You are on page 1of 6

LAPORAN

MINGGU GAYA HIDUP SIHAT


“WEALTH IS USELESS WITHOUT HEALTH”

TARIKH: 17 - 19 SEPTEMBER 2019


MASA : 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : BALAI KERAPATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA
MELEWAR

DISEDIAKAN OLEH:
NUR SYIFFA NAJIHA BINTI MOHD HASHIM
LAPORAN PROGRAM

1.0 Nama Program

Program Minggu Gaya Hidup Sihat

2.0 Tarikh Pelaksanaan

17 – 19 September 2019

3.0 Anjuran

Unit Kokurikulum dan Pelajar Elektif Gaya Hidup Sihat

4.0 Tempat

Balai Kerapatan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

5.0 Objektif

5.1 :

5.2 :

5.3 :

6.0 Sasaran

Pensyaraf, Staf dan Pelajar IPGKRM

7.0 Butiran Aktiviti


7.1 Sebelum Program
Pada sebelas haribulan sembilan, kami telah mengadakan mesyuarat buat julung
kalinya. Mesyuarat yang pertama ini telah dihadiri oleh pensyarah dan juga pelajar Gaya
Hidup Sihat bagi kesemua kelas. Perkara pertama yang dilakukan adalah taklimat ringkas
oleh pensyarah penyelaras program iaitu Encik Tamil. Beliau telah memberikan gambaran
awal tentang berapa hari program akan dijalankan dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.
Perkara kedua yang dibincangkan adalah kami telah membentuk jawatankuasa untuk
program yang akan dijalankan. Selepas ahli jawatankuasa telah dibentuk, kami
membincangkan skop kerja yang perlu dibuat bagi memastikan kesemua pelajar mengambil
bahagian dan tidak mengambil sikap sambil lewa. Pada hari pertama mesyuarat, saya tidak
dapat hadiri kerana terlibat dengan seminar, walaubagaimanapun saya juga telah dilantik
dalam jawatankuasa dengan menjadi Naib Setiausaha. Untuk pengetahuan, program ini
dibuat selaras dengan keperluan kerja khusus Gaya Hidup Sihat 3013. Setelah semua
faham akan tugas masing-masing, kami telah mula membuat persiapan bagi menghadapi
program tersebut.

Pada dua belas haribulan sembilan, perjumpaan kedua telah diadakan bagi
mendapatkan perkembangan setiap ahli jawatankuasa yang telah diberikan tugas tersebut.
Antara perkara yang diambil perhatian adalah banting, buku program dan juga kertas kerja.
Setelah mengenalpasti isu-isu dan masalah yang timbul, kami mencari penyelesaian dan
mula melakukan tugas masing-masing dengan penuh amanah. Selain itu, kami juga
berbincang mengenai saiz banner yang hendak digunakan. Saiz yang dicadangkan ialah
8x4. Ia bersesuaian dengan bajet yang telah disediakan di dalam kertas kerja. Banner ini
juga akan digantung di hadapan Balai Kerapatan IPGKRM. Ahli jawantakuasa PA System
juga telah menempah dan mengangkat peralatan seperti speaker untuk digunakan pada
program tersebut.

Saya juga diberi amanah dan kepercayaan untuk memastikan segala wang
perbelanjaan untuk program ini menggunakan wang yang telah disediakan, tanpa
menggunakan wang pelajar. Pensyarah penyelaras program telah menyerahkan sebanyak
rm200 untuk perbelanjaan program pada kali ini. Dengan menggunakan wang yang ada,
kami telah menggunakannya dengan berhemah. Kami telah pergi ke pasaraya NSK untuk
membeli bahan bagi keperluan demonstrasi “healthy food”.

Selesai membeli bahan, pada sebelah malam pula, kami telah berkumpul untuk
sama-sama menyiapkan apa yang perlu untuk persediaan hari esok.

