You are on page 1of 5

NAMA KURSUS: WUS101 CORE ENTREPRENEURSHIP

SEMESTER 1 2018/2019

NAMA TUGASAN:

PROFIL KEUSAHAWAAN

Ku Li Hao

(Baker)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA: MICHELL LEE YOKE TENG

MATRIX NUMBER: 142858

DISEDIAKAN UNTUK:

EN.MOHD SHAFIE ARIFFIN

PENSYARAH WUS 101

TARIKH PENGHANTARAN:

14 NOVEMBER 2018

1
Surat Penghantaran

Michell Lee Yoke Teng


Desasiswa Tekun
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Pulau Pinang

En. Mohd Shafie Ariffin


Pensyarah WUS101
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Pulau Pinang
14 Nov 2018

Penghantaran WUS 101 Tugasan Profil Usahawan

Saya menghantar projek seperti yang ternyata di atas untuk semakan pihak tuan. Sekiranya

terdapat apa-apa kesalahan, sila hubungi saya di talian 011-12938847.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

MICHELL

(Michell Lee Yoke Teng)

2
Isi Kandungan
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Muka Hadapan 1
2 Surat Penghantaran 2
3 Isi Kandungan 3
4 Latar Belakang Usahawan 4-5
5 Borang Soal Selidik 6-10
6 Borang Jawapan Soal Selidik 11
7 Sumber Rujukan 12
8 Lampiran 12

3
PROFIL USAHAWAN

LATAR BELAKANG USAHAWAN


Ku Li Hao merupakan seorang usahawan yang telah menceburi bidang roti dan
pastri selama 5 tahun di Kemayan, Pahang. Pada 5 tahun yang lalu, beliau hanya seorang
perantis baker yang biasa di sebuah kedai kek yang bertempat di Kuala Lumpur.
Disebabkan oleh kemunculan minat berniaga di kampung sendiri serta mendapat galakan
daripada ahli keluarga dan rakan sebaya, beliau meninggalkan jawatan sebagai perantis
baker dan memulakan perniagaan roti dan pastry di Kemayan, Pahang. Pada peringkat
awal perniagaannya, beliau menjual roti dan pastri yang diperbuat oleh sendiri di tepi
jalan. Perniagaan Ku Li Hao mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk
Kemayan kerana produknya sedap dan harganya murah. Beberapa tahun kemudian, beliau
berjaya memperkembangkan perniagaannya dari gerai tepi jalan ke sebuah kedai yang
lengkap dengan kemudahan seperti ketuhar.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENARIK USAHAWAN UNTUK MENCEBURI


PERNIAGAAN BAKER DAN PASTRI
Faktor utama yang mendorong Ku Li Hao menceburi perniagaan ini adalah minat.
Beliau berminat dalam bidang roti dan pastri sejak kecil lagi dan beliau juga menikmati
proses membuat roti dan pastri. Beliau suka memerhati ibunya membuat kuih-muih dan
beliau juga memperlajari cara membuat kuih-muih tradisi daripada ibunya. Selepas tamat
sekolah, beliau pergi mempelajari cara-cara membuat roti dan pastri dengan seorang guru
di Kuala Lumpur. Setelah beliau telah menguasai kemahiran membuat roti dan pastri, dia
membuat keputusan untuk memulakan perniagaan ini. Selain itu, beliau berasa menjadi
seorang usahawan dapat memperolehi pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan
seorang perantis baker. Seorang usahawan juga dapat mengikut cara yang tersendiri untuk
memulakan sesuatu perniagaan tanpa sekatan orang lain. Oleh itu, beliau bertekad
memulakan perniagaan ini apabila mempunyai kesempatan.

