You are on page 1of 4

SK RAJA BAHAR

KOTA JEMBAL
16100
KOTA BHARU , KELANTAN

KERTAS KERJA
KECERIAAN BILIK KHAS

4 OKTOBER 2015 – 19 OKTOBER 2015

PROGRAM ANJURAN:

INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8

1.0 PENGENALAN
Projek keceriaan bilik khas merupakan salah satu projek yang akan dijalankan
oleh guru pelatih dari IPG Kampus Perempuan Melayu dan IPG Kampus Perlis bagi
memenuhi syarat Internship bagi semester 8. Kertas kerja ini menggariskan pengisian
program dengan mengambil kira penglibatan semua warga sekolah di atas bantuan dari
semua guru-guru SK Raja Bahar.

Matlamat utama projek ini dijalankan ialah untuk menceriakan bilik-bilik khas
seperti Bilik Matematik dan Makmal Sains , pada masa yang sama semangat belajar
murid dapat dipupuk dengan wujudkan persekitaran bilik darjah yang selesa dan
kondusif.

2.0 RASIONAL

Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang penting


dalam sesebuah bilik darjah dan juga sekolah. Oleh itu, projek keceriaan ini dijalankan
berhasrat menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai
persekitaran pembelajaran yang ceria dan kondusif. Persekitaran yang bersih dan sihat
akan memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3.0 MATLAMAT
1.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik.
1.2 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan bilik darjah.

4.0 OBJEKTIF
1.3 Menjadikan persekitaran gambaran bilik darjah supaya lebih efektif dan
kondusif bagi meningkatkan keberkesanan P&P di sekolah.
1.4 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
1.5 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas.
1.6 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
1.7 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan
secara berterusan.

5.0 NAMA PROGRAM


Projek Keceriaan Bilik Khas
6.0 ANJURAN
Guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu, (IPG)
Kampus Perlis dan guru-guru SK Raja Bahar.

2.0 TARIKH
4 Oktober 2015 hingga 19 Oktober 2015

3.0 TEMPAT
Bilik Matematik dan Makmal Sains Sk Raja Bahar.

4.0 ORGANISASI
Penasihat : PN. Wan Hjh. Hasnah bt Mohamed
(Guru Besar SK Raja Bahar)

Mentor : En. Mohd Izani bin Hussin & Puan Noraini bt


Mat

5.0 PELAN TINDAKAN PROJEK

Aktiviti
 Mencari bahan dan peralatan yang sesuai untuk keceriaan bilik khas
seperti penyapu,penyodok, plastik sampah, mop lantai, kain lap.
 Menyediakan perkakasan untuk mengecat mural; cat pelaka dan berus.
 Mencetak perkataan dan gambar yang diperlukan untuk mural dan
keceriaan.
 Mengemas bilik khas dengan menyusun alatan ,menyusun meja dan
kerusi dan buku-buku.
 Menceriakan bilik khas dengan baha yang telah disediakan
 Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.

6.0 SUMBER KEWANGAN


Peruntukan dari SK Raja Bahar

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN


HARGA
BIL. PERKARA UNIT JUMLAH (RM)
SEUNIT (RM)
1. Cat Pelaka kuning 2 Cat sekolah -
2. Berus (4”) 2 Berus sekolah -
3. Kain crepe 6.5 meter 1.90 15.00
4. Aksesori (perhiasan)
- Sticker 3 7.00 21.00
5. Kertas warna 1 7.50 7.50
6. Double tape 2 1.50 3.00
JUMLAH KESELURUHAN 46.50

8.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua
pihak.

Disediakan oleh:

…………………………...........
(FAUZIAH HANIM SUAIBAH BT GHAZALI )
Guru Pelatih,
IPG Kampus Perempuan Melayu.

Disemak dan Disahkan oleh:

…………………………………
(Pn. Wan Hjh. Hasnah bt Mohamed)
Guru Besar,
SK Raja Bahar.

You might also like