You are on page 1of 11

SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 AKHLAK ISLAMIAH

TOPIK 5.0 : AKHLAK ISLAMIAH

5.1 KONSEP AKHLAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh
dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak atau
moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas atau
terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang lain ataupun benda
lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut. Jika baik jawapannya perkara itu akan
dilakukan tetapi jika jahat perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika
sebaliknya yang dilakukan itulah akhlak yang buruk.
Islam merangkumi aqidah, dan syariat itu mengandungi roh akhlak. Akhlak adalah roh
kepada risalah Islam sementara syariat adalah lembaga jelmaan daripada roh tersebut. Ini bererti
Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak bernyawa.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Islam itu akhlak yang baik". Begitu juga sabda
Baginda yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada
akhlak yang mulia."

Pengertian Akhlak
Akhlak dari segi bahasa : berasal daripada perkataan 'khulq' yang bererti perilaku, perangai atau
tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang
bermaksud : "Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran." Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan
di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku
Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.

Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, "Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam
dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan
pertimbangan terlebih dahulu."

Daripada definisi tersebut dapat kita fahami bahawa akhlak merupakan suatu perlakuan
yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya pemikiran di dalam
melakukan sesuatu tindakan.

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 1


SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 AKHLAK ISLAMIAH

PERBEZAAN AKHLAK, MORAL DAN ETIKA

Yang dimaksudkan dengan akhlak secara umum ialah sistem atau tingkah laku manusia yang
bersumberkan kepada asas wahyu atau syarak. Sementara yang dimaksudkan dengan etika ialah
sistem tingkah laku manusia yang selain daripada wahyu, tegasnya yang bersumberkan falsafah.
Kata etika berasal daripada bahasa Inggeris "Ethic" dan bahasa Greek "Ethos" yang membawa
maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku
sesuatu golongan.

Kata moral pula ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah
ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat dinamakan moral. Moral ini terbahagi kepada dua
iaitu baik dan jahat. Yang baik ialah segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai
baik. Danyang jahat ialah tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai jahat.

Perbezaan Antara Akhlak dan Moral @ Etika

i) Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia
manakala moral ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja.

ii) Akhlak mencakup pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan
manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain
manakala moral mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam
hubungan manusia dengan manusia sahaja.

iii) Nilai-nilai akhlak ditentukan oleh Allah swt melalui al-Quran dan tunjuk ajar oleh
Rasulullah saw manakala moral ditentukan oleh manusia.

iv) Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral
bersifat relatif, subjektif dan sementara.

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 2


SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 AKHLAK ISLAMIAH

Contoh-contoh Perbezaan Antara Akhlak dan Moral

1. Pakaian : Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat.
Seandainya mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang tidak
berakhlak kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Berbeza dengan moral, jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai
perlakuan yang baik, maka mereka masih dianggap bermoral oleh sesetengah pihak.

2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah menjadi
suatu lumrah bai masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan penilaian Barat
perkara ini masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut akhlak Islam,
perlakuan sedemikian sudah dianggap tidak berakhlak.

3. Bersalaman : Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya


adalah haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan. Tetapi
perkara ini dibolehkan dalam sistem moral.

5.1.1 AKHLAK MAHMUDAH


KONSEP AKHLAK TERPUJI (MAHMUDAH)

Pengertian Akhlak Terpuji


Akhlak mahmudah ialah perbuatan terpuji menurut pandangan akal dan syariat Islam. Akhlak
mahmudah ini ialah sifat rasulullah s.a.w. dan amalan utama penganut Islam sejati. Imam
Ghazali telah menetapkan empat prisnsip utama akhlak yang menunjangi akhlak manusia bagi
melahirkan akhlak terpuji iaitu:

a) Hikmah ( Kebijaksanaan)
iaitu satu keadaan dalam diri iaitu kekuatan akal yang membolehkannya secara semulajadi
membezakan di antara baik dan buruk dalam semua perbuatan ikhtiariyah ( perbuatan yang

