You are on page 1of 10

Mulai tahun 2015, sambutan kemerdekaan negara Malaysia tidak lagi menggunakan

ungkapan "Hari Kemerdekaan ke 58" tetapi hanya "Hari Kemerdekaan 2015" untuk
menyeragamkan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan
Malaysia yang sebenarnya adalah pada tarikh 16 September 1963 (Hari Malaysia)
manakala 31 Ogos 1957 hanya melibatkan Semenanjung sahaja.

Bulan Kemerdekaan
Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2016, beberapa acara akan diadakan sebelum
tanggal 31 Ogos 2016. Semuanya boleh anda dapati dilaman sesawang khas JKMM
iaitu http://31ogos.my/. Diantaranya adalah pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen
Kibar Jalur Gemilang 2016.

Berikut adalah lagu rasmi hari kemerdekaan


Malaysia 2015-2016.

 Tajuk : Sehati Sejiwa


 Lagu : Muhammad Yuri Edris
 Lirik : Siso Kopratasa & Yuri Edris
 Penyanyi : Alif Satar /choir Gemersik Chorus
 Penyanyi Latar : Gemersik Chorus

Maka tahun ini, Hari Merdeka di kenali sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
Tema Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2016 -
Sehati Sejiwa
Tema rasmi "Sehati Sejiwa" bermaksud bersatu hati dalam perpaduan antara negeri
Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Ianya juga turut membawa maksud bersama
saling memahami dan membantu antara satu sama lain

Erti Kemerdekaan
Sebagai tambahan, mari kita fahami maksud/erti kemerdekaan :

Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang


secara amnya menuntut kedaulatan.

Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk


kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran
dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata
yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan
sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.
Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering kali
untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada
kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh
ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui
penjajahan, dasar peluasan kuasa atau imperialisme. - sumber

Namun begitu, Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah
semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar
yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di
Malaysia.

Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu


yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara
nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan
kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul
bersama oleh seluruh rakyat.

Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan
pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-
sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat
cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di
mana kita berada.

http://bmblogr.blogspot.com/2015/08/tema-logo-hari-kemerdekaan-malaysia.html
Hari Kebangsaan Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dibawa
menyaksikan perbarisan ketika Hari Kebangsaan Tanah Melayu 1958

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi
menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957. Hari
kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan
mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai
lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31
Ogos 2007, Malaysia telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-50.[1]
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di
mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan
yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut.
Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan-
bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan
bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari
kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kebangsaan_Malaysia
Tema Sehati Sejiwa Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari
Malaysia Dikekalkan - Menteri KKMM
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Tema 'Sehati Sejiwa' pada sambutan Hari
Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan sebagai tema sambutan pada
tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said
Keruak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari
Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri, hari ini.

Salleh berkata tema berkenaan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan
negara dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program
sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang lalu.

"Tema, logo dan lagu sambutan juga masih dikekalkan untuk tahun ini dan turut dikekalkan adalah penggunaan nama 'Hari
Kebangsaan' sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan," katanya.

Antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk
program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati
Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari
Malaysia 2016.

Dalam pada itu, Salleh berkata penganjuran hari kebangsaan bukan semata-mata milik kerajaan yang memerintah sahaja
tetapi sebaliknya semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan dan badan korporat perlu bersama memainkan
peranan dalam menganjurkan hari kemerdekaan.

"Konsep hari kemerdekaan itu adalah hari milik kita bersama, dan untuk itu semua pihak perlu melibatkan diri," katanya.

Katanya, sambutan itu perlu ditekankan semua pihak kerana dikhuatiri wujud persaingan iaitu pendekatan ke arah pengaruh
perasaan globalisasi terhadap semangat nasionalisme ekoran kemajuan dunia teknologi tanpa sempadan.

"Kerana kita berhadapan dengan dunia digital iaitu kadang-kadang kita rasakan kita tidak lagi ada sebuah negara tapi
sedangkan kita memiliki negara yang merdeka, ini yang harus kita tanamkan khususnya kepada generasi muda.

"Jangan nanti nasionalisme global itu melunturkan perasaan kita yang cinta kepada hari kebangsaan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata penting untuk semua rakyat bersyukur dengan keamanan yang dikecapi pada hari ini dan
sehubungan itu rakyat perlu terus bersatu padu membangunkan negara.

Katanya, dalam konteks bersatu padu itu tidak semestinya rakyat mempunyai pandangan sama dalam soal kepartian dan
politik tetapi perkara yang lebih penting adalah bersatu padu untuk menentukan agar negara aman damai dan stabil.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1257131
Hari Kebangsaan 2016 meriah
31 OGOS 2016

Peserta acara padang membuat persembahan pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-59 bertemakan
Sehati Sejiwa di Dataran Merdeka hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Semangat dan rasa cinta kepada negara jelas tergambar hari ini apabila ribuan rakyat
Malaysia dari segenap lapisan masyarakat berkumpul untuk bersama-sama memeriahkan perarakan Hari
Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, walaupun dalam keadaan hujan renyai awal pagi tadi.

