You are on page 1of 20

MUKA HADAPAN

ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1
1.1 Definisi Dasar Awam 2
1.2 Dasar Pertahanan Negara 3
1.2.1 Sejarah Penggubalan Dasar Pertahanan Negara 4
1.2.2 Faktor-Faktor Yang Mendorong Penggubalan Dasar Pertahanan Negara 5
1.3 Kriteria Pemilihan Cadangan Dasar Pertahanan Negara 6
1.3.1 Nilai 7
1.3.2 Political Party Affiliation 8
1.3.3 Kepentingan Perwakilan 9
1.3.4 Pandangan Awam 10
1.3.5 Kepatuhan 11
1.4 Cabaran Dalam Merealisasikan Dasar Pertahanan Negara 12
1.5 Kesimpulan 13

RUJUKAN 14
1.0 PENGENALAN

Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi


Berparlimen yang mana kuasa pentadbirannya diketuai oleh Yang Dipertuan Agong dan
dibantu oleh jemaah menteri, kementerian, jabatan, dan perbadanan awam (Rahman dan
Ridza, 2010). Di samping itu, Malaysia juga dilihat sebagai sebuah negara maju yang sangat
unik di mata dunia kerana ia didiami oleh penduduk yang berasal dari pelbagai kaum, bangsa
dan agama. Menurut statistik yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2019),
jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2019 dianggarkan seramai 32.6 juta orang di mana
90.2 % dari jumlah tersebut adalah penduduk warganegara dan 9.8 % lagi adalah penduduk
bukan warganegara. Walaupun berasal dari latar belakang perkauman dan agama yang
berbeza, penduduk Malaysia hidup di dalam sebuah suasana yang aman dan damai tanpa
berlakunya perselisihan faham atau lain-lain masalah yang mencetuskan pergolakan. Jika
dilihat dari sudut pandangan sejarah, Malaysia adalah sebuah negara yang telah lahir daripada
legasi kolonialisme penjajah British yang mana telah melalui pelbagai masalah dan cabaran
dan berjaya kekal stabil serta membangun dengan pesat sehingga kini (Ishak, 2010).

Namun begitu, kemajuan dan pembangunan pesat yang telah dicapai oleh Malaysia
sebenarnya adalah merupakan hasil daripada usaha secara berterusan serta perancangan yang
efektif dan efisyen yang dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia dengan penggubalan dasar-
dasar awam negara yang adil dan saksama yang berpihak kepada rakyat. Dasar awam dirujuk
sebagai suatu bentuk rujukan atau standard bagi membimbing segala tindakan kerajaan untuk
menyelesaikan masalah-masalah berkaitan pembangunan negara serta penduduk tempatan di
dalam sesebuah negara (Zhou, 2014). Di Malaysia, penggubalan dasar-dasar kerajaan adalah
demi menangani pelbagai isu dan aspek seperti politik, ekonomi, pembangunan, pendidikan,
kebudayaan, kedaulatan dan ketahanan negara serta lain-lain perkara lagi. Walaupun terdapat
banyak dasar-dasar kerajaan yang telah digubal dan dilaksanakan semenjak Malaysia
mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957, mutakhir ini setelah berlakunya peralihan
kuasa pentadbiran kepada kerajaan baru menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei
2018, kerajaan baru kini sedang meneliti dan menilai dasar pertahanan negara yang sedia ada
sebagai suatu usaha untuk menguatkan lagi benteng pertahanan negara demi menjamin
keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Tindakan yang diambil oleh kerajaan baru di dalam
proses pengemaskinian dasar pertahanan ini boleh dikaitkan dengan lima faktor membuat
keputusan yang telah diutarakan oleh Anderson (2000) yang mana akan dibincangkan dengan
lebih terperinci di dalam bahagian-bahagian seterusnya.

1
1.1 DEFINISI DASAR AWAM

Dasar adalah merupakan suatu bentuk prinsip atau tindakan yang dicadangkan atau
dilaksanakan oleh kerajaan di sesebuah negara (Ameri, 2018). Dasar juga dilihat sebagai
sebuah elemen yang sangat penting di dalam sistem pentadbiran sesebuah negara kerana ia
adalah suatu bentuk “framework” atau rangka kerja yang dijadikan sebagai rujukan atau garis
panduan segala perancangan dan tindakan kerajaan demi mencapai matlamat menjaga
kepentingan rakyat dan negara. Di samping itu, dasar juga memerlukan penyataan yang jelas
dan mendalam mengenai matlamat dan tindakan yang bakal dibuat di masa depan, dan
menyatakan cara untuk mencapainya. Manakala, dasar awam pula ditakrifkan sebagai suatu
bentuk gabungan keputusan asas serta tindakan yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam
menangani seseuatu masalah atau isu yang timbul di dalam sesebuah negara yang menjadi
perhatian umum (Mayo, 2008). Selain itu, dasar awam juga dirujuk sebagai panduan untuk
bertindak, dan ia berkaitan dengan rangka kerja yang lebih luas yang melibatkan falsafah,
prinsip, visi dan keputusan yang diterjemahkan ke dalam pelbagai program, projek, dan
aktiviti (Khan dan Khandaker, 2016). Menurut pendapat Stewart et al. (2008), dasar awam
seharusnya dilaksanakan dengan baik dan efisyen agar rakyat dapat memperoleh faedah yang
berbentuk positif daripada implementasi dasar-dasar tersebut.

Dasar awam dilihat sebagai suatu elemen yang kritikal kerana segala keputusan yang diambil
oleh kerajaan mempengaruhi hampir setiap aspek kehidupan seharian rakyat di sesebuah
negara termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan dan keselamatan negara. Dasar-dasar awam
yang direka bentuk pada hakikatnya mewujudkan peraturan dan prosedur yang membimbing
kerajaan di dalam hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan
menetapkan standard untuk institusi pendidikan, pengoperasian kemudahan awam dan fasiliti
perumahan. Terdapat juga dasar-dasar awam yang digubal oleh kerajaan yang mengambil
berat tentang isu-isu jangka pendek seperti menyelaraskan usaha-usaha bantuan yang
menyusuli bencana alam atau untuk meringankan kebimbangan ekonomi yang dihasilkan
oleh penurunan mendadak di pasaran. Selepas berlakunya peralihan kuasa pentadbiran negara
pada tahun 2018, kerajaan baru kini bukan sahaja memberikan fokus kepada sektor ekonomi
dan sosial malah isu-isu dan permasalahan yang berkaitan dengan pertahanan dan
keselamatan negara turut diberikan perhatian yang serius. Kerajaan baru telah membuat
keputusan untuk mengemaskinikan Dasar Pertahanan Negara yang telah digubal pada tahun
2010 bagi meningkatkan lagi keberkesanan sistem pertahanan negara untuk jangka masa
pertengahan dan jangka panjang (Faizie, 2018).

