You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN

PERMAINAN
1. NAMA DAN ALAMAT PENDAFTAR
1.1 NAMA
PERMAINAN BADMINTON

1.2 ALAMAT
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT JALAN PEEL,
JALAN PEEL, 55100 KUALA LUMPUR.

1.3 COGANKATA
FIZIKAL CERGAS , MINDA CERDAS, HIDUP SEJAHTERA

2. VISI
KE ARAH MEMBENTUK GENERASI YANG SIHAT DAN CERDAS

3. MISI
MENGGILAP DAN MEMBANGUNKAN POTENSI MURID KE ARAH
KECEMERLANGAN SUKAN NEGARA.

4. MATLAMAT
MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI SEGI MENTAL
DAN FIZIKAL SERTA MAMPU MENGEMBANGKAN POTENSI DIRI
DALAM SUKAN BADMINTON.
5. OBJEKTIF
Untuk melahirkan pelajar yang :
i. boleh mempraktikkan kemahiran asas dalam permainan
badminton.
ii. boleh menyatakan aspek-aspek keselamatan dalam badminton.
iii. boleh menyatakan sekurang-kurangnya 3 kesalahan biasa yang
dilakukan dalam permainan badminton.
iv. berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana
yang menggembirakan
v. memahami dan mengamalkan sikap positif dalam permainan
badminton.
vi. melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan keupayaan
kecergasan secara menyeluruh.

6. PERLAKSANAAN
a. Mengikut garis panduan pelaksanaan Gerakkerja Kokurikulum
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
b. Menurut budi bicara Penasihat dan Ahli Jawatankuasa
permaianan.

7. PELANTIKAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA MURID


a. Ahli-ahli jawatankuasa akan dipilih dalam Mesyuarat Agung
Tahunan dengan cara undian majoriti. Mesyuarat Agung Tahunan
akan diadakan pada permulaan tahun persekolahan.
b. Tiap-tiap calon hendaklah dinamakan oleh seorang pencadang
dan seorang penyokong.
c. Seseorang itu boleh dicalonkan untuk lebih daripada satu jawatan
tetapi ia tidak boleh memegang lebih daripada satu jawatan.
d. Apabila ada dua orang atau lebih calon mendapat undi yang
sama,
satu pengundian hendaklah dibuat sekali lagi dan sekiranya sama
juga, maka penasihat haruslah membuat penentuan muktamad.
8. AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN / PERMAINAN

a. Persatuan ini akan diselenggarakan oleh jawatankuasa kerja yang


terdiri daripada :-
 Pengerusi
 Naib Pengerusi
 Setiausaha
 Penolong Setiausaha
 Bendahari
 Naib Bendahari
 Wakil Kelas - Tahun 6
- Tahun 5
- Tahun 4
TUGAS-TUGAS GURU PERMAINAN

1. Membentuk jawatankuasa.
2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar
dalam permainan.

3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.


4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan taqwim
kokurikulum sekolah.

6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan / Kelas / Sekolah.

7. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pertandingan


luar sekolah.

8. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang


disertai.

9. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam


keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.

10. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.

11. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.

12. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah


untuk mempertingkatkannya.

13. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang.

14. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan
Sukan, Majlis Sukan Negeri dan Permainan dan Sukan.

15. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.

You might also like