Bertepatan dengan tema ‘Sehati Sejiwa’, semangat kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan terserlah di wajah
setiap peserta mahupun pengunjung acara perbarisan dan perarakan yang mula membanjiri dataran bersejarah
itu seawal 6.30 pagi.

Masing-masing bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang, malah ada yang hadir mengenakan pakaian bertema
bendera negara yang menambah aura patriotik di sekitar Dataran Merdeka.

Acara yang berlangsung di tengah-tengah ibu kota itu menyaksikan kira-kira 14,500 peserta mengambil
bahagian dalam acara tahun ini, termasuk kontinjen daripada sektor awam, swasta, kontinjen negeri-negeri dan
para pelajar.

Turut menyertai perarakan kali ini ialah atlet-atlet negara yang telah mencipta kejayaan membanggakan negara
pada Sukan Olimpik di Rio, Brazil baru-baru ini serta kontinjen Sukan SEA 2017 yang turut menampilkan
maskot rasmi sukan itu iaitu ‘Rimau’ sebagai simbolik kepada semangat juang yang tinggi.

Acara perbarisan dan perarakan bermula sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul
Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada 8 pagi, yang disambut
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah
Khamis, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan isteri Datin Seri Raya
Erom serta barisan menteri-menteri Kabinet serta perwakilan asing.
Sejurus tiba, Tuanku Abdul Halim menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan pasukan Kawalan
Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion 1 Rejimen
Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi diketuai Mejar Azadlee Rafedzi Kamal Rafedzi.

Dataran Merdeka kemudiannya bergema dengan nyanyian lagu Negaraku yang mengiringi acara menaikkan
Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), serentak itu 14 das tembakan kehormat
turut kedengaran yang melambangkan 14 negeri dalam Malaysia.

Acara kemudiannya diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara yang diketuai Muhammad Hilal Asraf Nor
Hisham dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, melibatkan 59 pelajar pelbagai kaum yang membangkitkan
rasa patriotisme rakyat.

Seterusnya, acara padang yang penuh warna-warni daripada kira-kira 2,000 pelajar dari beberapa buah sekolah
menengah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dengan persembahan Grafik Kreatif pelbagai formasi turut
menarik perhatian orang ramai.

Persembahan menggunakan plai kad, pom-pom, kelerai, bendera dan payung mengikut rentak lagu patriotik itu
menterjemahkan tema sambutan dengan pergerakan yang melambangkan perpaduan dalam keluarga,
pembangunan ekonomi, peningkatan teknologi terkini dan sebagainya.

Skrin LED gergasi yang disediakan di kawasan Dataran Merdeka menambah kemeriahan acara apabila orang
ramai dapat menyaksikan dengan lebih jelas setiap acara dan persembahan yang diadakan di dataran bersejarah
itu.

Persembahan khas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan aksi-aksi mencemaskan dan tangkas ketika
menangani jenayah menunjukkan kesiapsiagaan pasukan anggota pelbagai unit itu dalam memastikan
keselamatan negara, mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai.

Segmen kedua membabitkan perbarisan dan perarakan pula menampilkan 10 segmen utama daripada komponen
kenegaraan, perkhidmatan awam, ekonomi, animasi, sukan, jati diri, ketenteraan awam, keselamatan negara,
pertunjukkan udara dan komponen rakyat bersatu.

Penonton khususnya kanak-kanak pula begitu seronok menyaksikan pelbagai maskot daripada watak-watak
utama animasi terbitan syarikat tempatan antaranya BoboiBoy, Keluang Man dan ‘Didi and Friends’ yang
menyertai kontinjen animasi.

Antara yang turut menarik perhatian orang ramai ialah perbarisan aset milik pasukan keselamatan negara
termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menampilkan 157 buah pelbagai jenis kenderaan yang dimiliki
PDRM sejak 1950 hingga kini.

Ini termasuk motorsikal berkuasa tinggi, dan pelbagai jenis kenderaan yang digunakan pasukan itu termasuk
Motokar Mitsubishi EVO X, iaitu MPV Elite yang bertindak penting dalam pencegahan dan pembanterasan
jenayah serta ‘Water Can Mercedez Benz Actross’ yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (PSP),
antaranya bagi menyuraikan perhimpunan haram dan rusuhan.

Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula terdiri daripada 30 pegawai dan 1,523 anggota lain-lain
pangkat bersama 108 aset darat termasuk aset kenderaan perisai AV 8X8 atau dikenali ‘Gempita’, kereta perisai
model ‘Adnan’ ACV 300, aset-aset artileri serta aset terbaharu ATM iaitu kereta perisai mobiliti tinggi (HMAV)
4×4 yang dikenali sebagai ‘Lipan Bara’.

