You are on page 1of 13

TUGASAN 1

1
1.0PENGENALAN

Perkataan statistik mempunyai pelbagai makna di dalam budaya kita. Webster’s Third
New International Dictionary memberikan definasi statistik yang komprenhensif sebagai “sains
yang berurusan dengan pungutan, analisis, tafsiran dan persembahan data numerik”. Dari
sudut pandangan ini, statistik akan kita bincangkan di dalam kursus ini. Statistik juga
merupakan satu cabang matematik, dan banyak daripada sains statistik berdasarkan kepada
pemikiran matematik, dan terbitannya. Banyak daripada bidang-bidang akademik, termasuk
perniagaan, menawarkan kursus statistik di dalam disiplinnya. Walau bagaimanapun, statistik
telah menjadi satu bidang pengajian di dalam bidangnya.

Statistik asas ini juga boleh didefinasikan sebagai suatu kaedah Matematik yang boleh
membantu menyelesaikan masalah-masalah harian dan membuat keputusan sama ada dalam
pentadbiran, pemasaran, perubatan, kejuruteraan, sains sosial, pendidikan atau bidang-bidang
lain. Analisis data merupakan pemprosesan data. Matlamat pemprosesan data adalah untuk
mendapatkan maklumat yang berguna dan bermakna daripada data.

Statistik pada umumnya dibahagikan kepada dua jenis iaitu statistik deskriptif dan
statistik inferensi. Statistik deskriptif adalah lebih berpusat pada penjelasan mengenai
karakteristik data dan biasanya disajikan dalam ukuran-ukuran statistik seperti mean ,median,
simpangan baku dan lain-lainnya. Selain itu statistik deskriptif ini juga biasa disajikan melalui
jadual, diagram pie, histogram, graf dan sebagainya. Melalui statistik deskriptif, data akan
menjadi lebih mudah dan senang untuk dibaca dan difaham.

Manakala, statistik inferensi terdiri daripada dua bahagian umum iaitu pemeriksaan
hipotesis dan penaksiran faktor. Selepas data dikumpulkan maka analisis data akan dilakukan
dengan menggunakan pelbagai jenis cara dan prosedur statistik yang sesuai untuk
mentafsirkan hasil analisis tersebut. Statistik inferensi mengolah data dari sampel dan
melakukan pengujian atau melakukan pendekatan terhadap nilai atau karakter dari suatu
populasi.

2
1.0

Data yang saya kumpul ialah bilangan hari bersukan guru pelatih dalam seminggu.
Sasaran saya ialah guru pelatih lelaki dan perempuan di Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan. Kebanyakan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan mempunyai amalan untuk melakukan aktiviti fizikal dalam kampus tidak kira
lelaki atau perempuan. Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan mempunyai
banyak gajet dan kemudahan untuk pelatih melakukan pelbagai aktiviti fizikal .Contohnya,
gimnasium , bersenam atau permainan bola. Bilangan bersukan dalam kampus unruk setiap
pelatih berlainan . banyak aspek yang akan mempengaruhi mereka untuk bersukan atau
melakukan pelbagai aktiviti fizikal.

Justifikasi saya memilih data bilangan hari bersukan sebagai data dalam tugasan projek
ini adalah untuk menganalisis purata bilangan hari bersukan guru pelatih di IPG Tengku
Ampuan Afzan ini. Secara pemerhatian, saya mendapati bahawa kekerapan guru pelatih lelaki
bersukan adalah lebih banyak daripada guru pelatih perempuan. Demi membuktikan
pemerhatian saya adalah benar dan tepat, saya memilih data ini sebagai tugasan projek
saya.Dalam data ,kekerapan guru pelatih lelaki bersukan lebih tinggi ,purata mereka sekurang-
kurangnya akan bersukan 3 hari .Daripada data ini ,kita dapat lihat lelaki pelatih lebih suka
bersukan berbanding kepada perempuan.

