You are on page 1of 2

KERTAS KERJA MINGGU MATEMATIK TAHUN 2019

SJK(T) LADANG SUNGAI SENARUT

ANJURAN PANITIA MATEMATIK

1.0 PENDAHULUAN
Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Matematik SJK(T) Ladang Sungai
Senarut. Ia merupakan satu program tahunan Panitia Matematik. Program ini bertujuan untuk
menarik minat murid SJK(T) Ladang Sungai Senarut terhadap mata pelajaran Matematik. Aktiviti-
aktiviti yang akan dijalankan mampu memberi perangsang kepada murid terhadap
matapelajaran Matematik serta melahirkan murid yang berketrampilan, kreatif dan inovatif.

2.0 MATLAMAT
2.1 Menarik minat murid terhadap mata pelajaran matematik dan melahirkan murid yang
bermotivasi tinggi.
2.2 Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
2.3 Meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang telah
ditetapkan.
2.4 Melahirkan murid yang kompeten dalam bidang sains dan matematik, inovatif dan
kreatif selaras dengan hasrat PIPP. teras kedua iaitu melahirkan modal insan yang
berdaya saing tinggi.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik.
3.2 Meningkatkan motivasi murid supaya minat terhadap mata pelajaran Matematik.
3.3 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
3.4 Meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Matematik dan seterusnya
mencapai target yang telah ditetapkan.

4.0 BUTIRAN PROGRAM


4.1 Tarikh : 23 Jun 2019 –27 Jun 2019
4.2 Hari : Ahad – Khamis
4.3 Kumpulan sasaran : Semua murid SJK(T) Ladang Sungai Senarut
4.4 Tempat : Sekolah SJK(T) Ladang Sungai Senarut

5.0 JAWATANKUASA
PENGERUSI : PN.C.KRISHNAVENI
NAIB PENGERUSI :PN.A.ELANGESWARI
PENYELARAS : CIK.S.KALAIVANI
AJK : EN.A.SUBRAMANIAM
PN.R.PREMA
CIK.K.KEETHA
PN.K.ANITHA
PN.K.MARIYAMMAH
6.0 TENTATIF PROGRAM
TARIKH AKTIVITI
23 JUN 2019 Perasmian Minggu Matematik
24 JUN 2019 Pertandingan menyusun tangram
25 JUN 2018 Pertandingan Kahoot (Kuiz Matematik)
26 JUN 2018 Pertandingan sudoku
27 JUN 2018 Pertandingan penyelesaian masalah matematik

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN MINGGU SAINS


Hadiah : RM 40.00
Alatan dan bahan : RM 10.00
Jumlah keseluruhan : RM 50.00

8.0 PENUTUP
Dengan adanya program ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada murid-
murid SJK(T) Ladang Sungai Senarut. Melalui program ini juga murid diberi pendedahan dan
pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama rakan-rakan. Pengetahuan dan
pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

______________________ ______________________
(Cik.S.Kalaivani)
Ketua Panitia Matematik,
SJK(T) Ladang Sungai Senarut.

You might also like