You are on page 1of 2

(3) PROGRAM INKLUSIF (PI)

 Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid


berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
o Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: “…satu program pendidikan
inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri
di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
 Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan
pada tahun 2000 iaitu: “6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai
keperluan khas di sekolah biasa.”
 Ditadbir oleh JPN
 Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar
oleh guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.
 Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan
seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu
dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau
mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996)
 Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di
samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak
tanpa mengambil kira perbezaan individu.
 Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan
murid khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh.
 Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid
berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
 Terdapat 2 jenis PI:
o Inklusif Penuh
o Inklusif Separa/Separuh Inklusif
 Program PI dimulakan pada 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di Ting. 6
Rendah di SM. Methodist (L), KL.
 1994- Pembukaan kelas PI secara projek perintis di 14 buah sekolah di
seluruh negara (pemilihan pelajar adalah melalui program
percantuman/sekolah khas, 2 atau 3 orang dalam 1 sekolah).
 1998- 53 buah sekolah rendah; 10 buah sekolah menengah
 1999- Jab. Teknikal melaksanakan Inklusif penuh untuk pelajar Masalah
Pendengaran (24 orang di 11 S.M. Teknik/ Vokasional).
 2000- diubahsuai kepada separa inklusif, program diluaskan kepada murid
Masalah Pembelajaran di S.M. Teknik/vokasional.
 3 buah Politeknik melaksanakan Inklusif bagi pelajar Masalah Pembelajaran
pada Jun 2000.

You might also like