Untuk menyempurnakan tugasan projek ini, saya telah membina borang soal selidik
tentang bilangan bersukan guru pelatih dalam seminggu. Borang soal selidik termasuklah
jantina, unit, umur, bilangan hari bersukan dalam seminggu, jenis sukan dan juga tandatangan
sasaran. Saya telah menggunakan lebih kurang empat hari untuk mengumpul data daripada
guru pelatih dan akhirnya mendapat 50 data.

3
2.0

Bilangan Hari Bersukan Guru Pelatih IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Dalam
Seminggu

Bil.
Bil. Jantina Umur Unit Jenis Sukan
Hari
1) Lelaki 20 PPISMP SEM2 PAK 5 PERMAINAN BOLA
2) Lelaki 19 PPISMP SEM2 BNK 3 PERMAINAN BOLA
3) Lelaki 19 PPISMP SEM2 BNK 3 PERMAINAN BOLA
4) Lelaki 19 PPISMP SEM2 PC 5 PERMAINAN BOLA
5) Lelaki 19 PPISMP SEM2 PC 3 PERMAINAN BOLA
6) Lelaki 19 PPISMP SEM2 PC 3 PERMAINAN BOLA
7) Lelaki 19 PPISMP SEM2 PC 4 PERMAINAN BOLA
8) Lelaki 22 PISMP SEM6 PC 5 PERMAINAN BOLA
9) Lelaki 22 PISMP SEM6 PC 5 PERMAINAN BOLA
10) Lelaki 22 PISMP SEM6 PC 7 GIMNASIUM
11) Lelaki 22 PISMP SEM6 PC 5 PERMAINAN BOLA
12) Lelaki 21 PISMP SEM4 BM 5 PERMAINAN BOLA
13) Lelaki 22 PISMP SEM4 PC 5 PERMAINAN BOLA
14) Lelaki 21 PISMP SEM4 PC 4 BERSENAM
15) Lelaki 20 PISMP SEM2 PBM 5 PERMAINAN BOLA
16) Lelaki 23 PISMP SEM4 PC 5 PERMAINAN BOLA
17) Lelaki 22 PISMP SEM6 PC 4 PERMAINAN BOLA
18) Lelaki 22 PISMP SEM6 PC 5 PERMAINAN BOLA
19) Lelaki 22 PISMP SEM4 PC 5 PERMAINAN BOLA
20) Lelaki 22 PISMP SEM4 PC 2 BERSENAM
21) Lelaki 22 PISMP SEM4 PEM 2 BERSENAM
22) Lelaki 22 PISMP SEM4 PEM 2 BERSENAM
23) Lelaki 22 PISMP SEM4 PC 3 GIMNASIUM
24) Lelaki 22 PISMP SEM4 PEM 5 PERMAINAN BOLA
25) Lelaki 20 PISMP SEM2 BM 5 GIMNASIUM
26) Lelaki 21 PISMP SEM4 PC 1 BERSENAM
27) Lelaki 21 PISMP SEM4 PC 5 BERSENAM
28) Lelaki 19 PPISMP SEM2 PAK 1 BERSENAM
29) Lelaki 19 PPISMP SEM2 PAK 5 BERSENAM
30) Perempuan 19 PPISMP SEM2 PAK 5 PERMAINAN BOLA
31) Perempuan 19 PPISMP SEM2 PAK 5 PERMAINAN BOLA
32) Perempuan 19 PPISMP SEM2 PAK 1 PERMAINAN BOLA
33) Perempuan 19 PPISMP SEM2 BNK 3 BERSENAM
34) Perempuan 19 PPISMP SEM2 BNK 3 BERSENAM
35) Perempuan 19 PPISMP SEM2 PAK 4 BERSENAM

