You are on page 1of 1

Tutorial 3 – Anatomi & Fisiologi Haiwan

 Organisasi dan fungsi sistem-sistem organ dalam haiwan


 Nutrisi
- keperluan tenaga haiwan yang berkaitan dengan aktiviti persekitarannya
- Fungsi enzim dalam sistem penghadaman haiwan
 Fungsi organ peparu dalam pertukaran gas di dalam haiwan mamalia
 Fungsi organ jantung dan saluran-saluran darah dalam peredaran darah
- Sistem keimunan haiwan terhadap serangan penyakit
 Homeostasis dalam keseimbangan proses badan
- Pengawalan suhu badan yang normal
- Pengawalan kandungan garam dalam darah
- Fungsi organ ginjal dalam keseimbangan metabolit dan elektrolit dalam badan
- Fungsi sistem endokrin mengawal proses pembiakan dan tumbesaran haiwan
 Fungsi sistem saraf dalam pergerakan dan sokongan dalam haiwan

1. Enzim merupakan pemangkin organik yang amat penting dalam proses fisiologi haiwan.
a) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar sesuatu tindakbalas yang
dimangkinkan oleh enzim.
b) Pilih satu daripada faktor dan huraikan satu eksperimen untuk menunjukkan kesan
faktor terhadap kadar sesuatu tindakbalas yang dimangkinkan oleh enzim.

2. Respirasi luar dan respirasi dalam merupakan dua proses yang penting dalam haiwan.
a) Nyatakan perbezaan antara respirasi luar dan respirasi dalam.
b) Dengan bantuan lukisan berlabel, terangkan mekanisme penarikan dan pelepasan
nafas manusia.

3. a) Apakah maksud fisiologi haiwan?


b) Apakah perubahan fsiologi dan perlakuan yang mungkin berlaku pada haiwan apabila
keadaan alam sekitar menjadi tidak sesuai?

4. Organ jantung merupakan organ yang penting dalam membantu sistem peredaran darah
dan sistem pernafasan agar dapat berfungsi dengan baik.
a Jelaskan peranan organ jantung.
b Huraikan kepentingan hemoglobin dalam proses respirasi.

5. Homeostasis merupakan satu proses kawal atur yang penting dalam penyenggaraan
sesuatu sistem hidup.
Dengan bantuan gambarajah, perihal mekanisme homeostasis yang berlaku ke atas
seorang yang normal apabila mengambil bahan makanan yang berkarbohidrat tinggi.

You might also like