You are on page 1of 1

Ibu/Bapa/Penjaga Murid,

Sk Padas Damit,
Peti Surat 183
89808 Beaufort
Sabah

Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN BERKAITAN LATIHAN OLAHRAGA UNTUK PERSEDIAAN KEJOHANAN SUKAN TAHUN


2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak Tuan/Puan terpilih untuk mengikuti latihan olahraga
pasukan sekolah seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : Sepanjang bulan Ogos, September, Oktober dan November


Hari : Rabu ( 3.00-5.00 ptg) Jumaat ( 3.00-5.00 ptg) Ahad ( 7.00-9.00 pagi)

3. Pihak sekolah berharap agar pihak Tuan/Puan dapat membenarkan anak di bawah jagaan
Tuan/Puan mengikuti latihan yang telah dirancang.

4. Pihak sekolah akan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya untuk


mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

5. Kerjasama dan perhatian dari pihak Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sebarang pertanyaan dan makluman boleh hubungi En. Mohd Fazli bin Matdin ( jurulatih ) di talian
0195342303.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

Amad Jakrin bin Ahmad


Pk Kokum SKPD

You might also like