4
36) Perempuan 19 PPISMP SEM2 PC 4 PERMAINAN BOLA
37) Perempuan 19 PPISMP SEM2 PC 4 PERMAINAN BOLA
38) Perempuan 19 PPISMP SEM2 PC 1 BERSENAM
39) Perempuan 19 PPISMP SEM2 PC 4 PERMAINAN BOLA
40) Perempuan 19 PPISMP SEM2 PC 5 PERMAINAN BOLA
41) Perempuan 19 PPISMP SEM2 PC 4 PERMAINAN BOLA
42) Perempuan 21 PISMP SEM4 PC 3 BERSENAM
43) Perempuan 21 PISMP SEM4 PC 6 BERSENAM
44) Perempuan 21 PISMP SEM4 PC 5 BERSENAM
45) Perempuan 20 PISMP SEM2 BM 2 BERSENAM
46) Perempuan 21 PISMP SEM2 BM 4 PERMAINAN BOLA
47) Perempuan 22 PISMP SEM6 PC 7 BERSENAM
48) Perempuan 22 PISMP SEM6 PEM 2 BERSENAM
49) Perempuan 19 PPISMP SEM2 BNK 4 BERSENAM
50) Perempuan 19 PPISMP SEM2 PAK 5 BERSENAM

2.1

Jadual kekerapan di bawah menunjukkan bilangan hari bersukan guru pelatih di IPG Kampus
Tengku Ampuan Afzan dalam seminggu.

Bilangan hari Kekerapan

1 4

2 5

3 8

4 10

5 20

6 1

7 2

Jumlah 50

5
2.2 MIN, MOD, MEDIAN, VARIANS, SISIHAN PIAWAI dan JULAT ANTARA KUARTIL

Bilangan Kekerapan, Kekerapan ƒx X² ƒx²


hari, x ƒ longgokan
1 4 4 4 1 4
2 5 9 10 4 20
3 8 17 24 9 72
4 10 27 40 16 160
5 20 47 100 25 500
6 1 48 6 36 36
7 2 50 14 49 98

∑ ƒx ∑ x² ∑ fx²
∑ ƒ = 50
= 198 = 140 = 890

∑ ƒx
(1) Min, 𝑥̅ =∑ 𝑓

198
=
50

= 3.96

Min bilangan hari bersukan guru pelatih dalam seminggu ialah 3.96 hari .

(2) Median, m

Langkah untuk mendapatkan median.


I. Menyusun semua angka mengikut susunan menaik.
II. Jika jumlah bilangan angka adalah nombor ganjil, median ialah
nombor tengah.
III. Jika jumlah bilangan angka adalah nombor genap, median ialah purata
untuk dua nombor tengah.

11112222233333333444444444455555555555555555555677

4+4
Median, m =
2
=4

6
𝑀𝑒𝑑𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑔𝑢𝑟𝑢 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑡𝑖ℎ 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑠𝑒𝑚𝑖𝑛𝑔𝑔𝑢 𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 4 .
(3) Kelas mod bilangan hari bersukan guru pelatih dalam seminggu ialah 5.

∑ ƒx 2
(4) Varians, σ2 = ( ∑ ) − (𝑥
̅) ²
𝑓
890
( ) − (15.6816) = 2.1184
50

∑ ƒx2
(5) Sisihan Piawai, σ = √( ∑𝑓
) − (𝑥
̅ )²

890
(6) √( ) − (15.6816) = 1.14554
50

(7) Kuartil Pertama :L:2.5,N=50 ,F=9 ,fk =17dan C=Sempadan atas -


Sempadan bawah =1
1
50−9
4
Kuartil Pertama,K =2.5 +( )1=2.7
17

(8) Kuartil Ketiga ,L =4.5 ,N=50 ,F=27 ,fq=20 dan C=Sempadan atas
-Sempadan bawah =1
3
50−27
4
Kuartil Ketiga ,Q =4.5+( )1=7.7
20

Julat antara Kuartil =7.7-2.7=5

7
3.0 PEMBINAAN GRAF DAN CARTA DENGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL

25

20

15
Kekerapan

10

0
1 2 3 4 5 6 7
Bilangan hari

Carta palang: Bilangan hari bersukan guru pelatih dalam seminggu di Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Bilangan hari bersukan guru pelatih dalam


seminggu
25

20
Kekerapan

15

10

0
1 2 3 4 5 6 7
Bilangan hari

Plot garisan: Bilangan hari bersukan guru pelatih dalam seminggu di Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan.