2
1.2 DASAR PERTAHANAN NEGARA

Dasar pertahanan adalah merupakan sebahagian daripada konsep dasar keselamatan negara
atau strategi keselamatan negara yang lebih meluas yang mana merangkumi perancangan dan
pengurusan pertahanan yang dijadikan sebagai suatu bentuk garis panduan oleh sesebuah
negara (Mwangi, 2016). Ia juga dirujuk sebagai aktiviti-aktiviti berterusan yang mana
dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan keselamatan negara. Menurut Zain et al. (2019),
dasar pertahanan memaparkan hasrat sesebuah negara di dalam usaha untuk mempertahankan
kepentingan-kepentingan strategiknya di samping memelihara keselamatan negara yang mana
turut dilihat sebagai satu bentuk manifestasi yang bertanggungjawab untuk melindungi
keselamatan dan kepentingan strategik sesebuah negara. Angkatan tentera di sesebuah negara
itu berperanan dan memikul tanggungjawab untuk pembangunan kekuatan angkatan tentera
dan membuat penempatan serta menguruskan tenaga sumber manusia dengan optimum di
mana dasar pertahanan memainkan peranan yang penting untuk membimbing angkatan
tentera sesebuah negara di dalam hal-hal ini (Louw, 2013). Di samping itu, dasar pertahanan
juga digunakan untuk menguruskan hubungan pertahanan dua hala dengan negara-negara di
seluruh dunia dan menangani isu-isu jangka panjang yang timbul daripada hubungan ini.

Walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi, kini
terdapat masalah-masalah berkaitan dengan keselamatan negara yang disebabkan oleh faktor-
faktor bukan konvensional yang mula membentuk dan mempengaruhi sifat ancaman kepada
pertahanan dan keselamatan negara. Sebagai suatu usaha untuk menangani masalah-masalah
ini, kerajaan Malaysia telah menggubal dasar pertahanan negara kerana masalah-masalah
yang dilihat sebagai ancaman ini berkemampuan untuk menjejaskan kedaulatan,
kemerdekaan dan integriti Malaysia. Dasar pertahanan negara berfungsi untuk melindungi
serta mempertahankan kawasan kepentingan Malaysia dari sebarang ancaman sama ada dari
luar atau dari dalam negara (Keling et al., 2016). Dalam pada masa yang sama, matlamat
utama penggubalan dasar pertahanan negara di Malaysia adalah bagi melindungi dan
mempertahankan kepentingan nasional yang membentuk dasar kedaulatan Malaysia, integriti
wilayah dan mencapai kemakmuran dari segi ekonomi. Di samping itu, dasar pertahanan
negara turut mencerminkan komitmen yang berterusa oleh kerajaan terhadap pengukuhan
pembaharuan kebangsaan dan pemodenan angkatan tentera di negara kita. Ia juga turut
menekankan keperluan mengekalkan sekitaran kawasan kepentingan strategik negara yang
stabil dan aman (Zain et al., 2016). Bahagian seterusnya akan membincangkan tentang
sejarah penggubalan dasar pertahanan negara denga lebih mendalam lagi.

3
1.2.1 SEJARAH PENGGUBALAN DASAR PERTAHANAN NEGARA

Di Malaysia, salah sebuah kementerian yang memikul tanggungjawab untuk menggubal dan
melaksanakan dasar pertahanan negara adalah Kementerian Pertahanan Malaysia yang mana
adalah merupakan salah satu kementerian yang terawal diwujudkan di negara kita iatu pada
31 Ogos 1957 dan rentetan peristiwa yang mendorong penggubalan dasar ini telah bermula
semenjak tahun 1962 lagi (Zain et al., 2016). Kerajaan Malaysia pada waktu itu telah
membuahkan cadangan kepada pihak British untuk membentuk dasar pertahanan negara yang
dikenali sebagai Pelan Dinamo namun cadangan tersebut telah ditolak oleh pihak British
kerana ia memerlukan kos yang tinggi. Kemudian, setelah Malaysia baru ditubuhkan dengan
menggabungkan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 telah meningkatkan komitmen
Malaysia dalam aspek pertahanan dan keselamatan. Selain itu, peristiwa-peristiwa lain seperti
tindakan Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia dan Konfrontasi Malaysia-Indonesia
pada tahun 1965 turut menjadi pendorong kepada kerajaan untuk memberi perhatian kepada
aspek keselamatan dan pembangunan pertahanan (Keling et al., 2016). Perebakan ideologi
komunis di Malaysia pada tahun 1960-an juga telah turut menggesa penggubalan dasar
pertahanan negara yang mana julung kalinya telah diluluskan pada tahun 1986 yang
berteraskan matlamat untuk memelihara kemakmuran, keamanan, memelihara kedaulatan dan
berkecuali yang mana telah dikaji semula beberapa kali (Zain et al., 2016).

Kemudian, ketika Kementerian Pertahanan Malaysia berada di bawah pimpinan Dato Seri
Mohd Najib Tun Razak, kerajaan telah menggubal dan meluluskan dasar pertahanan negara
yang baru pada tahun 2010. Pelaksanaan jangka masa untuk dasar itu adalah sepuluh tahun di
mana kerajaan akan menentukan mekanisme untuk mengendalikan pelaksanaan dan
melakukan penilaian berkala (Muzamir, 2019). Seperti mana yang diketahui umum, Malaysia
menolak penggunaan ancaman kuasa untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa dan
mengamalkan cara penyelesaian yang berbentuk damai yang mana telah dinyatakan di dalam
dasar pertahanan negara 2010 iatu menekankan amalan pertahanan diplomasi pertahanan
melalui diplomasi dua hala dan pelbagai hala (Abas, 2010). Di samping itu, dasar pertahanan
negara yang baru itu juga menggariskan tiga perkara yang utama iaitu kepentingan-
kepentingan strategiknya negara, prinsip-prinsip pertahanan dan konsep pertahanan. Untuk
mencapai tujuan tersebut, satu strategi komprehensif telah direka bentuk oleh kerajaan
Malaysia sebagai prinsip asas dasar pertahanan yang merujuk kepada tiga prinsip utama iatu
prinsip pertahanan berdikari (self reliance), prinsip kerjasama serantau (regional cooperation)
dan prinsip bantuan luar (foreign aid).

