You are on page 1of 3

TERMA DAN SYARAT PORTAL PKJR

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web ini serta hak dan kewajipan anda semasa
mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini. Sekiranya anda mengakses
laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat
yang ditetapkan di bawah ini dan dengan initermeterai lah satu persetujuan antara anda sebagai
pelanggan, dan kami, Kerajaan Malaysia bagi tujuan akses dan/atau penggunaan laman web ini.
Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai
penerimaan kepada syarat-syarat ini.

Pengendali Portal PKJR


Portal PKJR ini dikendalikan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) yang beralamat di
GaleriaPjH, Aras 3, Jalan P4W, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.

Hak Cipta Dan Cap Dagang


Hak cipta dalam semua kandungan Portal ini adalah dan masih dimiliki oleh JKJR dan atau pemberi
lesen mereka. Kecuali yang dinyatakan di portal ini atau dibenarkan di bawah undang-undang hak
cipta yang terpakai dan tertakluk kepada Seksyen 9, anda diberi kuasa untuk melihat, memainkan,
mencetak dan memuat turun kandungan yang terdapat di laman web ini untuk tujuan peribadi,
maklumat, dan bukan untuk tujuan komersial. Jika tidak, kecuali yang dibenarkan oleh undang-
undang hak cipta yang terpakai, anda tidak boleh mengubah suai sebarang kandungan, menyalin,
mengedar, menghantar, memaparkan, melaksanakan, mengeluarkan, menerbitkan, memberi lesen,
membuat karya terbitan dari portal ini, memindahkan atau menjual apa-apa kandungan, dan anda
tidak boleh menggunakan semula apa-apa kandungan tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan
JKJR.

Had Tanggungjawab
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke
atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus,
turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan
keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

1. Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan apa jua perkhidmatan dalam laman
web ini;
2. Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan,
data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat
menerusi atau daripada laman web ini.
3. Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda.
4. Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
5. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini.

Pautan Kepada Pihak Ketiga


Kerajaan Malaysia boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web
tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga serta mempunyai terma dan syarat tersendiriOleh
itu, Kerajaan Malaysia tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui
dan bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar
tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan,
produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya
mengakui dan bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab, secara langsung atau
tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai
sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan,
barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut. Oleh itu,
Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa anda mengakses dan melawat laman web tersebut atas risiko
anda sendiri

Penamatan
Kerajaan Malaysia boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau
seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan
sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuat kuasa serta-merta. Kerajaan
Malaysia boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan
sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web menerusi akaun tersebut bagi
suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab kepada
anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

PerubahankepadaSyarat-syaratPerkhidmatan
Kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau
penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web atau
dalam keadaan di luar kawalan, di mana Kerajaan Malaysia mendapati perlunya untuk mengubah,
mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis
terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat
ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan
atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara
berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa)
akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian,
pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

PengubahsuaiankepadaPerkhidmatan
Kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau
sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa
dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab
kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau
penamatan perkhidmatannya.

Isi Kandungan
Apabila anda menggunakan laman web ini, anda bersetuju bahawa anda tertakluk kepada perkara
yang berikut:

1. Kandungan dalam portal PKJR ini, bersama-sama dengan semua nama-nama, imej, video dan
logo yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan PKJR dan pihak ketiga adalah tertakluk
kepada undang-undang hak cipta dan cap dagangan kebangsaan dan antarabangsa. Anda tidak
boleh mengubah suai, menyalin, menduplikasi, menyiarkan semula, mengepos, menghantar,
menjual atau mengedar kandungan dan perisian daripada portal yang dinyatakan di atas.

2. Anda bersetuju untuk menggunakan kandungan hanya untuk tujuan pendidikan dan bukan
komersial dengan syarat bahawa hak cipta dan harta adalah terpelihara. Mana-mana artikel di
dalam portal ini tidak boleh ditafsirkan untuk membolehkan penggunaan menyalahi undang-
undang.

3. Anda tidak boleh mencetak, menerbitkan atau menulis semula untuk mencetak atau menerbitkan
dan sama ada secara langsung atau tidak langsung mengedarkan kandungan portal PKJR, kecuali
telah diberikan kebenaran dengan jelas untuk berbuat demikian secara bertulis oleh PKJR.

4. Anda bersetuju bahawa kandungan di dalam portal ini tidak boleh digunakan sebagai hujahan
dalam prosiding mahkamah atau untuk apa jua tujuan di mahkamah, kecuali telah diberikan
kebenaran dengan jelas untuk berbuat demikian secara bertulis oleh JKJR.

Kebolehasingan
Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi
undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut
akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak
wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuat kuasa sepenuhnya tanpa
dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen mengenai portal ini atau Terma dan Syarat
atau sekiranya anda ingin membuat aduan mengenai portal ini atau Kandungannya, sila hubungi kami
seperti berikut:

Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia


GaleriaPjH, Aras 3, Jalan P4W
Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya
No. Telefon: 03-83238030/31/32
No. Faks: 03-88888806
Emel: pkjrsekolah@jkjr.gov.my

Undang-Undang
Perjanjian ini hendaklah ditentukan oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan
tertakluk kepada bidangkuasa Mahkamah Malaysia.

You might also like