You are on page 1of 14

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN GULAU KALI KE-36

Bil Acara Teks


Umumkan Mengumumkan ketibaan
ketibaan VIP
Yang Berhormat : Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan
Penyelaras Dun Jeneri
Juga merupakan ahli Lembaga pengarah Yiked Holdings anak syarikat
Yayasan Islam Kedah.

diiringi oleh,
_____________________________, Yang Dipertua PIBG SK Gulau,

Bersama En. Idham Nasri bin Jaafar ; Guru Besar SK Gulau,


Encik Tajudin bin Abdul Rahman ; Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Aminah binti Mamat ; Guru Penolong Kanan HEM
Encik Mohamad Arif bin Md. Rejab ; Guru Penolong Kanan Kokurikulum ,
Dan semua AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Gulau.

Ucapan alu-aluan Asal Juragan Mengail Ikan,


Sambil Bersuka ditepi Kuala,
Masa Jangan Kita Tangguhkan,
Tirai dibuka Majlis Bermula.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Olahraga Tahunan


Peringkat Sekolah Kebangsaan Gulau Kali kali ke-36 bagi tahun 2020.

Yang Berhormat
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan
Penyelaras Dun Jeneri
Juga merupakan ahli Lembaga pengarah Yiked Holdings anak syarikat
Yayasan Islam Kedah.

Yang Berusaha
__________________________, YDP PIBG SK Gulau,
En. Idham Nasri bin Jaafar ; Guru Besar SK Gulau,
Encik Tajudin bin Abdul Rahman ; Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Aminah binti Mamat ; Guru Penolong Kanan HEM
Encik Mohamad Arif bin Md. Rejab ; Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Gulau,
Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid Sekolah Kebangsaan
Gulau yang dirahmati Allah sekalian.
Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat
Sekolah Kebangsaan Gulau Kali kali ke-36.

Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat


kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama kita
hormat saksikan perbarisan lintas hormat semua kontijen yang mengambil bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat,
menerima tabik Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan Penyelaras Dun Jeneri, di iringi oleh yang
hormat dari berusaha __________________________, YDP PIBG SK Gulau serta En.
peserta perbarisan Idham Nasri bin Jaafar ; Guru Besar SK Gulau, untuk menerima tabik hormat
daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.

- MUZIK PERBARISAN

Perbarisan Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan yang
Bendera diketuai oleh adik Haidhar Hamdani bin Kholib serta diiringi oleh adik Khalif
kejohanan Aidil bin Khairul azwan , adik Muhd. Badrol Fathi bin Abd Kadir dan adik
Muhd Adieb bin Azizan.

Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontigen rumah BIRU. Kontigen ini di bawah
Biru bimbingan Encik Isaham bin Nik dan diketuai oleh adik Muhammad Fayyadh
Amsyar bin Khairul Karimi. Pembawa sepanduk bagi rumah Biru ialah adik
Nur Adilah Binti Yusof. Dengan motto ‘BIRU MARA.BIRU JUARA’ , rumah
Biru bertekad untuk merebut gelaran juara pada tahun ini.

Perbarisan Rumah Berikut pula, ialah kontigen dari rumah MERAH. Kontigen ini dipimpin oleh Encik
Merah Abi Hurairah bin Md. Zain dan diketuai oleh adik Rafiq Hamizan Bin Abdullah
Tahir. Pembawa sepanduk bagi rumah Merah ialah adik Athirah Hanim Binti
Md Isa. Motto ‘MERAH MEMBARA BERSEMANGAT WAJA’ diharap dapat
menjadi penguat semangat Rumah Merah untuk terus mengejar kejayaan dalam
kejohanan kali ini.
Perbarisan Rumah Kontigen yg ke 3 yang sedang bergerak masuk dihadapan perkarangan khemah
Hijau tetamu kehormat pada ketika ini adalah daripada rumah HIJAU Kontigen ini
dibimbing Encik Ahmad bin Mat Hashim oleh dan diketuai oleh adik Mohd
Hadif bin Mohd Arif. Pembawa sepanduk bagi rumah Hijau ialah adik Qisya
Qistina binti M. Sani.. ‘HIJAU PANTANG MENYERAH’ ialah motto kontigen
yang diharap akan membawa tuah kepada Rumah Hijau pada tahun ini.