4
1.2.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENGGUBALAN DASAR
PERTAHANAN NEGARA

Seperti mana yang diketahui umum, perkembangan dasar pertahanan negara telah
dipengaruhi oleh berbagai faktor termasuk faktor dalaman dan luaran yang berkemungkinan
besar mampu menggugat kestabilan negara, keamanan, keselamatan serta kehidupan seharian
rakyat (Faisol, 2016). Selain itu, dasar pertahanan negara juga digubal bagi melindungi
negara dari ancaman luaran dan dalaman. Ancaman luar boleh berlaku di dalam bentuk
pencerobohan, serangan atau sekatan manakala ancaman dalaman pula berlaku dalam bentuk
keganasan, subversi, gangguan awam, jenayah, pemberontakan, sabotaj dan pengintipan
(Zhou, 2014). Terdapat juga anacaman-ancaman lain termasuk ketidakstabilan yang
disebabkan oleh krisis kewangan, peristiwa iklim, jenayah siber atau lain-lain bentuk
serangan ke atas negara yang mungkin menggugat infrastruktur dan menyebabkan
penyebaran penyakit ke atas penduduk negara (Keling et al., 2011). Selain daripada itu juga,
penggubalan dasar pertahanan negara juga didorongi oleh krisis ekonomi dunia yang dilihat
semakin merosot terutama di kalangan negara-negara ASEAN turut menjadi faktor pendesak
untuk menggubal dasar pertahanan negara (Harun, 2009).

Kedudukan geografi Malaysia yang terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan


bersempadan dengan lima buah negara juga turut menjadi faktor pendorong kepada
penggubalan dasar pertahanan negara (Keling, 2016). Hal ini adalah kerana walalupun
Malaysia berada di dalam suasana yang aman dan damai serta selamat untuk didiami, namun
sekiranya berlakunya sebarang pergolakan di negara-negara jiran ini, ia dilihat sebagai
ancaman kepada Malaysia juga. Kedudukan ini juga turut menyebabkan negara menghadapi
masalah pendatang tanpa izin yang kini sedang berleluasa terutama dari negara-negara jiran
ini yang mana kini dianggarkan seramai lebih kurang 4.6 juta orang (Rajagopal, 2019).
Kewujudan pendatang tanpa izin ini dijangka akan meningkatkan lagi kes-kes jenayah dan
menyebarkan penyakit-penyakit berjangkit di kalangan penduduk tempatan (Lisut, 2019).
Sebagai langkah pencegahan, kerajaan telah menggariskan beberapa perkara seperti
menguatkan lahi benteng pertahanan di sempadan sebagai langkah mematahkan percubaan
memasuki ke dalam Malaysia tanpa dokumen yang sah. Selain itu, faktor-faktor lain seperti
ancaman dari puak-puak pelampau turut mendorong penggubalan dasar pertahanan negara.
Contohnya, seperti di Selatan negera Thailand terutamanya di wilayah Narathiwat yang
bersempadan dengan negeri Kelantan yang sering terdedah kepada serangan puak pelampau
ini yang menyebabkan kerajaan mengambil langkah mengukuhkan pertahanan di sempadan.

5
1.3 KRITERIA PEMILIHAN CADANGAN DASAR PERTAHANAN NEGARA

Dasar-dasar awam yang digubal oleh kerajaan memainkan peranaan yang penting di dalam
sistem pentadbiran sesebuah negara kerana ia berfungsi sebagai suatu medium untuk
menangani segala msalah dan cabaran masyarakat dan ia adalah merupakan suatu bentuk
output yang terhasil daripada penglibatan sejumlah individu yang bekerjasama di dalam
proses penggubalan dasar tersebut (Bernstein, 2017). Jika dilihat dengan teliti, penggubalan
dasar awam adalah merupakan suatu bentuk proses di mana kerajaan sesebuah negara itu
menterjemahkan visi dan misi politik mereka melalui pengenalan proram-program serta
tindakan demi kesejahteraan rakyat dan negara (Waller et al., 2009). Di samping itu,
penggubalan dasar awam melibatkan penyelidikan, analisis, perundingan dan sintesis
maklumat untuk menghasilkan cadangan dan melibatkan penilaian opsyen terhadap satu set
kriteria yang digunakan untuk menilai setiap opsyen (Farag, 2003).

Selain itu, proses penggubalan dasar juga merupakan suatu bentuk proses yang berterusan
yang secara umum tidak mempunyai permulaan dan keputusan yang muktamad tetapi fasa
penggubalan tersebut boleh dibahagikan kepada enam fasa yang utama (Buck, 2013). Fasa-
fasa tersebut adalah tetapan agenda, pembentukan dasar, legitimasi dasar, pelaksanaan dasar,
penilaian dasar dan penyelenggaraan, penggantian atau penamatan polisi (Buck, 2013). Fasa
pertama iatu penetapan agenda membantu pembuat dasar untuk menentukan masalah yang
bakal ditangani. Dalam fasa kedua, iatu pembentukan dasar, penyelesaian kepada masalah
akan dibentuk dan didebatkan oleh pemimpin-pemimpin untuk mencapai persetujuan.
Manakala fasa ketiga pula adalah legitimasi dasar yang mana merupakan suatu fasa yang
penting kerana ia memaparkan persetujuan orang ramai terhadap tindakan kerajaan untuk
menjadi undang-undang dan berwibawa. Dalam fasa keempat iatu perlaksanaan dasar,
tanggungjawab berpindah dari penggubal dasar kepada pelaksana dasar. Dalam asa kelima
pula, penggubal dasar akan menjalankan penilaian untuk menentukan keberkesanan dasar
tersebut dalam mencapai matlamat. Fasa terakhir merujuk kepada situasi di mana keperluan
untuk memperbaiki dasar yang sedia ada yang disebabkan oleh perubahan matlamat, nilai,
kepercayaan atau keutamaan. Namun begitu, terdapat juga kriteria-kriteria lain yang perlu
diberi keutamaan di dalam proses penggubalan dasar pertahanan negara di mana cadangan
penggubalan dasar ini boleh dikaitkan dengan lima faktor di dalam membuat sesuatu
keputusan seperti yang dicadangkan oleh Anderson (2000). Bagi mendapatkan suatu
gambaran yang jelas mengenai perkara ini, sub-bahagian seterusnya akan mengulas dan
membincangkan faktor-faktor tersebut.

