You are on page 1of 7

Kurikulum

Dalam bidang pendidikan, kurikulum merupakan sebahagian daripada komponen


yang menggerakkan proses pendidikan itu. Kefahaman tentang kurikulum akan memberi
kelebihan kepada golongan pendidik untuk melaksanakan program pendidikan dengan lebih
berkesan.Kurikulum berkembang mengikut keperluan dan kesesuaiannya dari semasa ke
semasa. Oleh itu, guru-guru perlu menguasai aspek-aspek yang berkaitan kurikulum,
peranan sebagai pelaksana kurikulum yang cekap dan pemberi sumbangan dalam
perkembangan kurikulum dapat dilaksanakan dengan berkesan pada masa akan datang.

Kurikulum adalah perkataan biasa yang disebut oleh golongan pendidik. Walau
bagaimanapun kurikulum biasanya dikenali sebagai suatu bidang mata pelajaran. Takrifan
kurikulum bergantung kepada pengetahuan seseorang dan bagaimana kurikulum
diterjemahkan untuk penggunaannya. Kurikulum merupakan pelan perancangan dalam
pendidikan yang melihat dua perkara utama, iaitu visi dalam pendidikan dan struktur atau
organisasi asas dalam pendidikan.

Definisi Kurikulum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Kurikulum


merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau
institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Menurut Mohd Daud,(1995),
Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan unutk memandu guru mengajar
kumpulan murid tertentu. Kurikulum juga ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi
rancangan Pengajaran dan Pembelajaran yang mempunyai objektif psikomotor,efektif dan
kognitif bagi satu subjek. Kurikulum juga merupakan satu rancangan pendidikan yang
mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada
generasi ke generasi yang lain sebagai contohnya ialah Kurikulum Besepadu Sekolah
Menengah (KBSM).

Namun begitu, pada tahun 2010, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
yang telah dijadikan sebagai tunjang sistem pendidikan negara sebelum ini telah mengalami
perubahan kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Walaupun berlakunya
transformasi dalam kurikulum , Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) adalah
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Malahan juga, Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) juga masih mengekalkan prinsip KBSM dengan mempunyai
penambahbaikan iaitu dengan menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan
individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid tanpa mengira kaum
serta pendidikan seumur hidup.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) diperkenalkan dengan subjek yang


lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum ini
menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut memperkenalkan satu subjek
baru yang bertemakan semangat kenegaraan dan patriotik. Menurut Mantan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia (2010), Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSM tidak
akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM). Melalui KSSM katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul
yang akan menggantikan buku teks. Oleh itu, pada masa kini para guru sedang giat
melaksanakan pembelajaran abad ke 21 supaya dapat menambahbaik cara pengajaran di
dalam kelas. Kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan bagi
membina dan meningkatkan kualiti kurikulum dalam sistem pendidikan negara. Kurikulum
juga sentiasa digubal bagi membentuk satu kurikulum yang sesuai selaras dengan
pembangunan negara.

Disamping itu penggubalan kurikulum ini dilakukan bagi menyeragamkan kurikulum


yang digunakan dalam sistem pendidikan. Hali ini berlaku kerana masyarakat mulai sedar
tentang kepentingan sistem pendidikan masyarakat dan negara.

Di sekolah kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik atau bangsa
merupakan satu cabaran kepada guru untuk menangani isu kepelbagaian pemikiran,
kepercayaan dan agama agar mewujudkan suasana bilik darjah yang produktif dan mesra
budaya. Perancangan dan perlaksanaan rapi perlu dibuat supaya pendidikan pelbagai
budaya berkesan dan bermakna kepada semua pelajar.

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menangani isu kepelbagaian budaya.
Antaranya ialah dengan menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem
pendidikan Negara dan memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-
sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah
vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan Negara. Selain itu,
pihak kerajaan juga perlu memastikan supaya setiap pelajar yang berkelayakan mendapat
tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang. Di samping itu juga,
pihak yang berkenaan juga perlu menyediakan biasiswa merit dan bantuan kewangan lain
berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar Bandar
dan pedalaman. Bukan itu sahaja, malah penekanan perlu diberikan kepada pelajar supaya
menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai
bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.