Selain itu, sebanyak 35 aset udara termasuk 12 pesawat tempur milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM),
termasuk empat buah pesawat Sukhoi, turut meningkatkan adrenalin pengunjung dengan pertunjukan pelbagai
formasi akrobatik yang menarik.

Kontinjen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula tampil buat pertama kali dengan pakaian seragam
bercorak celoreng digital selepas dilancarkan bulan lepas.

Secara keseluruhan, sebanyak 20 buah pancaragam, 26 kontinjen, 35 aset udara, 213 aset darat serta 72 haiwan
dalam perkhidmatan terdiri daripada 50 ekor kuda dan 22 ekor anjing terlibat dalam acara perbarisan dan
perarakan kali ini yang berdurasi kira-kira dua jam.

Majlis sambutan penuh gilang-gemilang itu diakhiri dengan persembahan khas komponen Rakyat Bersepadu
yang menampilkan keunikan kepelbagaian bangsa, disertai 1,000 penari dari pelbagai jabatan kerajaan, institusi
seni dan tarian, badan bukan kerajaan, sekolah seni serta penampilan anak-anak Permata Seni Tari. – Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/hari-kebangsaan-2016-meriah-1.558235
Sambutan Hari Kebangsaan 2016 meriah

4
Pemandangan dari udara sambutan Hari Kemerdekaan Ke-59 yang bertemakan "Sehati Sejiwa" di Dataran Merdeka di sini,
hari ini. - BERNAMA

UTUSAN
31 Ogos 2016 12:29 PM
2.4K
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Ribuan rakyat dari pelbagai bangsa termasuk pelancong asing menyaksikan sambutan Hari
Kebangsaan 2016 yang diadakan di Dataran Merdeka hari ini.

Sambutan tersebut yang bermula pukul 8 pagi melibatkan lebih 14,491 peserta perbarisan termasuk 213 aset pertahanan
darat dan 35 aset pertahanan udara.

Hujan rintik-rintik tidak menghalang orang ramai menikmati perbarisan serta pertunjukan udara.

Paling menarik perhatian adalah perbarisan melibatkan atlet Sukan Olimpik Rio baru-baru ini, termasuk Datuk Lee Chong
Wei dan Azizulhasni Awang.

Kanak-kanak turut teruja melihat Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Berkuda Kor Armor Diraja
Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sambutan-hari-kebangsaan-2016-meriah-


1.376903#ixzz4gHNXXpUw
© Utusan Melayu (M) Bhd

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sambutan-hari-kebangsaan-2016-meriah-1.376903
Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-59
Posted on 29/08/2016 by DARULAMAN

Tema Lagu & Logo Sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan
Malaysia 2016:Tanggal 31 Ogos 2016 merupakan ulang tahun
kemerdekaan negara Malaysia ke-59.
Pada tahun ini "Sehati Sejiwa" dipilih menjadi tema hari kebangsaan ke
59 yang mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan
seluruh rakyat Malaysia. Ianya merupakan tema yang sama pada tahun 2015
Mulai tahun 2015, sambutan kemerdekaan negara Malaysia tidak lagi
menggunakan ungkapan"Hari Kemerdekaan ke 58" tetapi hanya "Hari
Kemerdekaan 2015" untuk menyeragamkan antara Sarawak, Sabah dan
Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada tarikh
16 September 1963 (Hari Malaysia) manakala 31 Ogos 1957 hanya melibatkan
Semenanjung sahaja.
Maka tahun ini, Hari Merdeka di kenali sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia
2016
Tema Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2016 – Sehati Sejiwa
Tema rasmi "Sehati Sejiwa" bermaksud bersatu hati dalam perpaduan antara
negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Ianya juga turut membawa
maksud bersama saling memahami dan membantu antara satu sama lain.
Logo Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2016

Logo rasmi Hari Kemerdekaan Malaysia 2016 sama seperti tahun 2015
Maksud Logo Rasmi Kemerdekaan Malaysia 2016

Bulan Kemerdekaan
Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2016, beberapa acara akan diadakan
sebelum tanggal 31 Ogos 2016. Semuanya boleh anda dapati dilaman sesawang khas
JKMM iaitu http://31ogos.my/. Diantaranya adalah pelancaran Bulan
Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2016.

Berikut adalah lagu rasmi hari kemerdekaan Malaysia 2015-2016.


 Tajuk : Sehati Sejiwa
 Lagu : Muhammad Yuri Edris
 Lirik : Siso Kopratasa & Yuri Edris
 Penyanyi : Alif Satar /choir Gemersik Chorus
 Penyanyi Latar : Gemersik Chorus

http://smkdarulaman.edu.my/?p=2321

You might also like