You are on page 1of 1

Lawatan Kanak-Kanak Taska Ke Farm In The City Seri

Kembangan Majlis Perbandaran Kajang 2019 telah


diadakan pada 26hb. Disember 2019 (Khamis). Program
ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.
Program ini bertujuan memberi pengalaman sebenar
kepada kanak-kanak untuk mengenal haiwan dengan
lebih dekat. Selain daripada itu kanak-kanak dapat
meningkatkan lagi pengetahuan tentang haiwan serta
alam kehidupan haiwan dan fauna.
Sebanyak 29 orang yang hadir termasuk kanak-kanak
taska (berumur 3 & 4 tahun), guru taska dan urusetia bagi
program ini. Aktiviti yang dijalankan semasa program ini
berlangsung ialah kanak–kanak berpeluang memberi
makan kepada haiwan, melawat ke kebun buah dan
sayuran serta melawat haiwan-haiwan di dalam nya.
Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi
pembelajaran di luar taska dalam persekitaran sebenar
tempat berkenaan.

You might also like