Perbarisan Rumah Kontigen terakhir dalam perbarisan kali ini ialah kontigen dari Rumah KUNING..
Kuning Kontigen ini mendapat bimbingan daripada En. Abdul Halim bin Abdul
Rahman dan diketuai oleh adik Muhammad Aidil Syafiq b. Yusuf selaku
pembawa bendera. Pembawa sepanduk bagi rumah Hijau ialah adik Nur
Syahirah binti Suid. Dengan Moto Keramat ‘KUNING GAGAH PERKASA’, di
harap pasukan rumah kuning akan terus memberi saingan yang padu dalam
setiap cara yang dipertandingkan.

Penutup Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mohd Nazri
Perbarisan bin Abu Hassan Penyelaras Dun Jeneri kerana sudi menerima tabik hormat
daripada kontigen perbarisan.

Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan, marilah kita
sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh adik Abdul Qayyum Bin Abdul Sattar. Dipersilakan. ….
(Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada adik Abdul Qayyum Bin Abdul Sattar.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar
serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian, sebagai tanda cinta akan negara, marilah kita
sama-sama berdiri dan seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.
Negaraku
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan
duduk.

Upacara Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan. Untuk itu,
menaikkan dipersilakan 4 orang atlet sekolah untuk menyempurnakan upacara menaikkan
bendera bendera kejohanan.
…………………………………………………..
Berkibarlah sudah bendera Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat Sekolah
Kebangsaan Gulau Kali kali ke-36.

Menjemput Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontigen yang bertanding maju ke


pembawa bendera hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan
mengiringi diketuai oleh adik Adik Muhammad Aidil Syafiq Bin Mohd Yusof.
pembaca ikrar
……………………………………………….
Lafaz ikrar
kejohanan Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi. Begitulah
tadi sempurnanya acara pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen
para atlet Sekolah Kebangsaan Gulau dalam kejohanan ini.

Ucapan Tn. Guru Bagi membuka tirai ucapan, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan
Besar Yang Berusaha Encik Idham Nasri bin Jaafar, guru besar Sekolah
Kebangsaan Gulau untuk menyampaikan ucapan pembukaan bagi Kejohanan
Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat Sekolah Kebangsaan Gulau Kali kali
ke-36.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
……………………………………………………………

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Idham Nasri
bin Jaafar, guru besar Sekolah Kebangsaan Gulau di atas ucapan
permbukaan itu tadi.

Ucapan perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mohd Nazri bin Abu
Hassan Penyelaras Dun Jeneri untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat Sekolah Kebangsaan
Gulau Kali kali ke-36.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


……………………
(bunyi dram perasmian)

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mohd Nazri
bin Abu Hassan di atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi
penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat
Sekolah Kebangsaan Gulau Kali kali ke-36.

Gimik Pelancaran Berbekalkan aliran semangat dalam lafaz perasmian yang telah sempurna itu
tadi, marilah kita meneruskan momentum kejohanan dengan menyaksikan gimik
khas pelancaran Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat Sekolah Kebangsaan
Gulau Kali ke-36. Sama -sama kita saksikan.
…………………………………

Begitulah tadi, simbolik khas yang dilakarkan dalam persembahan gimik


pelancaran. Paduan empat warna keramat mewakili 4 buah rumah sukan, saling
bergabung tenaga memberikan komitmen yang jitu dan padu bagi menjayakan
temasya Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Gulau.

Hadirin hadirat sekalian, gimik pelancaran sampai kepada momentum


terakhirnya. Untuk itu, marilah sama – sama kita menghalakan pandangan dan
tumpuan ke arah kawasan perbukitan di bangunan asrama putera.
……………………………………
Demikian tadi selesainya persembahan gimik perasmian Kejohanan Olahraga
Tahunan Peringkat Sekolah Kebangsaan Gulau Kali ke-36 pada tahun ini.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis perasmian
kejohanan ini.
Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontigen yang
padang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing bersiap sedia bagi
acara sukan selepas ini..