8
Bilangan hari bersukan guru pelatih dalam
seminggu
25

20
Kekerapan

15

10

0
1 2 3 4 5 6 7
Bilangan Hari

Histogram: Bilangan hari bersukan guru pelatih dalam seminggu di Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan.
Bilangan hari bersukan guru pelatih dalam seminggu
25

20

15
Kekerapan

10

0
0 1 2 3 4 5 6 7 8
Bilangan hari

Poligon kekerapan: Bilangan hari bersukan guru pelatih dalam seminggu di Institut Pendidikan
Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.

9
Bilangan hari bersukan guru pelatih dalam seminggu
60

50
kekerapan Longgokan

40

30

20

10

0
0 1 2 3 4 5 6 7 8
Bilangan Hari

Ogif: Bilangan hari bersukan guru pelatih dalam seminggu di Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan.

10
PENUTUP / RUMUSAN

Melalui tugasan projek ini, saya mendapati statistik asas memang boleh membantu
menyelesaikan masalah-masalah harian dan membuat keputusan sama ada dalam pentadbiran,
pemasaran, perubatan, kejuruteraan, sains sosial, pendidikan atau bidang-bidang lain.

Dalam proses menyempurnakan tugasan projek saya, saya telah memilih data iaitu
bilangan hari bersukan guru pelatih dalam seminggu di Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan. Selepas itu, saya pun mula mengumpul data daripada sasaran saya
iaitu guru pelatih lelaki dan perempuan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Selepas pengumpulan data selama empat hari dengan menggunakan borang soal
selidik saya, saya telah membuat jadual untuk menyusun data yang telah dikumpul dengan teliti
dan tersusun. Dalam proses penganalisisan data, saya telah mencari min atau purata, mod,
median, varians dan sisihan piawai daripada data tersebut dengan manual dan juga dengan
menggunakan Microsoft Excel. Min atau purata merupakan purata arithmetik dan didapati
dengan menjumlahkan skor-skor dalam tabungan skor dan dibahagikan dengan jumlah
bilangan skor. Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan yang terbanyak. Median merupakan
skor yang membahagi duakan taburan skor supaya jumlah bilangan skor adalah sama di
kedua-dua pihak. Median juga bermaksud nilai yang terletak di tengah setelah disusun
mengikut ranking. Varians merupakan skor yang diperbezakan daripada purata arithmetik.
Sisihan piawai ialah pengukuran jarak daripada purata arithmetik. Setelah saya
menganalisiskan data-data secara manual dan dengan menggunakan Microsoft Excel, saya
telah membuat bandingan antara kedua-dua nilai yang saya dapat.

Akhirnya, saya telah menggunakan data yang dianalisis untuk membina graf atau carta.
Graf atau carta ini termasuklah carta palang, carta pie, plot garisan, histogram, poligon
kekerapan dan ogif. Dengan menggunakan Microsoft Excel, kerja-kerja membinca graf atau
carta menjadi mudah dan cepat. Graf-graf ditunjuk supaya lebih mudah menginteprestasikan
keputusan.

11
REFLEKSI
Dalam proses menyempurnakan tugasan projek Statistik Asas (GSA1072), saya telah
mempelajari banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang statistik asas. Tetap saya juga
telah menghadapi beberapa masalah dan halangan dalam proses ini.

Masalah yang pertama adalah kurang faham tentang kehendakan tugasan. Punca
berlaku masalah ini adalah kerana kemahiran Bahasa Melayu saya tidak begitu baik dan mahir.
Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah pergi berjumpa dengan pensyarah subjek Statistik
Asas saya untuk lebih memahami kehendak soalan. Saya juga sentiasa merujuk kepada
Kamus Dewan untuk mencari perkataan yang sesuai bagi menyampaikan konteks yang betul.

