak bermain.
6. Memerhati dan mengawasi kanak-kanak semasa bermain bagi
memastikan keselamatan mereka.
7. Mengawasi tindak tanduk kanak-kanak yang mungkin boleh
membahayakan diri dan rakan-rakan mereka.
8. Perlu bertindak segera jika berlaku kemalangan atau kecederaan.
9. Galakkan kanak-kanak mengemas/menyimpan alat permainan
dan membersihkan kawasan tempat bermain.
10. Kanak-kanak diminta mencuci tangan dan kaki selepas bermain.
11. Kanak-kanak diminta beratur untuk masuk ke dalam bangunan.

AKTIVITI KANAK-KANAK
Buaian
Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. perlu memastikan keadaan fizikal alat permainan tersebut adalah selamat untuk digunakan
2. satu buaian hanya diperuntukkan untuk seorang kanakkanak
. 3. memastikan kanak-kanak tidak menghayun buaian terlalu laju.
4. kanak-kanak tidak dibenarkan berada di depan atau di belakang buaian ketika kanak-kanak lain sedang bermain
buaian.
5. memastikan kanak-kanak memegang tali/besi pemegang semasa menghayun buaian.
6. sentiasa mengawasi kanak-kanak ketika mereka sedang bermain.
7. galakkan memberi peluang bermain kepada semua kanak-kanak dengan cara membuat giliran.

Jongkang-Jongkit
Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. perlu memastikan keadaan fizikal alat permainan tersebut adalah bersih dan selamat untuk digunakan;
2. bilangan kanak-kanak seimbang atau sama di kedua-dua belah;
3. kanak-kanak memegang besi pemegang dengan kuat;
4. kanak-kanak tidak turun dengan serta merta, bagi mengelakkan rakan mereka yang berada di hujung jatuh; dan
5. kanak-kanak tidak memanjat atau duduk di tengah jongkang jongkit.

Gelongsor
Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. perlu memastikan keadaan fizikal alat permainan tersebut adalah bersih dan selamat untuk digunakan;
2. kanak-kanak naik ikut tangga dan turun ikut papan gelongsor. Jangan sekali-kali membenarkan mereka naik
mengikut bahagian hadapan gelongsor;
3. kanak-kanak tidak berada di hadapan papan gelongsor sebelum kanak-kanak menggelongsor turun bagi
mengelakkan kemalangan;
4. dalam satu-satu masa tidak lebih daripada tiga orang bermain dan berdiri di atas papan gelongsor bagi
mengelakkan kanak-kanak tolak menolak; dan
5. sentiasa mengawasi dan memberi bimbingan sekiranya
kanak-kanak tidak mematuhi peraturan.

Terowong
Pendidik/ Penagsuh/PPM:
1. memastikan keadaan terowong adalah selamat, bersih
dan baik untuk digunakan;
2. menunjukkan cara-cara untuk bermain kepada kanakkanak
sebelum membenarkan mereka bermain;
3. memberi peluang kepada setiap kanak-kanak bermain
di dalam terowong secara bergilir-gilir;
4. perlu pastikan keluar dan masuk terowong satu hala
bagi mengelakkan sebarang pelanggaran kanakkanak
semasa bermain;
5. perlu mengawasi kanak-kanak dan memberi
bimbingan sekiranya kanak-kanak tidak mematuhi
peraturan ketika sedang bermain; dan
6. sekiranya terowong tersebut kecil, minta kanakkanak
membongkokkan badan atau merangkak
semasa bermain dalam terowong tersebut.

Jambatan Gantung
Pendidik/ Penagsuh/PPM:
1. memastikan keadaan terowong adalah selamat dan
baik untuk digunakan;
2. menggalakkan kanak-kanak beratur semasa hendak
berjalan di atas jambatan tersebut;
3. pastikan dalam satu-satu masa tidak lebih daripada
tiga orang bermain dan berdiri di atas jambatan bagi
mengelakkan kanak-kanak tolak menolak ;
4. sentiasa mengawasi dan memberikan bimbingan
sekiranya kanak-kanak tidak mematuhi peraturan;
5. memastikan kanak-kanak memegang tali pemegang
semasa berjalan di atas jambatan.
6. memastikan kanak-kanak tidak berhayun semasa
berada di atas jambatan; dan
7. pimpin kanak-kanak kecil (1-2 tahun) untuk
mengelakkan kaki kanak-kanak tidak tersangkut di
antara celahan papan.

Maze
Pendidik/ Penagsuh/PPM:
1. perlu memeriksa kawasan Maze selamat untuk
digunakan sebelum membawa kanak-kanak ke
kawasan tersebut;
2. kanak-kanak digalakkan untuk berbaris semasa
hendak bermain di dalam “maze” tersebut;
2. pendidik / ppm boleh mengetuai barisan kanak-kanak
3. semasa bermain di dalam “maze” tersebut;
4. 4. sentiasa mengawasi kanak-kanak ketika mereka
5. sedang bermain;
6. 5. pastikan pokok-pokok yang membentuk “maze”
7. tersebut sentiasa rendah mengikut paras ketinggian
8. kanak-kanak.;

Climbing Wall
9. Pendidik / Pengasuh/PPM
memastikan bilangan kanak-kanak yang memanjat dinding adalah bersesuaian dengan keluasan dinding
tersebut;
10. bimbing kanak-kanak untuk memegang dan memijak
batu dengan betul dan tegap supaya tidak terlepas;
11. sentiasa memerhati dan mengawasi kanak-kanak semasa bermain bagi memastikan keselamatan mereka.

