You are on page 1of 21

TOPIK 3 RESPIRASI HAIWAN

Sinopsis

Respirasi merujuk pada proses penghasilan tenaga melalui oksidasi makanan.


Respirasi terbahagi kepada dua peringkat iaitu respirasi luar (pernafasan) dan
respirasi dalam ataupun respirasi sel. Respirasi luar melibatkan pengambilan
gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida. Respirasi dalam merujuk
pada proses penghasilan tenaga dalam sel melalui pengoksidaan glukosa.
Topik ini berfokuskan pada proses respirasi luar (pernafasan). Anda akan
mempelajari tentang pelbagai jenis organ pernafasan, mekanisme pernafasan
manusia dan pengangkutan oksigen.

Hasil Pembelajaran

1. Terangkan struktur dan mekanisma pelbagai jenis organ pernafasan.


2. Huraikan mekanisme pernafasan dalam manusia.
3. Huraikan proses pengangkutan oksigen.
4. Banding dan beza struktur organ pernafasan dan mekanisme pernafasan.
di antara serangga, ikan dan manusia.

Ringkasan Keseluruhan

Respirasi Luar Haiwan

Mekanisme Pengangkutan
Organ pernafasan Pernafasan oksigen

Rajah 4.1: Ringkasan Keseluruhan Isi Kandungan

41
Pengenalan

Organisma memerlukan tenaga untuk semua proses hidup. Tenaga diperolehi


melalui proses respirasi. Respirasi di bahagi kepada respirasi luar (pernafasan)
dan respirasi dalam (respirasi sel). Respirasi luar merujuk pada pengangkutan
oksigen daripada udara luar ke dalam sel badan dan pengangkutan karbon
dioksida dari sel badan ke udara luar. Respirasi dalam ialah proses metabolik
yang berlaku dalam sel badan. Glukosa ialah substrat utama untuk respirasi sel.
Semasa respirasi dalam, oksigen bertindakbalas dengan glukos untuk
menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air. Anda akan belajar tentang
respirasi dalam (respirasi sel) dalam topik 6. Dalam topik ini anda akan belajar
tentang organ-organ pernafasan, mekanisme pernafasan dan pengangkutan
oksigen dalam serangga, ikan dan manusia.

Pernafasan melibatkan pengambilan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida


daripada badan hidupan. Dalam organisma unisel seperti Amoeba, pertukaran
gas berlaku melalui resapan ringkas. Tetapi dalam organisma multisel, organ
pernafasan yang khas diperlukan untuk pertukaran gas. Organ pernafasan
terlibat dalam pertukaran gas di antara organisma dan persekitaran. Organ
pernafasan hidupan yang berlainan adalah berbeza disesuaikan untuk bernafas
dengan cekap. Organ pernafasan yang anda akan belajar dalam topik ini ialah
sistem trakea, insang dan paru-paru. Jadual 4.1 menunjukkan organ pernafasan
untuk organisma berlainan.

Organisma Organ Pernafasan


Serangga Sistem trakea
Ikan Insang
Manusia Paru-paru
Mamalia Paru-paru
Katak Kulit, paru-paru

Jadual 4.1: Organ Pernafasan Organisma


42
4.1 Sistem Pernafasan Serangga

Pemikiran

Perhatikan seekor belalang atau lipas. Bagaimanakah


pernafasan berlaku dalam haiwan-haiwan ini?
Adakah serangga mempunyai sistem peredaran darah untuk
mengangkut gas-gas pernafasan?

Sistem pernafasan bagi serangga seperti lipas dan belalang dikenal


sebagai sistem trakea. Rajah 4.2 menunjukkan sistem trakea dalam
serangga. Sistem trakea terdiri daripada jaringan tiub kecil yang
dipanggil trakea. Trakea disambung pada udara luar melalui
pembukaan yang dipanggil spirakel. Udara masuk melalui spirakel ke
dalam trakea. Trakea bercabang berulang kali untuk membentuk salur-
salur halus yang dipanggil trakeol. Dinding trakeol adalah nipis dan
lembab. Setiap sel di dalam badan serangga dibekalkan dengan
sekurang-kurangnya satu trakeol. Pertukaran gas berlaku di antara
trakeol dan sel badan. Oleh itu serangga tidak memerlukan darah untuk
mengangkut oksigen.
Tiub trakea
utama
Kutikel

Cabang-cabang
trakea (trakeol)
spirakel membekalkan sel
dengan oksigen

Rajah 4.2: Sistem Trakea Serangga.


