You are on page 1of 1

Encik Mohd Zaki Bin Ali,

Guru Penasihat Kadet Polis,


Sekolah Menengah Sains Pokok Sena,
06400 Pokok Sena,
Kedah Darul Aman.

Kepada

Pengetua
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena,
06400 Pokok Sena,
Kedah Darul Aman.

Melalui

Puan Maizuny Bt Mohamad,


Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena,
06400 Pokok Sena,
Kedah Darul Aman. 20 Ogos 2019

Puan,

MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK WANG SAKU KADET POLIS SAINA UNTUK KAWALAN
KEHORMATAN KADET POLIS PERINGKAT NENERI KEDAH 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak sekolah, seramai 8 orang anggota Kadet Polis Sekolah Menengah Sains Pokok
Sena terpilih untuk menjadi Kadet Kawalan Kehormatan Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Negeri Kedah
2019 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23 DAN 24 OGOS 2019


Hari : JUMAAT DAN SABTU
Tempat : PUSAT KOKURIKULUM DAERAH SUNGAI TIANG, PENDANG.

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sejumlah peruntukan kewangan sebanyak RM160.00
(SERATUS ENAM PULUH RINGGIT SAHAJA) sebagai wang saku pelajar.

BIL PERKARA RM
1 WANG SAKU PELAJAR (8 orang x RM20.00) 160.00

4. Semoga dengan usaha yang bakal kita sama-sama jayakan ini akan memberi impak yang besar kepada
pelajar-pelajar bagi meneruskan kesinambungan ilmu mereka.

5. Kerjasama dan sokongan dari pihak Puan kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

“KEGEMILANGAN SEMUA BIDANG”

Saya Yang Menjalankan Amanah.

……………………
(MOHD ZAKI BIN ALI)
Penasihat
Kadet Polis SM Sains Pokok Sena

You might also like