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN SEMASA BARU


MEMULAKAN PERNIAGAAN
Ku Li Hao menghadapi masalah modal perniagaan semasa memulakan perniagaan
pada awalnya. Beliau beryakin bahawa masalah ini mestilah dialami oleh setiap usahawan
baharu kerana modal perniagaan susah didapatkan jika seseorang itu tidak berpengalaman
untuk memulakan perniagaan. Beliau tidak bergantung kepada bantuan daripada agensi
kerajaan atau bank untuk menyelesaikan masalah. Ku Li Hao mengumpulkan modal
perniagaan dengan membuat kerja sambilan seperti promoter. Dengan usaha sendiri dan
sedikit bantuan kewangan daripada ahli keluarga, beliau berjaya mengatasi masalah ini.
Seterusnya, cabaran yang dihadapi oleh Ku Li Hao adalah bahan mentah yang mahal. Hal
ini demikian kerana beliau tidak dapat bekerjasama dengan pembekal bahan mentah.
Mereka tidak menerima beliau kerana beliau hanya mengusahakan produk dalam skala yang
kecil. Oleh itu, beliau terpaksa membeli bahan mentah daripada kedai bakery dengan harga

4
yang agak mahal. Walaubagaimanpun, beliau dapat bekerjasama dengan sebuah kedai
borong di Kuala Lumpur setelah mengenali ramai orang.

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN PADA MASA INI


Kini, Ku Li Hao menghadapi cabaran kekurangan pelanggan terutamanya pada
musim cuti sekolah. Hal ini dekimian kerana pelanggan utama beliau adalah golongan
pelajar. Semasa waktu persekolahan, banyak pelajar akan membeli roti beliau sebagai
sarapan kerana ia murah dan dapat menjimatkan masa. Selain daripada waktu itu, sebagai
contoh, cuti sekolah, pelajar mempunyai banyak masa lapang dan boleh memilih makanan
lain seperti roti canai sebagai sarapan. Oleh itu, beliau tidak akan membuat roti yang banyak
sempena cuti sekolah dan akan membuat promosi untuk menarik pelanggan daripada
golongan lain.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DIPUNYAI OLEH SESEORANG


USAHAWAN YANG BAHARU MAHU MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN
Ku Li Hao berpendapat bahawa seorang usahawan yang baharu mahu menceburi
bidang perniagaan perlulah mempunyai kepemimpinan dan bermotivasi. Hal ini demikian
kerana seseorang yang mempunyai kemahiran tersebut dapat memimpin dan motivasi orang
lain supaya mereka mengikut dan menolong diri sendiri untuk mencapai kejayaan. Selain
itu, usahawan perlu memiliki ilmu pengetahuan tentang keusahawan seperti cara
menghasilkan pelan perniagaan yang berkesan. Ini dapat memudahkan seseorang untuk
memulakan sesuatu perniagaan dan mengurangkan kadar kegagalan. Tambahan pula,
kemahiran komunikasi juga merupakan salah satu kemahiran yang penting kepada
usahawan. Seorang usahawan yang dapat berkomunikasi dengan baik dapat memujuk
pelabur, pelanggan ataupun pekerja berkerjasama dengannya.

NASIHAT KEPADA USAHAWAN BAHARU YANG INGIN MENCEBURI


BIDANG PERNIAGAAN
Nasihat yang diberi oleh Ku Li Hao adalah jangan mudah putus asa. Biasanya, kita
pasti akan mengalami kegagalan sebelum mencapai kejayaan. Oleh itu, kita perlu mengubah
cara berfikir semasa menghadapi kegagalan dan menganggapnya sebagai satu dorongan
untuk kita mencapai kejayaan. Selain itu, beliau memberi cadangan kepada sesiapa yang
berminat menceburi bidang perniagaan hendaklah bermula dengan awal selagi masih muda
lagi. Hal ini kerana pemuda mempunyai masa yang banyak serta badan yang sihat. Mereka
dapat mengulang sekali lagi jika gagal. Ini merupakan salah satu potensi bagi pemuda untuk
menjadi seorang usahawan yang berjaya. Akhirnya, Ku Li Hao berpendapat bahawa
seorang usahawan haruslah mempunyai minat dalam bidang perniagaan diri sendiri.
Dengan kegemaran ini, usahawan tersebut tidak akan berasa bosan terhadap kerja sendiri
manakala akan berusaha sedaya upaya untuk memajukannya.

You might also like