43
Jadual 4.2 menunjukkan ciri-ciri dan penyesuaian sistem respirasi
serangga.

Bahagian Ciri-Ciri dan Penyesuaian

 Merupakan liang pernafasan yang membuka


Spirakel ke sistem trakea.
 Terdapat satu pasang pada satu segmen di
kedua-dua belah sisi toraks dan abdomen
lipas dan belalang.
 Pembukaan dan penutupan spirakel dikawal
oleh injab semasa udara masuk atau
keluar.

Tiub  Disusun membujur dan melintang di seluruh


Trakea badan untuk memaksimumkan
pengudaraan.
 Terdapat gelang-gelang kitin untuk
menjadikan tiub trakea teguh.
 Membuka kepada trakeol, iaitu tiub yang
lebih kecil.

Trakeol  Tiub antara sel yang menembusi sel-sel


badan.
 Di hujung trakeol, oksigen melarut dalam
cecair sebelum terserap ke dalam sel badan.

Jadual 4.2: Ciri-Ciri dan Penyesuaian Sistem Respirasi Serangga

44
4.1.1 Mekanisme Pernafasan Serangga

Serangga menarik dan melepaskan nafas dengan mengembang dan


menguncupkan toraks serta abdomennya secara beritma. Pengecutan
otot abdomen serangga mampatkan organ dalam dan tindakan ini
memaksa udara keluar (lepas nafas). Pengenduran otot abdomen
membolehkan udara disedut masuk (tarik nafas).

Latihan 4.2

Jika bahagian kepala seekor belalang dicelup ke dalam air dan


meninggalkan toraks serta abdomennya di luar air, belalang itu tidak
akan mati lemas. Apakah penerangan bagi pemerhatiannya ini?

Rehat

4.2 Sistem Pernafasan Ikan

Organ pernafasan ikan ialah insang. Insang ialah struktur respirasi


yang khusus untuk pernafasan dalam air. Insang di sesuaikan untuk
menyerap oksigen terlarut dalam air.

Insang terletak di kedua-dua sisi badan ikan dan ditutupi oleh penutup
insang atau operkulum. Lihat Rajah 4.3. Operkulum ialah struktur
berotot yang menutup dan melindungi insang. Operkulum berkoordinasi
dengan mulut dalam mekanisme pernafasan ikan.

45
rongga
mata operkulum
hidung

lengkung
insang
pertama

mulut

Rajah 4.3: Kepala Ikan

Kebanyakkan ikan mempunyai empat pasang insang, empat di sebelah


kanan ikan dan empat lagi di sebelah kiri ikan. Setiap insang terdiri
daripada satu lengkung insang yang keras dan dua baris filamen
insang. Setiap filamen insang mempunyai lapisan menegak di
permukaan atas dan bawah yang dipanggil lamela gill. Lamela gill
merupakan permukaan untuk pertukaran gas berlaku. Kaji Rajah 4.4.
yang menunjukkan gambarajah insang.

Filamen insang dibekalkan dengan jalinan kapilari yang banyak.


Dinding filamen yang halus memudahkan resapan oksigen ke dalam
kapilari darah. Sisir insang berbaris pada lengkung insang dan
menapis zarah-zarah kecil seperti pasir supaya tidak memasuki
bahagian filamen dan merosakkannnya.

46
lengkung insang
lamela
insang

kedudukan
menegak
sisir-sisir
ikan
filamen
insang

Rajah 4.4: Insang Ikan

Membuat Nota

Terangkan apa yang anda fahami mengenai istilah-istilah berikut:


Insang, lengkung insang, filamen insang, lamela insang
dan sisir insang. Sediakan jawapan anda dalam bentuk peta minda

Rehat

47
Eksperimen

Penyiasatan Sistem Respirasi Ikan

Tujuan: Menyiasat sistem respirasi ikan


Bahan dan radas: Ikan, instrumen pembedahan, papan
pembedahan, mikroskop, kanta tangan,
Prosedur :
1. Ikan bertulang mempunyai operkulum atau penutup insang di
kedua-dua sisi badan. Potong operkulum pada satu sisi untuk
mendedahkan insang. Berapa pasang insang yang anda
perhatikan? Lukiskan pemerhatian anda.

2. Insang disambung pada struktur bertulang yang dipanggil


lengkung insang. Setiap insang terdiri daripada satu lengkung
insang dan dua baris filamen insang. Perhatikan filamen insang di
bawah mikroskop. Lukis dan label struktur ini. Namakan saluran
darah yang terdapat dalam filamen insang.