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 3


SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 AKHLAK ISLAMIAH

lahir dengan pilihan manusia sendiri). Daripada sifat ini akan melahirkan sifat baik hati,
cerdik, bersangka baik dan pertimbangan baik.
b) Adil
Ia adalah kekuatan jiwa yang dapat meletakkan perasaan marah dan nafsunya mengikut
kesesuaian keadaan berlandaskan pertimbangan akal dan syariat.
c) Syajaah
Ia adalah keupayaan diri yang akal dapat mengawal perasaan marah atau mengikut apa yang
dituntut oleh akal dan syarak. Pemarah, berani, bermujahadah dengan nafsu, menanggung
penderitaan, lemah-lembut dan tetap pendirian.
d) Iffah
Ia adalah keupayaan diri uang dapat mendidik keinginan nafsu syahwat agar tunduk kepada
kemahuan akal dan syariat. Pemurah, malu, sabar, pemaaf tolong-menolong, peramah dan
kurang mengharap dari orang lain.

Apabila keempat-empat sifat ini wujud dalam diri manusia, barulah akan melahirkan sifat-sifat
mahmudah yang lain. Jika sifat ini terhakis atau berlebihan dalam diri manusia akan melahirkan
sifat yang keji pula. Sabda Rasulullah s.a..w;“Sebaik-baik perkara adalah bersederhana."
Imam al Ghazali berpendapat bahawa akhlak yang baik dapat dicapai melalui proses mujahadah
dan riadah dengan melawan hawa nafsu dan cuba mempertingkatkan akhlak diri sendiri.

5.1.2 AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)


Akhlak mazmumah ialah perbuatan tercelai menurut pandangan akal dan syariat Islam. Akhlak
mazmumah ini bukan sifat Rasulullah s.a.w. dan amalan utama penganut Islam sejati,
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Tidak akan masuk ke dalam syurga
orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar zarah.” (Riwayat Muslim)

a) KONSEP AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)


Akhlak tercela atau akhlak buruk dalam bahasa Arab dikenali sebagai sifat-sifat mazmumah,
merupakan sifat-sifat yang bercanggah dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Sebarang sifat
dan akhlak yang tergolong dalam kategori akhlak buruk amat dibenci dan dikeji dalam

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 4


SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 AKHLAK ISLAMIAH

pandangan Islam. Antara akhlak atau sifat mazmumah ialah menyengutukan Allah s.w.t.,
bohong, takbur, dengki, khianat, bakhil, marah dan sebagainya.

b) CIRI-CIRI AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)


i. Ciri yang utama akhlak mazmumah itu adalah tidak bertaqwan kepada Allah s.w.t
yang tidak berlandaskan melalui sumbernya yang agung iaitu al Quran dan as-
Sunnah.
ii. Ingkar kepada Allah dan tidak ingin mendapat keredhaanNya
iii. Tidak takut kepada siksaanNya.
iv. Mudah berubah, tunduk kepada hawa nafsu dan kehendak tertentu.
v. Tidak mencintaiNya dan tidak mengamalkan segala yang diperintahNya.
vi. Tidak menjadikan Islam sebagai sumber akhlak, yang akan melahirkan insan yang
bersifat bakhil, takbur, maksiat, dusta dan menjauhi sifat-sifat tercela yang lain.

c) CONTOH AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)

a.Dengki
Dengki ialah perasaan iri hati atau rasa benci seseoerang. Biasanya perasaan ini timbul
pada seseorang manusia bila mana dia melihat orang lain mendapat nikmat atau
mempunyai kelebihan daripadanya kemudian dia mengharap semoga nikmat dan
kelbihan yang ada pada orang lain itu hilang dan berpindah pada dirinya.
Sifat dengki dapat menghabiskan segala amal kebajikan seseorang sesuai dengan sabda
rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Jauhilah oleh kamu sifat dengki itu, bahawasanya
perasaan dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu yang
kering.”

Islam membolehkan dua perkara hasad iaitu:


i. Hasad kepada orang kaya yang pemurah. Dengan adanya perasaan hasad
seperti ini, seseorang itu akan timbul pula hasrat atau azam dalam jiwanya
bahawa kalau dia kaya seperti orang itu, dia sendiri pun akan berbuat
demikian.

