You are on page 1of 1

Data yang saya kumpul ialah bilangan hari bersukan guru pelatih dalam seminggu.

Sasaran saya ialah guru pelatih lelaki dan perempuan di Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan. Kebanyakan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan mempunyai amalan untuk melakukan aktiviti fizikal dalam kampus tidak kira
lelaki atau perempuan. Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan mempunyai
banyak gajet dan kemudahan untuk pelatih melakukan pelbagai aktiviti fizikal .Contohnya,
gimnasium , bersenam atau permainan bola. Bilangan bersukan dalam kampus unruk setiap
pelatih berlainan . banyak aspek yang akan mempengaruhi mereka untuk bersukan atau
melakukan pelbagai aktiviti fizikal.

Justifikasi saya memilih data bilangan hari bersukan sebagai data dalam tugasan
projek ini adalah untuk menganalisis purata bilangan hari bersukan guru pelatih di IPG Tengku
Ampuan Afzan ini. Secara pemerhatian, saya mendapati bahawa kekerapan guru pelatih
lelaki bersukan adalah lebih banyak daripada guru pelatih perempuan. Demi membuktikan
pemerhatian saya adalah benar dan tepat, saya memilih data ini sebagai tugasan projek
saya.Dalam data ,kekerapan guru pelatih lelaki bersukan lebih tinggi ,purata mereka
sekurang-kurangnya akan bersukan 3 hari .Daripada data ini ,kita dapat lihat lelaki pelatih
lebih suka bersukan berbanding kepada perempuan.

Untuk menyempurnakan tugasan projek ini, saya telah membina borang soal selidik
tentang bilangan bersukan guru pelatih dalam seminggu. Borang soal selidik termasuklah
jantina, unit, umur, bilangan hari bersukan dalam seminggu, jenis sukan dan juga tandatangan
sasaran. Saya telah menggunakan lebih kurang empat hari untuk mengumpul data daripada
guru pelatih dan akhirnya mendapat 50 data.

You might also like