3. Pertukaran gas berlaku di filamen insang. Huraikan ciri-ciri


penyesuaian filamen insang yang membolehkan pertukaran gas
yang effisien.

4. Terangkan fungsi insang filamen.

48
4.2.1 Mekanisme Pernafasan Ikan

Adakah anda perhatikan ikan dalam air? Mulut ikan sentiasa terbuka
dan tertutup. Ini ialah cara ikan bernafas. Adakah anda tahu kepekatan
oksigen dalam air adalah kurang berbanding dengan udara. Ikan
memerlukan sistem pertukaran gas yang efisien untuk memastikan
cukup oksigen diperolehi untuk pernafasan.

Ikan bernafas dengan membuka dan menutup mulut dan operkulum


secara selang seli. Lihat Rajah 4.5 dan baca apa yang berlaku semasa
ikan membuka dan menutup mulut.

(a) Pembukaan mulut / Air masuk


Operkulum tutup
 Mulut ikan membuka.
 Rongga mulut membesar, isipadu
bertambah.
 Tekanan dalam mulut menurun.
 Operlulum menutup kerana tekanan diluar
lebih tinggi.
Operkulum buka
 Air dengan oksigen terlarut masuk.

(b) Penutupan mulut / Air keluar


 Mulut ikan tutup
 Rongga mulut mengecil, isipadu menurun
 Tekanan dalam mulut tinggi
 Operkulum membuka
 Air dipaksa keluar Rajah 4.5: Pembukaan dan
Penutupan Mulut Ikan

49
4.2.2 Pertukaran Dalam Aliran Bertentangan
(Countercurrent exchange)
Kecekapan pertukaran gas dalam ikan ditambah lagi dengan
mekanisme “countercurrent exchange”. Ini merujuk pada pengaliran
darah pada arah yang bertentangan dengan air. Pengaliran seperti ini
memaksimumkan pemindahan oksigen ke dalam insang. Ini ialah
kerana darah terdeoksigen dalam kapilari darah akan bertemu dengan
air berkepekatan oksigen tinggi. Kecerunan kepekatan ini
membolehkan pemindahan oksigen yang banyak ke dalam darah. Lihat
Rajah 4.6 dan Rajah 4.7 yang menunjukkan konsep pertukaran dalam
aliran bertentangan (countercurrent exchange).

Rajah 4.6 : Countercurrent Exchange

Air dengan oksigen Air kurang oksigen


terlarut

Kecerunan kepekatan
dikekalkan

Darah teroksigen Darah terdeoksigen

Rajah 4.7 : Konsep Countercurrent Exchange

50
Latihan 4.2

(a) Terangkan apa yang anda fahami dengan konsep


“countercurrent exchange” dalam pernafasan ikan.

(b) Huraikan ciri-ciri penyesuaian insang ikan yang membolehkan


pertukaran gas yang cekap.

Rehat

4.3 Sistem Pernafasan Manusia

Organ pernafasan manusia ialah paru-paru. Paru-paru ialah tisu berspan


yang dapat mengembang dan mengecut mengikut gerakan sedutan dan
hembusan nafas. Rajah 4.5 menunjukkan gambarajah paru-paru
manusia.

laring

trakea

bronkus kiri
bronkus
kanan

kumpulan bronkiole
alveolus
paru-paru kiri

tulang rusuk
otot interkosta

Rajah 4.8: Paru-paru Manusia

51
Trakea ialah struktur berbentuk tiub yang menyalurkan udara ke dalam dan
ke luar paru-paru. Dinding trakea terdiri daripada gelang-gelang rawan
berbentuk C yang mencegahnya daripada ranap. Trakea bercabang
kepada sepasang bronkus. Setiap bronkus membahagi dan membentuk
cabang-cabang yang lebih kecil yang dipanggil bronkiol. Bronkiol
bercabang dan berkakhir dengan kumpulan pundi udara yang dipanggil
alveolus. Pertukaran gas berlaku pada permukaan alveolus. Rajah 4.6.
menunjukkan gambarajah alveolus.

Pertukaran gas di paru-paru berlaku secara resapan. Di alveolus, udara


sedut mengandungi lebih banyak oksigen tetapi sedikit karbon dioksida. Di
kapilari darah, kepekatan gas oksigen ialah tinggi tetapi tekanan gas karbon
dioksida ialah rendah. Oksigen di alveolus akan meresap ke dalam kapilari
darah. Karbon dioksida dalam kapilari darah meresap ke dalam udara
alveolus. Darah yang meninggalkan alveolus mempunyai kandungan
oksigen yang tinggi dan karbon dioksida yang rendah.

