You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SAPI


KALI KE 42 TAHUN 2019

Tarikh : 19.3.2019
Hari : Selasa
Tempat : Dewan SK Bukit Sapi
Perasmi : En. Mohd Amri bin Mat Zain
Guru Besar SK Bukit Sapi

Kehadiran : YDP PIBG : Tn. Haji Mohd Husaini b. Ismail


NYDP PIBG : En. Zubir Anuar b. Pilus
Setiausaha : Pn. Norlyzawati bt. Luckman
Bendahari : En. Kamarulniza b. Radzuan
AJK (Ibu Bapa) En. Me b. Bakar
En. Ahmad Tarmizi b. Mansor
En. Zulkefli b. Othman
Pn. Zarina bt. Abu Hassan
Pn. Nazipah bt. Saarani
Pn. Zaharah bt. Jalaludin
Pn. Hayati bt Tajudin
Pn. Radziah bt Mat Nayan
Pn. Zainab bt. Abd. Rahman
En. Abdul Basir b. Abdul Rahman
Pn. Zaharah bt. Mat Yusof
Cik Umi Salamah binti Muhamad Saad
En. Mohd. Amin bin Harun
Pemeriksa Kira – Kira : Pn. Salmah bt. Hasani
Pn. Hasniyati bt. Hassan

Turut Hadir: 1. En. Mohd Amri bin Mat Zain (Guru Besar SK Bukit Sapi)
2. En. Wan Khairul Anuar (Pengurus Yapiem, Cawangan Lenggong)
Kehadiran Ibu bapa / penjaga : 49 orang

1. Ucapan Yang Di-Pertua PIBG


 Mengalu – alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran En. Wan Khairul
Anuar selaku Pengurus Yapiem Cawangan Lenggong, Perak di atas kesudian beliau dan rakan
– rakan hadir menjayakan mesyuarat agung pada tahun ini.
 Mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa dan guru serta AJK PIBG
yang telah banyak memberi sokongan dan sumbangan dalam menjayakan aktiviti atau program
yang dilaksanakan oleh pihak PIBG dan sekolah bagi sesi tahun 2018/2019 ini.

2. Ucapan Perasmi dan Penasihat PIBG


 En. Mohd Amri bin Mat Zain (Guru Besar SK Bukit Sapi) mengalu – alukan dan mengucapkan
ribuan terima kasih kepada En Wan Khairul Anuar, Pengurus Yapiem Cawangan Lenggong
kerana sudi memberikan sumbangan cenderahati kepada semua yang hadir pada hari ini.
 Beliau memberitahu hadirin, tujuan utama guru – guru di sekolah ini adalah untuk mendidik
anak – anak murid supaya menjadi manusia yang berakhlak mulia kerana akhlak yang baik
disukai dan disenangi setiap orang. Elakkan sifat hasad dengki.
 Beliau memaklumkan bahawa telah genap sebulan beliau berkhidmat di sekolah ini. Beliau
berjanji akan melakukan beberapa pembaharuan dan memberikan khidmat yang terbaik buat
sekolah ini. In shaa Allah.
 Beliau memaklumkan bilangan guru di sekolah ini adalah seramai 12 orang. 2 orang anggota
kumpulan pekerja dan seorang pegawai keselamatan.
 Beliau menitik beratkan tentang menghormati guru. Guru penting. Hormatilah guru, in shaa
Allah pelajaran anak – anak akan mendapat berkat. Marah guru bukanlah suatu kebencian,
tapi tanda sayang. Ibu – ibu sekalian, doalah untuk anak – anak setiap hari kerana doa ibu itu
amatlah berkat.
 Ucapan syabas dan tahniah kepada semua guru, Ibu bapa, AJK PIBG kerana sekolah kita
telah mendapat keputusan 87.5% lulus bagi UPSR 2018. Mendapat tempat ke lima terbaik di
Hulu Perak. Oleh itu, bagi tahun 2020, pihak sekolah telah melakukan ikrar Aku Janji untuk
memperoleh 100% lulus. Beliau yakin dengan semua guru, AJK PIBG, ibu bapa dan murid –
murid pada tahun ini.
 Beliau memaklumkan setiap guru komited dengan PdPc mereka. Kelas tambahan Tahun 6
telah berjalan dan juga dilaksanakan semasa cuti sekolah nanti. Murid – murid tahun 6 perlu
menyumbang sebanyak RM100 untuk modul yang akan diguna pakai sepanjang tempoh kelas
tambahan dijalankan.
 Beliau memaklumkan juga, semasa cuti sekolah nanti, Panitia Pendidikan Islam akan
menjalankan Kem Bestari Solat bagi semua murid tahun 1 hingga 6. Kehadiran adalah wajib.
 Beliau ingin meminta jasa baik ibu bapa penjaga supaya dapat sama – sama memberi
sumbangan bagi menambahbaik prasarana sekolah ini.
 Beliau berharap agar ibu bapa penjaga mengambil berat tentang anak – anak, nasihatkan
mereka supaya tidak meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama. Sekarang ini musim
kemarau, awasi anak – anak, elakkan mereka bermain di luar sekitar jam 3 – 4 petang.
Minumlah air kosong dengan banyak. Beliau mengingatkan supaya membawa air setiap hari
Jumaat untuk bacaan Yassin. Beliau mengalu – alukan kehadiran ibu bapa.
 Beliau memaklumkan bahawa pihak Ar-Rahnu Yapiem Lenggong telah memberi sumbangan
kepada semua hadirin. Pada 4 – 5 April akan dibuka Kaunter Bas Bergerak Ar- Rahnu di
tempat letak kereta Majlis Daerah Lenggong dari pukul 9 pagi – 5 petang. Semua dijemput
hadir kerana terdapat pelbagai aktiviti yang telah disediakan.
 Akhir kata, ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir. Datang ikhlas, demi
kecemerlangan anak – anak. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, beliau merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42 bagi sesi 2019/2020.

3. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke- 41 sesi 2018/2019
 Minit Mesyuarat Agung kali ke – 41 sesi 2018/2019 dibentangkan oleh Pn. Norlyzawati bt.
Luckman (Setiausaha PIBG)
 En. Afandi b. Hassan mencadangkan supaya minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong
oleh En. Tahazan Awang Noor.

4. Perkara – Perkara Berbangkit Berkaitan dengan Minit


 Tiada sebarang perkara berbangkit.

5. Membentang Laporan Kemajuan PIBG tahun 2018/2019


 Laporan tahunan dibentangkan oleh Pengerusi (YDP PIBG)
(Rujuk Lampiran)

6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31.12.2018


 Penyata Kewangan PIBG telah dibentangkan oleh En. Kamarulniza b. Radzuan (Bendahari
PIBG). (Rujuk Lampiran)
 En. Mohd. Nasir b. Judin mencadangkan Penyata Kewangan disahkan dan disokong oleh En.
Mohd Said Ahmad b. Osman.

7. Perkara – Perkara Berbangkit Berkaitan dengan Penyata Kewangan


 Tiada sebarang perkara berbangkit.

8. Pembubaran AJK PIBG 2018/2019


 Pembubaran AJK PIBG sesi 2018/2019 oleh YDP PIBG.

9. Perlantikan AJK PIBG sesi 2019/2020


 Guru Besar mencadangkan semua AJK PIBG dikekalkan kecuali yang tiada anak yang
bersekolah di sekolah ini.
 Pn Zaharah bt Jalaludin mencadangkan Pn. Nazipah bt Saarani digantikan oleh Pn. Fauziah bt
Abu Bakar. Disokong oleh Pn. Suhaiya Awae.
 Pn. Zarina bt. Abu Hassan mencadangkan En. Tarmizi b. Abd. Aziz digantikan oleh En. Mohd.
Said Ahmad b. Osman. Disokong oleh En. Afandi b. Hassan.

Ahli Jawatankuasa PIBG 2019/2020


YDP PIBG : Tn. Haji Mohd Husaini b. Ismail
NYDP PIBG : En. Zubir Anuar b. Pilus
Setiausaha : Pn. Norlyzawati bt. Luckman
Bendahari : En. Kamarulniza b. Radzuan
AJK (Ibu Bapa) En. Me b. Bakar
En. Ahmad Tarmizi b. Mansor
En. Mohd. Said Ahmad b. Osman
En. Zulkefli b. Othman
Pn. Zarina bt. Abu Hassan
Pn. Fauziah bt Abu Bakar
Pn. Zaharah bt. Jalaludin
Pn. Hayati bt Tajudin
Pn. Radziah bt Mat Nayan
Pn. Zainab bt. Abd. Rahman
En. Abdul Basir b. Abdul Rahman
En. Mohd. Amin bin Harun
Pn. Zaharah bt. Mat Yusof
Cik Umi Salamah binti Muhamad Saad
Pn. Rosliza bt. Md. Zain
Pemeriksa Kira – Kira : Pn. Salmah bt. Hasani
Pn. Hasniyati bt. Hassan

10. Membahaskan Usul / Cadangan


 AJK PIBG dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa pada 1.3.2019 telah sebulat suara meluluskan
usul berikut untuk dibahaskan pada Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 42

Bil Jenis Kutipan Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

1 Sumbangan PIBG/ RM30 RM30 RM30 RM30 RM30 RM30


Keluarga
2 Program RM20 RM20 RM20 RM20 RM20
Peningkatan
Akademik/ Murid
3 Keselamatan dan RM10 RM10 RM10 RM10 RM10 RM10
keceriaan
Sekolah/Murid
JUMLAH RM60.00 RM60.00 RM60.00 RM60.00 RM60.00 RM40.00

 En. Afandi b. Hassan mencadangkan usul ini diluluskan, disokong sebulat suara oleh semua
ahli mesyuarat.

11. Ucapan Penangguhan


Ucapan penangguhan telah dilakukan oleh YDP PIBG SK Bukit Sapi, Tn. Hj. Mohd Husaini b. Ismail.
 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin yang hadir bagi menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 42.
 Mengucapkan terima kasih kepada Pn. Nazipah bt Saarani selaku mantan AJK PIBG yang
telah menjalankan tanggung jawab sebagai AJK PIBG dengan jayanya selama ini.
 Mengalu – alukan penglibatan semua pihak dalam semua aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak
sekolah.
 Meminta ibu bapa dan penjaga bekerjasama dengan pihak AJK PIBG dalam melaksanakan
segala aktiviti yang dianjurkan.
 Meminta ibu bapa dan penjaga berjumpa dengan AJK PIBG atau guru jika terdapat sebarang
masalah yang timbul melibatkan pembelajaran anak – anak di sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.25 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

.................................................... ...............................................
NORLYZAWATI BT LUCKMAN TN. HJ. MOHD HUSAINI BIN ISMAIL
Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi

You might also like