– MUZIK PERBARISAN
………….
Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Olahraga
Tahunan Peringkat Sekolah Kebangsaan Gulau Kali kali ke-36. Majlis
merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian
dalam perbarisan lintas hormat.

Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian, jumlah acara keseluruhan yang


dipertandingkan pada temasya sukan kali ini adalah sebanyak ____ acara.
Sebahagian acara padang telah pun dilaksanakan pada pra sukan terlebih
dahulu. Pada pagi ini, sebanyak _____ yang akan dapat kita saksikan Bersama -
sama.

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang


untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.
TEKS ACARA PELEPASAN DAN ACARA KHAS

Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan
Olahraga Tahunan Peringkat Sekolah Kebangsaan Gulau Kali kali ke-36.

Acara pertama pada hari ini ialah____________________.

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing kerana


acara akan dimulakan sebentar lagi.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berhormat, Tuan Mohd Nazri bin Abu
Hassan untuk ke tengah padang bagi merasmikan acara pertama. Dipersilakan.

Penyampaian Hadirin hadirat yang dirahmati sekalian,


Khas
Untuk pengetahuan semua, sekolah Kebangsaan Gulau telah menerima
sumbangan Khas sempena Kejohanan Olahraga Tahunan daripada Yang
Berhormat Pn. Eng Ching Ching, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kulim
Bandar Baharu.

Oleh yang demikian, bagi menyatakan rasa penghargaan daripada pihak


sekolah, majlis dengan ini mengambil kesempatan untuk memberikan sijil
penghargaan kepada beliau yang akan diwakili oleh Pn. _________________
Naib Yang Dipertua PIBG SK Gulau memandangkan Yang Berhormat Pn. Eng
Ching Ching, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu tidak
dapat hadir pada hari ini.
Untuk itu, Majlis mempersilakan Yang berusaha Encik Idham Nasri bin Jaafar
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gulau dengan diiringi oleh Encik Tajudin bin
Abdul Rahman Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan sijil
penghargaan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Idham Nasri bin Jaafar kerana sudi
menyampaikan sijil penghargaan itu tadi.

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Penyampaian Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan


hadiah (1) mempersilakan tuan guru besar, En. Idham Nasri bin Jaafar mengiringi Yang
Berhormat, Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mohd Nazri
bin Abu Hassan kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian
hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang En. Idham Nasri bin
Jaafar bagi menyampaikan cenderamata Yang Berhormat, Tuan Mohd Nazri bin
Abu Hassan di atas kesudian merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada En. Idham Nasri bin Jaafar kerana sudi
menyampaikan cenderamata itu tadi.
Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,
Hadiah(2) Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan kepada
upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
acara ______________________________

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis mempersilakan:


Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................


Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha


Encik.....(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian
hadiah.

Seterusnya dipersilakan .............................. menyampaikan cenderahati kepada


...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan


olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:


rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat Sekolah
Kebangsaan Gulau Kali kali ke-36.: rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat Sekolah Kebangsaan Gulau Kali kali
kejohanan dan ke-36. kini tiba ke penghujungnya.
penyampian
hadiah ketegori Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut rumah
khas(6) masing-masing.

(marching song)

Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat


Sekolah Kebangsaan Gulau Kali kali ke-36. Oleh itu, dijemput En. Idham Nasri
bin Jaafar Guru Besar SK Gulau untuk menyampaikan ucapan penutupan
Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat Sekolah Kebangsaan Gulau.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu
menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat
Sekolah Kebangsaan Gulau Kali kali ke-36 pada tahun ini.
.................................................................

Dian Tiga Lilin Pun Tiga,


Tanglung Tergantung Rumah Laksamana,
Diam Juga Sabar Pun Juga,
Ada Umur Tidak Kemana.

Tuan Puteri Pergi Ke Rasah,


Pulang Semula Sebelah Pagi,
Kita Bertemu Akhirnya Berpisah,
Diizinkan Tuhan Bersua Lagi.

Akhir kata dari kami


Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t
TEKS PENGUMUMAN ACARA
PENGUMUMAN ACARA BALAPAN

Hadirin yang dihormati,

Sebentar lagi akan berlangsung acara ……………………….

Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah

Di lorong yang pertama …………………………

Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia untuk dilepaskan.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara ……………………..

Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan

Encik/Puan/Cik ………………………………………………………..

untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.


(kalau banyak hadiah sebut acara dahulu……)

Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh ………………….. dari rumah …………

Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh ……………………. dari rumah………

Dan johan/pemenang pingat emas acara …………………Ialah …………… dari


rumah………………………..

Tahniah kepada para pemenang.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik
………………………………………. atas kesudian menyampaikan hadiah.

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

SMK DATO’ JAAFAR HASSAN KALI KE 22.

ACARA SKRIP CATATA


N

Alu-aluan Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen masuk
ke padang, dan berada di hadapan pentas utama untuk acara
penyampaian hadiah dan majlis penutupan kejohanan.

Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan salam 1


Malaysia

· Yang berusaha Encik Aminudin bin Mustafa, Pengetua


SMK DJH

· Yang Berusaha, Encik Abdul Jamil bin Abdullah, Penolong


Kanan Pentadbiran, SMK DJH

· Yang Dihormati En Ahmad Fauzi b Ibrahim, Penolong


kanan Hal Ehwal Murid,

· Yang Dihormati Encik Mohsin b Ibrahim, Penolong Kanan


Kokurikulum,
· Guru-guru Kanan, guru-guru cemerlang, guru-guru dan
para pelajar seterusnya sidang hadirin sekalian.

Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan


pada kejohanan balapan dan padang tahun ini. Kepada atlet yang
berjaya tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya tahun
hadapan cuba lagi.

PENYAM- Para pelajar dan hadirin sekalian,


PAIAN HADIAH
&
CENDERAMAT Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pihak
A majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Abdul Jamil
bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran SMK DJH, dengan
diiringi oleh En. Mohsin bin Ibrahim, Penolong Kanan
Kokurikulum, SMK DJH untuk menyampaikan hadiah.

Majlis dengan ini mempersilakan.

(JIKA BANYAK KATEGORI – BAHAGI KEPADA BEBERAPA


ORANG PENYAMPAI)

Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan perarakan


perbarisan bagi kategori rumah sukan pada hari ini.

- tempat ketiga disandang oleh pasukan Rumah__________.

-Seterusnya tempat kedua berjaya jatuh kepada pasukan


Rumah________.

-Dan Johan berjaya disandang oleh pasukan


Rumah___________.

Hadirin sekalian,

-Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang


Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.

-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati


Sekolah ialah ____________________________.

Untuk makluman semua, beliau telah memenangi


acara________________________________________________
___
-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
Olahragawan Sekolah pada tahun ini
ialah ____________________.

Beliau telah meraih


pingat__________________________________.

-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara


rasmi kedudukan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah
bertanding.

-Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan


Rumah____________ dengan __________ pingat emas, ______
pingat perak dan ___________ pingat gangsa . Dipersilakan
Ketua Rumah Sukan________________________ untuk
menerima hadiah.

-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan


Rumah______ dengan __________ pingat emas, ______ pingat
perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua
Rumah Sukan________________________ untuk menerima
hadiah.

-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Balapan


dan Padang kali ke 22 jatuh kepada:

Rumah __________________________ dengan __________


pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat
gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha,


Encik Abdul Jamil B AbdullahTuan Pengetua atas kesudian
menyempurnakan majlis sebentar tadi.

UCAPAN Hadirin dan hadirat sekalian,


PERASMIAN
PENUTUPAN Untuk menyempurnakan penutupan kejohanan Balapan dan
Padang pada kali ini, majlis sekali lagi menjemput En Abdul Jamil
Bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran SMK DJH untuk
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Dato’ Jaafar
Hassan Kali ke.22.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Dengan itu,maka berakhirlah kejohanan Balapan dan Padang kali


22 Sekolah Menengah Dato’ Jaafar Hassan tahun 2013

Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang


berjaya. Kepada yang masih gagal teruskan usaha ,jangan putus
asa.

YAKIN BOLEH, ANDA BOLEH DAN SEMEMANGNYA TOK PAQ


BOLEH....INSYAALLAH!!

SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH,


WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA
WABARAKATUH.

You might also like