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 5


SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 AKHLAK ISLAMIAH

ii. Hasad kepada orang yang berilmu pengetahuan. Perbuatan hasad seperti
ini dibolehkan dalam agama kerana ia akan menimbulkan suatu azam
menuntut ilmu pengetahuan.

b. Fitnah
Fitnah dapat diertikan dengan menghasut yang bermaksud menyampaikan cakap
seseorang kepada orang lain dengan menambah di sana-sini supaya orang yang
mendengar menjadi benci dan naik radang. Perbuatan ini amat tidak disukai dalam Islam
sebab orang yang menghasut itu tergolong dalam golongan orang yang fasik. Adapun
Islam tidak menerima orang fasik itu sebagai saksi apa lagi untuk mendengar cakapnya.

c. Bertengkar
Bertengkar dapat juga diertikan dengan berbantah. Secara takrif yang agak lebih tepat
bertengkar dapat diertikan dengan bertukar fikiran untuk mencari kemenangan tanpa
hakim. Dengan demikian setiap perbincangan yang hanya bertujuan untuk mencari
kemenangan, kemegahan adalah tidak baik. Bertengkar yang dibolehkan adalah untuk
mencari kebenaran.Pertengkaran yang tidak diingini dalam Islam yang dapat
menimbulkan perselisihan faham dan pergaduhan atau perkelahian akhirnya wujudlah
pwrmusuhan. Inilah yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. melalui sebuah hadis yang
bermaksud:” Tidak akan sesat sesuatu kaum sesudah diberi mereka petunjuk oleh Allah
melainkan orang yang bertengkar.” (Riwayat Termizi dan Ibn Majah)

d. Mengumpat
Mengumpat ialah memperkatakan seseorang di belakangnya. Biasanya yang diperkatakan
ini adalah sekitar kelakuan, keadaan badan, perangai dan sebagainya.

Dilihat dari segi bentuknya, mengumpat ini dapat dibahagi kepada tiga jenis:
i.Ghibbah – ialah memperkatakan keburukan seseorang di belakangnya.
ii.Buhtan – ialah mereka-reka perkara dusta yang membabitkan seseorang untuk
tujuan memburuk-burukkannya supaya harga dirinya jatuh di tengah masyarakat.

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 6


SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 AKHLAK ISLAMIAH

iii.Ifkun – iaitu menaburkan berita-berita fitnah yang didengar dari seseorang


kemudian menyampaikannya kepada orang lain.

5.1.3 PELANGGARAN AKHLAK


Masalah pelanggaran akhlak terbentang luas di hadapan kita dan tidak boleh disembunyikan lagi.
Ia merupakan satu fenomena menyeluruh menghakis ketahanan dan kekuatan nilai-nilai Islam. Ia
juga mempunyai misi dan visi terhadap pembangunan dan penerusan tamadun agama, bangsa
dan negara. Berbagai-bagai krisis akhlak kini terus menular dalam masyarakat kita seperti
rasuah, sumbang muhram, penderaan, pelacuran dan lain-lain lagi.

a) RASUAH
Rasuah bukanlah fenomena baru. Ia adalah fenomena universal tanpa batasan waktu dan tempat.
Tiada negara boleh mendakwa ia boleh bebas dari jenayah rasuah. Kewujudannaya bermula
sejak sejarah peradaban manusia, dinodai oleh sifat-sifat tamak dan haloba. Rasuah merupakan
suatu jenayah berat yang mudah menular dalam sistem hidup masyarakat.

b) SUMBANG MAHRAM
Dari segi bahasa perkataan sumbang mahram bererti kelakuan yang tidak mematuhi adat.
Berzina dengan orang yang tidak halal berkahwin (mengikut kamus dewan). Dari segi istilah
sumbang mahram hubungan seksual di antara sesama anggota keluarga iaitu bapa dan anak
perempuan, ibu dan anak lelaki, abang dan adik kandung, bapa dan anak tiri, ataupun datuk dan
cucu.

c) SIFAT PUTUS ASA, MALAS DAN TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH


Dalam mengejar cita-cita untuk bahagia dan berjaya, biasanya kebanyakan daripada kita akan
menghadapi sedikit sebanyak rintangan dan halangan. Namun begitu, ada juga segolongan yang
terpaksa menghadapi rintangan dan halangan yang amat perit dan tidak pernah putus-putus.
Andai kata kita termasuk ke dalam golongan kedua itu, jangan sekali-kali kita mudah hilang
semangat, berpatah hati dan berputus asa.