7.2 Semasa Program


Pada tujuh belas haribulan sembilan, aktiviti pertama yang telah dijalankan oleh kami adalah
aktiviti senamrobik. Aktiviti ini dihadiri oleh pelajar Gaya Hidup Sihat. Tidak ketinggalan juga
para pensyarah dan staf IPGKRM yang memberikan sokongan penuh dengan melibatkan
diri dalam program ini. Aktiviti senamrobik ini diketuai oleh pelajar Gaya Hidup Sihat
daripada kumpulan 1. Mereka menggunakan lima buah lagu untuk menjadikan aktiviti
senamrobik ini lebih menarik. Kemudian, seperti yang dirancang, kami akan menjalankan
aktiviti briefwalk. Namun, aktiviti ini tidak dapat dijalankan akibat cuaca jerebu yang masih
teruk. Kami menggantikan aktiviti briefwalk dengan meneruskan senamrobik.

Pada lapan belas haribulan sembilan, tiba giliran kumpulan 2 pula untuk mengetuai aktiviti
senamrobik. Aktiviti ini telah dijalankan selama 30 minit iaitu daripada jam 8.00 pagi hingga
8.30 pagi. Kemudian, tibalah aktiviti yang dinantikan oleh ramai pensyarah dan staf iaitu
makanan sihat. Aktiviti “healthy food” ini diketuai oleh kumpulan 3 yang terdiri daripada 8
orang pelajar Gaya Hidup Sihat .Menu pertama yang ditunjukkan oleh kami ialah healthy
overnight oat. Dengan penerangan yang terperinci oleh kami, mereka lebih terdedah dengan
cara membuat healthy overnight oat dengan mudah dan sedap. Saya berasa teruja kerana
ramai pensyarah dan staf yang mahu mencubanya di rumah kelak. Menu kedua ialah
healthy sandwich diikuti dengan menu ketiga iaitu healthy banana peanut. Dengan adanya
demonstrasi seperti ini, ia dapat membuka mata dan memberi pendedahan awal kepada
para peserta mengenai amalan gaya hidupsihat serta dapat menyalurkan pengetahuan
mengenai pemilihan makanan seimbang.

Pada sembilan belas haribulan sembilan bersamaan hari khamis, ia merupakan hari terakhir
berlangsungnya program ini. Senamrobik pagi itu diketuai oleh gabungan antara kelas satu
dan kelas dua. Sebaik sahaja selesai aktiviti senamrobik, pihak jabatan kementerian
kesihatan telah bersedia untuk memberikan ceramah tentang aedes dan juga sedikit
mengenai tips semasa jerebu memandangkan situasi itu sedang dialami oleh semua orang.
Dengan adanya aktiviti seperti ini, ia dapat menambah pengetahuan kami tentang
bahayanya denggi. Antara intipati yang diperoleh ialah faktor utama pembiakan denggi
adalah pengabaian terhadap kebersihan diri dan persekitaran. Individu yang pernah
mendapat denggi juga berpotensi untuk mendapat denggi pada kali yang kedua. Denggi
sangat berbahaya sehingga boleh membawa maut. Untuk jerebu pula, orang ramai
disarankan untuk tidak melakukan aktiviti di luar rumah kerana boleh mengakibatkan bahaya
pada paru-paru terutama terhadap kanak-kanak.

7.3 Selepas Program


Selepas berakhirnya semua aktiviti, kami tanpa melengahkan masa terus menyusun,
meletakkan semula kerusi dan meja di tempat yang sepatutnya. Kami juga memulangkan
semula barang-barang yang telah dipinjam daripada pensyarah iaitu Puan Erana dan juga
barang yang dipinjam daripada Balai Islam (BAIS). Kami juga memlunagkan peralatan
speaker yang dipinjam daripada jabatan Teknologi Pendidikan. Sejurus selesai kami
memulangkan semuanya kerana risau berlaku risiko seperti kerosakan dan kehilangan.
Tepat jam 12.30 tengah hari kami semua bersurai.

8.0 Penilaian Program (SWOT)

8.1 : Kekuatan

Antara kekuatan selepas melaksanakan tugasan ini dapat lahirkan semangat kerjasama
antara ahli kumpulan dan juga semua pelajar gaya hidup sihat. Hal ini kerana kami
membahagikan tugas mengikut individu dan semua memberikan kerjasama yang baik.
Kerjasama amat penting dalam kerja berpasukan kerana tugasan yang diberikan bukanlah
mudah dan semestinya memerlukan pertolongan ahli kumpulan untuk menjayakannya. Kami
berganding bahu dan tenaga dalam memastikan demonstrasi “healthy food” kami berjalan
dengan lancar dan sempurna. Buktinya, kami bersama-sama ke pasaraya untuk membeli
bahan, kemudian pada sebelah malam pula bertungkus lumus menyiapkan bahan di BAIS.
Pengalaman ini amat bermakna bagi saya dan tidak mungkin saya dapat melupakannya.

