You are on page 1of 2

EAT RIGHT TO PLAY RIGHT YOUTH CUP 2019

KEBENARAN IBU BAPA, BORANG PELEPASAN DAN PENGECUALIAN


Untuk peserta yang dinamakan di bawah (“anak saya”) yang mengambil bahagian sebagai pemain dalam ‘Eat Right
to Play Right Youth Cup 2019’ (“Pertandingan”) anjuran Zurich Life Insurance Malaysia Berhad (“Pihak Penganjur”),
saya sebagai ibu bapa/ penjaga yang sah kepada anak saya, mengesahkan dan bersetuju dengan perkara-perkara
yang berikut:
1. Kesihatan. Saya telah berjumpa dengan doktor mengenai keadaan kesihatan anak saya dan mengesahkan
bahawa anak saya berada dalam keadaan fizikal yang baik serta sihat untuk menyertai aktiviti-aktiviti di
Pertandingan ini dan saya menerima semua risiko yang terhasil daripada penyertaan anak saya dalam aktiviti-
aktiviti ini (contoh: tempoh, masa, kebolehan fizikal dan keadaan cuaca).

2. Peralatan Keselamatan yang Lengkap. Saya akan memastikan bahawa anak saya mempunyai segala peralatan
keselamatan serta kelengkapan pasukan yang diperlukan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pelindung
tulang kering (shin pads), sarung tangan penjaga gol, jersi pasukan, dan lain-lain yang sesuai untuk Pertandingan
ini.

3. Perhatian Perubatan. Jika anak saya memerlukan perhatian perubatan ketika Pertandingan ini, saya bersetuju
untuk membenarkan anak saya dirawat oleh pihak pertolongan kecemasan serta ambulans yang bertauliah.

4. Kelakuan. Saya akan memastikan dan mengarah anak saya untuk menjaga adab dan perlakuan pada setiap masa
ketika Pertandingan ini dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, secara
ganas atau kurang sopan terhadap mana-mana pihak atau peralatan.

5. Keselamatan. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala risiko yang berkaitan dengan
penglibatan anak saya termasuk kesejahteraan dan keselamatan anak saya. Saya dengan ini mengakui bahawa
Pertandingan ini tidak akan memberi sebarang jaminan terhadap kesejahteraan dan keselamatan anak saya.

6. Gambar dan Rakaman. Saya memahami bahawa anak saya serta saya dibenarkan untuk mengambil gambar
dan rakaman semasa Pertandingan berlangsung, untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk kegunaan terbitan
pihak ketiga, penyebaran atau penyiaran sama ada untuk keuntungan komersial atau tidak.

7. Penggunaan Imej. Saya dengan ini memberikan hak kepada Pertandingan, tanpa pengesahan atau pampasan
untuk menggunakan nama, maklumat dan gambar anak saya pada mana-mana gambar atau rakaman yang
diambil semasa Pertandingan untuk tujuan pengiklanan serta promosi tanpa sebarang cas atau pampasan.

8. Peraturan dan Undang-Undang. Saya dengan ini bersetuju dan akan mengarahkan anak saya untuk mematuhi
segala arahan dan peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur sepanjang penglibatan anak
saya sebelum, semasa dan selepas Pertandingan.

9. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa, dan saya bersetuju untuk
mematuhi versi yang paling baharu.
10. Saya bersetuju bahawa Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kecederaan, kematian atau
kerosakan harta benda kepada mana-mana orang yang berkenaan (termasuk anak saya) ketika menyertai atau
terlibat dengan apa sahaja aktiviti dalam Pertandingan ini. Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya, anak
saya, ahli keluarga saya, dan wakil peribadi saya untuk melepaskan Pihak Penganjur yang merangkumi pekerja,
sukarelawan, wakil penganjur, dan ejen penganjur daripada segala kecederaan atau kematian yang mungkin
dihadapi oleh anak saya atau kerosakan kepada harta benda ketika Pertandingan sedang berlangsung, tidak kira
kesan daripada kelalaian atau punca lain, dan juga bersetuju untuk mengecualikan Pihak Penganjur dan semua
pihak terlibat daripada menanggung kesan rugi daripada tuntutan dan kerosakan yang mungkin berlaku.

Saya, ibu bapa atau penjaga yang sah bagi anak saya, telah membaca kenyataan kebenaran ibu bapa dalam borang
pelepasan dan borang pengecualian ini. Saya dengan ini bersetuju secara terikat dengan segala terma yang
ditetapkan dalam borang ini dan memberikan persetujuan kepada penyertaan anak saya dalam Pertandingan ini.

Nama Peserta: ____________________________________________________

Ibu bapa/ Penjaga yang Sah: __________________________________________

Tandatangan Ibu Bapa/ Penjaga yang Sah: ____________________________________

Tarikh: ___________________

You might also like