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 7


SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 AKHLAK ISLAMIAH

Kita hendaklah menyedari bahawa kesemua rintangan dan halangan tersebut adalah dugaan
daripada Allah s.w.t. Semakin besar dugaan yang terpaksa ditempuh, semakin besarlah ganjaran
atau rahmat yang akan diterima Allah s.w.t kelak. Putus asa terhadap rahmat Allah s.w.t adalah
salah satu daripada dosa besar.

Sifat malas hampir sama dengan keadaan lemah jiwa dan sama-sama merupakan sumber
kegagalan dan kemunduran. Malas adalah sikap mental yang menunjukkan ketiadaan ghairah
dan semangat kerja.

Sikap tidak bersungguh-sungguh ialah melakukan sesuatu perkara dengan tidak memberi
perhatian dengan sepenuhnya atau dalam erti kata melakukan perkara dengan sambil lewa.

5.1.4 PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK


Jalan-jalan Pembentukan Akhlak Mulia

Akhlak adalah sesuatu perilaku yang boleh diubah dan dibentuk, contohnya Saidina Umar al-
Khattab, sebagaimana keadaan beliau semasa berada di zaman jahiliyyah berbanding keadaannya
sesudah memeluk agama Islam. Dari sini dapat disimpulkan bahawa akhlak merupakan sesuatu
yang semulajadi tetapi ianya perlu dibentuk. Terdapat beberapa cara untuk membentuk dan
membina akhlak mulia. Antara cara-cara itu ialah melalui :

a) Pendidikan Iman sebagai Asas Akhlak


Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorak manusia menjadi seseorang yang
beriman. Iman adalah asas kepada akhlak Islam. Tidak akan sempurna iman seseorang
jika tidak disertai oleh akhlak yang baik. Contohnya dengan melaksanakan segala
perintah Allah yang berupa ibadah kerana kesemua perintah Allah tersebut bertujuan
untuk membersihkan diri dan menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat terpuji.

Lantaran itu setiap ayat al-Quran menyeru manusia berbuat baik dan mencegah manusia
daripada melakukan perbuatan mungkar. Biasanya didahului dengan panggilan "Wahai
orang-orang yang beriman" kemudian barulah diikuti dengan perintah atau larangan.

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 8


SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 AKHLAK ISLAMIAH

Iman yang teguh tetap memerlukan akhlak yang teguh. Jika berlaku kemerosotan akhlak
di kalangan manusia, puncanya adalah kelemahan iman dan tertakluk kepada kefasikan
atau kejahatan yang dilakukan oleh seseorang. Pendidikan iman bolehlah disimpulkan
sebagai suatu pemulihan tenaga keimanan seseorang supaya dapat mempertahankan diri
manusia daripada segala kerendahan dan keburukan serta dapat mendorong manusia ke
arah kemuliaan.

b) Melalui Latihan dan Bimbingan Pendidik Berkualiti


Pendidikan yang diberikan itu hendaklah bermula dari rumah yang ditangani oleh ibu
bapa. Selepas itu barulah berpindah ke peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian
tinggi bagi pendidikan berbentuk formal. Ibu bapa seharusnya mempunyai keperibadian
dan akhlak yang mantap sebagai pendidik dan pembinbing seperti lemah lembut dalam
pertuturan, pergaulan, sabar, lapang dada, istiqamah, berwawasan dan seumpamanya.

c) Mengambil Rasulullah saw Sebagai Contoh


Rasulullah adalah contoh teladan dan ikutan yang paling tepat bagi semua peringkat
kehidupan. Bersesuaian dengan itu, Allah swt telah berfirman bahawa Nabi Muhammad
saw diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak di kalangan mereka.
Firman Allah yang bermaksud : "Demi sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah
saw itu contoh ikutan yang baik bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan
Allah dan balasan baik di hari akhirat serta sentiasa menyebut dan memperingati Allah
dalam masa senang dan susah." Contoh-contoh akhlak Rasulullah saw :

1. Akhlak Rasulullah saw dengan Allah swt


i. Mengabdikan diri setiap detik dan masa kepada Allah dengan penuh
kepatuhan, ketaatan, kecintaan dan kesyukuran yang tidak berbelah bagi
terhadap Allah di samping redha dengan apa yang telah ditentukan oleh
Allah kepadanya.
ii. Melaksanakan kewajipan yang wajib atau difardhukan serta amalan-
amalan sunat seperti bangun malam mengadakan Qiyamullail, berpuasa
sunat, zikir, istighfar, doa, tasbih, tahmid dan sebagainya.