6
1.3.1 NILAI

Nilai sering dirujuk sebagai suatu bentuk penentu kepada tindakan dan kelakuan yang
diambil oleh seseorang individu atau sesebuah organisasi. Selain itu, nilai juga dilihat sebagai
suatu elemen yang memaparkan identiti seseorang individu atau organisasi atau negara yang
mana memberikan hala tuju serta pegangan di dalam melakukan sesuatu tindakan atau
keputusan (Kadir, 2009). Dalam masa yang sama, nilai juga adalah merupakan suatu konsep
yang mencerminkan pegangan, kepercayaan dan amalan dengan merujuk kepada panduan
atau elemen rujukan yang dipersetujui umum. Untuk itu, nilai yang dipegang dapat
membentuk dan mempengaruhi segala tindakan terutamanya di dalam proses membuat
keputusan. Selain daripada itu juga, setiap aspek kehidupan manusia juga dapat dikaitkan
dengan nilai yang mana berkait rapat dengan pengalaman dan pendirian seorang individu
serta boleh mempengaruhi motif, alasan dan justifikasi setiap tindakan individu tersebut.
Konsep nilai ditakrifkan dan diterapkan dari pelbagai perspektif yang berbeza dan dalam
pelbagai disiplin. Weinstein & Johnson (1999) menganggap nilai sebagai konsep abstrak dan
aplikasinya bergantung pada konteks yang berbeza. Manakala menurut Zurina dan Hukil
(2006), nilai adalah merupakan sejenis produk hipotetikal mental yang terdapat di dalam diri
setiap individu yang mengandungi elemen-elemen kesedaran dan perasaan yang seringkali
dipamerkan dalam sikap dan tindakan individu tersebut.

Konsep nilai ini turut memainkan peranan yang sangat penting di dalam proses pemilihan
dasar pertahanan negara. Sebagai sebuah negara sedang membangun yang terdiri daripada
pelbagai kaum dengan majoritinya beragama Islam, Malaysia mengamalkan nilai-nilai
inklusif, dialog dan progresif, selari dengan konsep rahmat untuk seluruh alam dan objektif
syariah (Kementerian Pertahanan Malaysia, 2019). Ini boleh dilihat dari perjalinan hubungan
kerjasama strategik di peringkat serantau melalui penglibatan aktif dalam organisasi
keselamatan dan pertahanan serantau seperti ASEAN Regional Forum (ARF), ASEAN
Defence Ministerial Meeting (ADMM), Five Power Defence Arrangement (FPDA) dan
sebagainya bagi melindungi kepentingan negara. Dalam masa yang sama, nilai-nilai Islam
juga diterapkan kepada anggota-anggota tentera Malaysia melalui penubuhan Kor Agama
Angkatan Tentera atau KAGAT pada 16 April 1985 (Abu Chik, 2017) dan termaktub di
dalam dasar pertahanan negara. Selain itu, dasar pertahanan negara juga merangkumi nilai-
nilai lain seperti integriti, profesionalisme, kejujuran intelektual, neutralisme, kepimpinan,
inovatif dan kreatif serta beorientasikan rakyat yang mana turut diterapkan kepada semua
kakitangan Kementerian Pertahanan Malaysia.

7
1.3.2 POLITICAL PARTY AFFILIATION

Political Party Affiliation atau terjemahan bahasa Melayunya Gabungan Parti Politik merujuk
kepada sebuah organisasi atau parti yang bersatu di bawah satu pegangan atau pendapat yang
sama dan memiliki kuasa untuk meluluskan keputusan yang telah diambil (Mesch et al.,
2011). Seperti mana yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, Malaysia adalah sebuah
negara yang mengamalkan demokrasi parlimen dan mempunyai monarki perlembagaan yang
sama seperti United Kingdom di mana badan pembuatan undang-undang utama adalah
Parlimen (Sivasubramaniam, 2016). Sistem pentadbiran Malaysia pula terdiri daripada tiga
bahagian utama iatu Badan Perundangan, Eksekutif dan Badan Kehakiman yang juga sama
dengan negara United Kingdom. Manakala kabinetnya pula dibentuk oleh parti yang
mendapat kerusi yang majoriti di Dewan Rakyat di mana Parti Pakatan Harapan telah
menerajui pentadbiran Malaysia selepas kemenangan di dalam pilihanraya umum yang ke-14
pada Mei 2018 (Besar, 2019). Parti Pakatan Harapan adalah merupakan gabungan 4 parti
politik pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pribumi Bersatu, DAP dan
AMANAH (Fadli, 2018). Faktor gabungan parti politik ini turut memainkan peranan yang
penting di dalam cadangan penggubalan dasar-dasar pertahanan negara.

Walaupun kerajaan kini diterajui oleh Parti Pakatan Harapan dan Parti Barisan Nasional
menjadi parti pembangkang, namun cadangan-cadangan yang berkaitan dengan isu-isu
pertahanan dan keselamatan negara sering mendapat sokongan daripada ahli-ahli Parlimen
kedua-dua belah parti. Sebagai contoh, baru-baru ini Menteri Pertahanan Malaysia telah
membentangkan dasar pertahanan negara untuk 10 tahun yang akan datang pada 2 Disember
2019 yang mana bertujuan melindungi kepentingan negara dan mempertahan kedaulatan serta
keutuhan wilayah (Alhadjri, 2019). Di dalam pembentangan tersebut, menteri telah
menyatakan cadangan membangunkan Kertas Putih Pertahanan buat julung kalinya. Kertas
Putih Pertahanan merupakan sejenis dokumen terbuka yang memberikan penerangan secara
jelas peranan rakyat, agensi dan organisasi pertahanan dalam mempertahankan negara dan
bersifat umum dan tidak mengandungi maklumat sulit dan sensitif berhubung keselamatan
negara (Parzi, 2019). Selain itu, di dalam sesi pembentangan tersebut juga turut disebut
mengenai peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk melaksanakan dasar pertahanan
negara yang dilihat tidak mencukupi kerana jumlahnya adalah agak kurang dari tahun-tahun
sebelumnya (David, 2019). Usul Kertas Putih Petahanan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat
selepas mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen (Mohd Nor, 2019) dan manakala
peruntukan bagi kementerian itu pula dipersetujui untuk dikaji semula (Sarabatin, 2019).

8
1.3.3 KEPENTINGAN PERWAKILAN

Perwakilian adalah merupakan suatu bentuk hubungan yang wujud di antara seseorang
individu yang bertindak sebagai seorang perantara dan penyelesai masalah yang dihadapi
oleh sesuatu kelompok masyarakat yang mana boleh menggalakkan kesedaran perwakilan
politik demokratik (Nugroho dan Utomo, 2015). Selain itu, perwakilan juga memaparkan
situasi di mana seseorang individu mewakili suara masyarakat demi kepentingan mereka
yang menyebabkan masyarakat mempuntai tanggapan yang berbentuk positif terhadap
individu tersebut melalui sikap dan tindakannya dalam membuat keputusan mengenai
masalah- masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut (Watts dan Chadwick, 2019).
Menurut Knox (2013), perwakilan juga dirujuk kepada seseorang individu atau organisasi
politik yang memahami masalah dan isu yang dihadapi masyarakat dan komuniti tertentu
serta mengambil berat tentang masa depan mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Manakala Jerajar (2014) telah mendefinisikan perwakilan sebagai seseorang yang menjadi
wakil masyarakat sama ada secara turun temurun atau melalui pilihan raya yang mempunyai
status dan peranan sebagai wakil di dalam sesebuah sistem politik yang berkuasa untuk
mengambil tindakan demi kebaikan masyarakat.