Masalah yang kedua semasa melaksanakan kerja kursus ini ialah masalah kesuntukan
masa. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat kerja kursus lain yang perlu disiapkan dalam
masa yang sama. Saya terpaksa merancangkan jadual masa yang padat untuk menyiapkan
kerja kursus tersebut supaya dapat hantar pada tarikh yang ditetapkan. Saya menyelesaikan
masalah kesuntukan masa dengan mengurangkan masa penggunakan gadget untuk membuat
tugasan projek ini. Saya juga telah menghapuskan masa tidur petang saya untuk menyiapkan
tugasan projek ini. Saya mendapati satu pengajaran iaitu kita mestilah menghargai masa
kerana masa itu emas.

Masalah yang ketiga ialah tidak mahir dalam penggunaan Microsoft Excel. Saya telah
menggunakan masa yang agak panjang dalam membina graf atau carta. Walaupun pensyarah
telah mengajar cara untuk membina graf atau carta dengan menggunakan Microsoft Excel
semasa kuliah, tetapi saya masih lagi tidak mahir dan tidak dapat membina dengan cepat. Saya
telah menggunakan masa yang panjang dalam usaha mencuba bina graf atau carta ini. Saya
juga minta tolong daripada kawan-kawan saya supaya mengajar saya cara menggunakan
Microsoft Excel untuk membina graf dan carta seperti carta palang, carta pie, plot garisan,
histogram, poligon kekerapan dan ogif.

Saya telah mempelajari banyak pengetahuan dan ilmu tentang statistik asas melalui
tugasan projek ini. Dalam tugasan 1, saya telah mempelajari banyak benda. Saya telah
mempelajari tentang cara mengumpul data dengan cara yang baik dan tersusun. Saya telah
mengumpul 50 data/respon daripada guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan. Dalam proses mengumpul data/respon, saya telah mempelajari tentang cara
untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan sopan dan bersantun. Selepas pengumpulan
data/respon, saya telah menyusun data yang dikumpul dalam jadual dengan kemas dan

12
tersusun. Selepas itu, saya telah membuat analisis secara manual terhadap data yang
diperoleh dari segi min(purata), mod, median, varians dan sisihan piawai. Dalam proses
menyempurnakan bahagian ini, saya telah mempelajari cara membuat min, mod, median,
varians dan sisihan piawai dengan formula tertentu. Saya juga telah mempelajari cara mengira
nilai-nilai ini dengan menggunakan Microsoft Excel. Saya telah mempelajari langkah dan cara
untuk menggunakan Microsoft Excel dalam pengiraan nilai-nilai ini daripada pensyarah Statistik
Asas (GSA1072) saya. Selepas pengiraan nilai-nilai ini, saya telah membina jadual kekerapan
untuk membina graf/carta seperti carta palang, carta pie, plot garisan, histogram, poligon
kekerapan dan juga ogif. Dalam proses pembinaan graf/carta, saya telah minta bantuan
daripada rakan-rakan kerana saya kurang mahir dalam penggunaan Microsoft Excel. Setelah
siap pembinaan graf/carta ini, saya telah menulis rumusan untuk tugasan projek ini.

Akhir sekali, saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan projek ini dalam
masa yang ditetapkan. Melalui tugasan projek ini, saya telah menimba ilmu bukan sahaja dalam
bidang Matematik tetapi juga teknik dan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Excel. Saya
berharap hasil yang saya hantar dapat menepati kehendak tugasan projek ini. Pengetahuan
dan kemahiran yang saya peroleh sepanjang pelaksanaan tugasan ini sudah tentu menjadi nilai
tambah kepada pengetahuan dan kemahiran saya yang sedia ada.

13

You might also like