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 9


SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 AKHLAK ISLAMIAH

2. Akhlak Rasulullah saw dengan sesama manusia


i. Akhlak Rasulullah saw meliputi aspek kekeluargaan, soaial, ekonomi,
politik dan sebagainya. Dari aspek kekeluargaan, Rasulullah saw berjaya
mewujudkan suasana yang harmoni dan Rasulullah saw pernah bersabda :
"Rumahku adalah syurgaku."
ii. Rasulullah saw merupakan seorang yang bertanggungjawab, sentiasa
memberi kasih sayang, berlemah lembut dan bertolak ansur terhadap
semua ahli keluarganya.
iii. Rasulullah saw juga selalu berbincang dengan para sahabat dan
menghargai pandangan yang diberikan oleh mereka.
iv. Begitu juga akhlak dan sikap Rasulullah saw terhadap orang bukan Islam
iaitu menghormati mereka, bersopan santun dan memberi haknya kepada
mereka terutama dari segi kejiranan. Contohnya kisah baginda dengan
seorang wanita Yahudi (jirannya) yang akhirnya wanita Yahudi tersebut
telah memeluk Islam atas keprihatinan, kesabaran dan kemuliaan akhlak
yang ditonjolkan oleh Rasulullah saw.

3. Akhlak Rasulullah saw dengan makhluk lain.


i. Rasulullah saw begitu peka dan prihatin terhadap makhluk yang lain
seperti haiwan, tumbuha-tumbuhan dan alam sekitar.
ii. Rasulullah saw menasihati umatnya supaya berlaku ihsan kepada haiwan
dan binatang ternakan serta tidak menzalimi atau menyiksa mereka.
Demikian juga tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar.

d) CARA-CARA MENGATASI DAN MEMPERBAIKI AKHLAK :


i. Menguatkan nilai-nilai aqidah dan keimanan dalam jiwa.
ii. Mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang
membangkitkan atau menguatkan syahwat dan hawa nafsu yang menjadi punca
segala sifat buruk dan keji.
iii. Mempelajari huraian atau penjelasan al-Quran dan Hadith serta penafsirannya
oleh para ulama mengenai akhlak terpuji untuk membersihkan jiwa.

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 10


SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 AKHLAK ISLAMIAH

iv. Melatih diri membiasakan perbuatan-perbuatan baik seperti ibadah berupa solat,
puasa dan lain-lain dan menjauhkan diri daripada segala perbuatan buruk dan keji.
v. Berkawan dan berjiran dengan orang-orang yang berakhlak mulia kerana
kawan atau jiran memberi kesan atau pengaruh dalam pembinaan akhlak
seseorang.
vi. Mempelajari kehidupan para nabi, sahabat, ulama atau auliya dan
menjadikan kehidupan mereka sebagai contoh teladan dalam kehidupan kita.
vii. Dalam segala tindak tanduk kita hendaklah sentiasa mengikuti dan menggunakan
akal fikiran dan janganlah mengikut perut dan hawa nafsu kita.
viii. Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah swt agar dilengkapkan diri dengan
akhlak yang mulia dan mendapatkan perlindungan daripada perkara-perkara yang
tidak diingini.

RUJUKAN
Ahmad Fahmi Zamzam (2010) Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah), Kedah :
Khazanah Banjariah
Dato’ Harun Din (2008), Islam Rujukan Efektif Akhlak Mulia, Pahang : PTS Millennia
Sdn Bhd.
Luqman Hakim (2001), Bimbingan : Akhlak Mulia, Kuala Lumpur : Al-Hidayah

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 11

You might also like