Basikal
12. Pendidik / Pengasuh/PPM
memastikan basikal tersebut adalah selamat untuk
digunakan oleh kanak-kanak;
2. perlu memastikan basikal adalah bersesuaian dengan
saiz kanak-kanak;
3. menggalakkan kanak-kanak menunggu giliran dan
memberi peluang kepada setiap kanak-kanak bermain
basikal;
4. perlu sentiasa mengawasi dan memberi bimbingan
kepada kanak-kanak ketika bermain; dan
5. Selepas bermain, pastikan basikal disimpan semula di
stor penyimpanan

Penyelengaraan taman permainan kanak-kanak

 Pastikan taman permainan dibaiki dengan baik, tanpa bucu-bucu yang tajam
atau bergeriji.
 Tiada tapak permukaan yang terbiar.
 Tiada peralatan yang telah lusuh atau hilang.
 Besi, getah, plastik atau kayu telah diperkemaskan dan tidak mereput.
 Permukaan perlu sentiasa diselenggara dan bebas dari bucu-bucu tajam.
 Semua peralatan perlu dipasang selamat dengan permukaan tanah.
 Semua peralatan perlu sentiasa perketatkan supaya tiada yang longgar.

Langkah-langkah keselamatan di taman permainan kanak-kanak

Ibubapa perlu memastikan anak-anak mereka bermain ditaman permainan yang


mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sempurna. Jika taman permainan di kawasan
perumahan didapati tidak selamat untuk kanak-kanak, sila maklumkan kepada pihak
berkenaan.

Di antara ciri keselamatan yang disarankan :

 Ketinggian peralatan
o Ketinggian peralatan tidak perlu lebih dari 8 kaki, dan jika lebih, “guard-
rails” (tinggi di antara 38 inci) perlu dipasang.
 Tapak permukaan dan kawasan untuk jatuh
o Permukaan untuk jatuh perlu merangkumi 6 kaki mengelilingi peralatan
permainan terutama di bawah dan di antara buaian, gelunsur dan lain-
lain. Elakkan permukaan yang dibuat daripada “asphalt”, konkrit,
rumput dan tanah. Di antara permukaan yang selamat ialah:
 Pasir (kedalaman 10 inci)
 Serpihan kayu proses (kedalaman 12 inci)
 Tikar-luar getah (rujuk American Academy of Paediatrics Public
Education Brochure).

 Jerangkap
o Ruangan di antara 3.5 hingga 9 inci diperlukan supaya kanak-kanak
tidak terperangkap kepala mereka. (Piawaian Keselamatan Taman
Permainan SIRIM).
 Skru dan pepaku yang menonjol
o Risiko yang berkaitan merupakan tersangkut pakaian yang
mengakibatkan tercekik dan tercucuk yang mengakibatkan luka pada
badan dan mata.
 Terjatuh/Terpintas
o Pastikan tiada tapak konkrit yang terbiar, curaman, akar kayu atau batu
yang boleh mengakibatkan mereka terjatuh atau terpintas.
 Peralatan berkaitan dengan umur
o Kanak-kanak pra-persekolahan dan bersekolah perlu diasingkan
peralatan permainan mereka.
Contoh kawasan permainan yang bahaya

Sebagai seorang pendidik yang berkualiti kita perlu mempelajari cara mengendalikan kes-keskemalangan sama ada
kecil atau pun besar. Dengan adanya pengetahuan ini sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kecederaan atau
kemalangan itu menjadi bertambah teruk.Maka pengetahuan dan langkah-langkah awal berkenaan pertolongan
cemas seperti yangdisampaikan dalam ceramah yang disampaikan oleh Encik Majid Fazal perlu diketahui
bagimelakukan rawatan

Pertolongan kecemasan adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikankepada mangsa sebelum
menerima rawatan yang sewajarnya. Ia merupakan satu usaharawatan pertama (
first
aid) dalam keadaan kecemasan dan kebiasaannya dilakukan di tempatberlakunya kejadian atau kemalangan. Ianya
bertujuan untuk menggalakkan pemulihan,mengelakkan berlakunya komplikasi dan juga untuk menyelamatkan
nyawa sementaramenunggu bantuan perubatan daripada pakar perubatan dan profesional tiba

Sebagai guru dan pendidik yang bertanggungjawab, kita juga harus memastikan kawasaninstitusi pendidikan
dibawah seliaan kita menitik beratkan aspek keselamatan dan kebersihan.Kita tidak akan dapat menjangka bila
sesebuah kemalangan atau insiden buruk akan berlaku.Oleh itu kita harus tahu serba sedikit tentang cara untuk
memberikan rawatan awal sementarabayi dan kanak-kanak mendapatkan rawatan perubatan daripada profesional.

You might also like