Saya juga telah mempelajari beberapa nilai semasa menjalankan tugas. Kita tidak boleh
membuang masa kerana masa umpama emas yang sangat berharga. Kita juga perlu yakin
dan percaya pada diri dengan kemampuan yang kita ada. Semasa membuat perbincangan
dengan rakan sekumpulan pula, saya dapat rasakan bahawa ikatan persahabatan kami
semakin kukuh. Nilai semangat kerjasama dan bertanggungjawab juga dapat saya kuatkan
lagi dalam diri ini. Pengajaran yang saya perolehi ialah kita tidak boleh mementingkan diri
sendiri dan jangan membuat kerja acuh tidak acuh.

Melalui pelaksanaan tugasan ini, ia dapat mencungkil bakat terpendam saya dalam
berkomunikasi di khalayak ramai. Selama ini, saya berfikir bahawa saya tidak akan mampu
untuk bercakap di hadapan khalayak ramai kerana mempunyai darah gemuruh. Namun,
pendapat saya terbukti silap apabila saya mampu menyampaikan penyampaian tentang
healthy overnight oat dengan baik. Oleh itu, saya lebih yakin dengan kemahiran diri sendiri
dan saya kini berfikiran lebih optimistik berbanding sebelum saya melaksanakan tugasan ini.

8.2 : Kelemahan dan Isu

Antara kelemahan dalam melakukan tugasan ini ialah kekangan masa. Kekangan masa
telah menjadi penghalang saya dan ahli kumpulan untuk duduk bersama-sama
membincangkan tentang tugasan yang kami perlu lakukan. Hal ini kerana masanya terlalu
singkat. Namun, itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan dan saya mengambil halangan ini
sebagai satu cabaran untuk menghasilkan gajet meja dan kerusi serta masakan ubi kayu
yang lebih menarik. Dengan hasil usaha dan kerjasama yang baik sesama ahli kumpulan
kami dapat menyiapkan juga tugasan kumpulan ini. Tidak lupa juga idea yang saya dapat
dikumpul hasil perbincangan saya dengan ibubapa dan rakan-rakan.

Sudah menjadi lumrah di dunia ini apabila melakukan sesuatu usaha atau kerja, maka akan
ada masalah-masalah yang muncul sepanjang perkara tersebut dijalankan. Semasa
menyediakan bahan masakan, saya telah menghadapi kekangan kerana kurang ilmu
pengetahuan dalam mengenali bahan-bahan yang hendak dibeli. Oleh itu, setelah
ditugaskan untuk membuat tugasan ini, saya mengambil inisiatif untuk mendapatkan
maklumat yang secukupnya dari beberapa sumber iaitu sumber buku, internet dan juga
daripada kenalan untuk memulakan tugasan yang diberi.
8.3 Cadangan penambahbaikan

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah saya dan ahli kumpulan yang lain
ialah kami membahagikan tugas mengikut individu. Hal ini dapat mengatasi masalah
kekangan masa yang dihadapi oleh kami. Seterusnya, kami juga sebulat suara dalam
mendengar satu pendapat dan membuat tugasan dengan cara paling mudah dan cepat serta
tidak lupa akan kualitinya. Kami membuat kerja dengan cepat tetapi masih menitiberatkan
tentang kualiti bahan yang akan digunakan untuk demonstrasi.

8.4 Ancaman

Antara ancaman yang saya hadapi sepanjang program ini berlangsung ialah keadaan cuaca
yang tidak menentu. Seperti yang dirancang, kami akan melakukan aktiviti briefwalk sebaik
sahaja senamrobik dilakukan. Namun, aktiviti briefwalk tidak dapat dijalankan kerana
keadaan cuaca tidak mengizinkan. Cuaca yang berjerebu membuatkan aktiviti ini terpaksa
digantikan dengan aktiviti lain. Walaubagaimanapun, kita terpaksa akur kerana kesihatan
perlu diutamakan.

11. DOKUMENTASI BERGAMBAR :

Disediakan oleh Disemak oleh

………………………………………….. …………………………………………...

You might also like