You are on page 1of 1

Assalamualaikum wbt. Dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Puan Hjh Chek Norlia Bt. Hj Hassan

Guru Besar SK Jalan Semenyih 2 ( Intergrasi )

Yang Dihormati

Barisan Pentadbir,

Guru-guru serta anak-anak didik yang dikasihi sekalian.

Pada 18 hingga 22 Februari yang lalu, berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah
Daerah Hulu Langat bertempat di SK Bandar Tasik Kesuma. Sebanyak 28 buah pasukan bertanding
mewakili sekolah masing-masing bagi Kategori Lelaki. Dan 24 pasukan kategori perempuan berentap
di kejohanan bola tampar tersebut. Sekolah kita juga, tidak ketinggalan menghantar wakil bagi
kedua-dua kategori yang dipertandingkan.

Pasukan Bola Tampar lelaki membuat rekod tanpa kalah apabila menewaskan 6 buah sekolah
sehingga menjadi johan kumpulan dan seterusnya melayakkan diri ke Suku akhir dengan membenam
Sekolah Rendah Agama Intergrasi ( SERAI ) dan seterusnya melayakkan diri ke Separuh Akhir
menentang SK Jalan 4. Keptusan Rasmi Sekolah kita telah berjaya mendapat tempat ke-3 atau
menerima gangsa. Berikan tepukan.

Manakala Pasukan Bola tampar perempuan, telah menjadi Naib Johan Kumpulan dengan sekali
kekalahan menentang SK Jalan 4, tetapi berjaya bangkit semula menentang Johan Kumpulan D iaitu
Sekolah Agama intergrasi ( SERAI ) dan melayakkan diri ke separuh akhir dan berjaya menentang
SJKC Taman Canought. Sekali lagi SEJASA 2, Bertemu dgn SK Jalan 4 untuk pertemuan akhir,
penentuan Juara. Dan terpaksa tunduk dengan kekuatan SK Jln 4, yang mana akhirnya, menobatkan
SK Jln Semenyih 2, sebagai naib juara/tempat ke2 Bola Tampar Kategori Perempuan MSS Daerah
Hulu langat.

Maka dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Hjh Chek Norlia Bt Hj Hassan dengan
diiringi oleh Yang Dihormati Puan Lim Lan Kwan, Jurulatih Pasukan untuk menyempurnakan
penyampaian sijil dan medal. Dipersilakan.

Seterusnya. Sebagai tanda kenang-kenangan dan terima kasih, dipersilakan Yang Berusaha Puan
Guru Besar untuk menyampaikan Cenderahati Kepada Jurulatih Puan Lim Lan Kwan yang banyak
berjasa. Mengharumkan nama SEJASA 2 sehingga dikenali. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Guru Besar, diatas kesudiaan menyempurnakan
penyampaian hadiah sebentar tadi. Akhir kata, anak-anak didik sekalian, “kami tidak ramai, tetapi
kami mampu memberikan cabaran” SEJASA 2, BOLEH!BOLEH!BOLEH!

You might also like