Darah dari
arteri
pulmonari

alveolus
Bronkiol

Darah dari vena


pulmonari

Rajah 4.9: Alveolus

52
Latihan 4.2

Kaji istilah-istilah berikut: rongga hidung, epiglottis, glottis, laring, faring,


trakea, bronkus, bronkiol, alveolus, diafragma, dan hemoglobin,
Tulis dua atau tiga ayat untuk menerangkan dengan jelas struktur dan
fungsi setiap istilah yang anda telah kaji.

Perbincangan

Bincang dalam kumpulan ciri –ciri penyesuaian alveolus yang


membolehkan pertukaran gas yang cekap.

Rehat

4.3.1 Mekanisme pernafasan manusia

Pemikiran

Letak tangan anda di atas dada anda. Tarik nafas dengan kuat.
Rasa pergerakan tulang-tulang rusuk.
Kemudian lepas nafas dengan kuat. Apakah yang anda dapati?

53
Mekanisme pernafasan memperbaharuhi bekalan oksigen dalam paru-paru dan
menyingkirkan karbon dioksida yang berlebihan daripadanya. Peparu adalah
tidak berotot jadi tindakan pengembangan dan pengecutannya dilakukan oleh
gerakan tulang-tulang rusuk dan diafragma. Diafragma ialah selapis otot yang
memisahkan toraks daripada abdomen. Dalam keadaan kendur, diafragma
berbentuk kubah dengan puncaknya ke atas. Tulang-tulang rusuk digerakkan
oleh otot interkosta luar dan dalam yang bersambung dari tulang ke tulang.

Kaji Rajah 4.8 di bawah yang menunjukkan mekanisme pernafasan manusia.


Cuba terangkan apa yang berlaku pada diafragma dan sangkar rusuk semasa
tarikan dan hembusan nafas. Selepas itu merujuk pada Jadual 4.3 untuk semak
jawapan anda.

Tarik Hembus
nafas nafas

Rajah 4.10: Mekanisme Pernafasan Manusia

54
TARIKAN NAFAS HEMBUSAN NAFAS

 Otot interkosta luar mengecut  Otot interkosta luar mengendur


 Otot interkosta dalam mengendur  Otot interkosta dalam mengecut
 Tulang rusuk menaik  Tulang rusuk menurun dan
 Diafragma mengecut dan diafragma mengendur
mendatar  Diafragma melengkung ke atas
 Isi padu toraks meningkat  Isipadu toraks menurun
 Tekanan udara di dalam paru-  Tekanan udara di dalam paru-
paru menurun  paru meningkat
 Udara masuk ke dalam paru-paru  Udara dipaksa keluar dari paru-
paru

Jadual 4.3: Mekanisme Pernafasan Manusia

Rest

4.4. Pengangkutan Oksigen

Pengangkutan gas dalam manusia melibatkan sistem peredaran darah


Darah merupakan medium yang mengangkut oksigen daripada paru-paru ke
seluruh badan dan karbon dioksida dari seluruh badan ke paru-paru.

Hemoglobin ialah sejenis pigmen respirasi berwarna merah yang terdapat dalam
sel darah mearh. Hemoglobin berfungsi sebagai pembawa oksigen. Setiap
molekul hemoglobin terikat dengan empat molekul oksigen.

55
Di paru-paru, oksigen akan bergabung dengan hemoglobin untuk menghasilkan
oksihemoglobin. Di sel-sel badan, oksigen berpisah daripada hemoglobin dan
memasuki sel untuk proses respirasi sel. Lihat Rajah 4.1.

Di paru-paru
Oksigen + hemoglobin oksihemoglobin

Di sel badan
Oksihemoglobin Oksigen + hemoglobin

Rajah 4.11: Pengangkutan Gas Oksigen

Semasa respirasi luar atau pernafasan, oksigen meresap daripada alveolus


melalui membran alveolus dan masuk ke dalam plasma darah. Lihat Rajah 4.
11.
 Kebanyakkan oksigen (98.5%) masuk ke dalam sel darah merah dan
bergabung dengan hemoglobin (Hb) untuk membentuk
oksihemoglobin.
 Lebih kurang 1.5% oksigen diangkut sebagai oksigen terlarut dalam
oksigen

