You are on page 1of 3

MOHD ALIF AIMAN BIN MOHD AZRY

[Tingkatan 5 STEM 2]
1.
Adakah bagi awak bahasa melayu dan bahasa inggeris penting untuk dikuasai dan
mengapa?

- Ya sangat perlu untuk kuasai kedua-dua bahasa.. Bahasa Melayu adalah bahasa
kebangsaan kita yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia ..kalau tidak , anak
cucu cicit kita tidak pandai pantun gurindam dan sebagainya ... Bahasa inggeris juga
tidak boleh dinafikan juga kerana bahasa inggeris merupakan bahasa antarabangsa
.. jika kita tak kuasai ..sukar untuk berkomunikasi dengan orang negara luar ..malah
bahasa inggeris juga digunakan 100% di ipta mahupun ipts .

2. Bagaimana awak sebagai seorang pelajar berusaha menguasai bahasa melayu


dan bahasa inggeris (sejak bila mampu kuasai asasnya dan bagaimana, mungkin
rajin buat latihan, baca atau cikgu banyak ajar)?

- Sebagai seorang pelajar , saya mampu menguasai dwibahasa ketika berada di


sekolah rendah . Semasa di sekolah rendah , saya telah diajar asas-asas bahasa
melayu dan bahasa inggeris . Di sekolah menengah pula , saya telah mempunyai
asas dan saya dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
saya dengan lebih tinggi kerana saya diajar oleh cikgu-cikgu yang berpengalaman
dan mereka juga banyak memberi latihan-latihan yang dapat meningkatkan lagi
penguasaan saya dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris . Selain itu , saya
sentiasa fokus semasa di dalam kelas dan sentiasa menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru serta saya sentiasa berjumpa dengan guru selain waktu
pembelajaran dan pengajaran untuk bertanyakan soalan yang saya tidak faham .

3. Bagi pandangan awak, mengapa pelajar sukar kuasai dwibahasa ini, mungkin
pelajar bukan melayu sukar kuasai bahasa melayu dan pelajar melayu kurang kuasai
bahasa inggeris

- Pada pendapat saya , pelajar sukar untuk menguasai dwibahasa ini adalah mereka
tidak mempraktikkan bahasa melayu atau bahasa inggeris dalam kehidupan mereka
. Oleh itu , mereka akan menghadapi kesukaran untuk menguasai dwibahasa ini .
Selain itu , pelajar-pelajar kurang melakukan latihan-latihan atau membaca buku
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris . Oleh itu , pelajar-pelajar perlulah mempunyai
sikap tolong-menolong tidak mengira bangsa seperti pelajar bukan melayu
mengajar pelajar melayu bahasa inggeris dan pelajar melayu mengajar pelajar
bukan melayu bahasa melayu .
4. Adakah teknik pengajaran cikgu bahasa melayu dan bahasa inggeris awak di
sekolah membantu (ada tak cara atau aktiviti beliau ajar yang awak gemari dan rasa
mudah bantu kefahaman awak)?

- teknik pengajaran cikgu bahasa melayu dan bahasa inggeris sangat membantu
saya dalam proses pembelajaran . antara aktiviti yang menjadi kegemaran saya
semasa pembelajaran adalah lakonan ( role play ) . saya gemari aktiviti tersebut
kerana dengan lakonan saya dapat memahami dengan lebih baik daripada
membaca . aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan diri saya .

PUTERI NURTASHA BINTI KAMSANI


[TINGKATAN 4 STEM 2]

1. Adakah bagi awak bahasa melayu dan bahasa inggeris penting untuk dikuasai dan
mengapa?

Pada pendapat saya , bahasa melayu penting untuk dikuasai kerana bahasa melayu
merupakan bahasa asal kita sebagai rakyat malaysia serta sudah semestinya
mempunyai sopan santun ketika berkomunikasi.Kemudian , bahasa inggeris
membantu seseorang itu untuk lebih mudah berkomunikasi . Biasanya, bahasa
inggeris akan digunakan dalam pelbagai bidang dan mudah mendapatkan peluang
pekerjaan.

2. Bagaimana awak sebagai seorang pelajar berusaha menguasai bahasa melayu


dan bahasa inggeris (sejak bila mampu kuasai asasnya dan bagaimana, mungkin
rajin buat latihan, baca atau cikgu banyak ajar)?

Dahulunya saya lebih minat pada bahasa melayu kerana lebih mudah berbanding
bahasa inggeris . Sejak darjah 4 , seorang guru pernah memberitahu bahawa bahasa
inggeris juga penting dalam kehidupan seharian dan membantu saya untuk
mencapai cita cita yg tinggi. Jadi, saya selalu membuat latihan, kemudian akan
berkomunikasi dgn kawan dan ayah saya. Walaupun kadangkala tersalah ,saya akan
belajar dan terima belajar dari setiap kesilapan. Sejak itu sehingga hari ini saya
berterusan meminati bahasa inggeris .

3. Bagi pandangan awak, mengapa pelajar sukar kuasai dwibahasa ini, mungkin
pelajar bukan melayu sukar kuasai bahasa melayu dan pelajar melayu kurang kuasai
bahasa inggeris

Pada pandangan saya ,seseorang pelajar itu akan kurang menguasai apabila mereka
bukan berasal dan dilahirkan dari bahasa itu tersendiri. Kemungkinan juga mereka
kurang bercakap dan bergauldan membuatkan mereka tidak tahu susun atur
dwibahasa apabila berkomunikasi.
4. Adakah teknik pengajaran cikgu bahasa melayu dan bahasa inggeris awak di
sekolah membantu (ada tak cara atau aktiviti beliau ajar yang awak gemari dan rasa
mudah bantu kefahaman awak)?

Teknik setiap pengajaran guru saya ketika sekolah menengah memudahkan saya
apabila beliau memberi saya tugas untuk aktiviti pembentangan subjek bahasa
melayu dan bahasa inggeris. Ia membantu saya menambah ilmu ketika melakukan
aktiviti pembentangan dan membuatkan saya lebih memahami apabila saya selesai
membentangkan pembentangan itu kepada guru dan rakan rakan. Aktiviti ini
membuatkan saya lebih berdikari.

You might also like