Pembangunan dasar pertahanan negara turut melibatkan pembangunan aspek logistik


Angkatan Tentera Malaysia seperti kapal perang, pesawat pejuang, kereta kebal dan lain-lain
kenderaan dan peralatan sebagai suatu usaha untuk memastikan prinsip pertahanan self-
reliance ATM dapat dicapai (Faisol, 2016). Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah
merupakan benteng pertahanan utama Malaysia yang memikul tanggungjawab untuk
melaksanakan dasar pertahanan negara kini dilihat mengalami msalah dari segi logistik dan
peruntukan lebih-lebih di dalam menangani isu-isu keselamatan di zaman serba moden ini.
Baru-baru ini, Menteri Pertahanan Malaysia telah membentang Kertas Putih Pertahanan yang
pertama dan telah menyatakan keperluan mengkaji semula peruntukan kepada ATM supaya
dapat mempertingkatkan lagi logistik yang sedia ada seperti pembelian radar, pesawat
terbang tanpa pemandu (UAV) dan dron (Fuad, 2019). Di samping itu, menteri pertahanan
sebagai wakil ATM juga telah berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi
kerja-kerja selenggara rumah keluarga angkatan tentera (Sawal, 2019) dan mendapatkan
elaun kenangan jasa sebanyak RM250 kepada hampir 70,000 penerima di kalangan anggota
tentera Malaysia (Zakinan, 2019). Tindakan menteri memaparkan perlaksanaan
tanggungjawab dan tugasnya sebagai seorang wakil yang mewakili ATM dengan sempurna
dan dilihat prihatin dengan keperluan golongan yang berada di bawah naungannya.

9
1.3.4 PANDANGAN AWAM

Pada masa kini, pandangan awam di dalam membentuk dasar awam atau undang-undang di
sesebuah negara yang mengamalkan corak pemerintahan demokrasi. Selain itu, pandangan
awam juga adalah merupakan sebahagian daripada sistem sosio-politik yang memainkan
peranan yang amat penting di dalam membentuk kehidupan politik dan awam di sesebuah
negara (Leka dan Kosumi, 2017). Pandangan awam juga memaparkan penyertaan penduduk
yang lebih luas sebagai pertimbangan kepada isu umum (Baker dan Bacharach, 2017).
Terdapat beberapa definisi bagi menggambarkan maksud pandangan awam yang telah
diutarakan oleh sarjana-sarjana dari pelabagai bidang. Menurut Leka dan Kosumi (2017),
pandangan awam dirujuk sebagai sikap atau reaksi yang ditonjolkan oleh masyarakat
mengenai isu-isu politik dan sosial tertentu yang disampaikan kepada pemimpin-pemimpin
sebelum sesuatu keputusan dan tindakan yang mempunyai kesan yang nyata terhadap
masyarakat. Manakala menurut Naqvi (2015) pula, pandangan awam ditakrifkan sebagai
penilaian kolektif yang dinyatakan oleh seseorang individu mengenai isu politik, dasar,
institusi dan kelompok masyarakat tertentu. Pandangan awam dilihat sebagai suatu elemen
yang penting di dalam sesebuah negara demokrasi kerana rakyat adalah sumber utama
kekuatan politik negara tersebut. Untuk itu, ia adalah kritikal bagi pihak kerajaan dan pihak-
pihak yang bertanggungjawab untuk menggubal dasar-dasar awam untuk mengambil kira
pandangan awam sebelum meluluskan dan melaksanakan sesuatu dasar itu.

Dasar pertahanan negara yang digubal oleh kerajaan bukan hanya memberi fokus kepada isu
keselamatan sahaja malah ia juga turut digubal dengan mengambil kira pandangan rakyat.
Sebagai contoh di sini, isi kandungan yang terdapat di dalam Kertas Putih Pertahanan turut
menggariskan kepentingan keselamatan maritim yang mana diturut sertakan di dalam
dokumen tersebut selepas nelayan-nelayan Malaysia menghadapi ancaman daripada lanun
dari Nigeria dan nelayan-nelayan asing yang menggugat keselamatan serta pendapatan harian
mereka yang mana turut menyebabkan negara kehilangan hasil sehingga RM6 bilion akibat
penangkapan ikan secara haram setiap tahun (Bernama, 2019). Selain itu, dalam usaha
memastikan elemen ketelusan dalam perlaksanaan undang-undang di Malaysia, kerajaan
telah memperkenalkan Seranta Awam Atas Talian pada tahun 2012 yang mana turut
diperkenalkan dengan hasrat untuk memberikan ruang dan galakan kepada orang awam untuk
mengutarakan pandangan dan maklum balas bagi semua draf cadangan baru atau pindaan
undang-undang dan lain-lain perkara termasuk penggubala dasar sebagai satu kaedah untuk
mengelakkan konflik dan salah faham di antara rakyat dan kerajaan.

10
1.3.5 KEPATUHAN

Kepatuhan adalah merupakan sikap dan tingkah laku taat seseorang individu yang
mencerminkan kepercayaan, menerima serta melaksanakan permintaan atau menjalankan
peraturan yang telah ditettapkan (Alfiati, 2015). Kepatuhan juga dirujuk sebagai suatu bentuk
pengukuran perlaksaan sesuatu tindakan yang mana dilaksanakan dengan garis panduan yang
telah ditetapkan (Puspitasari et al., 2016). Kepatuhan juga boleh didefinisikan sebagai suatu
bentuk perilaku seseorang individu yang menuruti segala arahan yang dikeluarkan oleh
pemerintah menerusi rang undang-undang atau garis panduan di mana perilaku tersebut
dilakukan sebagai suatu tanggungjawab yang wajib diikuti (Budiman dan Anggraeni, 2010).
Selain daripada itu, kepatuhan juga dilihat sebagai suatu bentuk pengaruh sosial yang mana
memaparkan tindakan seseorang individu untuk menuruti arahan serta permintaan yang
dikeluarkan oleh individu lain yang mempunyai autoriti sama ada secara lisan atau secara
bertulis (Safitri dan Rahman, 2013). Dasar pertahanan negara yang digubal pada tahun 2010
dan Kertas Putih Pertahanan 2019 adalah merupakan dua contoh dokumen yang telah
dikeluarkan untuk tatapan umum (Yaacob, 2019).

Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara di dalam perlaksaaan dasar pertahanan negara
yang perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Kementerian pertahanan serta individu-
individu yang terlibat secara langsung di dalam penggubalan dasar-dasar pertahanan negara
yang merangkumi rahsia-rahsia tertentu yang diwajibkan untuk dilindungi dan terikat dengan
undang-undang tertentu bagi melindungi rahsia-rahsia tersebut. Contohnya, segala aktiviti,
penempatan serta identiti anggota-anggota Kor Risik Diraja Dan Rejimen Khas Perisikan
Tempur dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Anggota-anggota dari bahagian ini terlibat
dengan misi-misi sulit bagi melindungi keselamatan negara yang mana dianggotai oleh
individu dari pelbagai latar belakang dan kepakaran. Di antara misi yang pernah dilakukan
oleh anggota-anggota ini adalah menangani masalah-masalah kes penculikan rakyat di dalam
dan luar negara serta penglibatan di dalam rundingan damai di antara Barisan Pembebasan
Islam Moro (MILF) dan Kerajaan Filipina serta isu keselamatan di selatan Thailand yang
bersempadan dengan negeri Kelantan (Razak Ahmad, 2018). Golongan ini melakukan tugas-
tugas kritikal yang membahayakan diri namun identiti sebenar mereka ini tidak pernah
didedahkan kepada umum di atas sebab-sebab keselamatan dan kepentingan strategik negara.
Senario ini memaparkan kepatuhan semua pihak terhadap garis panduan serta tatacara yang
dikeluarkan oleh kerajaan di peringkat kementerian dan jabatan agar perlaksanaan dasar
pertahanan negara dapat dijalankan dengan efketif dan sempurna.

11
1.4 CABARAN DALAM MEREALISASIKAN DASAR PERTAHANAN NEGARA

Walaupun dilihat kerajaan Malaysia telah berjaya melaksanakan dasar pertahanan negara
semenjak ia diperkenalkan di bahagian-bahagian sebelum ini, namun terdapat pelabagai
cabaran yang terpaksa dilalui di dalam merealisasikan dasar tersebut. Cabaran utama yang
dihadapi oleh Kementerian Pertahanan Malaysia di dalam proses perlaksanaan dasar ini
adalah masalah kewangan yang disebabkan oleh kekurangan peruntukan daripada kerajaan
(Abd Aziz, 2019; Abu Bakar, 2019). Ekoran daripada kekurangan peruntukan, kementerian
terpaksa menghadapi pelbagai cabaran yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
seperti kekurangan peralatan persenjataan dan logistik untuk melaksanakan tugas-tugas
hakiki mereka (Faisol, 2016). Selain itu, terdapat juga cabaran luaran yang terpaksa dihadapi
oleh kementerian iatu pandangan orang ramai yang sentiasa mengharapkan perkhidmatan
profesional dan mengatasi agensi-agensi lain demi keperluan masyarakat. Walalupun berada
di dalam serba kekurangan, namun pihak kementerian dengan kerjasama ATM mampu
memperkasakan sistem keupayaan persenjataan dan keupayaan teknologi maklumat dengan
sumber yang ada yang mampu memberi jaminan terhadap keselamatan negara.

Kritikan daripada parti pembangkang juga merupakan salah satu cabaran yang terpaksa
ditempuhi oleh kementerian di dalam usaha melaksanakan dasar tersebut. Contohnya, baru-
baru ini selepas Kementerian Pertahanan Malaysia mengumumkan hasrat untuk
menghasilkan Kertas Putih Pertahanan yang pertama dikritik oleh bekas menteri pertahanan
Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang meluahkan perasaan kecewa beliau dengan
pembentangan dokumen tersebut yang merangkumi strategi pertahanan negara yang akan
dilaksanakan bagi tahun 2020-2030. Menurut penyataan yang dinyatakan oleh beliau, intipati
dokumen tersebut hanyalah versi ringkas dan tidak memperincikan pelbagai inisiatif di
bawah kementerian pertahanan Malaysia dan mempertikaikan kredibiliti dan kemampuan
pengurusan kementerian tersebut di dalam hal-hal pertahanan dan keselamatan secara terbuka
(Azman, 2019). Perkara ini sekaligus akan menyukarkan kementerian tersebut untuk
mencadangkan sebarang idea atau dasar berkenaan isu pertahanan di masa hadapan dan
berkemungkinan besar akan mendapat bantahan daripada rakyat kerana kehilangan
kepercayaan terhadap kementerian tersebut. Dan cabaran terakhir yang tidak dapat ditentukan
adalah masalah pencerobohan dan serangan asimeterik oleh pengganas-pengganas dan lanun-
lanun di perairan negara terutamanya di Sabah. Dalam usaha mengatasi cabaran ini, ATM
dilihat sedang mempertingkatkan dan menguatkan lagi kemampuan mereka dari segi risikan
dan kemampuan bertempur dan bekerjasama dengan agensi keselamatan lain.

12
1.5 KESIMPULAN

Segala bentuk pencapaian dan kemajuan yang telah dikecapi oleh Malaysia pada masa kini
adalah merupakan hasil daripada kemampuan pemimpin-pemimpin di dalam jentera kerajaan
untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar awam yang berpaksi kepada kesejahteraan
rakyat. Seperti mana yang telah dibincangkan di dalam tugasan ini, penggubalan dasar
pertahanan negara adalah bertujuan untuk mempertahankan keselamatan negara dari segala
ancaman dan anasir buruk serta bagi menjaga ketenteraman negara. Menerusi perbincangan
yang telah dilakukan juga dapat memperlihatkan kepentingan lima faktor di dalam proses
membuat keputusan dan penggubalan dasar pertahanan negara seperti mana yang diutarakan
oleh Anderson (2000). Walaupun dasar pertahanan negara mencerminkan tanggungjawab
Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, namun pemeliharaan
kedaulatan dan keselamatan Malaysia memerlukan komitmen penuh daripada rakyat
Malaysia serta sokongan padu daripada agensi-agensi keselamatan kerajaan, agensi-agensi
bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak daripada sektor swasta. Dengan wujudnya kerjasama
ini, keselamatan negara akan terjamin dan sekaligus akan menjadikan Malaysia kekal sebagai
sebuah negara yang stabil, aman dan damai serta kukuh dari segi politik, ekonomi dan sosial.