56
Pengangkutan Gas Karbon Dioksida

Rajah 4.12 : Pengangkutan Gas Karbon Dioksida

Karbon dioksida yang terhasil daripada respirasi sel akan meresap dari
bendalir tisu ke dalam plasma darah. Lihat Rajah 4.12.
 Lebih kurang 7% daripada karbon dioksida kekal dalam plasma
 Lebih kurang 93% yang lain masuk ke dalam sel darah merah
 23% bergabung dengan hemoglobin untuk membentuk
karbaminohemoglobin
 70% karbon dioksida ditukar dalam sel darah merah menjadi
ion bikarbonat (HCO- 3)

CO2 + H2O H2CO3 (asid karbonik) HCO- 3 + H+

Rehat

57
AMALI 3: Sistem Pernafasan Haiwan

Pembedahan Sistem Pernafasan Haiwan (Mamalia)

Tujuan: Menyiasat sistem pernafasan mamalia


Bahan dan radas: Tikus, instrumen pembedahan, papan
pembedahan, mikroskop, kanta tangan,
Prosedur:
1. Letak tikus di atas papan pembedahan dengan bahagian ventral
ke atas. Gunakan jarum untuk memegang tikus di atas papan
pembedahan.

2. Mula potong di bahagian ventral pada garisan tengah dan potong


hingga ke bahagian rahang tikus dan selepas itu sehingga
bahagian dubur.

3. Dengan memegang kulit dengan forseps, keluarkan tisu perantara.


Tarik kulit dan pinkan ke atas papan pembedahan.

4. Potong dinding toraks secara ventral dan sisi untuk mendedahkan


rongga toraks.Keluarkan kelenjar timus.

5. Potong otot dan tisu di bahagian leher untuk mendedahkan trakea


dan laring.

6. Potong di bahagian atas laring. Keluarkan tisu perantara yang


terlekat pada trakea.

7. Dengan hati-hati, keluarkan kesemua jantung, trakea, esofagus dan


laring serentak. Pisahkan esofagus dari jantung .Pinkan laring,
trakea dan paru-paru di atas papan pembedahan. Lukis
gambarajah berlabel struktur-struktur yang anda telah keluarkan.

58
Pembedahan Sistem Pernafasan Haiwan (Mamalia)

Soalan:
1. (a) Kira bilangan tulang rusuk untuk haiwan ini.

(b) Terangkan fungsi sangkar rusuk semasa pernafasan haiwan ini.

2. (a) Huraikan rupa dan ciri-ciri diafragma

(b) Apakah kepentingan ciri-ciri diafragma ini dalam pernafasan.

3. Huraikan rupa paru-paru kiri dan kanan.


Picit paru-paru and perhatikan teksturnya.
Letakkan paru-paru dalam air panas. Udara dalam paru-paru akan
mengembang dan paru-paru akan terapung dalam air.

4. Ukur panjang trakea (dari laring ke bahagian cabang bronkus).

59
Latihan

1. Labelkan struktur A hingga G dalam gambarajah sistem


pernafasan manusia di bawah.

E
B

F
C

G
D

2. Huraikan ciri-ciri penyesuaian paru-paru manusia yang


membolehkan pertukaran gas yang cekap.

3. Terangkan bagaimana gas oksigen dan karbon dioksida diangkut


dalam darah.

4. Dengan menggunakan pengurusan grafik, banding dan


beza organ pernafasan dan mekanisme pernafasan ikan,
serangga dan manusia. Gunakan gambarajah yang relevan
sebagai illustrasi untuk jawapan anda.

60
Buku Rujukan

Clegg, C.J. with D.G. Mackean. (2007). Advanced Biology-Principles and


Applications. London. Hodder Murray.

Kaskel, A. & Hummer, P.J. (2003). Biology an everyday experience. New York:
Glencoe McGraw Hill

Lum H. K.(2000). Biology The Living Science. Singapore: Pearson


Education Asia Pte Ltd.

Mader, S. S. (2001). Biology, 9th edition. New York: McGraw Hill

Raven, P, H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005). Biology. (7th
ed.). Boston:McGraw Hill

Layari Internet

http://www.mcqueens.net/mcqueen-ntl/dis/toc_/Pt20.html

http://www.emc.maricopa.edu/faculty/farabee/BIOBK/BioBookRESPSYS.html

http://www.zephyrus.co.uk/characteristics.html

http://ahobart.net/oldsite/biology/advanced/htmlpages/gas.htm

www.unit5.org/biology/PowerPoints/Rat%20Dissection.ppt

61

You might also like