You are on page 1of 5

Sekolah kebangsaan taman puteri

Batu 9, jalan hulu langat


43200 cheras, selangor

Kertas kerja
Karnival segak
(PROGRAM PENILAIAN STANDARD
KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK
MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
MALAYSIA)
2016

Tarikh :

3 MAC 2016

Masa :

7.50 – 10.10 pAGI

Anjuran :

Panitia pendidikan jasmani


1.0 PENGENALAN

Pogram penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid


Sekolah Malaysia (SEGAK) ini dirancang selari dengan tunjang
kecergasan yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.

SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada


tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya
kepada murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 mulai sesi persekolahan
2008.Pelaporan hasil SEGAK akan menjadi komponen kecergasan
kepada penilaian berasaskan sekolah.

Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap


kecergasan murid.Ujian yang dijalankan secara sistematik wajib
diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid
dalam mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan
negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah
merealisasikan Wawasan 2020.

Oleh itu, untuk mencapai matlamat tersebut, Program Karnival SEGAK


ini akan dijalankan.

2.0 MATLAMAT

Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti


kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan
fizikal berasaskan kesihatan yang optimum.

3.0 OBJEKTIF

Objektif Program Karnival SEGAK ialah murid dapat :

3.1 Mengukur dan merekod tahap kecergasan fizikal.


3.2 Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri
3.3 Mengetahui tahap kecergasan kendiri
3.4 Merancang dan melakukan tindakan susulan
3.5 Mencapai tahap kecergasan yang diiktiraf berdasarkan prestasi
semasa.

4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN


4.1 Tarikh : 3 Mac 2016

4.2 Tempat : Gelanggang / Dataran SK Taman Puteri

4.3 Masa : 7.50 – 10.10 pagi

4.4 Ujian SEGAK yang akan dijalankan :


a) Pengukuran Tinggi
b) Menimbang Berat
(2 ujian ini akan digunakan untuk mengira Indeks Jisim
Badan(BMI) mengikut umur)
c) Naik turun bangku (96 detik seminit selama 3 minit)
d) Tekan tubi (1 minit)
e) Ringkuk tubi separa (50 detik seminit selama 1 minit)
f) Jangkauan Melunjur
4.5 Ujian tambahan yang akan dijalankan juga adalah Ujian
Penglihatan (Mata) iaitu pada jarak 6 meter.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Murid Tahap 2 iaitu pelajar tahun 4, 5 dan 6.

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Puan Roslinda binti Kamiss


Pengerusi : Tuan Haji Mohd. Yusof bin Md. Nor
Naib Pengerusi : Puan Masiah Faridah binti Rakmad
Naib Pengerusi : Puan Norliza binti Sulaiman
Setiausaha/Penyelaras : Muhamad bin Che Ros (Ketua Panitia PJ)
Pengerusi Teknik : En. Hamizan bin Mohd Mahayuddin
AJK : Semua guru Tahap 2
Semua AJK Panitia Pendidikan Jasmani

7.0 STESEN-STESEN UJIAN

7 stesen ujian akan dijalankan serentak dan pembahagian AJK


pelaksana adalah seperti berikut :-
7.1 Stesen Pengukuran Tinggi
Puan Nor’aini ( K )
Puan Siti Zahara
Datin Rozita

7.2 Stesen Menimbang Berat


Puan Asmah ( K )
Puan Nor Rahimah
Puan Angeline

7.3 Stesen Naik Turun Bangku


Cik Fitri Norlida ( K )
Encik Husmafazly
Puan Zamzarina
Encik Zakaria

7.4 Stesen Tekan Tubi


Encik Azmir ( K )
Encik Muhamad
Puan Aslia

7.5 Stesen Ringkuk Tubi Separa


Encik Hamizan (K)
Encik Mohd Zuf
Encik Mohd Azam bin Ali
Puan Adzliana

7.6 Stesen Jangkauan Melunjur


Encik Mohamad Asri ( K )
Encik Mohamad Azam bin Ab Patah
Puan Habibah

7.7 Stesen Ujian Penglihatan (mata)


Puan Mashitah ( K )
Cik Latifah
Puan Nasibah
Puan Repe’ah
Encik Norjeehan
Puan Siti Mursyidah

8.0 PENUTUP

Semoga aktiviti ini dapat menarik minat murid-murid supaya murid sentiasa
peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk
meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
yang optimum. Seterusnya murid diharap dapat mengamalkan budaya hidup
yang sihat dan memahami kepentingan menjaga kecergasan diri.

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_____________________________ _________________________________
(Encik Muhamad bin Che Ros ) (Tuan Haji Mohd. Yusof bin
Md. Nor)
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani GPK Pentadbiran

Disahkan oleh,

__________________________
(Puan Roslinda binti Kamiss)
Guru Besar SKTP

You might also like