13
RUJUKAN

Abd Razak Abu Chik. (2017). Tujuh hujah KAGAT perlu jadi Kuat. Berita Harian Online.
Dicapai dari laman
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/09/325697/tujuh-hujah-kagat-
perlu-jadi-kuat pada 30 Disember 2019

Adam Abu Bakar. (2019). Mat Sabu dakwa peruntukan kepada Kementah tak cukup. Dicapai
dari laman https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/08/16/mat-
sabu-dakwa-peruntukan-kepada-kementah-tak-cukup/ pada 30 Disember 2019
Adrian David. (2019). Mat Sabu, Muhyiddin pleased with budget allocation. New Straits
Times. Dicapai dari laman
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/10/529102/mat-sabu-muhyiddin-pleased-
budget-allocation pada 31 Disember 2019
Alfiati, Y. (2015). Hubungan antara dukungan sosial teman sebaya dengan kepatuhan
terhadap peraturan penggunaan bahasa billingual pada santri Islamic Boarding School
of Al Multazam Mojokerto (Doctoral dissertation, Universitas Islam Negeri Maulana
Malik Ibrahim).
Alyaa Alhadjri. (2019). Kertas Putih Pertahanan dibentangkan di parlimen. Malaysia Kini.
Dicapai dari laman https://www.malaysiakini.com/news/502063 pada 31 Disember
2019
Ameri, W. (2018). The role of livelihood programme in poverty eradication: A case study of
Aduku sub county, Apac District Uganda (Doctoral dissertation, Nkumba University).
Baker, M. A., & Bacharach, V. R. (2017). Police officer-civilian confrontations caught on
camera: the influence of contextual frames on judgements of excessive force.
American journal of criminal justice, 42(4), 683-697.
Bernama. (2019). Malaysia rugi RM6 bilion setahun akibat tangkapan ikan secara haram.
Dicapai dari laman https://www.malaysiakini.com/news/490572 pada 31 Disember
2019
Besar, J. A. (2019). Perubahan politik dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, 2018 di
Malaysia (Political change in the 14th general election (GE), 2018 in Malaysia).
Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 15(4).
Budiman, N. E. M., & Anggraeni, D. (2010). Analisis Faktor yang Berhubungan Dengan
Kepatuhan Minum Obat Pasien Tb Paru Pada Fase Intensif Di Rumah Sakit Umum
Cibabat Cimahi. Skripsi STIKES A. Yani Cimahi.
Denny Knox. (2013). Kevin Faulconer's Bipartisan Bona Fides Have Helped Ocean Beach.
Dicapai dari laman https://www.voiceofsandiego.org/city-council/kevin-faulconers-
bipartisan-bona-fides-have-helped-ocean-beach/ pada 31 Disember 2019

Farag, M. (2003). A guide to policy development. Office of the Auditor General, Manitoba.
Dicapai dari laman https://www.oag.mb.ca/wp-
content/uploads/2011/06/PolicyDevelopmentGuide.pdf pada 30 Disember 2019.

14
Fareez Azman. (2019). Hishamuddin kecewa dengan pembentangan Kertas Putih Pertahanan.
Astro Awani. Dicapai dari laman http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/hishamuddin-kecewa-dengan-pembentangan-kertas-putih-pertahanan-
224300 pada 31 Disember 2019

Faris Fuad. (2019). Kementerian Pertahanan mahu peruntukan ditambah tingkat siap siaga
ATM. Berita Harian Online. Dicapai dari laman
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/634573/kementerian-
pertahanan-mahu-peruntukan-ditambah-tingkat-siap-siaga pada 31 Disember 2019
Harun, R. (2009). Peningkatan keselamatan bersama melalui kerjasama duahala Malaysia dan
negara-negara jiran. JEBAT: Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic
Studies, 36, 16-40.
Hassan Naqvi. (2015). The role of public opinion in a democracy. Dicapai dari laman
https://tribune.com.pk/story/861573/the-role-of-public-opinion-in-a-democracy pada
31 Disember 2019

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2019). Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2018-2019.


Dicapai dari laman
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=Vjc3dFd5cXhNYTZ
tbnVhS0lEWEpudz09 pada 24 Disember 2019
Janatul Firdaus Yaacob. (2019). Tidak semua dokumen Kementerian Pertahanan
adalah ‘rahsia’. Sinar Harian Online. Dicapai dari laman
https://www.sinarharian.com.my/article/6633/BERITA/Nasional/Tidak-semua-
dokumen-Kementerian-Pertahanan-adalah-rahsia pada 31 Disember 2019
Jerajar, T. (2014). Is Representative Government Democratic?. Governance Journal, 3(2), 1-
23. Dicapai dari laman http://gjournal.ksu.ac.th/File-76.html pada 31 Disember 2019

Keling, M. F., Ajis, M. N. E., Shuib, M. S., Othman, M. F., & Md Som, H. (2011). The
Malaysian government's efforts in managing military and defence development.
International Journal of Business and Social Science.
Keling, M. F., Mohamed, A. S. P., & Suhib, M. S. (2016). Dasar Pertahanan Negara
Malaysia: Adakah ianya Kukuh?. Mimbar Pendidikan, 1(1).
Kementerian Pertahanan Malaysia. (2019). Kertas Putih Pertahanan Pertama. Dicapai dari
laman http://www.mod.gov.my/images/mindef/article/kpp/KPP.pdf pada 30 Disember
2019

Khan, A. R., & Khandaker, S. (2016). A Critical Insight into Policy Implementation and
Implementation Performance. Viesoji Politika ir Administravimas, 15(4).
Leka, D., & Kosumi, B. (2017). The impact of Democracy in the Media and Public Opinion.
Acta Universitatis Danubius. Communicatio, 11(2).
Louw, G. M. (2013). South African defence policy and capability: the case of the South
African National Defence Force (Doctoral dissertation, Stellenbosch: Stellenbosch
University).

15
M. Faizie. (2018). Kementerian Pertahanan bercadang kemas kini Dasar Pertahanan Negara.
Dicapai dari laman https://www.airtimes.my/2018/10/31/kementerian-pertahanan-
bercadang-kemas-kini-dasar-pertahanan-negara/ pada 29 Disember 2019
Magendran Rajagopal. (2019). Negara 'dijajah' pendatang tanpa izin secara senyap. Berita
Harian Online. Dicapai dari laman
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/03/542744/negara-dijajah-
pendatang-tanpa-izin-secara-senyap pada 30 Disember 2019.
Mahadi, Zurina, & Sino, Hukil. (2006). Hibungan Nilai Alam Sekitar dan Nilai Peribadi: Satu
Analisa. Journal Pengajian Umum, Bil, 7, 1-12.
Marhalim Abas. (2010). The National Defence Policy; Dasar Pertahanan Malaysia. Dicapai
dari laman https://www.malaysiandefence.com/the-national-defence-policy-dasar-
pertahanan-malaysia/ pada 30 Disember 2019.