Menurut Cik Asma Bt Taat iaitu Guru Kaunseling SMK Bandar Baru, dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran, guru di sekolah tersebut telah menggunakan bahan
kurikulum yang mewakili kumpulan etnik secara posItif dan pelajaran akan menyeronokkan.
Contohnya, dalam topik ‘Pakaian Tradisional’, guru menunjukkan gambar atau membawa
pakaian tradisional pelbagai kaum dan pelajar boleh meneliti serta menguasai pengetahuan
tentang ciri-ciri unik setiap pakaian tradisional. Persefahaman antara kaum akan lebih ketara
lagi jika berlakunya perkongsian pengetahuan mengenai budaya masing-masing. Selain itu,
guru tersebut berusaha untuk mengelakkan elemen salah faham dan tidak percaya sesama
bangsa pada masa depan. Perkara ini bagi mengelakkan akan timbul rasa prejudis dalam
kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dan akhirnya mula membuahkan perasaan yang
tidak ikhlas antara satu sama lain

Beliau juga berpendapat melalui kegiatan ko-kurikulum, jika guru hanya


menumpukan kepada pembelajaran akademik semata bukan sahaja mewujudkan
masyarakat yang berorientasikan peperiksaan, tetapi juga melahirkan individu yang sempit
pemikirannya. Pihak sekolah juga memainkan peranan dengan mengadakan aktiviti yang
menarik dan mencabar di sekolah-sekolah untuk memulihkan semula kegiatan ko-kurikulum.
Murid yang menjalani kegiatan ko-kurikulum yang terancang ini akan bersikap terbuka dan
mempunyai kebolehan serta memiliki pandangan yang lebih baik terhadap kehidupan masa
hadapan mereka walaupun hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum.

Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung


terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi kepada guru ’kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda
dan jiwa rakyat untuk membawa kita kearah wawasan yang ingin kita capai”Dato’ Sri
Abdullah Ahmad Badawi PIPP (2006-2010) m.s 38. Pelajar pada masa kini, mempunyai
potensi yang tinggi untuk dikembangkan supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. (Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988).
Guru perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid – murid
agar masalah guru ‘syok sendiri’ dalam mengajar tidak berlaku. Sewajibnya guru perlu
berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan
dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar
secara optimum. Sebagai seorang guru perkara-perkara pokok seperti perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif
pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar
mengikut tahap kecerdasan. Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap
guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran,
sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran dan
penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan
mengintegrasikan TMK.

Murid adalah pelanggan manakala guru merupakan individu yang menawarkan


perkhidmatan. Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengikut standard yang telah
ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia.“orang ramai semakin kerap
mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan
kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati
kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan Negara.
Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan
kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian
tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada kemajuan negara, bangsa dan
agama.(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001):hlm 24)
Bertitik tolak dari pernyataan di atas, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh
ditakrifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti iaitu proses
yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke
tahap yang optimum.

Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia,


(2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut
beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya ialah:
a) Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara
aktif.
b) Berpandukan bahan – bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian
semasa, potensi dan kemajuan murid.
c) Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.Berdasarkan apa yang
dinyatakan di atas, seseorang guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-
budaya murid – muridnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak
membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira
samada mereka dari kelas atasan atau bawahan.Perbezaan tahap kecerdasan murid
juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran.
Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid.
Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid – murid merasa bosan dan seterusnya
akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal.

Namun di dalam konteks pendidikan, kepelbagaian budaya tidak hanya dilihat dari
segi ras, etnik dan adat budaya sahaja bah kan ia juga telah merangkumi skop yang lebih
meluas seperti ilmu pengtahuan, kepercayaan, keseniaan, tatsusila, undang-undang, adat
resam dan juga lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai
anggota masyrakat di Malaysia. Bukan itu sahaja kepelbagaian budaya juga boleh dikaitkan
dengan budaya di dalam bilik darjah. Kepelbagaian budaya di dalam bilik darjah boleh dilihat
dari aspek pelajar rajin dan pelajar malas, bijak dan kurang bijak, memberi perhatian dan
tidak memberi perhatian serta pelbagai contoh yang lain.

kepelbagaian budaya di dalam bilik darjah ini mungkin wujud kesan daripada
keplbagaian budaya dan latar belakang pelajar itu sendiri. Jika dibandingkan pelajar yang
bijak dan pelajar yang kurang bijak, mereka mempunyai latar belakang keluarga yang
berbeza. Kebiasannya pelajar yang bijak ini mempunyai latar belakang keluarga yang juga
bijak. Contohnya ibu bapa mereka seorang yang bijak, atau adik beradik mereka juga
seorang bijak sehingga mendorong mereka untuk belajar bersungguh-sungguh untuk
menjadi seperti ibu bapa mereka atau adik beradik mereka yang bijak tadi. Berbeza dengan
latar belakang pelajar yang kurang bijak, rata-rata pelajar yang kurang bijak ini mempunyai
keluarga yang bermasalah, contohnya ibu bapa mereka yang bercerai, atau taraf pendidikan
adik beradik mereka kurang memberangsangkan. Hal ini membuat kan mereka tidak
terdorong untuk belajar bersungguh-sungguh dan tiada sokongan untuk mereka berjaya.
Namun tidak semua mereka yang mempunyai latar belakang keluarga yang buruk
mempunyai masalah dalam pengajaran, ia juga bergantung dengan tahap pencapaian
pelajar itu sendiri.

Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan


dan struktur organisasi di sekolah yang dapat mempengaruhi dan memberi kesan kepada
proses pembentukan tingkahlaku, keselamatan serta gaya pembelajaran para pelajar di
sekolah. Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah
tersebut juga merupakan keperluan masyarakat. Semua pelajar di sekolah akan didedahkan
kepada norma, nilai, simbol dan bahasa dalam komunikasi yang akan mencorakkan masa
depan mereka. Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran,
dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Budaya sekolah
ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan
tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Contoh-contoh budaya yang wujud dalam
persekitaran sekolah antaranya adalah seperti budaya belajar yang mana proses ini berlaku
dalam waktu pembelajaran dan pengajaran (p&p). Para pelajar dituntut untuk fokus dalam
waktu pembelajaran agar proses belajar dapat berlaku dengan belajar. Di dalam bilik darjah
akan wujudnya budaya positif dan budaya negatif yang diterbitkan sendiri oleh para pelajar.
Sebagai contoh budaya positif di dalam kelas iaitu suka bertanya tentang topik yang
diajarkan oleh guru. Melalui proses bertanya, para pelajar dapat mengetahui maklumat
dengan lebih lanjut serta dapat memahami sesuatu isi-isi pembelajaran dengan lebih
terperinci. Budaya negatif pula seperti tidak menghormati guru semasa guru mengajar.
Perkara ini akan mengganggu proses pembelajaran dan pelajar tidak mendapat ilmu. Selain
itu, terdapat juga budaya berpakaian yang mana setiap sekolah akan menetapkan peraturan
pemakaian yang harus dituruti oleh semua pelajar. Seterusnya, budaya yang sering kita lihat
di sekolah terutamanya sekolah menengah adalah budaya hormat-menghormati kepada
senior. Ini telah menjadi satu amalan apabila yang muda harus menghormati kepda yang
lebih berusia. Budaya hormat-menghormati juga diterapkan supaya menghormati guru dan
semua kakitangan di sekolah tersebut termsuklah tukang kebun, pembantu makmal dan
seupamanya.

Terdapat banyak lagi budaya-budaya yang boleh kita dapati dalam persekitaran
sekolah. Budaya-budaya yang wujud akan mencerminkan keperibadian semua insan yang
berada di sekolah tersebut. Jadi, budaya-budaya yang positif perlulah disebar dan
diamalkan agar keharmonian sekolah terjaga. Budaya seringkali dikaitkan dengan etnik,
agama, jantina sosio ekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling
berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara
pelajar di dalamsesebuah bilik darjah. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu
pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang
berbeza-beza yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka.
Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud
bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang
teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga,
sosioekonomi dan gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Kepelbagaian yang wujud antara
pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya
pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam
menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan.
Budaya dan gaya pembelajaran merupakan dua hubungan yang sangat penting
dalam memahami kepelbagaian pelajar dalam memberikan pengajaran yang lebih berkesan
dalam membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran mereka.
Perhubungan nilai-nilai budaya ini dan pendekatan pembelajaran serta pengalaman di
dalam kelas adalah satu hubungkait untuk pelajar berjaya bukan sahaja dari segi akademik,
bahkan juga dari segi sosial dan emosi.Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua
cabaran yang besar iaitu kerenah murid yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan
gaya pengajaran yang disampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. Guru yang
memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh
dalammenangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk
melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti diri
mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, gaya pembelajaran
dan sebagainya.

Kesimpulannya, keperluan guru untuk memahami bahawa terdapat perbezaan


antara setiap pelajar dengan pelajar yang lain amatlah penting. Ini mendesak guru untuk
menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah adalah
penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya pelajar terlebih dahulusupaya
sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Kepelbagaian
pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar akan memberikan
faedah kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah
bilik darjah. Dengan kata lain, meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi
pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan pembaikan pengajaran untuk semua. Dari segi
pelajar yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang tersendiri dalam
memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semuapelajar-pelajarnya tanpa
mengira budaya. Oleh yang demikian guru harus memahami pelajar-pelajarnya sama ada
Melayu, Cina mahu pun India mempunyai tahap kefahaman dan gaya pembelajaran yang
berbeza-beza anatara satu sama lain.

You might also like