Mesch, D. J., Brown, M. S., Moore, Z. I., & Hayat, A. D. (2011). Gender differences in
charitable giving. International Journal of Nonprofit and Voluntary Sector Marketing,
16(4), 342-355.
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz. (2019). RM50 juta naik taraf kuarters ATM. Berita Harian
Online. Dicapai dari laman
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/530887/rm50-juta-naik-taraf-
kuarters-atm pada 31 Disember 2019
Mohamad Fadli. (2018). ERC timbang tarik kuasa JPPM daftar parti politik. Dicapai dari
laman https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/29/erc-timbang-
tarik-kuasa-jppm-daftar-parti-politik/ pada 31 Disember 2019

Mohamad Faisol, K. (2016). Dasar pertahanan negara Malaysia: Analisis ke atas prinsip
pertahanan self-reliance (Doctoral dissertation, Universiti Utara Malaysia).
Mohamed Mustafa Ishak. (2010). Gagasan 1Malaysia: Nuansa Baru Dalam Mengisi Agenda
Pembentukan Bangsa Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies (Volume 2,
2010, Pages 35 to 51).
Mohd Azrone Sarabatin. (2019). Pembangkang anggap kertas putih pertahanan tiada `faktor
wow'. Berita Harian Online. Dicapai dari laman
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/634373/pembangkang-anggap-
kertas-putih-pertahanan-tiada-faktor-wow pada 31 Disember 2019
Mohd Husni Mohd Noor. (2019). Kertas Putih Pertahanan bukan untuk dihina. Metro Online.
Dicapai dari laman https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/12/522867/kertas-
putih-pertahanan-bukan-untuk-dihina pada 31 Disember 2019
Mohd Nasaruddin Parzi. (2019). Kementerian Pertahanan garis 6 pencapaian di bawah PH.
Berita Harian Online. Dicapai dari laman
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/554941/kementerian-
pertahanan-garis-6-pencapaian-di-bawah-ph pada 31 Disember 2019
Moyo, N. J. (2008). The relationship between government policy and management practices
at further education and training colleges (Doctoral dissertation, University of
Pretoria).

16
Muhammad Yusri Muzamir. (2019). Kertas Putih Pertahanan gariskan dua peranan ATM.
Berita Harian Online. Dicapai dari laman
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/634235/kertas-putih-
pertahanan-gariskan-dua-peranan-atm pada 30 Disember 2019

Muhd Asyraf Sawal. (2019). Kementerian Pertahanan tumpu usaha baik pulih RKAT. Berita
Harian Online. Dicapai dari laman
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/620607/kementerian-
pertahanan-tumpu-usaha-baik-pulih-rkat pada 31 Disember 2019
Mumtaz Begam Abdul Kadir. (2009). Learning Organisation- Membentuk Budaya Belajar
dalam Organisasi. PTS Professional, 2009. Dicapai secara atas talian dari laman
https://books.google.com.my/books?id=7dEAS34qIIQC&pg=PA82&lpg=PA82&dq
pada 30 Disember 2019
Mwangi, O. G. (2016). Continuity and Change in Kenya’s Defense and Foreign Policies: The
Impact of the New Security Dilemma. In Kenya After 50 (pp. 245-266). Palgrave
Macmillan, New York.
Nugroho, H. A., & Utomo, S. (2015). Fenomena Recall Sunarwi (Studi Analisis Pergantian
Antar Waktu DPRD Kabupaten Pati Pasca Pemilihan Bupati dan Wakil Bupati Pati
tahun 2011). Journal of Politic and Government Studies, 4(3), 241-250.
Nurul Fhatihah Zakinan. (2019). Cadang Elaun Kenangan hargai jasa penerima PJM. Berita
Harian Online. Dicapai dari laman
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/586672/cadang-elaun-
kenangan-hargai-jasa-penerima-pjm pada 31 Disember 2019
Osman Lisut. (2019). Pendatang asing punca kusta merebak semula. Berita Harian Online.
Dicapai dari laman
https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/02/529304/pendatang-asing-punca-
kusta-merebak-semula pada 30 Disember 2019.

Puspitasari, M. E., Setyobudi, Y. F., & Pratiwi, D. A. (2016). Faktor-Faktor Yang


Mempengaruhi Kepatuhan Penyelenggara Pelayanan Publik Pemerintah Kota Batam.
Jurnal Dimensi, 4(3).
Rahman, A., & Ridza, A. (2010). Pemikiran politik Islam Ustaz Abu Bakar Hamzah/Ahmad
Ridza bin Abdul Rahman (Doctoral dissertation, University of Malaya).
Razak Ahmad. (2018). Agensi risikan M'sia ada lebih 1,000 anggota seluruh dunia. Star
Online. Dicapai dari laman https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/07/31/ejen-
meio pada 31 Disember 2019

Rebecca Bernstein. (2017). An Introduction to the Public Policy-Making Cycle. Dicapai dari
laman https://online.pointpark.edu/public-administration/policy-making-cycle/ pada
30 Disember 2019

Rodziah Md Zain, Mohd Kamarulnizam Abdullah, Mohamad Faisol Keling. (2019). Evolusi
Dasar Pertahanan Malaysia Dalam Era Tun Mahathir Mohamad 1981-2003.
International Journal of Law, Government and Communication. Volume: 4 Issues: 17.

17
Safitri, A., & Rahman, T. (2013). Tingkat Kepatuhan Hukum Siswa SMA KARTIKA IV-3
Surabaya Terhadap Etika Berlalu Lintas Menurut Undang-Undang Nomor 22 Tahun
2009 Tentang Lalu Lintas Dan Angkutan Jalan. Kajian Moral dan Kewarganegaraan,
3(1), 485-499.

Sivasubramaniam, B. (2016). 4 The Legal System of Malaysia. Commercial Law. Dicapai


dari laman https://www.goodfellowpublishers.com/free_files/Chapter%204-
a332430c721eca2980b6415dcd9b2d87.pdf pada 31 Disember 2019
Stewart, J. J., Hedge, D. M., & Lester, J. P. (2008). Public policy: An evolutionary ap-
proach. Boston: Thomson Wordsworth.
Susan J. Buck. (2013). Understanding Environmental Administration and Law, 3rd Edition.
Island Press, 2013. 1610911180, 9781610911184. Dicapai secara atas talian dari
xxhttp://goodshepherdfreelutheran.church/uploads/1/2/9/8/129838277/bilafed_public_
policy_process_pdf_norusixebux.pdf pada 30 Disember 2019
Waller, P., Morris, R. M., Simpson, D., & Hazell, R. (2009). Understanding the Formulation
and Development of Government Policy in the context of FOI. Stationery Office.
Dicapai dari laman https://www.ucl.ac.uk/constitution-unit/sites/constitution-
unit/files/ICO_-_FOI_and_Policy.pdf pada 30 Disember 2019.
Watts, E., & Chadwick, A. (2019). “With and Between You All”: Celebrity Status, User-
Audience Networks, and Representative Claims in Emma Watson’s Feminist Politics.
Dicapai dari laman
https://www.lboro.ac.uk/media/media/research/o3c/pdf/Watts_Chadwick_With_And_
Between_You_All_in_Lind_ed_2020.pdf pada 31 Disember 2019
Zhou, D. (2014). The Two Required Principles for Evaluating National Policies from an
National Perspective. In De-Politicization of Ethnic Questions in China (pp. 57-60).

18

You might also like